Anda di halaman 1dari 20

KONSEP

PEWARISAN HARTA
KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Konsep Perancangan Harta
3. Pembahagian Harta Menurut Islam
3.1 Semasa Hidup
3.2 Selepas Kematian
4. Harta Yang Boleh Dibahagikan Secara
Faraid
5. Agensi Pentadbir Harta :
5.1 Agensi Kerajaan
5.2 Agensi Swasta
6. Pewarisan Harta Orang Bukan Islam
PENGENALAN
PERANCANGAN harta adalah salah satu
topik yang penting yang perlu dititikberatkan
dalam konteks kehidupan semasa kita. Islam
menegaskan tentang keperluan untuk kita
merancang dan memanfaatkan harta dengan
sebaik-baiknya.
KONSEP PERANCANGAN HARTA
Perancangan Harta Islam bermaksud
pengurusan harta yang sah dan berkesan dari
segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam
bentuk pengurusan harta seseorang yang mana
bukan sekadar untuk mengurangkan
kebimbangan bahkan untuk melaksanakan hasrat
terakhir seseorang mengikut hukum syarak
selepas kematian.
KENAPA PERLU PERANCANGAN
HARTA PUSAKA ISLAM?
1. Mengelakkan masalah pada Harta Pusaka.
2. Untuk memastikan harta anda dibahagikan
kepada orang yang tersayang.
3. Mengelakkan pertelingkahan di antara ahli
keluarga.
4. Untuk melengkapkan lagi perancangan
kewangan anda.
Pembahagian Harta Menurut Islam
Perancangan pengurusan harta dalam islam
terbahagi kepada dua:
1. Perancangan harta semasa hidup.
2. Perancangan harta selepas kematian.
Pewarisan Harta
(ORANG ISLAM)
• Hibah dan Wasiat merupakan dua instrumen yang
penting bagi perancangan harta Islam.
• Hibah adalah pemberian harta yang berlaku semasa
pemberi hibah masih hidup.
• Manakala, Wasiat adalah pemberian harta yang
berlaku selepas kematian pewasiat.
• Kedua-dua instrumen ini amat digalakkan bagi
memudahkan pengurusan harta dan mengelakkan isu
pertikaian harta diantara keluarga, saudara atau waris.
Bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup seperti;

1. Hibah
2. Wasiat
3. Wakaf
4. Sedekah
5. Nazar
1. Hibah
 Hibah bermaksud pemberian samaada dalam
bentuk ain (nyata) atau selainnya. Ia merangkumi
Hadiah & Sedekah.
 Hibah ialah suatu akad yang mengandungi
pemberian milik seseorang secara sukarela
terhadap hartanya kepada seseorang yang lain
pada masa hidupnya tanpa balasan.
2. Wasiat
 Wasiat merupakan salah satu mekamisme
perancangan pewarisan harta yang
menzahirkan keinginan seseorang individu
keatas stratergi pengagihan harta harta yang
dimiliki olehnya secara sukarela atau tanpa
paksaan dan TERLAKSANA HANYA
SELEPAS KEMATIAN PEMILIK HARTA
TERSEBUT.
3. Wakaf
 Wakaf bermaksud suatu pemberian yang boleh
digunakan oleh Umat Islam atau juga dipanggil
Derma.
 Wakaf adalah salah satu amalan kebajikan
dengan tujuan memberi faedah dan menjaga
kebajikan masyarakat.
4. Sedekah
 Sedekah merupakan suatu pemberian yang
diberikan oleh seseorang muslim kepada orang
lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu
dan jumlah tertentu sebagai kebajikan
mengharapkan pahala.
5. Nazar
 Nazar bermaksud janji manusia kepada
ALLAH SWT kerana menghargai nikmat yang
diberi atau mendapat HAJAT yang dicita.

 Perludi ingatkan bahawa, FARAID hanya


terjadi apabila si mati tidak menulis Wasiat.
Pengurusan harta selepas kematian

Pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum


FARAID.
 Menurut istilah di dalam Syarak, faraid adalah

pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang


islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke
atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak,
Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain).
 Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki

harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala


pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris
sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala
hutang kepada manusia dan menuaikan wasiat yang
dibenarkan syarak.
Bentuk Harta Yang Boleh Dibahagikan
Secara Faraid
 Bangunan (Rumah,kilang, gudang dll)
 Barang kemas (emas, perak dll)
 Insurans, saham, bon, wang tunai dll (sama ada
dilabur atau tidak)
 Tanah, kebun, ladang dll
 Binatang ternakan seperti kambing, lembu,
unta, kerbau dll.
Pentadbir Harta Pusaka ISLAM:
Agensi Kerajaan
 Terdapat 3 Akta berbeza untuk mentadbir pelbagai harta
pusaka orang Islam iaitu:
1. Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

2. Akta Probet dan Pentadbiran 1959

3. Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

 Terdapat 3 agensi yang terlibat bagi mentadbir undang-undang


tersebut iaitu:
1. Makhamah Tinggi Sivil

2. Amanah Raya Berhad

3. Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah

Tanah Dan Galian (JKPTG).


Agensi Swasta:

1. As-Salihin Trustee Berhad


2. Prudential Bank Simpanan Nasional Warisan
Plus
Pewarisan Harta
(Orang Bukan Islam)
 Pembahagian wasiat boleh dilakukan melalui
AKTA PEMBAHAGIAN 1958 (Distribution
Act) – telah di ubah suai pada tahun 1997 atau
wasiat yang telah disediakan pada awalnya.
 Undang-undang ini HANYA berkuatkuasa
kepada semua warga Malaysia yang bukan
Islam tinggal di Semenanjung SAHAJA. Tidak
merangkumi Sabah & Sarawak.
 ‘estate’ bukan tertakluk pada Tanah sahaja
akan tetapi termasuk juga barang kemas,wang
insurans, perumahan, perindustrian dan segala
jenis harta peninggalan si Mati.
Cara Pembahagian Harta (Orang Bukan Islam)
Mengikut The Malaysian Bar Council
Jika si mati meninggalkan… Hak Ibubapa Hak Pasangan Hak Kerabat
Ibubapa sahaja tanpa pasangan atau kerabat Seluruh harta - -
Pasangan sahaja tanpa ibubapa atau kerabat - Seluruh harta -
Kerabat sahaja tanpa pasangan atau ibubapa - - Seluruh harta
Ibubapa dan pasangan tanpa kerabat 1/2 1/2 -
Pasangan dan kerabat tanpa ibubapa - 1/3 2/3
Ibubapa dan kerabat tanpa pasangan 1/3 - 2/3
Ibubapa,pasangan, kerabat 1/4 1/4 1/2
sekiranya waris (seperti dalam jadual) si mati tidak ada,
maka harta si mati akan diagihkan secara adil kepada berikut
mengikut urutan –
1. Adik beradik
2. Atuk dan nenek Diagihkan secara Adil MENGIKUT URUTAN
3. Pakcik dan makcik
4. Moyang
5. Pakcik dan makcik moyang

Sekiranya kesemua diatas tidak ada…. KERAJAAN akan mengambil alih harta yang
ditinggalkan oleh si mati.

Anda mungkin juga menyukai