Anda di halaman 1dari 14

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Daging Bakar Cicah Air Asam


Oleh: Azie Kitchen

Bahan perap:
1 kg daging batang pinang - potong 2 atau 3
2 inci kunyit hidup - atau 2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu

Cara-cara;
Daging diperap dengan kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Biarkan seketika.

Bakar dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Dibalik balikkan sehingga masak. Jangan
terlebih masak, nanti daging dah tak 'juicy'.
Hiris nipis dan sedia untuk dihidangkan bersama air asam.

Sementara daging dibakar, bolehlah sediakan air asam.


Cara untuk menghasilkan air asam yang sedap pekat dan melekat ialah dengan mengisar sebahagian
bahan bahan dan sebahagian lagi dipotong dadu atau dihiris halus. Selain dari sedap, air asam mestilah
cantik dengan menpunyai warna merah dan hijau.

Ada juga orang yang meletakkan daun kesum yang dihiris hiris, pun sedap juga. Tapi tak semua orang
sukakan bau daun kesum kan, jadi saya buat air asam biasa sahaja. Untuk menambah keenakan air asam,
saya meletakkan sedikit sos cili Maggi dan Maggi Cukup Rasa.
Air Asam Pencicah Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Kisar Halus:


2-3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi - merah dan hijau
2-3 tangkai cili merah besar
2 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan - dibakar dahulu - opsyenal
3 sudu besar gula

Bahan lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 tangkai cili padi hijau - hiris halus untuk tambah warna
Sedikit perahan air limau nipis
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa - atau secukupnya
Sedikit sos cili Maggi
Garam - jika perlu

Cara-cara;
Kisar semua bahan kisar secara "pulse on off" supaya tidak terlalu halus. Masukkan bahan yang dikisar ke
dalam mangkuk. Jangan letakkan air ya.

Masukkan buah tomato, bawang besar yang telah dipotong dadu dan cili padi hijau.
Perahkan jus limau nipis. Kacau, kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air masak. Masukkan sedikit
Maggi Cukup Rasa.
Untuk menambah keenakan air asam, masukkan sedikit sos cili. Sesuaikan rasa supaya ada rasa masin,
manis dan masam. Lebihkan rasa manis berbanding masin.

Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan daging bakar atau ikan bakar.

Nota:
Boleh juga dipotong-potong sahaja cili dan semua bahan kemudian digaul/ramaskan dengan tangan semua
bahan hingga sebati.
Selamat mencuba....

Daging Bakar Cicah Air Asam


Oleh: Azie Kitchen

Bahan perap:
1 kg daging batang pinang - potong 2 atau 3
2 inci kunyit hidup - atau 2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu

Cara-cara;
Daging diperap dengan kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Biarkan seketika.

Home Daging featured Lauk Pauk Masakan Kelantan Masakan Tradisional Daging Bakar Cicah Air Asam
Yang Sangat Sedap

Daging Bakar Cicah Air Asam Yang Sangat Sedap

Azie 6.12.17

Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah membuat daging bakar yang dicicah dengan air asam. Daging
yang digunakan ialah daging batang pinang. Jadi ianya lebih lembut dan lebih cepat dimasak.

Kalau di Kelantan, ada dua jenis daging bakar. Satu yang diletak sedikit rempah sebagai bahan perap dan
biasanya dimakan dengan nasi kerabu. Boleh klik di SINI.
Satu lagi pulak, yang dibakar kosong. Hanya dilumur garam dan kunyit. Tapi hari ini, saya melumurkan
sekali daging dengan MAGGI Cukup Rasa. Dilumur dan digosok gosok pada daging dan biarkan seketika
sehingga ianya meresap dan mesra.

Kalau makan ikan bakar atau daging bakar, bagai tidak lengkap jika tidak dicicah dengan air asam. Air
asam sangat mudah disediakan namun tidak semua orang mampu menghasilkan air asam yang sedap.
Ada ketika, air asamnya cair dan tidak secukup rasa.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Mungkin sama sahaja dengan yang disediakan oleh orang
lain. Namun bagi melengkapkan entri hari ini, saya kongsikanlah resepinya di bawah ini. Jangan lupa
singgah di Instagram Azie Kitchen untuk video dan juga Azie Kitchen Channel di youtube...

Daging Bakar Cicah Air Asam


Oleh: Azie Kitchen

Bahan perap:
1 kg daging batang pinang - potong 2 atau 3
2 inci kunyit hidup - atau 2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu

Cara-cara;
Daging diperap dengan kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Biarkan seketika.

Bakar dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Dibalik balikkan sehingga masak. Jangan
terlebih masak, nanti daging dah tak 'juicy'.

Anda mungkin juga menyukai