Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diperkenalkan secara meluas oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013 bagi meneruskan kesinambungan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK). Terdapat tiga komponen penting yang menerajui pelaksanaan KBAT
iaitu perubahan dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. dalam aspek pentaksiran, kaedah
penilaian atau pentaksiran yang akan mengukur KBAT antara dilema yang dihadapi oleh guru. Guru
perlu berkemahiran dalam PdP yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan PdP yang
dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum dalam penerapan KBAT yang memenuhi standard
kualiti PdP. Justerunya, guru hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan menguasai
kemahiran terkini, termasuk pengajaran dan pembelajaran KBAT selaras dengan peranan mereka
sebagai sumber utama, pemudah cara dalam PdP, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada
pelajar. Kekangan yang berkaitan pelajar adalah kekangan yang paling utama dalam
mengintegrasikan KBAT. Misalnya, dalam mengintegrasikan KBAT dalam subjek matematik, pelajar
lebih menyukai aktiviti dan tugasan dengan soalan yang memerlukan jawapan mudah, tetap dan
berfakta. Ini berbeza dengan ciri-ciri item KBAT dimana ia melibatkan lebih daripada satu jawapan
yang tetap. Pelajar juga takut untuk melakukan kesilapan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan
asas yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Anda mungkin juga menyukai