Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN ULANGKAJI 2

1. a) Perbandingan secara perseptual

- Meletakkan tiga objek yang berbeza panjang bersebelahan.

- Meminta murid-murid untuk membanding dan menentukan mana satu yang lebih panjang dan lebih
pendek.

-Meminta murid-murid untuk mengatur objek mengikut urutan dari pendek ke panjang.

Perbandingan secara tidak langsung dengan menggunakan unit bukan piawai

- Murid diberikan unit bukan piawai seperti pensel, pemadam dan gulung kertas yang sama
panjang.

- Guru meminta murid mengukur panjang meja dan papan tulis dengan menggunakan unit bukan
piawai. Jawapan perlu dicatatkan di dalam lembaran kerja yang disediakan.

Bahan yang diukur Meja Papan Tulis


Pensel
Pemadam
Gulung kertas

b) Membanding jisim tiga objek secara tidak langsung dengan menggunakan unit bukan piawai

- Membina satu neraca mudah.

- Murid-murid mengukur jisim objek termasuklah batu, kotak besar dan air mineral dengan
menggunakan guli seperti unit bukan piawai.

- Keputusan mereka perlu dicatat pada lembaran kerja yang disediakan.


Objek yang diukur Bilangan Guli
Batu
Kotak Besar
Air Mineral

c) Membanding isi padu cecair dalam tiga bekas berbeza saiz secara perseptual

- Menyediakan cecair yang mempunyai isi padu yang sama 25ml.

- Menyediakan tiga jenis bekas yang berbeza saiz.

- Memasukkan cecair yang sama isi padunya ke dalam bekas yang berbeza saiz.

- Murid-murid dikehendaki membanding isi padu setiap bekas.

Perbandingan isi padu cecair secara tidak langsung dengan menggunakan unit bukan piawai

- Murid menggunakan sudut sebagai unit bukan piawai.

- Murid dikehendaki untuk mengisi air ke dalam bekas sampai penuh.

- Bilangan sudut air yang diperlukan untuk mengisi bekas perlu dicatat dan membuat perbandingan.

2. Resos: pita ukuran, 2 kotak pemadam (setiap pemadam berpanjang 5cm), kotak-kotak segi empat kecil
(panjang 10cm), buku (panjang 20cm), tali (panjang 25cm)

Langkah-langkah:

1. Menjelaskan konsep 1m = 100cm kepada murid-murid.


2. Murid-murid dibahagikan ke dalam 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat salah satu bahan
seperti pemadam, kotak kecil, buku atau tali.
3. Murid-murid diminta mengukur panjang bahan yang didapat dengan pembaris.
4. Wakil murid dikehendaki menulis panjang bahan yang didapat dalam kumpulan pada papan hitam
dengan unit “cm”.
Jenis Bahan Panjang Bahan “cm” Bilangan Bahan yang Diperlukan untuk Mengukur
1 m / 100 cm
Pemadam 5
Kotak kecil 10
Buku 20
Tali 25

5. Setiap kumpulan diminta untuk mengggunakan bahan yang sedia ada pada kumpulan untuk mengukur
lantai sepanjang 1m.
6. Bilangan bahan yang digunakan perlu dikira dan dicatatkan pada papan hitam.

Jenis Bahan Panjang Bahan “cm” Bilangan Bahan yang Diperlukan untuk Mengukur
1 m / 100 cm
Pemadam 5 20
Kotak kecil 10 10
Buku 20 5
Tali 25 4

7. Murid dikehendaki mendarabkan panjang bahan dengan bilangan bahan yang diperlukan semasa
mengukur panjang lantai yang dibuat tanda.

Anda mungkin juga menyukai