Anda di halaman 1dari 2

MTES 3182 : TUTORIAL 2

Terdapat pelbagai pedagogi untuk pembelajaran ‘4C’ yang digunakan oleh guru dalam
bilik darjah matematik. Huraikan pedagogi-pedagogi untuk pembelajaran ‘4C’ dengan
menggunakan contoh aktiviti matematik yang sesuai.

I. Pembelajaran Matematik melalui permainan

Pembelajaran Matematik melalui permainan merupakan salah satu kaedah yang


dapat meningkatkan penglibatan murid yang aktif dalam bilik darjah Matematik. Selain
itu, permainan adalah satu alat yang dapat meningkatkan kemahiran Matematik murid
disebabkan murid disediakan masa yang berfikrah bagi logik, kemahiran dan
keseronokan melalui permainan Matematik.

Aktiviti Matematik yang telah dipilih ialah aktiviti jual beli dan murid-murid dapat
memainkan watak dalam aktiviti ini. Dalam aktiviti ini, murid-murid dapat memainkan
perwatakan dalam watak penjual, pembeli dan sebagainya. Tambahan pula, ciri-ciri
Model Pembelajaran ‘4C’ seperti ‘Communication’, ‘Collaboration’, ‘Critical Thinking’
dan ‘Creativity’ wujud dalam aktiviti ini.

Dalam aktiviti jual beli, ‘Communication’ dapat dikesan apabila murid-murid


berkomunikasi atau berinteraksi untuk merancang dalam pelaksanaan aktiviti jual beli.
Selain itu, murid-murid dapat menyampaikan pemikiran atau ideanya tentang aktiviti
jual beli dengan komunikasi yang berkesan dengan secara lisan, bertulis dalam
pelbagai bentuk dan konteks.

Seterusnya, ‘Collaboration’ menunjukkan kebolehan untuk bekerja bersama


dengan pelbagai pasukan secara berkesan dan saling hormat menghormati untuk
mendapatkan satu hasil yang berkualiti. Sebagai contohnya, murid bekerjasama
dalam kumpulan untuk mendapatkan satu rancangan aktiviti jual beli yang sempurna.
Dengan ini, perwatakkan murid-murid, situasi, latar, tempat aktiviti jual beli ditetapkan
dalam rancangan tersebut.

Di samping itu, ‘Critical Thinking’ melibatkan pelbagai penaakulan yang sesuai


dengan situasi atau aktiviti ini dengan secara induktif dan deduktif. Sebagai tamsilan,
guru dapat menetapkan had pembelanjaran pembeli dalam permainan. Murid yang
bermain watak pembeli perlulah berfikir dengan kritis supaya dapat membeli barang
yang lebih banyak dengan harga yang lebih murah. Seseorang murid dapat menapis
dan menilai terlebih dahulu untuk membuat keputusan yang sempurna dan
menyelesaikan masalah.

Tambahan pula, ‘Creativity’ adalah murid-murid menjana idea yang baharu dalam
aktiviti jual beli ini. Maka, murid menjana idea yang baharu dalam aktiviti ini dengan
wujudnya promosi hebat dalam aktiviti jual beli. Sebagai contohnya, pembeli yang
membeli seutas rantai emas dan sepasang kasut sukan akan mendapat promosi
sebanyak 50% daripada penjual.

Anda mungkin juga menyukai