Anda di halaman 1dari 2

Ivy Ling Zhe Yun

5. Akibat murid tersebut mengalami kesilapan tersebut ialah miskonsepsi terhadap


prinsip poligon. Murid tersebut mengalami kesukaran dalam memahami definisi dan ciri-
ciri poligon. Murid tersebut tidak menguasai dan memahami konsep poligon merupakan
bentuk dua matra yang tertutup dengan garis lurus sebagai sisinya serta diberi nama
bergantung pada bilangan sisi. Murid mungkin mengalami salah faham bahawa poligon
adalah sama dengan poligon sekata. Mereka tidak jelas bahawa terdapat dua jenis
poligon, iaitu poligon sekata dan poligon tidak sekata. Hal ini demikian kerana guru
sentiasa menggunakan bentuk poligon sekata tertentu sebagai contoh dalam
pengajaran. Oleh itu, murid-murid akan menganggap bahawa poligon ialah bentuk
tertentu yang mempunyai bilangan sisi yang berbeza.

Guru seharusnya memberi pelbagai jenis contoh poligon supaya murid-murid


memperolehi konsep poligon yang tepat. Guru perlu menjelaskan konsep dan ciri-ciri
poligon dengan jelas dan tepat. Sebagai langkah penambahbaikannya, cadangan yang
sesuai supaya guru-guru menggunakan bahan-bahan maujud ataupun objek-objek
konkrit sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru dapat membuat alat bantu mengajar dengan menggunakan batang aiskrim. Guru
dapat menyediakan batang yang tidak sama panjang dan menebuk lubang pada kedua-
dua hujung batang untuk membolehkan penyambungan batang dengan batang.

Murid-murid dapat menggunakan bahan maujud ini untuk membentuk pelbagai


jenis poligon tidak sekata. Guru dapat meminta setiap murid membuat sesuatu poligon
dan membentangkannya di hadapan murid lain. Seterusnya, minta murid-murid lain
menamakan poligon tersebut dan menyebut alasan berdasarkan ciri-ciri poligon yang
dihasilkannya. Pengajaran dengan bahan maujud amat penting dan penggunaan alat
bantu mengajar dapat membina konsep matematik. Di samping itu, hal ini juga dapat
mengelakkan murid-murid daripada hanya menghafal bahan-bahan pembelajaran
mereka secara membuta tuli sahaja tanpa memahami konsep.

Anda mungkin juga menyukai