Anda di halaman 1dari 11

Perkembangan Fizikal Remaja

• Semasa zaman remaja, fizikal remaja mengalami


perubahan yang ketara dan tiba-tiba.
• Remaja mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh
badan dan emosi akibat tindakan hormon dalam badan.
• Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan
lemak badan, perkembangan otot, kematangan organ
seksual akan timbul dalam perubahan fizikal remaja.
• Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja
adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan.
Perubahan Fizikal (Lelaki)
• Perubahan suara menjadi garau dan kasar.
• Misai dan janggut mula tumbuh.
• Jerawat mula tumbuh
• Bahu dan dada menjadi bidang.
• Bulu tumbuh di ketiak, kaki dan kawasan kemaluan.
• Mengalami mimpi yang menghiarahkan sehingga
mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar
mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan
remaja telah akal baligh
Perubahan Fizikal (Perempuan)
• Mula didatangi haid.
• Bulu mula tumbuh di ketiak dan kawasan
kemaluan.
• Dada mula membesar dan punggung melebar
menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
• Jerawat mula tumbuh.
• Suara berubah dari suara keanak-anakan kepada
suara yang lebih matang.
• Berpeluh dan bau badan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan fizikal remaja

Faktor-faktor

Persekitaran Baka
Persekitaran
• Persekitaran yang menggalakkan dapat
mencapai potensi fizikal yang terbesar.

Pemakanan Latihan

Sosioekonomi
status
Baka
• Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa
corak perkembangan remaja diwarisi sejak lahir dan
dikawal separa atau sepenuhnya oleh kod genetik
daripada ibu-bapa.
• Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri
fizikal seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau
rendah seseorang itu.
• Baka adalah faktor utama yang menjadikan
ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan
wujudnya perbezaan individu dengan individu yang lain.
Cabaran dalam perkembangan
fizikal remaja
• Tidak semua remaja bersedia untuk menghadapi
zaman remaja yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran
dan rintangan. Hal ini kerana remaja juga menghadapi
masalah menerima bentuk tubuh yang baru.
• Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan emosi
yang disebabkan oleh tekanan dan ketegangan yang
begabung semasa mencapai kematangan seksual dan
fizikal.
• bukan semua remaja ini dapat menerima perubahan
yang berlaku ke atas dirinya. Pada peringkat
permulaan, ada remaja perempuan yang agak malu
apabila mendapati buah dadanya membesar.
• Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan
perubahan suara yang bertukar menjadi garau dan
berasa tidak selesa serta merasa akan ditertawakan
oleh rakan-rakan mereka.
• Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak lambat
berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan. Contohnya,
jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam kelasnya telah
menunjukkan ciri keremajaan, seperti pertambahan berat badan
dan mempunyai buah dada yang sedang membesar, sedangkan
remaja tadi masih belum merasai perubahan seperti yang dialami
oleh rakan-rakan lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-
kawannya.
• Terdapat kumpulan remaja yang terlalu mudah mempersendakan
atau mengasingkan rakan sebaya yang mempunyai kecacatan
fizikal atau yang keadaan tubuhnya berlainan daripada biasa.
• Perubahan hormon di dalam badan juga menyebabkan
jerawat tumbuh di muka para remaja. Jerawat yang tumbuh
memberi kesan kepada psikologi kerana remaja merasakan
wajah mereka tidak cantik atau tidak menarik.
• Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak di jaga dengan
baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka masa yang
panjang. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada diri
remaja. Seperti yang telah dinyatakan, jerawat adalah akibat
daripada pertukaran hormon badan yang amat kompleks,
maka masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan.
Rumusan
• Secara ringkasnya, pertumbuhan fizikal remaja
adalah dalam kadar sederhana, iaitu tidak
terlalu pesat seperti pada zaman bayi dan
kanak-kanak. Perubahan fizikal juga mampu
mempengaruhi emosi dan psikologi remaja, di
mana zaman inilah yang menjadi penentu
masa depan dan kehidupan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai