Anda di halaman 1dari 14

RESEPI NASI AYAM CHICKEN RICE SHOP

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
Garam
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil minyak bijan

UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat oil
(Cara nk dptkan chicken fat oil - goreng lemak ayam sehingga mengeluarkan minyak)
1 kiub pati ayam
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu butter

UNTUK SOS CILI


1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam

UNTUK SOS AYAM


1 sudu besar minyak bwg putih
1 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar light sos soya
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soya sos
Sedikit daun ketumbar
1 timun

CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi
menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia
dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi
dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga
menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30
minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.

2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk
menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan
isinya berjus. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk masak nasi : Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak
ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng
sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak bijan. Masukkan air rebusan ayam, butter n kiub
pati ayam. Masak dalam periuk elektrik.

4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan
minyak bijan. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum
melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.

6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng
atau daun bawang sebagai hiasan.

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun
ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.

Taugeh Celur (ala-ala Chicken Rice Shop)

Celur Taugeh ni dah lama buat, ni baru rajin nak update kat sini.
Che'Iza TQ banyak2 share resipi celur taugeh ni, memang layan ar makan taugeh ni, krup
krap krup krap..rasa cam makan kat chicken rice shop plak. Sesaper rasa nak try tu, baik try
buat..gerenti tak menyesal, dahlah mudah, cepat plak tu..
Iza, lela copy paste resipi kat sini k :)

Bahan-bahan ( 2-3 org )

 150 gm taugeh
 * 2 sb air panas
 * 1/2 sk serbuk pati ayam
 1/2 sk kicap pekat
 1 sb kicap manis
 1 1/2 sb sos tiram
 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
 sedikit lada sulah
 secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup.
Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh
celur tadi.
4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang
goreng.

Taugeh Celur Ala Chicken Rice Shop

Bahan2nya:
150 gram taugeh - buang ekor, cuci & toskan
2 camca besar kuah sup*
1/2 camca teh serbuk pati ayam*
1/2 camca teh kicap pekat*
1 1/2 camca besar sos tiram*

1 camca besar kicap manis*


1 camca teh minyak bijan*
Sedikit lada sulah
Sedikit garam - jika perlu
Hirisan cili merah - untuk hiasan
Hirisan daun bawang - untuk hiasan
Bawang goreng - untuk hiasan

Cara2nya:
1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata dan tambah serbuk lada
sulah secukup rasa dan secubit garam jika perlu. Kacau rata lagi dan ketepikan.
2. Didihkan air, masukkan sedikit garam. Celur taugeh tadi semalam 20 saat (resipi asal 1 minit, tapi
mat suka rangup2). Toskan dan alihkan ke dalam bekas sesuai.
3. Kemaskan taugeh tadi, tuang no.1 rata2. Tabur hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng.
Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin mengucapkan


ribuan terima kasih pada follower blog Azie Kitchen yang
setia mengunjungi dan membaca blog saya. Ya lah
sekarang ni zaman pelbagai media sosial seperti
Instagram yang rata rata orang berkongsi resepi dan
masakan. Saya tetap percaya, blog akan kekal diminati
kerana blog lebih personalised berbanding IG yang lebih
touch and go.

Telah lama, saya tidak selitkan petikan kuliah dari ustaz


yang diadakan di surau tempat saya bekerja. Jadi
sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya ingin
kongsikan Kuliah Zohor dari Ustaz Abu Jihad berkenaan
ikhlas dalam beribadah. Sebab apa orang terus
melakukan dosa? Kerana ada orang lain yang sokong
tindakan mereka sebagai contoh komen dalam facebook
akan post orang menunjukkan duit. Komen yang
menyokong adalah seperti, "tak apa. Dia tak kacau
orang. Dia guna duit sendiri".

Zaman sekarang, ramai orang berbangga bangga


dengan kejahatan yang dilakukan. Mereka tidak segan
untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kejahatan
yang dibuat dengan berkongsi di laman sosial. Bukan
sekadar berbangga bangga dengan kebaikan yang
dibuat.

Ikhlas adalah menyembunyi amal kebaikan


sebagaimana kita menutup amal kejahatan. Amalan
soleh walaupun ditutup, Allah pasti akan menunjukkan
amalan soleh kita. Jadi tak perlu lah nak menunjuk pada
orang lain. Biar antara kita dengan Allah sahaja yang
tahu. Orang dapat naungan arasy ialah orang yang buat
amalan dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu.

Ikhlas adalah sentiasa berjaga jaga. Sebelum tahap


ikhlas adalah tahap buat buat ikhlas. Sebagai contoh,
kita digalakkan menangis selepas solat malam. Ada
orang yang sangat susah hendak menangis. Jadi dia
kena cuba juga dan buat buat menangis. Jadi dalam
ikhlas pun, kita kena cuba untuk ikhlaskan amalan kita.

Antara tanda ikhlas ialah tidak bertambah amalan sebab


dipuji atau tak berkurang dengan sebab dikeji. Tanda
ikhlas kedua ialah lupa memandang amalan yang lepas.
Jangan tengok lagi amalan yang dulu. Yang ketiga ilab
lupa kepada pahala hari akhirat. Maksudnya dia redha
beribadah semata mata kerana Allah. Amalan hanya lah
sebagai tanda syukur akan nikmat dunia yang Allah bagi
cukup banyak. Nikmat Allah tak terhitung banyak nya.
Seperti yang saya tulis dalam Instagram saya sebelum
ini, saya belajar resepi ini dari Maznah sahabat saya
sejak dari darjah satu lagi. Kalau bukan kerana sahabat
baik, dia pun mungkin tidak mengajar saya detail satu
persatu.

Dia melihat sendiri Kak Wook memasak kerana memang


berkawan rapat dengan Kak Wook. Selalu menjenguk ke
dapur ketika Kak Wook menyediakan hidangan untuk
nasi Kak Wook. Rahsia yang mesti ada ialah aji no moto.
Jadi kalau ada yang tidak makan aji no moto, bolehlah
menggunakan apa apa serbuk perasa atau tidak
menggunakannya.
Saya berjanji untuk berkongsi resepi Sambal Nasi Kak
Wook di Instagram saya sehingga ramai yang
meninggalkan komen mereka tidak sabar untuk
membacanya. Jadi sebagai menunaikan janji, saya
gagahkan diri untuk menyediakan Nasi Kak Wook
sebagai hidangan tengahari keluarga saya walaupun
saya sangat sibuk ketika ini.

Sambal Nasi Kak Wook ini memang sedap dan secukup


rasa. Tapi jangan lupa kepedasan cili adalah berbeza,
jadi jika rasa terlebih pedas, tambahlah satu atau dua
sudu gula lagi untuk seimbangkan rasa pedas dengan
manis. Begitu juga garam, bolehlah tambah secukup
rasa tekak masing masing. Di bawah ini adalah gambar
selepas sehari disimpan di dalam peti ais.

Klik di SINI untuk resepi Gulai Ayam Nasi Kak Wook dan
di SINI untuk Ayam Goreng Nasi Kak Wook untuk
mengetahui rahsia dan teknik penyediaannya.

Jangan lupa melihat video cara penyediaannya di


Azie Kitchen Youtube Channel. Kepada yang belum lagi
follow Azie Kitchen Instagram, jom follow di
@aziekitchen. Ramai yang menulis memberitahu mereka
baru sahaja jumpa dengan IG Azie Kitchen sedangkan
telah lama saya membuka akaun di IG untuk follower
blog Azie Kitchen.
Sambal Nasi Kak Wook
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
15 tangkai cili kering - rebus & tos
10 tangkai cili merah
Segenggam cili padi kampung hijau - 30 tangkai
6 biji asam limau kasturi - buang biji
1 ibu jari belacan - bakar seketika
1 ulas bawang putih - bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa

Cara cara:
Hiris halus semua cili padi dan cili merah. Tujuannya
supaya ianya mudah hancur. Cili kering guna yang jenis
berkilat, bukan yang kerinting.
Cucuk belacan dengan menggunakan garfu dan bakar
atas api seketika. Ulang yang sama untuk bakar
bawang putih pula.

Blender semua bahan di atas dengan menggunakan


"pulse" sahaja. Jangan dikisar halus. Biar ada kasar
kasar sedikit.
Akhir sekali, tuang ke dalam mangkuk dan masukkan
sedikit aji no moto, jika suka. Kacau sebati dan
sesuaikan rasa.
Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti
sejuk.
Nota:
Mesti ada lebih rasa manis.

Boleh disediakan lebih awal kerana rasanya akan


menjadi lebih sedap setelah semua cili telah terjeruk di
dalam gula dan cuka.

Anda mungkin juga menyukai