Anda di halaman 1dari 4

PEMAKANAN

Kucing adalah haiwan yang cerewet dan memilih makanan. Disebabkan itu saya berhati-hati
ketika memilih makanan kucing. Kucing saya hanya makan makanan kucing dari Power Cat
sahaja. Kucing saya tidak akan makan makanan kucing yang lain seperti Whiskers, Pro Diet
dan Fency Feast. Jadi disebabkan itu saya memilih Power Cat untuk diberikan kepada
kucing saya. Terdapat banyak kebaikan yang terdapat pada Power Cat itu sendiri kerana
mempunyai kandungan omega 3 dan 6 semulajadi dan berprotein tinggi dengan bahan laut
serta bebas daripada bahan pengawet dan pewarna tiruan. Hal yang demikian akan dapat
mengekalkan sel darah merah kucing dan dapat membaiki sistem pencernaan dan sistem
saraf pada tubuh kucing.
Saya memberikan Catit Lickable kepada kucing untuk menambahkan lagi nafsu makan. Hal
ini agar kucing dapat membesar dengan cepat serta mempunyai tubuh badan yang sihat.
Makanan ini sangat sesuai untuk diberikan kepada kucing kerana ia mempunyai tekstur
yang lembut dan berkrim yang akan memudahkan kucing untuk mencerna makanan
tersebut. Oleh kerana kandungan cecair yang terdapat dalam makanan ini adalah tinggi ia
akan membantu kucing untuk meringankan kerja ginjal kucing untuk mencerna makanan.
Selain daripada mempunyai itu ia juga terdiri daripada pelbagai nutrisi yang baik untuk
kucing.
TEMPAT TINGGAL

Saya meletakkan kucing di dalam sangkar pada waktu malam. Hal ini kerana kucing saya
sering diganggu dan dibuli oleh kucing dewasa yang lain. Pada waktu siang saya akan
mengeluarkan kucing daripada sangkar untuk memberikan kebebasan kepada kucing. Kain
diletakkan di dalam sangkar sebagai pelapik untuk kucing dan membuatkan kkucing agar
tidak kesejukan. Saya juga akan membersihkan sangkar kucing dan menukarkan kain yang
baru seminggu sekali untuk memastikan sangkar tersebut sentiasa bersih dan mengelakkan
kucing daripada terkena pelbagai penyakit.

Anda mungkin juga menyukai