Anda di halaman 1dari 3

Pes laksa sarawak

Bahan-bahan ( kira2 300-350 gm )

16 biji bawang merah*

8 ulas bawang putih*

20 tangkai cili kering (dibuang bijinya dan direndam)*

7 biji buah keras*

5-6 batang serai*

1 inci lengkuas*

1 kiub belacan (dibakar)*

1 cams jintan manis (digoreng tanpa minyak)

1 cams jintan putih (digoreng tanpa minyak)

1 cams ketumbar (digoreng tanpa minyak)

1/2 cawan kacang tanah (digoreng)

1/2 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)

Cara-cara
1. Bahan2 yg bertanda * hendaklah dikisar sehingga lumat.
2. Bahan2 spt jintan manis, jintan putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan hendaklah
dikisar halus dgn pengisar serbuk. Kemudian barulah disatukan dgn bahan yg
bertanda *.
3. ***jika ingin disimpan lama, bolehlah ditumiskan terlebih dahulu dgn minyak masak
dan dimasukkan sedikit garam, gula serta perahan asam jawa. Utk membuat laksa
Sarawak, sila rujuk resepi www.resipi.com/top/detail/6434

LAKSA SARAWAK
Bahan-bahan ( 4-5orang )

150 gm pes laksa Sarawak (klu xde perencahnya, sila rujuk homemade pes laksa
sarawak di www.myresipi.com/top/detail/6425)

1 peket bihun (dicuci dan dicelur)

200 gm udang basah

200 gm santan

2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)

100 gm tauge (dicelur)

3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus)

1 liter air

2 sudu besar cili kisar

2 batang serai (diketuk)

sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)

1 helai daun limau purut

4 biji limau kasturi (dibelah dua)

garam dan gula secukup rasa

2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)

utk sambal : 5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas
bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara
1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus
sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak
semula.
2. Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan
tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.

3.

Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.

4.
Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering
dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula
bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan
gula secukupnya.

5.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm
mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan
perahkan limau.
6. Sedap dimakan ketika panas.
7. ***kalau x cukup pedas, tambah le sambal atau hirisan cili api.

Anda mungkin juga menyukai