Anda di halaman 1dari 5

Tahap Kesedaran Guru Terhadap Kefungsian Pentaksiran dalam

Merancang Program Pendidikan Berimpak Tinggi di Sekolah


Mohd Faizal Bin Mohd Yunus (Sisc+), Samsairee Bin Samsuddin (Sisc+) and Yusaini Bin Kasiron (Sisc+)

Abstrak. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 bagi menggantikan penilaian sebelum ini
yang lebih bersifat peperiksaan (exam oriented). Didalam PBS, pentaksiran formatif melalui pentaksiran untuk pembelajaran
atau assessment for learning (AOL) diberi penekanan utama bagi meningkatkan lagi pembelajaran pelajar dengan harapan
ianya dapat membantu pelajar membina potensi secara menyeluruh dan berterusan. Namun permasalahan wujud adalah
sejauh manakah dapatan dari pentaksiran digunakan oleh guru dalam merancang program pendidikan di sekolah agar dapat
menghasilkan impak yang tinggi dan lebih berkesan. Objektif kajian ini bertujuan adalah untuk mengukur tahap kesedaran
para guru terhadap penggunaan pentaksiran dalam merancang dan menggubal program akdemik di sekolah. Kaedah kualitatif
melalui temubual dan pemerhatian dokumen atau eviden digunakan terhadap responden yang dikaji. Seramai 33 orang guru
dari 13 buah sekolah rendah yang menerima bimbingan dari pegawai SISC+ Matematik daerah Pontian telah dipilih dalam
kajian ini. Dapatan dari kajian mendapati bahawa kebanyakkan program pendidikan dirancang dan telah dilaksanakan di
sekolah yang dikaji bagi tahun 2017 adalah sekadar program rutin sahaja dan bukannya program intervensi berfokus. Secara
kesimpulannya, Kajian ini mendapati bahawa tahap kesedaran guru terhadap kefungsian pentaksiran dalam merancang
program di sekolah berada pada tahap yang rendah dimana hanya 6.1% atau dua orang responden menjadikan data
pentaksiran sebagai eviden dalam menentukan intervensi berfokus di sekolah yang dikaji.

1 Pengenalan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 bagi menggantikan penilaian dalam sistem
pendidikan yang sebelum ini lebih bersifat kepada penilaian berfokuskan peperiksaan sahaja (exam oriented). Yusof Boon
(2012) dalam penulisan jurnalnya menyatakan bahawa sistem pendidikan kita adalah terlalu berorientasikan kepada
peperiksaan dan ianya adalah kurang baik dari segi membuat penilaian terhadap pelajar kita secara holistik dan menyeluruh
dari masa ke semasa. Pelajar kita hanya dinilai dari segi tahap pencapaian bagi sesebuah peperiksaan sahaja menyebabkan
daya kreativiti dan inovasi para pelajar kurang diperhatikan. Penilaian mengikut Kizlik (2015), merupakan suatu proses yang
direka bentuk untuk mendapatkan maklumat supaya dapat membantu kita membuat satu penghakiman mengenai satu situasi.
Apabila maklumat dikumpulkan melalui cara-cara pengumpulan seperti ujian kertas dan pensel, latihan bertulis atau ujian
lisan, guru akan menggunakan data untuk pelbagai tujuan seperti membuat keputusan terhadap murid, serta proses pengajaran
dan juga pemudahcaraan didalam kelas. Secara kesimpulannya bahawa penilaian membolehkan guru membuat interprestasi
bermakna terhadap maklumat yang diperoleh dan keputusan yang dibuat akan menentukan aktiviti-aktiviti atau langkah-
langkah seperti pemulihan atau pengayaan yang dilaksanakan untuk murid yang berkaitan.

2 Latar Belakang Kajian


Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran dan maklumat yang diperoleh
daripada aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh digunakan untuk membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia direka
bentuk untuk merangsang pengajaran serta menambahbaik pembelajaran. Ia memberi murid peluang untuk menghasilkan
sesuatu hasil yang akan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman mereka. Dalam konteks sekolah di
Malaysia, pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk
membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya
memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubah suai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu
sama lain. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam
kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh
digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.
Kesimpulannya, pentaksiran adalah dianggap sebagai alat, teknik, prosedur dan semua aktivti yang diambil oleh guru
dan murid untuk memperoleh maklumat melalui cara formal dan tidak formal. Menurut Arends (2004) didalam buku Boon
(2017) pentaksiran dalam pendidikan menyatakan bahawa segala maklumat yang dikumpulkan akan menyediakan maklum
balas untuk membantu menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan diri mereka.
Tahap Kesedaran Guru Terhadap Kefungsian Pentaksiran dalam Merancang Program Pendidikan Berimpak Tinggi di
Sekolah

3 Pernyataan Masalah
Dalam pelaksanaan PBS, pentaksiran formatif melalui assessment for learning diberi penekanan utama untuk meningkatkan
lagi pembelajaran murid dan dengan harapan dapat membina potensi murid secara lebih menyeluruh (Na’imah, 2011).
Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan, diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan
tujuan agar aspek pengukuran murid juga lebih bersifat menyeluruh. Bagi memperkukuhkan perkembangan pencapaian
akademik di sekolah, kebanyakkan pihak pentadbiran sekolah telah merancang beberapa program pendidikan dengan tujuan
ianya dapat membantu mempertingkatkan prestasi akademik. Diantara kebanyakkan program pendidikan yang kebiasaanya
dirancang dan dilaksanakan di peringkat sekolah adalah seperti program motivasi pelajar, kursus kepimpinan dalam kalangan
pelajar, program kecemerlangan akademik UPSR, PT3 dan SPM, program teknik menjawab kertas peperiksaan dan juga
program panitia di sekolah. Kesemua program tersebut dirancang dengan tujuan untuk memantapkan dan mempertingkatkan
kecemerlangan pelajar. Namun begitu, jika diteliti dan ditinjau dengan terperinci kebanyakkan program tersebut adalah lebih
bersifat sebagai satu program rutin tahunan semata-mata dan tiada sebarang pengukuran dilakukan samada program tersebut
memberi impak kepada pencapaian pelajar. Ini dapat dibuktikan dengan keputusan UPSR 2016 menunjukkan pencapaian
pelajar yang amat memeranjatkan dimana hanya seramai 4896 calon daripada 452,721 calon UPSR keseluruhan yang
memperolehi pencapaian 6A bagi enam kertas peperiksaan. Keputusan tersebut jika dilihat adalah tidak signifikan sama sekali
dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan selama enam tahun dalam sistem
pendidikan di sekolah rendah menerusi bermula pada tahun 2011 hingga 2016. Oleh yang demikian, pengkaji melaksanakan
kajian ini dengan tujuan untuk mengenalpasti dan menentukan apakah punca sebenar serta alternatif sesuai yang boleh
dilakukan agar dapat membantu mempertingkatkan pencapaian akademik di sekolah pada masa akan datang.

4 Objektif Kajian
Dalam kajian yang dilaksanakan ini, pengkaji telah membuat beberapa ketetapan objektif kajian bagi menentukan hala tuju
atau matlamat kajian ini dibuat. Diantara objektif kajian ini adalah seperti berikut
1. Menentukan tahap pelaksanaan penyeliaan dari pihak pentadbiran dalam proses penyeliaan PBS di sekolah.
2. Mengenalpasti tahap pelaksanaan penyebaran maklumat berkaitan dengan pelaksanaan perekodan pentaksiran KSSR
secara offline dilaksanakan di peringkat sekolah?
3. Mengenalpasti pelaksanaan guru dalam melaksanakan perekodan pentaksiran offline KSSR secara tekal dan holistik
di sekolah
4. Mengenalpasti tahap kesedaran guru terhadap kepentingan data pentaksiran dalam merancang program panitia atau
program akademik di sekolah.
5. Mengenalpasti tahap pelaksanaan guru dalam melakukan penganalisaan data item soalan ujian atau peperiksaan
murid di sekolah.

5 Persoalan Kajian
Bagi mendapatkan jawapan atas setiap objektif kajian yang dikaji, maka pihak pengkaji telah menetapkan beberapa persoalan
kajian berpandukan kepada objektif kajian ini. Persoalan kajian adalah seperti dibawah ini.
1. Apakah tahap pelaksanaan penyeliaan dari pihak pentadbiran dalam proses penyeliaan PBS di sekolah?
2. Apakah tahap pelaksanaan penyebaran maklumat berkaitan dengan pelaksanaan perekodan pentaksiran KSSR secara
offline dilaksanakan di peringkat sekolah?
3. Apakah tahap pelaksanaan guru dalam melaksanakan perekodan pentaksiran offline KSSR secara tekal dan holistik
di sekolah?
4. Apakah tahap kesedaran guru terhadap kepentingan data pentaksiran dalam merancang program panitia atau program
akademik di sekolah?
5. Apakah tahap pelaksanaan guru dalam melakukan penganalisaan data item soalan ujian atau peperiksaan murid di
sekolah?

6 Metadologi Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dimana pengkaji melaksanakan strategi melalui sesi temubual
dan penilaian terhadap bahan bukti perekodan pentaksiran yang digunakan oleh guru untuk menilai murid di peringkat
sekolah. Seramai 33 orang responden dari 13 buah sekolah yang dijadikan sampel dalam kajian ini dan kesemua sampel
tersebut adalah terdiri dari kalangan guru matematik yang dibimbing oleh pegawai SISC+ sahaja. Tujuan pemilihan responden

50
Tahap Kesedaran Guru Terhadap Kefungsian Pentaksiran dalam Merancang Program Pendidikan Berimpak Tinggi di
Sekolah

yang dibimbing sahaja dalam persampelan ini dipilih supaya dapat memudahkan bagi pihak mengkaji melaksanakan tugasan
rasmi sebagai pembimbing di samping itu juga kajian ini dapat dilaksanakan dalam masa yang sama. Secara langsung dapatan
kajian ini dapat sedikit sebanyak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam kalangan guru di daerah Pontian.

7 Kepentingan Kajian
Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak pengurusan pendidikan khususnya di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah agar mengenalpasti setiap
permasalahan yang wujud di sekolah. Dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam merancang dan menentukan strategi pelaksanaan yang lebih efisyen agar semua warga pendidik di
sekolah dapat dibantu untuk memahami dan menggunakan setiap data yang diperolehi melalui daripada pentaksiran secara
holistik dalam membentuk atau merancang setiap program akademik di sekolah yang berfokus mengatasi permasalahan yang
wujud dalam kalangan pelajar mereka khususnya dalam bidang akademik.

8 Dapatan Kajian
Hasil dari sesi temubual bersama responden dengan merujuk dokumen yang dijadikan sebagai eviden, maka hasilnya adalah
seperti dibawah ini.

8.1 Apakah tahap penyeliaan pihak pentadbiran terhadap pelaksaan PBS di sekolah?
Seramai 17 orang responen atau 51.5% menyatakan bahawa berlakunya penyeliaan PBS dalam kalangan pihak
pentadbiran di sekolah mereka. Manakala pula seramai 16 orang responden pula atau 48.5% menyatakan sebaliknya.
Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa tahap penyeliaan dari pihak pentadbiran sekolah terhadap pelaksanaan
PBS di sekolah yang dikaji berada pada tahap yang sederhana.

8.2 Apakah tahap pelaksanaan penyebaran maklumat berrkaitan dengan pelaksanaan perekodan pentaksiran KSSR
secara offline dilaksanakan di peringkat sekolah?
Seramai 29 orang responen atau 87.9% menyatakan bahawa mereka telah pun diberikan penerangan atau maklumat
berkaitan dengan pelaksanaan perekodan pentaksiran offline KSSR di sekolah mereka. Manakala pula seramai 4 orang
responden pula atau 12.1% menyatakan sebaliknya. Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa tahap
penyampaian maklumat dan penerangan mengenai pelaksanaan perekodan offline pentaksiran KSSR di sekolah yang
dikaji adalah dilaksanakan dan ianya berada pada tahap yang tinggi.

8.3 Apakah tahap pelaksanaan guru dalam melaksanakan perekodan pentaksiran offline KSSR secara tekal dan holistik
di sekolah?
Seramai sepuluh orang responen atau 30.3% menyatakan bahawa mereka telah pun melaksanakan pentaksiran offline
secara konsisten dan holistik di sekolah. Manakala seramai 23 orang responden atau 69.7% menyatakan sebaliknya.
Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa tahap pelaksanaan perekodan offline yang dilakukan secara holistik
dan konsisten oleh responden yang dikaji berada pada tahap yang amat rendah.

8.4 Adakah guru mengguna perekodan pentaksiran sebagai asas dalam perancangan program akademik di sekolah?
Seramai dua orang responen atau 6.1% menyatakan bahawa mereka telah menggunakan dapatan data pentaksiran
offline sebagai panduan atau rujukan dalam merancang program-program akademik di sekolah. Manakala seramai
31orang responden atau 93.9% menyatakan sebaliknya. Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa data perekodan
pentaksiran offline tidak dijadikan sebagai panduan dalam membangunkan program akademik di sekolah yang dikaji.

8.5 Adakah guru melaksanakan analisa item soalan ujian sebagai rujukan untuk mengesan kelemahan murid dan
merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan di sekolah?
Seramai lapan orang responen atau 24.2% menyatakan bahawa mereka ada melaksanakan pengesanan item soalan
sebaik sahaja sesuatu ujian atau peperiksaan dijalankan keatas pelajar mereka di sekolah. Manakala seramai 25 orang
responden atau 75.8% menyatakan sebaliknya. Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa masih ramai responden
yang tidak menjalankan pengesanan item soalan sebaik sahaja ujian atau peperiksaan dilaksanakan di sekolah.

51
Tahap Kesedaran Guru Terhadap Kefungsian Pentaksiran dalam Merancang Program Pendidikan Berimpak Tinggi di
Sekolah

9 HIPOTESIS NOL
Dalam kajian ini juga, pengkaji telah menetapkan dua hipotesis nol kajian untuk mengetahui samada tidak terdapatnya
hubungan yang signifikan antara kepimpinan dan juga analisa item dengan kemenjadian murid di sekolah yang dikaji.
Berdasarkan jadual 1.2, hasil analisis korelasi menunjukkan nilai indeks korelasi antara penyeliaan kepimpinan sekolah
dengan pelaporan pentaksiran offline secara konsisten dalam kalangan responden yang dikaji di sekolah adalah berada pada
tahap hubungan yang rendah, iaitu 0.410. Walau bagaimanapun, nilai pekali tersebut menunjukkan terdapat hubungan yang
positif antara tahap penyeliaan dengan pelaksanaan pentaksiran offline di sekolah. Dapatan ini juga menjelaskan bahawa
semamngnya terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah penyeliaan kepimpinan sekolah dengan pelaksanaan
pelaporan pentaksiran di sekolah. Ini di buktikan dengan nilai signifikan, 0.009 adalah lebih kecil dari aras yang telah
ditetapkan iaitu 0.05. Maka hipotesis awal berkaitan yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
penyeliaan kepimpinan sekolah terhadap pelaksanaan pelaporan pentaksiran offline secara konsisten adalah ditolak. Manakala
bagi hipotesis yang kedua dalam kajian ini juga merujuk kepada jadual 1. Berpandukan kepada jadual tersebut, hasil analisis
korelasi menunjukkan nilai indeks korelasi antara pelaksanaan analisa item ujian yang digunakan sebagai rujukan dalam
merancang program pembangunan akademik pelajar disekolah adalah berada pada tahap hubungan yang rendah, iaitu 0.449.
Walau bagaimanapun, nilai pekali tersebut menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara analisa item ujian dengan
program pembangunan akademik di sekolah.

Jadual 1 Analisis hubungan antara penyeliaan kepimpinan dengan pelaporan pentaksiran offline yang konsisten serta
hubungan analisa item ujian dengan perancangan program pendidikan di sekolah.

Bil Hipotesis Nol r P Keputusan


Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penyeliaan
1 kepimpinan sekolah dengan pelaporan pentaksiran off line 0.410** 0.009 Ditolak
secara konsisten.
Tidak terdapat hubungan antara analisa betul salah item dengan
2 perancangan program pendidikan di sekolah. 0.449** 0.004 Ditolak

Dapatan ini juga menjelaskan bahawa sememangnya terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah
pelaksanaan ujian item soalan dengan perancangan pembangunan akademik di sekolah. Ini di buktikan dengan nilai signifikan,
0.004 adalah lebih kecil dari aras yang telah ditetapkan iaitu 0.05. Maka hipotesis awal berkaitan yang menyatakan tidak
terdapat hubungan antara analisa betul salah item dengan perancangan program pendidikan di sekolah adalah ditolak.
Kesimpulan dari dapatan data berkaitan dengan hipotesis nol kajian, pengkaji mendapati bahawa sememangnya terdapat
hubungan yang signifikan diantara tahap kepimpinan sekolah yang dikaji dalam penyeliaan terhadap pelaksanaan PBS
khususnya perekodan pentaksiran secara offline serta pelaksanaan penganalisaan item soalan dari ujian atau peperiksaan oleh
guru-guru di sekolah. Keberkesanan dalam perlaksanaan apa jua program disekolah adalah bermula dari pihak kepimpinan
sekolah itu sendiri. Kenyataan ini disokong oleh Fakhri Khalil (2016) menyatakan bahawa pihak pentadbir sekolah iaitu guru
besar atau pengetua seharusnya memantau semasa proses pentaksiran berlaku dan bukan memantau guru dari segi lisan yang
bertulis. Hal ini demikian kerana laporan bertulis mungkin boleh direka dan bukan dalam keadaan sebenar. Oleh itu, semasa
pemantauan terhadap guru, pihak pentadbir perlu melihat sendiri proses pentaksiran untuk mengetahui tahap
keberkesanannya.

10 Rumusan
Berpandukan kepada hasil dapatan data yang telah diperolehi oleh pengkaji, mendapati bahawa akibat dari dari lemahnya
penyeliaan yang dilakukan oleh pihak kepimpinan sekolah adalah menjadi faktor utama kepada kurangya bilangan responden
untuk melaksanakan pentaksiran melalui perekodan offline secara holistik di sekolah yang dikaji. Dalam masa yang sama
juga, hasil dari dapatan analisa data dua hipotesis nol yang dikaji mendapati bahawa nilai kepimpinan dan penyeliaan itu
sendiri memberi kesan nilai hubungan yang amat signifikan dimana dengan adanya penyeliaan yang rendah dan lemah
menyebabkan nilai kesedaran mengenai kepentingan perekodan offline dan juga analisa item soalan yang boleh dijadikan
sumber utama yang sahih dalam merancang program akademik di sekolah yang dikaji. Ini mengakibatkan kebanyakkan
program yang telah dilaksanakan diperingkat sekolah yang dikaji tiada sebarang pengukuran dalam keberhasilannya serta
secara langsung memberi beban dan tekanan kepada guru dan juga pelajar di sekolah.
Pihak pentadbir juga dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses pentaksiran berlaku. Oleh itu
dicadangkan kepada pihak pendidikan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan mengadakan lebih banyak bengkel
52
Tahap Kesedaran Guru Terhadap Kefungsian Pentaksiran dalam Merancang Program Pendidikan Berimpak Tinggi di
Sekolah

dan latihan secara hands-on untuk mendedahkan kepentingan dan kefungsian pentaksiran kepada guru-guru agar lebih
berkualiti dalam penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam bilik darjah. Guru perlu didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan tentang pentaksiran formatif termasuk tujuan, masa pelaksanaan, teknik melaksanakan, membuat pemerhatian,
mengumpul, merekod, mentafsir dan menggunakan maklumat pentaksiran untuk membuat keputusan berkaitan dengan proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam membuat perancangan program akademik di sekolah.

Rujukan
Black, Paul, and Wiliam, Dylan. “Assessment and Classroom Learning.” Assessment in Education (March 1998): 7–
74. Google Scholar
Chappuis S. & Chappuis, J. (2008). The best value in formative assessment. Educational Leadership, 65(4), 14-18.
Edward Gronlund. Authors, M. David Miller, Robert L. Linn, Norman Edward Gronlund. Edition, 10, illustrated.
Publisher, Merrill/Pearson, 2009. ISBN, 0132408937
Fakhri & Mohd Isha; Isu Kesediaan Guru dalam Amalan Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, EDUCATUM-
Journal of Social Science 2016.
Kizlik 2015; Learning to Teach in The Secondary School.7th Edition. (2016) Routledge Publisher.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2007). Modul Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Susan M. Brookhart; Educational and Measurement Issue and Practice, Volume 28 Issue 1 Spring 2009 pages 1-2 2009
Yusof Boon & Fadzlon Hassan. Journal of Education Management: Tahap Amalan Organisasi Di Sebuah Sekolah Menengah
Di Daerah Kulaijaya, volume 4 Dec 2011. Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Yusof Boon & Mohd Musa Shahruddin. Journal of Education Management: Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.

53

Anda mungkin juga menyukai