Anda di halaman 1dari 8

Presentasi berjudul: "KURSUS PENGURUSAN JENAZAH"—

Transcript presentasi:
1 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Oleh :SAHRUDIN BIN SAMSUDDINKOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (
KUIS )

2 MUQADDIMAH Kematian adalah satu kepastian bagi makhluk yang bernyawa.


Redha ataupun tidak, bersedia atau sebaliknya ia pasti akan kita hadapi. Ibrahim Adham (seorang
wali Allah) ketika ditanya ”Apakah yang paling hampir kepadanya?” lalu beliau menjawab ialah
kematian. Namun apabila berlaku kematian hanya segelintir manusia yang mahu mengambil
pengiktibaran daripadanya”

3 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


ObjektifMelahirkan seorang dalam setiap keluarga yang boleh mengendalikan jenazah.Menyelaras
dan menyediakan satu garis panduan cara-cara pengurusan jenazah mengikut Agama Islam
diseluruh Negeri Selangor.Menghindarkan amalan-amalan khurafat dan Bid’ah berkaitan
pengurusan jenazah.

4 Melawat Orang Yang Sakit Dan Hikmahnya


Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi
hikmah. Antaranya ialah :1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah
dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.2. Allah ingin
menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.3. Allah ingin mengampunkan dosa
yang telah kita lakukan samada secara sedar atau sebaliknya.

5 Kita hendaklah bersabar dan redha di atas dugaan yang Allah berikan dan berusahalah untuk
menyembuhkannya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit
ada ubatnya kecuali mati'.5. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :'Menziarah/melawat
orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudian
daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.6. Islam menuntut umatnya untuk menziarahi seseorang
yang ditimpa musibah, walaupun ianya terdiri daripada kalangan yang berlainan agama.

6 DEFINISI MATIMati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang
penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi
menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak
terlepas dari mati. Maksud Firman Allah s.w.t : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan
sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.“ ( Surah Ali Imran ayat 185 )
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi,
tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat.
Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. Maksud Firman Allah s.w.t : "Di mana saja
kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang
kukuh." (Surah an-Nisaa' ayat 78)

7 HUKUM MENGINGATI MATIIslam menganjurkan umatnya (sunat) supaya mengingati saat-saat


kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur
dan sebagainya. Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita ingin mati, kerana
bercita-cita ingin mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan
sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala
boleh membawa pembunuhan diri.Memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang
berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharuskan, seperti ungkapan doanya:- "Ya
Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku
sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

8 Kriteria Seorang Pengurusan Jenazah


1. Sifat berani.2. Sabar.3. Amanah.4. Mempunyai kemahirandan ilmu yangmencukupi.

9 Susunan Pengurusan Jenazah


Seorang suami boleh memandikan isterinya begitu juga sebaliknya.Rasulullah s.a.w pernah berkata
kepada isterinya Aisyah bahawa sekiranya Aisyah yang wafat terlebih dahulu maka Banginda
sendiri yang akan memandikan jenazah isterinya.Saidina Ali K.W telah memandikan jenazah
isterinya Siti Fatimah.

10 Carta Keutamaan ( Afdhal ) Ahli Waris Yang Utama Menguruskan Jenazah

11 BADI / SAWAN MAYATSetiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah dikembarkan dengan
Qarin. Ia merupakan makhluk ciptaan Allah daripada kalangan jin. Nabi Muhammad S.A.W telah
dikembarkan dengan perkara yang sama, namun demikian ketika pembedahan yang dilakukan oleh
Malaikat Jibril Qarin tersebut telah dibuang/dipisahkan daripada tubuh badan Baginda.Bagi kita
sebagai menusia biasa, Qarin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan cuba
menyesatkan manusia. Apabila seseorang itu meninggal dunia Qarin tersebut bertukar menjadi
hantu mayat, ianya dikenali sebagai badi atau sawan mayat dan berfungsi selama 40 hari. Selepas
itu seandainya ada sebarang gangguan atau jelmaan, ianya berkemungkinan sebahagian ilmu hitam
yang dituntut oleh si mati ketika hayatnya di dunia.

12 Doa Untuk Menghindar Dari Badi Mayat


َ‫سلون‬ َ ‫ع َد الرحمنُ و‬
ُ ‫صدَقَ ال ُم ْر‬ َ ‫هلل وعلى مِ لَّ ِة رسول هللا صلى هللا عليه وسلم هذَا َم‬
َ ‫او‬ ِ ‫هللا وب ِا‬
ِ ‫بسم هللا الرحمن الرحيم بسم‬

13 KESAN DARI TARBIYAH KURSUS


Adalah diharapkan semoga setiap peserta kursus atau ahli waris dapat tampil bagi menguruskan
jenazah terutama apabila berlaku kematian ke atas keluarganya sendiri.Telah menjadi tradisi dalam
masyarakat kita apabila berlaku sesuatu kematian ianya diurus atau diserahkan kepada imam, nazir
atau badan khairat kematian yang berkemahiran dan berkemampuan. Amalan ini perlu
diperbetulkan semula mengikut lunas-lunas ajaran Islam yang sebenar.

14 KHIDMAT DAN PENGHORMATAN TERAKHIR


Setiap manusia telah melalui proses kehidupan dari zaman bayi hingga dewasa. Ketika bayi atau
kanak-kanak segala urusan kehidupannya makan dan minum suci daripada najis, berpakaian
menutup aurat, sakit demam dan sebagainya semuanya ini telah diuruskan oleh kedua ibu bapanya
dengan penuh ketabahan tanpa mengenal jemu atau keletihan terhadap semua anak-anak di bawah
tanggungannya.Tetapi apabila tiba giliran ibu bapanya meninggal dunia siapakah yang akan
menguruskannya, memandikan, mengapankan, menyembahyangkan, membawa jenazah hingga ke
tanah perkuburan serta mengkebumikannya? Dimanakah kewibawaan anak-anak serta
tanggungjawabnya?Sebagai ibu bapa pernahkan anda berwasiat atau berpesan kepada anak-
anaknya apabila dirinya mati kelak jenazahnya hendaklah diuruskan oleh anak-anaknya atau waris
yang terdekat. Kenapa tidak?....

15 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARIS TERDEKAT


A) DISAAT KEMATIAN( Ketika Nazak )
1. Membersihkan dan mengemaskan badan pesakit – barang kemas- gigi palsu-potong kuku dll.

2. Ajarkan kalimah syahadah ditelinga kanannya.

3. Hadapkan mukanya ke arah qiblat dengan kakinya dilunjurkan ke arah qiblat

4. Titiskan air ke dalam mulut pesakit.

5. Peranan keluarga dalam mengiringi pesakit dengan bacaan Al-Quran

16 B) SETELAH MENINGGAL DUNIA


Selimutkan dengan kain yang bersih dan letakkan di tempat yang tinggi.Tanggalkan
pakaiannya.Istinjak ( sucikan dari pada najis ) Senamkan sendi tangan dan kakinya menggunakan
minyak atau seumpamanya (sunat dilakukan sebanyak 3 kali,setelah meninggal, sebelum
dimandikan dan sebelum dikapankan) Rapatkan kedua belah matanya, ikat bahagian dagu dan
pergelangan kaki dan qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang dan dibengkungkan bahagian
perutnya untuk mengelakkan dari pada kembung. Hubungi pegawai masjid atau surau dan khairat
kematian (mohon bantuan pengurusan) Buat laporan polis Uruskan pembelian kain kapan, peralatan
mandi / tempat mandi, papan keranda (mengikut keadaan atau keperluan setempat) Hubungi kereta
jenazah dan penggali kubur.

17 C) PEMBELIAN ALAT KELENGKAPAN KAPAN


meter kain putih (bidang 60 inci ) untuk orang dewasa mengikut keperluan jenazah. bantal kapas
atau 2 potong kapas yang berukuran lebar 3. 3 bungkus serbuk kapur barus / 1 botol losyen kapur
barus. 4. 1 botol air mawar (mengikut keperluan)bungkus serbuk kayu cendana6. 1 botol minyak
wangiutas tali pengikat 8. Serbuk tanah untuk tayamum bagi mayat yang uzur atau kanak-kanak
lelaki yang belum berkhatan.

18 9. 1 botol body syampoo / mandian buih (250 ml)


SAMBbotol body syampoo / mandian buih (250 ml)Span mandi secukupnyaGayung / getah
paipKayu penyugi / berus gigi Sarung tangan getah / plastik (digunakan untuk semua jenazah
umum, kritikal dan HIV / AIDS. Lain-lain keperluan mengikut keadaan jenazahJug untuk mengisi
airLimau nipis atau seumpamanya jika perlu Batu nisanApa-apa jenis pewangi / spray / bakaran
(untuk persekitaran)Sehelai tikar berukuran sederhana

19 1. Ukur panjang jenazah dan lebihkan 2 kaki


D) MEMOTONG KAIN KAPANUkur panjang jenazah dan lebihkan 2 kakiPotong kain sama panjang
sebanyak 4 helai3 helai kain kapan1 helai kain mandiSehelai jubah dan serban untuk lelaki atau
telekung untuk perempuan (boleh ditambah kain sebagai pakaian )Sarung tangan kain untuk
istinjakpotong kapas mengikut ukuran jenazah2 potong diletakkan pada belakang badan jenazah1
potong pada atas dada jenazah3 potong kapas berukuran 2 kaki setiap satuDiletakkan pada bahu
kanan hingga ke hujung jariDiletakkan pada bahu kiri hingga ke hujung jariLilitan pada
kepalaAtauPotong 4 keratan kapas mengikut ukuran badan jenazah dan susunkan kapas tersebut
secara melintang dari bahu hingga ke kaki jenazahhelai kapas berukuran 2 ½ kaki x 7 kaki
diletakkan dibawah dan diatas tubuh jenazah.

20 E) PERALATAN KELENGKAPAN MANDI


1. Tempat khas memandikan jenazah2. Besen / baldi untuk takungan air yang secukupnya (jika
perlu)3. Getah paip / gayung4. 1 botol body shampoo / mandian buih5. Sarung tangan getah dan
kain untuk meruang6. Serbuk kayu cendana7. Span mandi8. Serbuk kapur barus9. Kapas gulung
mengikut keperluan10. Gunting11. Pewangi spray / bakaran mengikut keperluan12. Apron13. Tuala
mandiKain batik lepas yang mencukupi*** Tempat memandikan jenazah hendaklah tertutup, hanya
waris- waris yang terdekat sahaja dibenarkan berada di dalam bilik / tempat tersebut.

21 JENAZAH HIV / AIDSPengurusan jenazah HIV / AIDS adalah tanggungjawab keluarga si mati
sebagaimana juga fardhu kifayah dari hukum syarak.Pihak hospital atau klinik kesihatan kerajaan
tidak menyediakan perkhidmatan jurumandi.

22 Peralatan Mandi Jenazah HIV / AIDS


1. Baju khas atau apron plastik (kalis air) untuk dipakai oleh semua petugas2. Sarung tangan getah /
plastik sebaik-baiknya 2 lapis3. Penutup mulut dan pelindung mata4. Kasut boot getah yang
panjang5. alatan yang berfungsi sebagai pemegang kapas6. Gunting7. Kapas gulung8. Bahan
peluntur seperti klorox (nisbah 1:9) iaitu 1 bahagian bahan peluntur dibancuh dengan 9 bahagian air
mutlak

23 Sunat Membaca Doa Sepanjang Pengurusan Jenazah


‫لى مِ لَّ ِة رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
َ ‫ع‬ ِ ‫بسم‬
َ ‫هللا َو‬

24 Mandi Jenazah Biasa / Normal


Senamkan sendi tangan dan kakinyaSiram dengan air mutlak sehingga rata keseluruh
anggotaBersihkan jari / kuku tangan dan kaki, kedua cuping telinga, lubang hidung, sugi giginya dan
sunat disikat rambut dan janggutnya dengan NIAT mengistinjakkan jenazah ”Sahaja aku
mengistinjakkan mayat ini kerana Allah Ta’ala”.Duduk / sandarkan jenazah darjah. Tekan bahagian
kiri perutnya dengan tangan kanan dan instinjak bahagian punggung dan kemaluannya dengan
tangan kiri yang berbalut (angkat dan renggangkan kaki kiri / kangkangkan sedikit kedua belah
kakinya).Wudukkan jenazah (di awal dan di akhir). ” Sahaja aku mengwudu’kan mayat ini kerana
Allah Ta’ala”Siram dengan air mutlak dan gosok bahagian atas badannya dengan menggunakan
span mandi dan body syampoo dari kepala hingga ke kaki.7. Siram dan gosok bahagian rusuk
kanan dan diikuti rusuk kiri.

25 Mengiringkan badannya dengan rusuk kanan ke atas, siram dan gosok ke seluruhannya dan
diikuti rusuk sebelah kiriTerlentangkan badannya dan siram dengan air mutlak (bilas).Sunat di ulangi
3 kali berturut-turut ke atas jenazah tersebut.Siram 3 kali dari kepala hingga ke kaki dengan air
mutlak yang bercampur air kapur barus dan kayu cendana (air sembilan) atau gunakan spray/lotion
kapur barus setelah jenazah dilap.Salinkan kain mandi dan lap hingga kering.Pakaikan lampin ( jika
perlu )lapiskan plastik lut sinar (jika perlu)*** Pengendali jenazah ( bagi semua keadaan ) disunatkan
mandi selepas menguruskannya.

26 Mandi Jenazah HIV / AIDS


Sediakan bancuhan peluntur (klorox) dengan air mutlak nisbah 1:9 di dalam bekas yang mencukupi
dan disiramkan ke seluruh tubuh jenazah.Lakukan langkah seterusnya seperti jenazah biasa
dengan menggunakan penyepit khas dan kapas.Bilas dengan air bercampur bahan
peluntur.Tutupkan semua rongga seperti mulut, telinga, hidung, bahagian pungggung dan kemaluan
dengan menggunakan kapas yang di basahi dengan air campuran bahan peluntur.Bersihkan tempat
mandi dan peralatan yang masih boleh digunakan dengan air panas mendidih atau dengan air
mutlak yang bercampur bahan peluntur.*** Bahan-bahan pakai buang hendaklah dimasukkan ke
dalam poly bag untuk pelupusan.

27 Mandi dan Mengkapankan Jenazah Reput / Hancur (Kritikal)


1. Bentangkan sehelai kain putih / jaring khas dan masukkan cebisan daging / tulang ke atas kain
yang di pegang setiap penjuru.2. Siram dengan air mutlak.3. Wuduk dan mandikan jenazah hanya
dengan niat seandainya bermasalah.4. Siram dengan air mutlak bercampur dengan body syampoo
sehingga di yakini bersih dan suci.5. Cantumkan semua penjuru kain dan lipat dengan sempurna.6.
Bentangkan 3 helai kain kapan, sehelai plastik lutsinar dan kapas di atasnya serta ditaburkan serbuk
kayu cendana dan kapur barus.7. Letakkan jenazah tersebut di atas plastik dan kapankan dengan
sempurna .

28 Mengkapankan Jenazah Biasa / Normal


1. Bentangkan 3 helai kain kapan.Bentangkan jubah dan serban untuk lelaki ,telekong dan baju
untuk perempuan.Bentangkan kapas yang panjang mengikut ukuran jenazah dan taburkan serbuk
kayu cendana, kapur barus di atas kapas tersebut.Letakkan jenazah di atas kapas yang disediakan
dan disolek.2. Bentangkan satu potong kapas yang panjang di atas dada jenazah daripada leher
hingga ke kaki ( seandainya kapas itu membujur ).3. Letakkan 3 potong kapas yang pendek pada
bahu kanan, bahu kiri dan lilitan pada kepala kemudian pakaikan serban bagi lelaki / serkup kepala
bagi perempuan.4. Sembur /renjiskan pewangi.5. Lipatkan jubah / telekung / kain kapan pada tubuh
jenazah dimulai dari sebelah kiri ke kanan.6. Ikat Jenazah dengan lima tali pengikat dan disimpulkan
pada rusuk sebelah kiri jenazah. ( atas kepala, aras dada, aras kelangkang, lutut dan bawah telapak
kaki)7. Renjis dengan air mawar.

29 Mengkapankan jenazah HIV / AIDS


1. Bentangkan 3 helai kain kapan.2. Bentangkan sehelai plastik lutsinar yang lembut.3. Bentangkan
jubah dan serban untuk lelaki ,telekong dan bajuuntuk perempuan4. Bentangkan kapas seperti
jenazah biasa di atasjubah/telekung dan taburkan serbuk kayu cendana dankapur barus.5. Lakukan
langkah seterusnya seperti jenazah biasa.6. Pastikan semua rongga telah ditutup dengan
kapasyang telah dibasahi oleh bahan peluntur.

30 Solat Jenazah Hukumnya fardhu Kifayah


Dari abi Hurairah ra bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata : ” Siapa yang keluar
bersama jenazah dari rumahnya, kemudian ia ikut mensolatkan dan mengiringinya sampai ke
pemakaman untuk memakamkan, baginya pahala sebesar dua bukit. Dan siapa yang ikut
mensolatkannya kemudian ia pulang ke rumahnya (tidak ikut ke pemakaman), baginya pahala
sebesar gunung Uhud”.(HR Muslim).ii. Solat jenazah dianjurkan dilakukan secara berjamaah.* Jika
yang hadir sendirian wajib dilakukan secara bersendirian.

31 ORANG YANG LEBIH UTAMA MENJADI IMAM SOLAT JENAZAH


1. Menurut Syafie – walinya lebih utama dari penguasa walaupun si mayat mewasiatkan kepada
penguasa atau orang lain.2. Wasiat tidak dapat menggugurkan hak tersebut.3. Oleh kerana solat
jenazah adalah doa maka doa adalah lebih makbul dengan ikhlas dan penuh harapan .Hal ini lebih
banyak diperolehi dari walinya.

32 4. Wali yang lebih utama adalah yang lebih dekat kekerabatannya dengan si mayat.
5. Imam Hanafi – pihak penguasa lebih utama atau wakilnya.6. Imam Maliki dan Hanafi lebih utama
orang yang mendapat wasiat sekiranya tidak ada wasiat maka walinya adalah diutamakan kemudian
barulah mengikut urutan kekeluargaan yang terdekat.

33 SYARAT SAH SOLAT JENAZAH


i. Disyaratkan seperti solat wajib:-Menutup auratSuci dari hadas kecil / hadas besar.Suci badan /
tempat / pakaian.Menghadap kiblatii. Jenazah yang akan disolatkan hendaklah terlebih dahulu
dimandikan dan dikafankan.

34 RUKUN SOLAT JENAZAH i. Niat ii. Berdiri bagi yang kuasa


iii. 4 kali takbir termasuk takbiratul ihramiv. Membaca Fatihah selepas takbir pertamav. Membaca
selawat atas Nabi selepas takbir keduavi. Doa khusus bagi mayat selepas takbir ketigavii. Salam
selepas takbir keempat

35 SOLAT GHAIBi. Menurut pendapat Imam Syafie dan Hambali mereka membolehkan solat
ghaib.ii. Menurut pendapat Imam Hanafi dan Maliki mereka tidak membolehkan kerana hadis di atas
bersifat khusus untuk Nabi SAW.

36 Jumhur ulamak membolehkan solat jenazah di masjid atau di rumah.


TEMPAT SOLAT JENAZAHJumhur ulamak membolehkan solat jenazah di masjid atau di rumah.

37 PENGKEBUMIAN JENAZAH
1. CARA – CARA MEMBAWA JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN a. 3 orang membawa
pengusung, seorang di hadapan, 2 orang di belakang atau,b. 4 orang membawa pengusung,2 di
hadapan 2 di belakang mengikut pendapat Imam Nawawi.c. Boleh dilakukan dengan berbagai cara
dan lebih afdal orang yang mengiringi jenazah berjalan di hadapan mengikut pendapat Imam
Syafie.d. Orang yang mengiringi jenazah berjalan di belakang mengikut pendapat Imam Hanafi.e.
Sunat mengusung jenazah didahului bahagian kepala.

38 PENGKEBUMIAN JENAZAH
f. Mengusung jenazah perempuan / khunsa dengan keadaan tertutup, haram hukumnya
menggunakan penutup jenazah dengan kain sutera.g. Sunat Muakkad orang yang mengusung
jenazah itu terdiri daripada kaum lelaki sahaja.h. Sunat mengusung jenazah secara hormat dan
bersegera.i. Disunatkan menghormati jenazah ketika lalu dihadapannya.j. Sunat bagi orang yang
melihat jenazah membaca doa untuknya.k. Makruh membuat bising ketika mengusung jenazah.l.
Dilarang percampuran lelaki dan perempuan ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

39 CARA MENGKEBUMIKAN JENAZAH


1. Kubur yang telah disiapkan mengikut keadaan setempat.

2. Tiga orang turun ke dalam kubur untuk menyambutnya.

3. Jenazah hendaklah diturunkan secara hormat dan diiringi doa tertentu.

4. Orang yang lebih afdhal memasukkan jenazah ke dalam lahad adalah kerabatnya yang terdekat
dan mahramnya bagi jenazah wanita.

5. Pendapat Imam Nawawi sunat mengadang dengan kain ketika jenazah diturunkan ke dalam
lahad terutama jenazah wanita.

6. Jenazah hendaklah diiringkan ke arah kiblat dengan mukanya dirapatkan ke dinding lahad dan
buka semua ikatannya.

7. Letakkan 3 kepal tanah di bahagian belakang tubuh jenazah.

8. Jenazah ditutup dengan papan lahad dan ditimbus dengan tanah setinggi sejengkal daripada
permukaan tanah.

9. Tandakan kubur dengan batu nesan.

10.Siram dengan air.


41 PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN
TALKIN / TAZKIRAH KEMATIAN( teks dan kaedah pembacaan talqin sewajarnya diberikan nafas
baru dalam bentuk yang lebih menginsafkan untuk para jemaah yang hadir.)

42 PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN


b. PENGURUSAN HARTA SIMATI1. Pembayaran hutang piutang2. Fidyah puasa3. Zakat4. Badal
Haji5. Nazar (jika diketahui)6. Wasiat7. Pembahagian harta peninggalan simati

43 PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN


c. TAHLIL / KENDURI ARWAHTiada dalil yang qatie dalam Al-Quran dan hadis mengenai amalan
tahlil arwah namun ia suatu perkara yang dilakukan dengan membaca ayat-ayat yang tertentu dan
zikir-zikir membesarkan Allah swt.Namun ia menjadi kesalahan apabila ia dilakukan dengan
ditentukan harinya dan seakan berdosa apabila meninggalkanya dan menjadikan ia sebagai suatu
perkara wajib apabila berlakunya kematian.Amalan ini juga sebagai suatu cara untuk ahli keluarga
memenuhi amalan sunat untuk memberi makan kepada orang ramai.

44 HIKMAH MENGINGATI MATI


Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah
Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha
memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya. Timbul
rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat
setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan. Lahir perasaan tanggungjawab hendak
membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan
dalam menuntut keredhaan Allah.

45 RenunganApabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalanya melainkan 3 perkara;
amal yang memberi munafaat,sedekah jariah dan anak-anak soleh yang sering mendoakan
kebaikan untuk dirinya. Maksud Hadis

46 Salam Perpisahan-Adalah diharapkan semua peserta kursus dapat memanfaatkan semua ilmu
yang dipelajari dan menjalankan tuntutan fardhu kifayah dengan sebaiknya.-Segala ketelanjuran
budi-bicara serta kekurangan sepanjang mengendalikan kursus ini mohon jutaan kemaafan.

47 Doa-Doa Khusus ‫دعاء سماس مالوت اورغ ساكية‬


‫اجعُونَافبيل مليهت موكا‬ ِ ِ ‫ب اْلعَ ْر ِش اْلعَظِ ِيم أ َ ْن يَ ْش ِفيَكَبخاءن افبيل مندغر اورغ ساكيت اتو منيغضل دنيااِنَّا‬
ِ ‫هلل َواِنَّا اِلَ ْي ِه َر‬ ِ ‫أَسأ ُل هللا اْلعَظِ ي ِْم َر‬
ِ ‫وم اْل ِقيَ َم ِة ِع ْن َد َربِ ُك ْم ت َْخت‬
َ‫َص ُمون‬ َ َ‫وركُ ْم ي‬ ُ
َ ‫علَيكَ اِنَّكَ َميِتٌ ِانَّ ُه ْم َميِتُونَ ث ُ َّم ت ُ َوفَ ْونَ أ ُج‬ َّ ‫جنازهاَل‬
َ ‫سالَ ُم‬

48 ‫بخأن كتيك مموتوغ كاءين كفن‬


‫ع ِن‬ َ ‫ اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل ِلبَا‬: ‫هللا صلى هللا عليه وسلم بخأن كتيك مموتوغ كاءين كفن لالكي‬
َ ُ‫سه‬ ِ ‫ول‬ ُ ‫لى مِ لَّ ِة َر‬
ِ ‫س‬ َ ‫ع‬ ِ َ‫هللا َومِ ن‬
َ ‫هللا َو‬ ِ ‫افيبل مغغكت جنازه بِس ِْم‬
‫ اللهم اجعل لباسها َ عن الكريم وأدخلها َ يا هللا برحمتك الجنة‬: ‫اْلك َِري ِْم َوأ َ ْدخِ ْلهُ يَا هللاُ بِ َرحْ َمتِكَ اْل َجنَّةَيا ارحم الراحمين فرمفوان‬

49 ِ َّ ِ ‫ ن ََويْتُ اْ ِإل ْستِ ْن َجا َء مِ ْن َهذَا اْل َميِت‬: ‫لفظ استنجاءلالكي‬


‫ّلِل تَعَالى سهاج اكو اسنتجاءكن ميت اين كران هللا تعالى‬

ِ َّ ِ ‫ ن ََويْتُ اْ ِإل ْستِ ْن َجا َء مِ ْن َهذَا اْل َميِت َ ِة‬: ‫فرمفوان‬


‫ّلِل تَعَالى‬

50 ‫سهاج اكو منديكن ميت اين فرض كفاية كران هللا تعالى‬
‫ض اْل ِكفَايَة ِِِهلل تعالى‬ ِ ِ‫ع ْن َهذَا ْال َمي‬
َ ‫ت فَ ْر‬ َ ‫ ن ََويْتُ أ َ َدا َ َء اْلغَس ِْل‬: ‫نية مندي لالكي‬

‫ض اْل ِكفَايَ ِة سهاج اكو منديكن ميت اين فرض كفاية كران هللا تعالى‬ َ ‫ ن ََويْتُ أ َ َدا َ َء اْلغَس ِْل‬: ‫فرمفوان‬
َ ‫ع ْن َهذَ ِه اْل َميِت َ ِة فَ ْر‬
‫هلل تعالى ‪51‬‬ ‫لوض ُْوء ِلهذا اْلميِ ِ‬
‫تِ ِ‬ ‫لالكي ‪ :‬نويْتُ اْ ُ‬
‫هلل تَعَالىَسهاج اكو وضوءكن ميت اين كران هللا تعال‬ ‫هلل تَعَالىَفرمفوان ‪ :‬ن ََويْتُ اْ ُلوض ُْو َء ِل َه ِذ ِه اْل َميِت َة ِ ِ‬
‫تِ ِ‬‫نية وضوءلالكي ‪ :‬ن ََويْتُ اْ ُلوض ُْو َء ِل َهذَا اْل َميِ ِ‬

‫بخاءن كتيك ممنديكن جنازه ‪52‬‬


‫غ ْف َرانَكَ يَا َرحِ ْي ُم َربَّنَا َواِلَيْكَ‬ ‫غ ْف َرانَكَ يَا َرحْ َمنُ َربَّنَا َو ِالَيْكَ اْل َم ِ‬
‫صي ُْرتلنتغ ‪ُ :‬‬ ‫غ ْف َرانَكَ يَا هللاُ َربَّنَا َواِلَيْكَ اْل َم ِ‬
‫صي ُْرمغيريغ ككانن ‪ُ :‬‬ ‫مغيريغ ككيري ‪ُ :‬‬
‫صي ُْر‬‫َ ِ‬ ‫م‬ ‫ل‬‫ْ‬ ‫ا‬

Anda mungkin juga menyukai