Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Employers’ Perspective on Succession Planning amongst Millennial Talents

Pada masa kini, para majikan perlu bijak dalam memilih para graduan yang baru untuk
bekerja dengan mereka. Para majikan perlu menimbang beratkan pelbagai perspektif dalam
merancang perancangan yang berjaya bagi memastikan pilihan mereka tepat atas tuntutan
keperluan pekerjaan pada zaman miliennial. Antara perspektif yang perlu dilihat oleh para
majikan dalam memastikan kejayaan perancangan diantara bakat millennial ialah dari segi
kemahiran digital, kemahiran berkomunikasi samada dalam bahasa melayu ataupun bahasa
inggeris, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran kepimpinan dan banyak lagi.
Untuk bahagian kedua tugasan ini, hasil perbincangan dan pengumpulan maklumat yang telah
dijalankan, empat perspektif majikan dalam perancangan yang berjaya diantara bakat miliennial
ialah seperti berikut:

2.1 Kemahiran digital

Perspektif pertama yang perlu ditekankan oleh majikan ialah aspek kemahiran digital.
Pada masa kini aspek ini berada di tangga teratas kerana desakan daripada pasaran kerjaya.
Menurut seorang Pengarah Program 02’s, Ann Pickering, ledakan pelbagai teknologi dengan
pengenalan pelbagai pengisian moden dan terkini menjadikan majikan mencari bakal pekerja
yang mempunyai bakat serta pengetahuan dalam kemahiran terbabit. Seseorang individu yang
mempunyai pengetahuan tentang kemahiran digital pada masa kini mempunyai peluang yang
lebih cerah untuk diberi pekerjaan kerana ianya boleh menjadi satu asset yang penting kepada
para majikan.

Menurut Ann Pickering lagi, jika mempunyai kemahiran ini, calon tersebut sangat
bertuah kerana perniagaan masa depan memang bersandarkan pada kepentingan seperti ini.
Sebagai contoh penggunaan komputer dalam membuat pelbagai kerja digital seperti penyediaan
kertas kerja, laporan mesyuarat, penyediaan pelbagai surat dan lain- lain lagi. Pada masa kini
semua rekod di sesebuah organisasi juga memerlukan kemahiran digital untuk menyimpan
maklumat- maklumat serta rekod organisasi.
Selain itu, kemahiran digital amat dititkberatkan kerana ianya boleh meningkatkan
produktiviti bakat millennial di tempat kerja kerana ianya lebih menjimatkan masa dan kerja
yang dilakukan lebih sistematik. Oleh kerana aspek ini, ianya menjadi sebab utama bagi pihak
majikan untuk memilih bakat milenial yang mempunyai kemahiran digital bagi memastikan
keberkesanan perancangan sesebuah organisasi. Perhubungan antara para pekerja serta pihak luar
akan lebih berkesan dan mudah melalui perhubungan emel untuk perkongsiaan maklumat.

2.2 Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran komunikasi juga antara perspektif utama yang perlu ditekankan oleh para
majikan dalam perancangan Berjaya bakat milienial. Hal ini kerana pada zaman sekarang iaitu
zaman miliennial kemahiran berkomunikasi amat mudah dijalankan kerana wujudnya pelbagai
kemudahan –kemudahan terkini yang serba canggih. Jadi dari segi kemahiran berkomunikasi,
para majikan perlu memastikan para bakat millennial dapat berkomunikasi dengan baik.
Tambahan lagi kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran asas yang yang wajib ada pada setiap
graduan untuk mendapatkan pekerjaaan. Menurut Hashim (2001), proses komunikasi boleh
berlaku pada bila- bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh individu. Jadi dalam hal ini, para
majikan perlu memastikan bakat millennial yang dipilih dapat menyuaikan diri serta dapat
berkomunikasi pada bila- bila masa sahaja. Para bakat perlu fleksibel dalam berkomunikasi
kerana ianya boleh terjadi secara spontan. Para majikan juga perlu menekankan kemahiran dari
perspektif ini supaya para graduan dapat berkomunikasi secara efektif dengan rakan sekerja,
pihak atasan ataupun pelanggan.

Kemahiran berkomunikasi boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu secara lisan ataupun
bukan lisan. Kemahiran berkomunikasi secara lisan adalah secara verbal. Sebagai contoh
perbincangan antara rakan sekerja atau majikan ataupun pelanggan. Kemahiran lisan akan
diaplikasikan kerana dalam perbincangan, komunikasi secara lisan sangat penting bagi
memastikan kejayaan atau kelancaran sesuatu yang dirancang. Jadi para majikan perlu
memastikan bakat miliennial mempunyai kemahiran berkomunikasi secara lisan yang bagus bagi
memastikan kejayaan perancangan mempunyai peratusan yang tinggi. Seterusnya komunikasi
secara bukan lisan. Komunikasi bukan lisan ialah komunikasi secara gerak badan atau bertulis.
Sebagai contoh para bakat millennial bukan sahaja dapat menyuarakan sesuatu pendapat melalui
lisan tetapi melalui gerak tubuh dan secara bertulis. Pada masa kini yang serba canggih, para
graduan haruslah lebih maju ke hadapan dalam menggunakan kemudahan- kemudaha terkini.

Menurut Ratna Rosdhina Abdul Razak dan Faez Mohamed Mohamed Sultan(2009)
dalam kajian menyatakan salah satu punca graduan tidak mendapat pekerjaan adalah kerana
mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi dan tiada kemahiran interpersonal. Jadi
jelaslah disini bahawa salah satu perspektif yang amat perlu dititikberatkan oleh para majikan
dalam memastikan kejayaan dalam perancangan untuk bakat millennial adalah kemahiran
komunikasi. Ingin juga saya selitkan disini selain kemahiran berkomunikasi yang bagus, para
majikan juga perlu melihat kemahiran berkomunikasi para bakat di dalam kemahiran Bahasa
Inggeris. Graduan millennial bukan sahaja perlu mahir berkomunikasi dalam bahasa melayu,
tetapi harus mantap dalam bahasa inggeris. Menurut Persekutuan Majikan Malaysia(MEF),
kemahiran berkomunikasi dalam bahasa inggeris menjadi salah satu kriteria yang dicari- cari
oleh para majikan dalam para graduan. Tambahan lagi, di zaman millennial sekarang ini, bahasa
inggeris merupakan antara bahasa penutur utama di peringkat antarabangsa. Hal ini kerana
sesetengah organisasi bukan sahaja berkomunikasi dengan orang tempatan tetapi juga dengan
orang asing yang tentunya menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penutur utama untuk
berkomunikasi. Para majikan perlu mengambil berat perkara ini kerana ianya boleh menjadi satu
bonus kepada syarikat sekaligus memastikan kejayaan perancangan yang dibuat oleh para
majikan.

2.3 Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Perspektif ketiga yang perlu diambil kira oleh para majikan bagi memastikan
perancangan yang berjaya di antara bakat millennial ialah kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Para bakat millennial yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu
dipastikan oleh majikan kerana mereka inilah yang akan membawa arus suasana yang produktif
di tempat kerja. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemampuan minda seseorang untuk
menganalisis kelogikan dan kemunasabahan mengenai sesuatu dan membuat pertimbangan
berserta alasan dan bukti. Kemahiran berfikir secara kreatif pula adalah kepantasan seseorang
menggunakan akalnya untuk menjana idea baru serta mencari makna dan juga menyelesaikan
sesuatu secara inovatif.

Kemahiran ini boleh menjadi nilai tambah tertinggi yang mampu memberikan pulangan
lumayan kepada graduan kerana mereka mempunyai ‘magik’ idea yang digabungkan dengan
kemahiran sedia ada dalam memberi sesuatu idea baharu. Jadi para majikan perlu melihat dari
perspektif ini juga dalam mencari dan memilih bakat millennial yang tepat agar sasaran kerja
dapat dicapai dan ianya juga dapat meningkatkan lagi kejayaan syarikat.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga menjadi salah salah satu persopektif
yang perlu diambil kira kerana pada zaman millennial ini, bukan sahaja orang dewasa malahan
kanak-kanak di bangku sekolah juga telah diterapkan nilai ini. Ini menunjukkan ianya satu
perspektif yang penting dalam membina seseorang yang mempunyai daya fikir yang tinggi
dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, jika sesuatu syarikat atau organisasi mempunyai
masalah daya saingan, generasi- generasi yang berbakat millennial inilah yang dapat diharap
mengeluarkan idea-idea baru yang boleh digunakkan untuk memberi kelainnan serta
menyelesaian masalah yang produktif. Para majikan perlu melihat dari perspektif ini juga kerana
ia juga boleh menjadi salah satu pemangkin utama dalam memberi kejayaan dalam perancangan
syarikat.

2.4 Kemahiran kepimpinan

Perspektif yang terakhir yang perlu diambil kira oleh majikan dalam memastikan kejayaan
perancangan diantara bakat millennial ialah dari segi kemahiran kepimpinan. Kemahiran
kepimpinan ini tidak dimiliki oleh semua orang kerana ianya merupakan satu kemahiran yang
tinggi. Setiap majikan pasti inginkan kemahiran kepimpinan ini ada di dalam diri setiap graduan
yang bekerja dengan mereka. Kemahiran ini tidak lahir dari bakat tetapi melalui pengalaman
kerja,pembelajaran, pembentukan dan pemupukan kemahiran ini. Ia hanya akan diperoleh
melalui usaha yang keras dari individu yang ingin berjaya.
Kemahiran ini perlu dinilai oleh para majikan kerana ianya boleh melahirkan bakat millennial
yang bertanggungjawab dan berwibawa. Seorang ketua yang bagus akan membimbing para
rakan sekerjanya untuk mendapat kejayaaan bersama.

Para bakat millennial yang memiliki kemahiran kepimpinan akan dapat merancang pelbagai
aktivti, menjadi tempat rujukan rakan- rakan sekerja, lambang kepada sesuatu organisasi, dapat
menyusun ahli-ahli dengan sistematik,dapat berusaha mencapai matlamat organisasi,dapat
menyelesaikan masalah dengan berkesan dan dapat membahagikan tugas dengan adil antara ahli.
Jadi ianya satu asset penting kepada majikan jika dapat memiliki bakat millennial yang
mempunyai kemahiran kepimpinan. Selain itu dengan adanya individu yang mempunyai
kemahiran ini, mereka dapat merancang kejayaan syarikat atau sesebuah organisasi dengan lebih
berkesan. Dari segi perspektif ini juga para majikan dapat mencari perintis kepada sesebuah
organisasi atau syarikat sekaligus memastikan kemenjadian dan keberhasilan sesebuah syarikat
atau organisasi dapat diteruskan dan dikembangkan lagi pada peringkat yang lebih tinggi.

Apabila seseorang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi di dalam diri mereka, seseorang
akan mempunyai ciri- ciri daya usaha yang tinggi, bersemangat, jujur, amanah, fleksibiliti, dan
daya keyakinan yang tinggi. Semua ciri- ciri ini penting jika dia berurusan dengan rakan sekerja
dan terutamanya pelanggan. Para pelanggan akan berasa yakin untuk berurusan dengan individu
yang mempunyai ciri- ciri kepi mpianan ini kerana mereka percaya individu tersebut dapat
memberi apa yang dikehendaki oleh pelanggan. Sehubungan dengan itu, para majikan perlu lebih
cenderung untuk memilih bakat millennial yang mempunyai kemahiran ini agar kejayaan
perancangan yang telah dibuat dapat dicapai dengan jayanya.

Daya saing pada masa kini yang amat jelas tinggi dalam bidang pekerjaan memerlukan
kecekapan para majikan untuk mendapatkan individu yang terbaik bagi meneruskan
kelangsungan dan kejayaan sesebuah organisasi. Tidak dinafikan bahawa pada zaman yang serba
canggih sekarang, kemahiran kepimpinan merupakan salah satu perspektif penting yang pelu
diambil kira oleh para majikan dan ianya seharusnya menjadi salah satu elemen penting kepada
para graduan millennial dalam memastikan mereka mendapat tempat dalam bidang pekerjaan.
Kesimpulannya kemahiran kepimpinan ini perlu diterapkan di dalam diri pada bakat millennial
sebelum mereka menempuhi alam pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai