Anda di halaman 1dari 12

RESEPI - ANEKA KERABU

RESEPI KERABU JANTUNG PISANG

.
BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang (Saiz Sederhana)
1 biji bawang besar (ditumbuk bersama bawang putih dan cabai merah)
2 biji bawang putih
Cabai merah (ikut selera)
10 tangkai cili padi (dihiris)
1 tangkai serai (dihiris nipis)
Sedikit daun selom.
Kelapa parut (digoreng dan kemudian dikisar sedikit. Jangan kisar lama sangat, nanti jadik
kerisik)
1 mangkuk kecil ikan bilis (digoreng, ganti dengan udang kering pun boleh)
Limau nipis (ambil patinya)
Sedikit garam.
.
CARA-CARA :
1. Jantung pisang dihiris nipis. Gaulkan bersama bawang merah, bawang putih dan cili merah
yang telah ditumbuk.
2. Masukkan pula kelapa goreng tadi. Ini diikuti dengan hirisan serai dan daun selom.
3. Masukkan perahan limau nipis dan sedikit garam. Kemudian, gaulkan bersama ikan bilis
goreng hingga sebati.
4. Sedia dihidang.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.
KERABU SUHUN

BAHAN-BAHAN :
1 paket suhun diredam
6 ekor udang segar (xde pun xpe)
2 ekor sotong hiriskan rings
1 biji cili merah
3 biji cili api
1 ulas bawang besar
sedikit sos ikan
sedikit sos sotong
sedikit serbuk perasa
2 biji limau dan ambil jusnya
seikat daun bawang (xde pun xpe)
1 bili tomato
lobak merah hiris
.
CARA-CARA :
Rebus sotong, dan udang sehingga masak dan potongkan. Potong bawang merah, cili merah,
cili api, daun bawang dan tomato. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos
sotong, jus limau, perasa dan air bawang jerut. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Sedia
dihidangkan.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.
KERABU TAUGEH CAMPUR KERANG

.
BAHAN-BAHAN :
2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
.
** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Anda boleh tambah atau kurang ikut pada
selera masing-masing ya..
.
CARA PENYEDIAAN:
-Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air
panas selama 5 saat saja .
-Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan
dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.
-Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada
bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.
KERABU SOTONG BERSAMA SUHUN

BAHAN-BAHAN :
400gm sotong
suhun
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon
kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit
.
BAHAN HIRIS :
1 labu bawang besar
5 bj cili api
1 bj cili merah/hijau
kacang panjang
daun ketumbar
carrot ~ dipotong spt mancis
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dlm dan dihiris pjng
.
CARA-CARA :
1. Rendam suhun dlm air panas hingga lembut dan toskan.
2. Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
3. Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama
nanti sotong liat) Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
4. Toskan sotong yg dah siap dimasak.
5. Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
6. Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
7. Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
8. Sedia untuk dihidangkan.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.

ACAR TIMUN NENAS

BAHAN-BAHAN :
1 batang timun
1/6 nenas- dihiris kecil-kecil
1 batang lada merah- dihiris
1/2 biji bawang besar- mayang
cuka secukupnya
garam dan gula secukupnya
.
CARA-CARA :
Kupas kulit timun dan hiris nipis-nipis
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Lada merah tu kalau time terdesak boleh juga diganti dengan cili kering
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.

KERABU DAGING ALA NYONYA


BAHAN-BAHAN :
300 gram daging batang
1 biji timun saiz kecil (saya tak pakai..stok udah habis)
5 biji bawang merah, hiris
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
5 biji cili padi, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
4 camca besar pati santan
5 -6 biji limau kasturi, perah jusnya
Gula secukup rasa
Sos ikan secukupnya
.
BAHAN TUMBUK HALUS
2 biji cili merah
4 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar
.
CARA-CARA:
-Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam
bekas. Timun belah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.
-Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan2 diatas kecuali jus limau
kasturi, garam dan gula serta santan. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.
Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang
anda suka. Biar sekejap dan hidangkan.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.

KERABU SOTONG

BAHAN-BAHAN :
1/2 kg sotong, dibersihkan, potongkan anggaran 1 inci tebal dan direbus dengan sedikit air
dan garam. Letakkan beberapa potongan kecil halis, untuk menghilang bau hanyir
1 labu bawang besar di mayang
1 cawan taugeh di buangkan ekornya
1 ikat ( 50 sen) kacang botol di potong 1/2 inci panjang
1/2 biji kelapa goreng
4 biji lada merah dan sebesar ibu jari belacan ditumbuk bersama sedikit gula dan garam.
Kalau nak pedas, boleh campurkan dengan sedikit cili api
1 biji limau nipis, di ambil airnya.
.
CARA-CARA :
1. Apabila sotong sudah masak, angkat dan toskan.
2. Campurkan semua bahan2 diatas. Letakkan sedikit garam dan gula.
3. Perah kan air limau nipis dan gaul rata. Masam manis tu, kita adjust laa ye
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.

KERABU PUCUK MANIS BERSAMA PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN :
- cili padi ikut suka (klu tak suka pedas kurangkan la)
- ikan bilis segengam
- bawang putih
- bawang merah
- belacan sikit
- kelapa parut 1/2 biji
.
CARA-CARA :
1. Tumbuk cili, ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan belacan. Ikan bilis tu tumbuk
kasar2 je
2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 tumbuk tadi
3. Masukkan kelapa parut
4. Campak garam, gula dan perasa
5. Masukkan pucuk manis or pucuk paku dan goreng hingga masak
6. Dah siap pun.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.
KERABU PERUT MUDAH

BAHAN-BAHAN :
Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping sampai empuk
Bawang besar mayang halus
Cili api dan serai hiris halus
Tomato hiris ikut suka
Limau nipis (saya guna lemon)
Gula (ni taruk lebih sikit kalau pakai lemon sbb rasa lemon lebih masam dari limau nipis)
Daun sup bagi ada kaler sikit
.
CARA-CARA :
1.Perah limau @ lemon dan kacau dengan gula sampai sebati
2. Gaulkan semua bahan sampai mesra .Siap
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.
KERABU DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN :
Daun selom
4 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 inci halia.
2 kuntum bunga kantan
1 batang serai
10 biji cili api (kalau tak mau pedas boleh kurangkan)
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa.
.
CARA-CARA :
Hiris daun selom dan ketepikan, kisarkan kesesemua bahan bahan dia, kecuali bunga kantan
bawang besar dan buah limau ..kemudian gaulkan bahan kisar tadi dengan daun
selom,masukkan garam,gula, perahan buah limau,hirisan bunga kantan dan bawang besar tu
saja senang kan.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.

KERABU KAKI AYAM

BAHAN-BAHAN :
2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya *
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan (nampla)
.
CARA-CARA :
1. Basuh kaki ayam sebersihnya. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan
2. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong
kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
3. Campurakn semua bahan. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
Hidang segera
.
Sumber : AnekaResepiRaya.
.
.

KERABU GAJUS BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN :
Gajus secukupnya
Belimbing buluh secukupnya
2 labu bawang besar
Setengah biji kelapa parut*
6-7 tangkai cili kering*
5-6 ulas bawang merah*
Sedikit belacan*
Sedikit serbuk lada hitam (boleh juga guna lada biji)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
.
CARA-CARA :
1. Gajus dan belimbing buluh dihiris nipis.
2. Rendam dengan air garam sebentar.
3. Kemudian ramaskan untuk keluarkan rasa asam dan kelat buah. Toskan.
4. Bawang besar dihiris nipis.
5. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas.
6. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Gaulkan buah gajus dan belimbing tadi dengan bahan kisar.
9. Siap untuk dihidangkan.
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.

KERABU MANGGA BERSAMA LIMAU BALI

BAHAN-BAHAN:
2 bj - mangga muda (potong halus memanjang)
1/2 bj - limau bali(ambil isinya)
3 ulas - bawang putih
5 bj- cili padi
2 sb- udang kering
2 sb- gula siam (warna kuning)
1 bj- bawang besar sos nampla @ sos ikan
segengam kacang tanah yg telah di goreng ..(tumbuh kasar)
segengam ikan bilis ..goreng
.
CARA-CARA :
1. cili padi, udang kering, bwg putih ditumbuk kasar..
2. masukkan gula siam..tumbuk lagi.
3. kemudian masukkan sos nampla...gaulkan bahan tadi dgn mangga dan limau bali tadi..
4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng dan bawang besar sebagai pelengkap..selamat
mencuba..
.
Sumber : AnekaResepiRaya
.
.
KERABU TAUGE

BAHAN-BAHAN :
1/2kg tauge.. cuci dan siram dengan air panas
1 biji kelapa parut.. ambil putihnya sahaja
15 biji cili api merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu udang kering*
sedikit belacan*
5 ketul cekur
3 helai daun limau purut
asam jawa
garam & aji
gula
.
CARA-CARA :
Gorengkan kelapa parut tanpa minyak hingga kekuningan..goreng guna minyak bahan2
bertanda (*)..
kemudian tumbuk hingga lumat.. tumbuk juga cekur dan daun limau purut..masukkan asam
jawa.. garam aji dan gula.. gaulkan bersama kelapa tadi..bila telah siap.. gaulkan dengan
tauge