Anda di halaman 1dari 2

Panel 1

Soalan 1

Terima kasih puan pengerusi majlis,

Pada pandangan saya, apa yg saya faham mengenai strategi kesantunan verbal ini adalah ia
mempunyai 9 strategi kesantunan yang terdapat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Strategi
Kesantunan verbal ni etiket atau tingkahlaku yang sopan santun ketika berkomunikasi dengan
seseorang dan menjaga adab serta menghormati pihak yang sedang berkomunikasi. Pendapat saya ini
juga bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Amat Juhari Maoin, 1992 yang menyatakan bahawa
strategi kesantunan verbal ialah kesantunan bahasa yang bererti kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang
dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya pada kita.

Soalan 2

Peredaran zaman dan perkembangan teknologi bergerak seiring dalam menjadi penyebab terhakisnya strategi
kesantunan verbal dalam kalangan masyarakat kini terutamanya strategi kesantunan sopan santun.Memang tidak
dinafikan bahawa perkembangan teknologi membawa perubahan besar dalam norma masyarakat kita. Transformasi
ini membawa dampak yang cukup besar dalam kalangan masyarakat kita. Peralatan yang canggih dan modern
seperti Internet, handphone dan sejenisnya menjadikan perubahan cara komunikasi yang dahulunya secara langsung
menjadi tidak langsung tanpa harus bertatap muka dan bertemu di tempat yang sama dalam satu waktu. komunikasi
secara bersemuka akan menunjukkan yang kita sangat menghargai dan bersikap sopan kepada orang lain. Bahasa
yang digunakan, etika semasa ucapan dapat memperlihatkan kesantunan ketika berkomunikasi dgn org lain. Dengan
semakin canggihnya media komunikasi, nilai-nilai yang dahulu sangat dijunjung tinggi seperti etika dan sopan santun
boleh terhakis. Perubahan cara berkomunikasi dikalangan remaja yang hilang kesantunannya terhadap orang yang
lebih tua adalah kesan drpd perkembangan teknologi.

Dari segi peredaran masa pula, kita boleh lihat pada zaman dahulu, alhamdulillah saya rasa, di mana ibu bapa
menghargai anak muda dan orang muda sangat menghormati orang tua. Resipi ini yang menjadikan kehidupan jadi
damai dan harmoni.Kenapa pada zaman dulu strategi kesantunan ini boleh berlaku? Terdapat dua sebab yang saya
ingin kemukakan Pada zaman dahulu, orang kita amat berpegang kepada Agama Islam. Agama Islam mengajar
untuk menghargai golongan muda dan menghormati orang yang tua. Di negara kita majoriti Islam. Pada masa lalu,
penduduk mempraktikkan Islam dengan sungguh-sungguh maka kesopanan itu diterapkan dengan cara yang benar
kerana adab-adab adalah sebahagian dari Islam. Jadi kerana majoriti ini menjalankan Islam sepenuhnya, akhirnya
kita dikenali sebagai negara yang sopan bahkan masyarakatnya juga.

Peranan Guru dan pengetua. Mereka menjadi orang-orang yang mengedepankan sistem sopan santun ini. Dengan
giat mereka mengajarkan adat sopan santun, di masjid atau di sekolah. Peranan ibu bapa juga jangan kita lupakan,
merekalah insan pertama yang menerapkan strategi kesantunan dalam diri anak-anak mereka. Tetapi pada hari ini
dan umur, segala-galanya mulai memudar,mula hilang dan terhakis kesopanan santun dalam masyarakat masa
sekarang dan akan hilang ditelan dek bumi jika masalah ini tidak dapat diselesaikan. Di mana hari ini, golongan
muda tidak tahu namanya adab dan adat.Tadi petang saya bertemu dengan anak remaja lelaki yang memanggil
orang yang lebih tua daripadanya dari jauh tanpa menggunakan nama panggilan sprti abang. Dia hanya menyebut
nama sahaja tanpa ada rasa bersalah.Orang-orang muda yang lalu depan orang tua yang sedang duduk tanpa
membongkokkan badan dan meminta kebenaran bahkan senyum umpama penyakit menular dalam kalangan
masyarakat malaysia. Adab sopan santun itu telah hilang dalam diri mereka. Kita diajar sejak di bangku sekolah lagi
iaitu kalau lalu di depan orang tua kita harus membongkok dan meminta kebenaran. Oleh kerana itu mari kita perbaiki
budaya sopan santun ini.

Soalan 3
Terima kasih puan pengerusi majlis,
Saya percaya bahawa setiap orang mempunyai pengalaman mereka tersendiri termasuk Professor dan Puan juga
kerana hal ini tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Oleh itu, saya ingin berkongsi mengenai isu yang viral di media
sosial baru-baru ini iaitu mengenai seorang wanita yang memarahi polis yang memberi saman kepadanya kerana
telah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan orang kurang upaya. Wanita tersebut memarahi polis tersebut
sambil memegang alat pengunci stereng kereta kerana memberi saman kepadanya bahkan polis trsebut hanya
menjalankan tugasnya. Wanita itu mengatakan bahawa dia meletakkan kenderaan di tempat letak kereta OKU kerana
ingin membelikan makanan untuk suaminya yang OKU di rumah. Alasan itu agak tidak wajar kerana dri segi fizikal,
wanita tersebut sempurna anggotanya. Disini kita lihat hilangnya strategi kesantunan iaitu tidak mementingkan diri
sendri. Dia melakukan hal tersebut tanpa memikirkan keadaan orang lain, siapa tahu mungkin pada ketika itu ada
orang OKU yang turut mencari tempat letak kenderaan kan. Wanita itu juga tidak mempunyai sikap toleransi kepada
polis tersebut. Dia enggan mengakui kesalahannya. Apa yang kita boleh rumuskan bahawa hilangnya strategi
kesantunan toleransi disitu. Kesimpulannya, isu ini membuka mata kita termasuk saya bahawa strategi kesantunan
toleransi dan tidak mementingkan diri sendri telah hilang dalam kalangan masyarakat kita.

Media massa
Salah satu peranan penting bagi memulihkan strategi kesantunan .yang saya rasakan merupakan cara
yang berkesan bagi semua golongan masyarakat. Kerana dpat memaparkan iklan iklan kesantunan
dalam televisyen - mewara warakan kempen atau ceramah yang dapat menyedarkan masyarakat
mengenai kepentingan strategi kesantunan di media massa seperti tv,radio dan sebagainya. Hal ini
dapat memulihkan dan menyedarkan masyarakat malaysia
-tidak memaparkan iklan iklan budaya barat yang tidak baik dalam media sosial. Hal ini kerana
anak-anak muda masa kini mudah terikut ikut dan terpengaruh dengan budaya luar yang tidak baik.

Kerajaan - haruslah menyekat unsur-unsur yang tidak baik di dalam media sosial agar tidak menjadi
ikutan oleh anak-anak muda kita.
-mengadakan kempen atau ceramah mengenai kesantunan dalam kalangan rakyat malaysia agar dapat
dipraktikkan dlm kehidupan seharian.Dengan itu, sebagai pemimpikita haruslah ibu bapa harus
mengajar adab sopan santun kepada anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai