Anda di halaman 1dari 8

1 Menurut KeTHHA, Teknologi Hijau merujuk kepada…..

A Pembangunan dan aplikasi produk serta sistem untuk pemuliharaan alam sekitar dan
sumber semulajadi
B Penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negative aktiviti manusia
C Teknologi berteras pertanian
D Teknologi yang berkaitan dengan ekosistem alam

2 Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri teknologi hijau.


A Mesra pengguna
B Mesra tanaman
C Lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada
D Lebih jimat tenaga elektrik berbanding teknologi sedia ada

3 Antara berikut, yang manakah fungsi utama teknologi hijau?


A Membangun dan mengkaji semula dasar teknologi hijau
B Merancang, melaksanakan dan memantau produk, system dan perkhidmatan social
berkaitan sumber-sumber Bumi
C Mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga solar
D Menyediakan peluang perkerjaan bagi rakyat Malaysia

4 Antara berikut adalah objektif-objektif dasar teknologi hijau kecuali


A Membantu pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia
B Memastikan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar untuk generasi
mendatang
C Menjadi urusetia kepada Majlis Teknologi Hijau Negara
D Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau

5 Matlamat jangka panjang kebangsaan mengenai dasar teknologi hijau adalah


A Mengurangkan impak pertumbuhan industry
B Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga Negara
C Mengekalkan kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran global
D Peningkatan aplikasi teknologi hijau dlaam kebanyankkan sector ekonomi dan
perkhidmatan
6 Rumah Hijau terhasil daripada gas-gas tertentu yang tercemar di udara. Antara berikut yang
manakah bukan gas rumah hijau?
A Karbon dioksida
B Nitrogren dioksida
C Karbon monoksida
D Sulfur

7 Apakah atom yang dibebaskan oleh CFC?


A Plumbum
B Sulfur
C Titanium
D Klorin

8 Negeri manakah yang mempunyai kincir angin?


A Negeri Sembilan
B Sarawak
C Perlis
D Johor

9 Siapakah yang melancarkan dasar teknologi hijau di Malaysia?


A Tun Dr Mahatir
B Dr Hj Wan Junaidi
C Dato Seri Dr Subramaniam
D Dato Seri Mohd Najib

10 Berapakah asas dasar teknologi hijau?


A Enam
B Lima
C Empat
D Tiga

11 Negeri manakah yang mempunyai visi untuk menjadi negeri Bandar teknologi hijau pada tahun
2020?
A Perlis
B Sarawak
C Melaka
D Kelantan

12 ‘Car Pooling’ merupakah satu cara menyelamatkan alam sekitar. Bagaimanakah untuk
memaksimumkan penjagaan alam sekitar melalui pengubahsuaian pada kereta?
A Menggunakan tayar sintetik
B Pemasangan pengubah pemangkin
C Penggunaan cermin gelap
D Menukar karburator jenis ‘single barrel’

13 Antara berikut adalah sebab teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran Negara
kecuali
A Menangani masalah alam sekitar
B Meningkatkan ekonomi Negara
C Meningkatkan kualiti hidup rakyat
D Mempunyai potensi besar dalam memacu negara

14 Berikut merupakan tonggak utama DTHN kecuali


A Tenaga
B Sosial
C Pendidikan
D Ekonomi

15 Teknologi hijau merupakan satu teknologi mesra alam dan …….


A Rendah karbon
B Rendah sulfur
C Tinggi karbon
D Tinggi nitrogen

16 Contoh aktiviti yang menyumbang dalam pelepasan gas rumah hijau ialah
A Membiarkan lampu terbuka di siang hari
B Membakar sampah di halaman rumah
C Pembalakan
D Menggunakan polisterina sebagai pembungkus makanan
17 Antara berikut ialah fungsi kitar semula kecuali
A Mengawal suhu Bumi
B Mengelakkan kepupusan flora dan fauna
C Menjana pendapatan dengan mudah
D Mengelakkan bencana alam

18 Apakah kesan rumah hijau kepada alam sekitar?


A Hidraksi
B Peningkatan aras laut
C Kesesakan nafas
D Kekurangan bekalan makanan

19 Apakah cara menangani kesan rumah hijau?


A Menjimatkan penggunaan elektrik
B Berhenti sekolah
C Berkongsi kenderaan
D Menggunakan tin aerosol pada skala besar

20 Apabila sulfur dioksida bertindak balas dengan oksida nitrogen, apakah hasil yang
mencemarkan alam daripada tindak balas tersebut?
A Penipisan lapisan ozon
B Hujan asid
C Pencemaran air
D Pemanasan global

21 Pemasangan pengubah bermangkin pada ekzos kenderaan menukar gas ekzos berbahaya
menjadi
A Karbon dioksida, nitrogen, air
B Karbon, karbon dioksida
C Air, karbon
D Air, nitrogen dioksida

22 Apabila hidrokarbon terbakar dalam udara, apakah hasil tindak balas yang berlaku?
A Hidrokarbon + air = H2O + O2 + cahaya
B Hidrokarbon + air = H2O + O2 + haba
C Hidrokarbon + air = H2O + O2 + cahaya + haba
D Hidrokarbon + air = H2O + O2 + haba + cahaya

23 Antara yang berikut, yang manakah logam toksik?


A Titanium
B Kadnium
C Plumbum
D Osmium

24 CO adalah gas yang terdiri daripada satu atom karbon dan satu atom oksigen. Bagaimanakah
gas CO terhasil?
A Pembalakan hutan
B Asap dari kilang
C Pembuangan sisa toksik
D Asap kenderaan bermotor

25 Gas ini tidak berbau dan tidak berwarna, gas ini dibebaskan oleh ekzos kenderaan bermotor.
Apakah kesan gas ini terhadap manusia?
A Kepupusan flora dan fauna
B Pemanasan global
C Kulit berkedut dan kelihatan tua
D Paras air akan meningkat

26 Antara berikut adalah kesan penipisan lapisan ozon kecuali


A Perubahan pola migrasi burung
B Peningkatan suhu global Bumi
C Kepupusan flora dan fauna
D Pulau haba

27 Teknologi hijau difokuskan kepada 4 sektor utama kecuali


A Sector tenaga
B Sector pengangkutan
C Sector perindustrian
D Sector bangunan

28 Antara kaedah berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengurangkan pemanasan
global?
A Kurangkan, mengguna kembali dan kitar semula
B Beli barangan elektrik
C Kurangkan penggunaan penyaman udara
D Kurangkan memandu

29 Pencemaran udara menyebabkan terhasilnya hujan asid. Pada tempoh yang manakah hujan asid
memberikan impak paling maksimum.
A 180 saat pertama
B Kurang daripada 1200 saat pertama
C Diantara 1200 saat hingga 1380 saat
D Lebih daripada 1200 saat

30 Apakah maksud pemuliharaan sumber Bumi?


A Tindakan melindungi sumber-sumber di Bumi supaya dapat mengekalkan keadaan semula
jadi
B Tindakan melindungi sumber-sumber spesifik di Bumi supaya dapat mengekalkan
keadaan semula jadi
C Tindakan melindungi sumber-sumber di Bumi supaya dapat menambahkan bilangannya
D Tindakan melindungi sumber-sumber bukan pencemar di Bumi supaya pencemaran dapat
dikurangkan

31 Penubuhan CETREE adalah hasil perbincangan dan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan
kerajaan …….
A Jepun
B Denmark
C Korea
D Finland

32 Manakah antara berikut bukan galakan yang disediakan oleh kerajaan untuk mengalakkan
teknologi hijau?
A Pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan system pemanas solar daripada
pengilang tempatan
B Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan penjimat tenaga seperti
motor cekap tenaga
C Pengeculian cukai jualan diberi kepada pembelian alat cekap tenaga seperti peti sejuk
D Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sisytem solar dinaikkan dua kali ganda
berbanding peralatan elektrik

33 Bagi menterjemahkan Dasar Teknologi Hijau Negara, dua kajian utama telah dilaksanakan
oleh Sektor Teknologi Hijau iaitu ‘Green Technology Masterplan’ dan …….
A Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik
B Roadtour Infrastruktur Kenderaan Elektrik
C Roadmap Infrastruktur Kenderaan Hijau
D Roadtour Infrastruktur Kenderaan Hijau

34 Manakah antara berikut adalah gabungan yang betul bagi warna tong sampah kitar semula?
A Hijau, coklat dan merah
B Merah, kuning dan jingga
C Biru, coklat dan jingga
D Biru, hijau dan merah

35 Kod nombor pada simbol kitar semula pada bahan plastik merujuk kepada ……..
A Ketahanan bahan plastik tersebut
B Bahan kimia yang digunakan dalam menghasikan bahan plastik tersebut
C Jumlah kitar semula yang telah dilakukan pada bahan plastik tersebut
D Kod kesesuaian penggunaan bahan plastik tersebut

36 Apakah maksud alamtologi?


A Teknologi yang manipulasi bahan pada skala nanometer
B Teknologi yang merangkumi semua tahap pembangunan
C Teknologi yang mengembangkan pembangunan alam sekitar
D Teknologi yang jelas mengikut fitrah alam dan hanya mengembangkannya sesuai dengan
susunan yang lebih teratur
Jawapan

1 B 13 C 25 C
2 B 14 C 26 C
3 A 15 A 27 C
4 C 16 B 28 B
5 B 17 C 29 B
6 D 18 B 30 A
7 D 19 C 31 B
8 C 20 B 32 D
9 D 21 A 33 A
10 C 22 D 34 C
11 C 23 D 35 B
12 B 24 D 36 D

Anda mungkin juga menyukai