Anda di halaman 1dari 3

Selamat Petang dan Salam Perpaduan….

Yang Dihormati pengerusi majlis,yang berbahagia, Pn.Norshikin JPP

Banghuris dan Taman Teluk Merbau, Encik Sangar Muniandy Pengerusi

JPTP Taman Teluk Merbau,. Yang di muliakan Cikgu Ranjithamalar

Ramasamy dan Cikgu Maisarah Binti Ismail dan ibubapa dan kawan-

kawan yang di kasihi.

Bersyukur kita kepada tuhan kerana kita dapat berkumpul dan

berhimpun di petang ini yang mulia ini sempena Hari anugerah dan

Kecemerlangan dan Jamuan Perpisahan tahun2018. Di kesempatan

ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada

semua yang hadir.

Yang dikasihi Cikgu Ranjithamalar Ramasamy dan Cikgu Maisarah Binti

Ismail sempena majlis ini,saya wakil pelajar mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan cikgu Ranjitha dan

Cikgu Maisarah sepanjang tahun ini. Saya percaya segala pengalaman

suka duka dan pengetahuan yang diperolehi menjadi memori dan panduan

dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. segala sumbangan dan

pengorbanan cikgu di sekolah ini akan sentiasa dikenang. terima kasih

atas segala curahan ilmu cikgu kepada kami.

syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu

demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. semoga semangat

ini akan berterusan pada masa-masa hadapan.di kesempatan ini,saya

ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang cikgu

ceburi. anggaplah perjalanan yang cikgu sedang lalui ini adalah satu

cabaran baru dan diharap cikgu terus cemerlang. curahkanlah bakti

cikgu demi kesejahteraan negara. saya juga berharap agar hubungan

silaturrahim cikgu dengan kanak-kanak Tabika Perpaduan taman Teluk

Merbau akan terus terjalin erat.sesungguhnya jasa dan budi yang

ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.
tenang-tenang air di laut,

sampan kolek mudik ke tanjung,

hati terkenanh mulut menyebut,

budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,

pucuk paku subur di titi,

budi cikgu kami tak lupa,

sudah terpaku di dalam hati.

akhir sekali,kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera dan

berbahagia di samping keluarga.

terima kasih cikgu.

sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai