Anda di halaman 1dari 1

Transkipsi

Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau
rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah tinggi, penyakit jantung
atau susah hendak tidur, sakit kepala dan asma.

Terdapat pelbagai jenis relaksasi seperti teknik pernafasan, Regangan, gambaran


dalam fikiran (Imagery)

Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.

Melakukan teknik pernafasan dalam adalah teknik yang paling asas.


Ianya dilakukan dengan menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.
Teknik ini boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila pesakit
merasa tegang atau tertekan.

Cara-cara menarik nafas yang betul ialah:


1. Duduk dan letak kedua belah tangan pesakit dengan erat
dan selesa di atas perut.
2. Pastikan otot perut dalam keadaan rehat.
3. Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung
dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
4. Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum
menghembusnya

Kemudian cara-cara menghembuskan nafas:


5. Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dimana
kedua belah tangan masih diatas perut
6. Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (Otot
besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks
dan anda merasai seperti dada anda kosong.
7. Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa
sekali stres yang ada di dalam badan
8. Ulangi semula pusingan pernafasan tersebut

(Ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)

Anda mungkin juga menyukai