Anda di halaman 1dari 8

SYARAT PERTANDINGAN EXPLORACE

TARIKH, MASA & TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh : 21.2.2019
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Padang Perbadanan Putrajaya

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Semua kumpulan dikehendaki menamatkan pertandingan.


2. Satu kumpulan dikehendaki menghantar lima belas (15) orang
peserta, terdiri daripada lima (5) orang peserta kanak-kanak (10)
orang peserta warga emas.
3. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit kronik
(contohnya penyakit asma, sakit jantung dan sebagainya) tidak
dibenarkan menyertai acara ini.
4. Semua peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk
bersukan.
5. Pertandingan akan diadakan di Padang Perbadanan Putrajaya
sahaja.
6. Semua peserta tidak dibenarkan berbasikal/berkenderaan.
7. Semua peserta hanya dibenarkan berjalan kaki dan berlari sahaja.
8. Penggunaan alat komunikasi seperti telefon bimbit tidak
dibenarkan semasa acara ini dijalankan.
9. Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak
akan dilayan.

MARKAH KUMPULAN

1. Setiap kumpulan akan mengumpulkan markahnya pada setiap


checkpoint.
2. Terdapat 5 checkpoint sepanjang pertandingan dan pada setiap
checkpoint akan diberikan 20 markah penuh.
3. Markah akan diberikan oleh Marsyal yang bertugas pada setiap
checkpoint setelah selesai tugasan ataupun jawapan kepada
soalan-soalan yang diberikan. Setiap checkpoint mempunyai dua
orang marsyal bertugas.
4. Masa akan diambil dan dicatatkan semasa kumpulan sampai dan
meninggalkan checkpoint. Masa yang diperuntukkan bagi setiap
checkpoint adalah 15 minit sahaja.
5. Kumpulan yang mengumpul markah paling banyak akan dikira
sebagai pemenang pertandingan ini dan seterusnya.
6. Skim Pemarkahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut :

Pertama 100 markah


Kedua 80 markah
Ketiga 60 markah
Keempat 40 markah

Seandainya terdapat persamaan jumlah markah, maka kepantasan


masa akan diambilkira. Contohnya, kumpulan A dan kumpulan B
mendapat markah yang sama, maka kepantasan masa iaitu kumpulan
mana yang Berjaya menamatkan dahulu pertandingan dengan
sempurna akan dikira sebagai pemenang.
BORANG PEMARKAHAN EXPLORACE KARNIVAL WARGA EMAS 2019

CHECKPOINT ________

BIL. NAMA MASA MASA MASA YANG MARKAH TANDATANGAN


KUMPULAN SAMPAI BERTOLAK DIGUNAKAN MARSYAL
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.
CABARAN DI SETIAP CHECKPOINT:

CHECKPOINT 1:
Truth or False
Had Masa: 15 minit
Keperluan: Portable P.A system, 20 soalan pengetahuan am dan
berkaitan warga emas, 2 kadbod tertulis Truth dan False.

1. Marsyal akan letakkan satu kertas kadbod yang tertulis Truth dan
False secara bersebelahan.
2. Ahli pasukan akan diminta berbaris dalam 1 barisan. Kedua-dua
pasukan akan diminta berbaris secara berhadapan seperti berikut:

Truth

Pasukan B Pasukan A

False

3. Marsyal akan membacakan 20 soalan. Jawapan dari setiap


kumpulan perlu diberi dalam bentuk Truth or False
4. Setiap pasukan perlu melompat kearah Truth atau False secara
serentak berdasarkan pernyataan yang akan dibaca oleh marsyal.
5. Selepas setiap pernyataan setiap kumpulan perlu kembali ke
posisi bersedia seperti dalam rajah diatas.
6. Kumpulan pertama yang dapat menjawab 10 soalan secara tepat
dan dalam tempoh masa ditetapkan akan memenangi acara
tersebut dan memperoleh markah penuh; 20 markah. Manakala
pasukan yang kalah akan diberi 10 markah.
7. Sekiranya masa yang diambil lebih daripada 15 minit, penalti
markah akan dikenakan iaitu sebanyak -5.
CHECKPOINT 2
In Time
Had Masa: 15 minit
Keperluan: Portable P.A system, pelbagai muzik selama 100 saat,
pendrive

Pasukan B

Pasukan A

1. Setiap pasukan diminta untuk berbaris selari dan berdiri


menghadap antara satu sama lain seperti didalam rajah diatas.
2. Setiap ahli kumpulan dikehendaki melakukan apa sahaja bentuk
tarian dan perlu dilakukan secara bergilir-gilir mengikut iringan
muzik.
3. Setiap kumpulan perlu selesaikan giliran tarian dalam masa 100
saat.
4. Setiap kumpulan perlu memastikan ahli terakhir akan
menghabiskan tarian tepat pada 100 saat.
5. Setiap kumpulan akan diberi 3 kali percubaan untuk lakukan dan
orang terakhir berhenti tarian tepat pada 100 saat.
6. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan cabaran dalam
tempoh masa ditetapkan akan memenangi acara tersebut dan
memperoleh markah penuh; 20 markah. Manakala pasukan yang
kalah akan diberi 10 markah.
7. Sekiranya masa atau percubaan yang diambil lebih daripada 15
minit, penalti markah akan dikenakan iaitu sebanyak -5.
CHECKPOINT 3
Teka Lah
Had Masa: 15 minit
Keperluan: Portable P.A system, kad tugasan

Pasukan A

Wakil pasukan A

1. Setiap pasukan akan diarah untuk pilih seorang wakil ke hadapan.


Wakil pasukan perlu meneka 1 gaya yang akan ditunjukkan oleh
ahli-ahli pasukan.
2. Ahli pasukan akan diberi satu pernyataan/item/perkara oleh
marsyal. Tanpa bersuara, semua ahli pasukan boleh melakukan
gaya atau petunjuk kepada wakil pasukan untuk diteka.
3. Wakil pasukan perlu ditukar selepas berjaya meneka satu
pernyataan/item/perkara.
4. Wakil pasukan boleh memilih untuk langkau
pernyataan/item/perkara sekiranya terlalu sukar untuk diteka.
5. Setiap pasukan perlu meneka dengan tepat 10
pernyataan/item/perkara yang diberi oleh marsyal.
6. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan cabaran dalam
tempoh masa ditetapkan akan memenangi acara tersebut dan
memperoleh markah penuh; 20 markah. Manakala pasukan yang
kalah akan diberi 10 markah.
7. Sekiranya masa atau percubaan yang diambil lebih daripada 15
minit, penalti markah akan dikenakan iaitu sebanyak -5.

CHECKPOINT 4
Sandwich
Had Masa: 15 minit
Keperluan: Meja, pinggan kertas, bahan-bahan sandwich (roti, marjerin,
salad, tomato, tuna, mayonis), sudu, kad cabutan bahan-
bahan, mangkuk/bekas untuk cabutan.

1. Setiap ahli kumpulan diminta untuk membuat cabutan bahan-


bahan terlebih dahulu.
2. Setiap kumpulan perlu sediakan sandwich mengikut bahan-bahan
yang dicabut terlebih dahulu sahaja.
3. Setiap ahli pasukan seterusnya perlu menyuapkan sandwich yang
telah disediakan kepada ahli pasukan yang lain. Sandwich yang
telah dibuat perlu dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.
4. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan cabaran dalam
tempoh masa ditetapkan akan memenangi acara tersebut dan
memperoleh markah penuh; 20 markah. Manakala pasukan yang
kalah akan diberi 10 markah.
5. Sekiranya masa atau percubaan yang diambil lebih daripada 15
minit, penalti markah akan dikenakan iaitu sebanyak -5.

CHECKPOINT 5
Slow & Steady
Had Masa: 15 minit
Keperluan: Kain pelikat/batik, cawan kertas/plastic, air

Kain pelikat/batik

Cawan berisi penuh air

1. Kain pelikat akan dibentangkan diatas tanah dan cawan yang


berisi penuh dengan air akan diletakkan ditengah-tengah kain
tersebut.
2. Setiap ahli pasukan hanya dibenarkan menggunakan satu tangan
sahaja untuk memegang kain tersebut.
3. Pasukan perlu mengangkat cawan yang penuh berisi air tersebut
menggunakan kain pelikat dan bawa ia melepasi garisan yang
ditetapkan oleh marsyal.
4. Sekiranya ari tertumpah, pasukan tersebut perlu mula semula dari
keadaan dan tempat asal serta marsyal akan memenuhkan
semula air tersebut.
5. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan cabaran dalam
tempoh masa ditetapkan akan memenangi acara tersebut dan
memperoleh markah penuh; 20 markah. Manakala pasukan yang
kalah akan diberi 10 markah.
6. Sekiranya masa atau percubaan yang diambil lebih daripada 15
minit, penalti markah akan dikenakan iaitu sebanyak -5.
PERJALANAN EXPLORACE

Kumpulan A & B – Checkpoint; 1, 2, 3, 4, 5


Kumpulan C & D – Checkpoint; 2, 3, 4, 5, 1
Kumpulan E & F – Checkpoint; 3, 4, 5, 1, 2
Kumpulan G & H – Checkpoint; 4, 5, 1, 2, 3

Anda mungkin juga menyukai