Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MAHRAJAN AL-QURAN ( MQ )
PERINGKAT SEKOLAH

SMK CEDUNG JAYA


TAHUN 2020

Tarikh: 19 Febuari 2020


Masa: 08.00 - 09.30 Pagi
Hari: Rabu

Tema:
"Al- Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan Negara"

1
Pengenalan

Penghayatan terhadap al-Quran sebagai kitab suci umat Islam adalah penting untuk diterjemahkan dalam
pelbagai bentuk dan amalan. Majlis Mahrajan al-Quran (MQ) pula merupakan aktiviti tahunan melibatkan
pertandingan tilawah, hafazan, mimbar daei ( syarahan ) dan azan yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam
Dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini dibuat dalam usaha mencapai matlamat
membentuk dan melahirkan insan mukmin di dalam diri pelajar Islam yang mampu menghayati al-Quran serta
mengaplikasinya dalam pelbagai aspek termasuk akidah, ibadah, akhlak, keilmuan, kepimpinan dan
sebagainya.

Menyedari hakikat itu Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Mahrajan Al-Quran
( MQ ) Peringkat Sekolah untuk memupuk minat para pelajar untuk lebih menjiwai ajaran Islam serta dapat
mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang lebih berfaedah.

Adalah diharapkan program seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat baru di samping melatih pelajar untuk
meningkatkan kemampuan diri masing-masing

1.0 Matlamat dan Objektif

1.1 Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan menyumbang ke arah
pembangunan tamadun bangsa dan negara.

1.2 Menguji pengetahuan para pelajar dan mencungkil bakat istimewa dalam kalangan pelajar.

1.3. Memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam kalangan pelajar dan guru dalam suasana yang
tidak formal.

1.4 Melahirkan tenaga manusia yang benar-benar berkemampuan dan berketrampilan.

1.5 Memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan dan memupuk semangat kesukaan terhadap
pertandingan di kalangan pelajar.

2.0 Tema : "Al- Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan Negara"

3.0 Tarikh pelaksanaan: 19 Febuari 2020 (Rabu)


4.0 Tempat Pertandingan :

Bil Aktiviti Lokasi


1. Tilawah Al- Quran (L) Surau
Tilawah Al- Quran (P) Bilik Utzh Siti Aeisah
2. Hafazan Bilik Utzh Rohana
3. Azan Surau
4. Mimbar Daei Dewan Orkid
5. Kuiz Perpustakaan

2
5.0 AJK INDUK
Penaung Pn Norhayati Binti Mohamed, SMP
(Pengetua SMK Cedung Jaya)
Naib Pengerusi I Tn. Hj. Zulkifli Bin Samah
(GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi II En. Ishak Bin Zainal Abidin
(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi III Tn. Hj. Mohd Ghulam Bin Abdullah
(GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha Pn. Rohana Binti Ramli
Bendahari Pn. Siti Aeisah Binti Hasbullah
6.0 AJK PELAKSANA:
Penyelaras Aktiviti Pn. Rohana Binti Ramli
Pertandingan Tilawah Al- Quran (L) 1. En. Zulkifli Bin Samah (K)
2. En. Muhammad Ikhwan Bin Samsuddin
3. En. Abd. Razak Bin Ismail
Kawalan Pelajar :
1. En. Zainuddin
2. En. Samsul Sarwadi
3. En. Mohd. Nazri
Pertandingan Tilawah Al- Quran (P) 1. Pn. Siti Aeisah Binti Hasbullah (K)
2. Pn. Norhayati Binti Abdul Hadi
3. Pn. Rahayu Binti Mohd Hairuni
Pertandingan Hafazan 1. Pn. Rohana Binti Ramli (K)
2. Pn. Harlina Binti Ahmad Sarudin
3. Pn. Falina binti Embung
Pertandingan Mimbar Daei 1. Pn. Wan Norshazalina Binti Wan Sapian (K)
2. Pn. Nur Amira binti Zamram
3. Cik Rohaida Binti Mat Zin
Kawalan Pelajar :
1. Pn. Nor Amalina Hani Binti Jamaluddin
2. Cik Suryati Binti Awang Mohamed
3. Pn. Norsalawati Binti Mahmud
Pertandingan Azan 1. Tn.Hj. Mohd Ghulam Bin Abdullah (K)
2. En. Zainal Abidin Bin Jarudi
3. En. Muhammad Najib Bin Samat
4. En. Mohd Sazali Bin Ali
Kawalan Pelajar :
1. En. Mohd Fadzli Bin Mustafa
2. En. Lokman Bin Mat Jabar
Pertandingan Kuiz 1. Pn. Sakinah Binti Zain (K)
2. Pn. Nor Akma
3. Cik Hasni Farhana Binti Hassan
Pengurus Peralatan 1. En. Mohd Hasry Bin Abdul Jabar
Hadiah dan sijil 1. Pn. Sarimah Binti Ibrahim (K)
2. Pn. Nurul Shamshima
Fotografi Dan Pelaporan 1. Pn. Ashyniza Binti Kamal (K)
2. Cik Niswah Hasina
3. Cik Siti Norpiyah

3
7.0 Belanjawan

BIL PERKARA PENDAPATAN PERKARA PERBELANJAAN

2 Wang Tabung Bina Insan RM 150.00 Hadiah tempat kedua RM 48.00


(RM 8 x 6)
3. Wang PIBG RM 100.00 Hadiah tempat pertama RM 60.00
(RM 10 X 6)
3 Koperasi RM 50.00 Hadiah tempat ketiga RM 42.00
(RM 7 X 6)
Kertas Sijil Rm 50.00

Hadiah Hakim RM 100.00


RM 10 X 10
JUMLAH RM 300.00 JUMLAH Rm 300.00

8.0 Sasaran

Majlis Mahrajan Al-Quran (MQ) peringkat sekolah ini menganjurkan pertandingan terbuka kepada semua
pelajar SMK Cedung Jaya. Maklumat tentang pendaftaran penyertaan telah diumumkan dalam perhimpunan
serta pemberitahuan tentang perkara tersebut di dalam kelas. Pelajar akan mewakili Kelab/ Persatuan bagi
setiap acara yang dipertandingkan.

9.0 Penutup

Pihak Panitia Pendidikan Islam sekolah ini amat berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan dan
kebenaran yang diberikan untuk menjayakan aktiviti ini. Pihak panitia juga turut merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian pihak sekolah memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga dan material bagi
menjayakan majlis ini. Diharapkan agar program ini akan menjadi pemangkin ke arah penghayatan Islam di
kalangan pelajar SMK Cedung Jaya. Semoga segala usaha yang dicurahkan dalam menjayakan program ini
dicatat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT Amin Ya Rabbal Alamin.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

…………………………… ………………………………..
( PN. ROHANA BINTI RAMLI ) ( TN HJ. ZULKIFLI BIN SAMAH )
Ketua Persatuan Pendidikan Islam. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh:
………………………………..
( PN. NORHAYATI BINTI MOHAMED; SMP )
Pengetua SMK Cedung Jaya

Anda mungkin juga menyukai