Anda di halaman 1dari 5

Solok Lada

umifeeza@myresipi.com

Sedap dimakan dengan nasi kerabu.


Created on : 06-09-2008 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

591Share
Bahan-bahan ( 5-8 biji -bergantung saiz cili )

5-8 biji cili hijau 3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya 1/2 cawan kelapa parut putih 3-4 biji bawang merah 1 sudu teh lada hitam 1 cawan santan Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air. 2. Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis. 5. Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu. 6. Angkat dan bolehlah dihidangkan

Bahan2nya: 6 cili hijau/lada solok secawan kelapa parut muda 1 ekor ikan kembong/2 ekor ikan sardin 4 ulas bawang merah/1 labu bawang merah India

1 ulas bawang putih setengah inci halia lada hitam 7 - 8 biji

Cara buat:

1. Cili di belah tengah, buang biji dan urat tengahnya. Kemudian rendam seketika

dalam air cuka. 2. Kupas isi ikan mentah2.*tak payah direbus/panggang ikan, nanti hilang rasa manisnya * 3. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia. 4. Campurkan kelapa dan isi ikan. Tumbuk lagi. 5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 6. Sumbatkan bahan2 yang dah siap ditumbuk ke dalam cili. Tekan2kan biar padat. 7. Bila dah siap semua, susunkan dalam periuk. Masukkan sedikit santan pekat untuk tujuan merebus. 8. Masak dengan menggunakan api yang sederhana pada mulanya dan kemudian kecilkan api bila solok lada dah hampir2 'sekhing'(masak sepenuhnya). 9. Sedia untuk dihidangkan....

Bahan-bahannya 20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah 4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya 2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan ) 6 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih sejemput lada hitam Garam secukup rasa 1 sudu teh gula Cara membuatnya 1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili) 2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. 3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok 4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis. 5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur). 5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut. 6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana. 7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Solok Lada / Sarok Lada


Resepi : MaDiHaA & Mum Bahan2 Lada solok atau lada hijau secukupnya (pilih yang besar2 & lesuh2 kalau boleh jangan
pilih lada/cili yang bengkok!)

1 kg ikan kembong / ikan selayang (ambil isinya saja) 1/2 biji kelapa parut saiz besar ~ kalau kecik letak je sebiji (guna kelapa yang agak
muda yg berkulit hijau yer)

8 ulas bawang merah garam secukup rasa sedikit gula Cara2 menyediakan 1. Sediakan cilinya dulu. Cuci bersih cili & toskan. Belah memanjang cili (jangan putus & jangan sampai terbelah dua!). Potong sedikit kulit cili dibahagian tangkainya supaya bahagian bijinya boleh dibuang. Buangkan semua biji yang ada di dalam perut cili (boleh korek2 dengan mata pisau ye). Cuci bersih dengan air paip. Buat sehingga habis & toskan cili. 2. Sediakan isinya pula. Tumbuk bawang merah hingga halus. Kemudian tumbuk pula isi ikan hingga halus. Gaul dengan kelapa parut muda dengan menambah garam & sedikit gula. Tumbuk lagi campuran ini sekadar sebati (tak perlu sampai kelapa hancur.. tumbuk gitu2 je). 3. Sumbat isi ikan ke dalam perut cili hingga penuh. Susun dalam periuk kukusan. (masa ni dah boleh panaskan kukusan). Buat sehingga habis. Jika tak cukup cili.. boleh buat bulat2 macam vadei tu.. sesuai untuk budak2 sebab tak pedas. 4. Kukus sehingga solok masak lebih kurang 15 minit. Angkat & hidangkan.

Solok Lada: - 8 biji lada hijau besar @ lada hijau (Thai) - 3 ekor ikan kembung/selayang mentah diambil isinya - 4 ulas bawang merah - 1 sudu kecil garam - 1 sudu kecil gula - segenggam kelapa parut/mesin yang berwarna putih - 1 cawan santan cair Cara membuatnya: - Lada dibasuh dan dibelah tengah jangan terputus,kemudian buangkan semua biji lada berkenaan. - Ambil bawang merah tumbuk sampai hancur, kemudian masukkan garam, gula secukup rasa dan ikan mentah yang telah dibuang tulang tadi, dan akhir sekali masukkan kelapa parut putih. Ianya perlu ditumbuk biar sebati. - Selepas itu masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut lada hijau.Apabila semua sudah siap,masukkan kesemua lada tersebut dalam periuk dan dimasukkan secawan santan cair.Taburkan sedikit garam.Rebus sekejap dengan api sederhana. - Bila dah agak kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan..
Ini adalah petola ular. Mungkin ramai dah kenal. Tie korek isinya dan buang. Untuk buat isi solok ni , ambil isi ikan mentah (kembung pun boleh), tumbuk bersama bawang kecil (1-2 labu je), kelapa parut, sedikit halia, lada hitam 6-7 biji dan jika hendak lebih pedas bubuhlah lada kecik. Jangan lupa tumbuk bersama dengan garam dan sedikit gula. Rasalah supaya dapat pastikan rasanya seimbang. Kemudian sumbat campuran isi ikan tu ke dalam petola yang dipotong2 tu. Susun comel2 dalam periuk, bubuh santan sederhana pekat. Guna api yang perlahan. Bila dah empuk petola tu, dah boleh makan. Makanlah dengan nasi panas. Memang berselera tu hubby Tie suka (biasalah masakan kelantan..hehe.)

Inilah rupanya bila masak. Ada sedikit kuah santan tu. Ada orang kukus je. Tapi hubby Tie suka yang berkuah. Nanti, Tie ajar cara buat solok lada pulak. Nak kena cari lada tu. Lada solok tak sama, lebih pedas menyengit!!

Anda mungkin juga menyukai