Anda di halaman 1dari 4

SESI DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50) & GREEN TECHNOLOGY MASTER PLAN

(GTMP) MALAYSIA (2017-2030) SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2018

Tarikh : 27 Mac 2018 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan seri Iskandar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri

Iskandar, Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Perak Darul Ridzuan.

Tujuan Dialog :

Sesi dialog ini bertujuan untuk berkongsi idea, aspirasi, pemahaman dan kesedaran di kalangan
masyarakat berkaitan inisiatif pembangunan negara terutamanya yang dilaksanakan oleh
KeTTHA dan agensi. Sesi dialog ini juga diharap akan menjadi an eye opener kepada masyarakat
umum tentang sumbangan, peranan dan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai
pelbagai sasaran yang ditetapkan.

Panel Tokoh Pendidikan :

1. BHG. TAN SRI DR. KOH TSU KOON


2. BHG. TAN SRI DATO’ SERI UTAMA HAJI ARSHAD AYUB

Moderator :

1. PROF. MADYA SR. DR. MD. YUSOF HAMID


2. DATO’ SERI IR. DR. ZAINI BIN UJANG

Hadirin/peserta :

 Mahasiswa daripada UITM


 Mahasiswa daripada IPGKI

Laporan & perbincangan sesi dialog :

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan
Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk
menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan
inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita
berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan
Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memerlukan kerjasama daripada
semua pengendali bekalan air di negara ini dalam usaha mencapai sasaran bekalan berkualiti
yang boleh diminum terus daripada paip air tanpa perlu dimasak atau ditapis.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata ia adalah sasaran kementerian
yang tidak mustahil dicapai dari segi peningkatan kualiti bekalan air seperti di negara maju
dalam tempoh lima tahun.

"Inilah cabaran saya dan sekiranya semua operator air boleh bekerjasama dalam
tempoh lima tahun ini, bagaimana (kita) boleh mencapai hasrat masyarakat untuk minum terus
daripada paip (tanpa perlu dimasak atau ditapis) sebagaimana di negara maju yang
membekalkan air sangat berkualiti tinggi dan terus masuk ke dalam perut kita," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Sesi Dialog Transformasi Nasional (TN50) dan
Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) Malaysia 2017-2030 anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST)
dengan kerjasama KeTTHA sempena sambutan Hari Air Sedunia 2018 di Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar di sini hari ini.

Zaini berkata, antara tindakan boleh dilakukan bagi mencapai hasrat itu ialah dengan
memastikan sistem air terawat di dalam rumah diselenggara secara kerap atau tidak lagi
menggunakan kaedah penggunaan tangki penyimpanan air di rumah sebaliknya menerusi
penyaluran terus daripada tangki induk yang membekalkan air berkualiti.

Intipati Majlis Dialog :

Berikut adalah intipati daripada majlis sesi dialog yang berlangsung:

 Objektif KeTTHA adalah untuk memastikan pelaksanaan dasar pembangunan dalam industri
kuasa, air dan teknologi hijau dengan berkesan.
 Bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri dan
teknologi.
 Kita perlu memasak air daripada paip sebelum meminumnya.
 Semua pihak perlulah berganding bahu dan berkerjasama untuk meningkatkan kuatiti air.
Lampiran :

Anda mungkin juga menyukai