Anda di halaman 1dari 1

GARIS PANDUAN KURSUS COACHING OF COACHES BIMBINGAN

INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (COC BI-PBD) SEKOLAH


RENDAH SIRI 3 TAHUN 2021

Makluman kepada semua JPN, mohon semua PKP dan Ketua Panitia untuk mengikuti
Kursus COC BI-PBD Sekolah Rendah Siri 3 Tahun 2021. Maklumat adalah seperti yang
berikut:

Platform : Google Site dan Google Classroom


Bahan diperlukan : ID Google Classroom, sebuah laptop/komputer/internet
Tarikh akhir kursus : 1 Oktober 2021 hingga 30 Oktober 2021
Peserta diwajibkan mengikuti SEMUA slot dan perlu menjawab SEMUA soalan kuiz yang
diberikan. Maklumat lanjut boleh didapati dalam slot-slot tersebut.

Langkah-langkah: 2
1. Mohon semua peserta melayari google site Kursus COC BI-PBD Tahun 2021 seperti pautan
berikut:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kursus-coc-2021/
2. Baca arahan pada hadapan pengenalan di google site dan klik pada link Google Classroom
yang disertakan atau;

2.1 Login google classroom dengan menggunakan ID google classroom (DELIMA) masing
masing (pastikan yang diberi oleh KPM dan bukan ID google persendirian).
2.2 Klik pada tanda ➕ dan pilih ‘Join Class’. (Peserta dimohon untuk memilih SATU kelas
sahaja bagi GC yang diberikan).

3. Membuat Pendaftaran Kursus dan Entrance Survey pada Google Site

3.1 Paparan akan keluar dan minta PKP/KP untuk mendaftar kursus tersebut. Pastikan
nama, no kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan diberi
dengan tepat dan betul.
3.2 Pada bahagian e-mel, boleh letakkan e-mel yang mudah untuk diakses atau yang
selalu digunakan. Hal ini bagi memudahkan peserta menerima nombor pin yang
akan diberikan oleh pihak penganjur. Nombor pin akan di-e-melkan serta merta. Sila
semak e-mel setelah selesai mendaftar. Hal ini adalah kerana nombor pin ini
diperlukan untuk login masuk entrance survey.
4. Setelah selesai menjawab entrance survey, ikut semua slot dalam Google Site sehingga
selesai semua slot 1 hingga 13. Jawab semua kuiz dalam Google Classroom mengikut kelas
yang telah dipilih.

5. Akhir sekali, sila jawab exit survey. Link SPLKPM akan diberikan bagi tujuan pendaftaran di
SPLKPM.

SELAMAT BERKURSUS

Anda mungkin juga menyukai