Anda di halaman 1dari 13

Komponen induksi set Ya (/) Ulasan

Tidak (x)
Menarik perhatian
1. Menggunakan nada suara untuk
menfokuskan minat
2. Menggunakan bahan bantu mengajar
3. Menggunakan gerak isyarat badan dan
kontak mata
4. Memperkenalkan sesuatu yang luar
biasa/kreatif
Mewujudkan motivasi
1. Menunjukkan kemesraan dan semangat
yang tinggi
2. Menggunakan teknik bercerita untuk
merangsang naluri ingin tahu
3. Menggunakan soalan/aktiviti yang
mencabar minda
Perkaitan kognitif
1. Mengaitkan dengan pengalaman lepas
2. Mengaitkan dengn pengalaman baharu
3. Mengaitkan dengan peristiwa semasa
4. Mengaitkan minat dan pengalaman murid
Menstruktur
1. Menyatakan had tugasan
2. Menggunakan siri soalan yang berkaitan
3. Mencadangkan cara-cara menjalankan
tugasan
4. Menyatakan tujuan aktiviti atau tugasan
Sila tandakan (/) atau (x) pada ruangan yang
berkenaan

Borang Penyeliaan Kemahiran Induksi Set

Borang Kemahiran Penggunaan Media/Alat Pengajaran


Alatan dan media yang Ulasan
digunakan

Kekuatan Kelemahan

Borang Penyeliaan Kemahiran Teknik Menyoal

Kemahiran
teknik Nombor soalan
menyoal
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Jelas, tepat dan


ringkas
Fokus kepada
satu idea
Hentian

Mencungkil

Fokus kepada
lebih daripada
satu idea
Alih hala soalan

Melayani
jawapan
dengan baik
Menyebarkan
soalan-soalan
ke seluruh
kelas
Aras kognitif 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
soalan
Mengingat

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta

Borang Penyeliaan Kemahiran Penggunaan Papan Tulis


Komponen Papan Tulis Ya (/) Ulasan
Tidak (x)

Kejelasan
1. Tulisan cukup besar
2. Jarak yang sesuai antara dua huruf
3. Jarak yang sesuai antara dua perkataan
4. Gambar rajah ringkas atau cukup besar

Susunan
1. Penggunaan ruang yang seimbang
2. Penyusunan kemas
3. Nota atau ayat disusun secara sistematik

Penonjolan atau penekanan


1. Penggunaan warna marker yang sesuai
2. Perkataan penting digariskan
3. Pelabelan dibuat dengan huruf besar yang
gelap

Teknik persembahan
1. Konsep jelas dan tepat
2. Penglibatan murid
3. Peruntukan masa releven
4. Penyampaian idea yang ringkas dan kemas

Panduan Penyeliaan Kemahiran Peneguhan


Komponen Ya (/) Ulasan
Tidak (x)

Lisan positif

Gerak isyarat positif

Dampingan

Sentuhan

Lisan negatif

Gerak isyarat negatif

Borang Penyeliaan Kemahiran Penutup

Komponen dan kriteria Ya (/) Ulasan


Tidak (x)

Penutup kognitif
1. Membuat rumusan
2. Mengulang fakta-fakta penting
3. Menyemak tugasan
4. Cadangan aktiviti susulan
5. Latihan pengukuhan
Penutup social
1. Mewujudkan suasana kejayaan
2. Pengukuhan positif

Pengenalan
Semasa menjalani PBS, siswa guru dapat memahami sistem pengruusan sekolah,
tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar guru Pendidikan Moral.
Instrumen pemerhatian seperti borang pemerhatian telah disediakan sebagai bukti
pemerhatian dijalankan.

Satu pemerhatian telah dijalankan pada pukul 8.30 hingga 9.30 bagi Kelas 4 Bainun.
Tarikh 3 April 2019 sesi PdPc Pendidikan Moral dijalankan oleg guru, Puan Hafizah di Bilik
Moral SK Seri Permaisuri. Terdapat 3 orang pelajar India yang berada dalam kelas tersebut.

Pemerhatian ini dijalankan bertujuan memberi ulasan tentang pelaksanaan


pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) Pendidikan
Moral. Selain itu, pemerhatian ini bertujuan memberi peluang kepada siswa guru untuk
mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral.

Ulasan Tentang Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penggunaan Bahan


Bantu Mengajar (BBM) Pendidikan Moral
Pengajaran merupakan sesuatu tugasan dan aktiviti yang dijalankan bersama-sama
oleh guru dan muridnya. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk
dilaksanakan dengan menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi
membimbing, mendorong dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Menurut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers pembelajaran


dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk
perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang
baru.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang saling berkaitan. Guru perlu
mahir dalam kedua-dua bidang ini bagi menjayakan sesuatu sesi PdPc. Penggunaan bahan
bantu mengajar membantu dalam mencapai usaha ini. berikut merupakan sedikit ulasan
berkaitan sesi pemerhatian ke atas PdPc yang dijalankan oleh seorang guru Pendidikan
Moral.

Ketika induksi set, guru memberikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya
menghasilkan tabung yang kreatif bagi menerapkan nilai kerjasama. Berdasarkan situasi ini,
dapat disimpulkan bahawa pemberian ganjaran dapat merangsang minat murid untuk
belajar.

Pada langkah pertama, guru memperkenalkan topik pada hari tersebut iaitu cara
menghormat jiran. Untuk lebih memahami, murid-murid diminta untuk membaca dialog yang
tersedia di dalam buku teks secara bergilir-gilir. Ada sesetengah perkataan yang tidak
difahami oleh murid-murid, diperjelaskan oleh guru. Aktiviti ini sedikit sebanyak
meningkatkan kosa kata murid-murid, kemahiran berbahasa di samping meningkatkan
kualiti kemahiran komunikasi murid-murid. Namun, lebih menarik jika murid-murid diberi
“puppet” untuk menggambarkan watak masing-masing. Ini akan menjadikan suasana
lakonan lebih realistik berbanding membaca dialog semata-mata.

Kemudian, murid-murid diminta menghasilkan peta buih berkaitan cara-cara


menolong orang. Murid-murid diberi kertas A4 putih setiap seorang. Guru menunjukkan
contoh peta buih di papan hitam. Disebabkan guru tidak menyediakan template peta buih,
terdapat seorang murid gagal menghasilkan peta buih dengan baik. Bulatan yang dihasilkan
terlalu kecil sehingga tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menulis cara-cara
menghormati jiran. Guru boleh menyediakan template peta I think bersaiz A3 mahupun A4
serta di liminate kan. Peta ini boleh digunakan beberapa kali dan murid-murid sendiri secara
lama-kelamaan akan mahir menghasilkan peta I think sendiri.
Setelah itu, murid-murid diminta membentangkan peta buih masing-masing dan
lakonkan setiap cara menghormati jiran seperti yang disenaraikan di dalam peta buih.
Disebabkan terdapat hanya 3 orang murid di dalam kelas tersebut, guru sepatutnya
melibatkan kesemuanya dalam satu kumpulan. Hal ini bersesuaian dengan bilangan murid
bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap sebahagian murid. Sebelum
memulakan sesi lakonan, guru perlu menerangkan pelaksaan aktiviti ini. jika diperhatikan,
murid-murid ini gemar berlakon dan mereka sendiri mampu menjiwai lakonan tersebut
dengan baik. Aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Sebelum menamatkan kelas, murid-murid perlu menyalin semula peta buih pada
buku latihan masing-masing. Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat seorang murid yang
lemah dalam penghasilan peta I think. Guru perlu membimbing atau menyediakan template
peta buih bagi tujuan memudahkannya.

Bahan bantu mengajar penting dalam membantu penyampaian isi pelajaran.


Berdasarkan pemerhatian, bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru ketika sesi
Pdpc ialah buku teks, kertas A4 putih dan marker pen. Dapat menarik minat murid untuk
aktif ketika sesi PdPc guru boleh menggunakan TMK misalnya dalam membantu
melancarkan sesi PdPc.

Cadangan Penambahbaikan Untuk Meningkatkan Pengajaran Dan Pembelajaran


Pendidikan Moral

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terdapat beberapa cadangan


penambahbaikan yang difikirkan dapat membantu meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral yang boleh diaplikasikan oleh guru. ini penting bagi
melancarkan proses PdPc dan membantu murid-murid untuk mencapai hasil pembelajaran
yang ditetapkan oleh guru. Antaranya ialah penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam PdPc, aktiviti yang merangsang minda, Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang menarik, teknik dan strategi yang sesuai mengikut kepelbagaian murid.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Menurut sumber Plan Induk Pembangunan Pendidikan (2001-2010), salah satu


punca masalah ini adalah kerana 62% guru masih menggunakan kaedah pengajaran
tradisional seperti kaedah gabungan, kaedah pendekatan campuran dan papan hitam
dengan kapur (chalk and talk), malah guru-guru tersebut juga tidak menggunakan TMK
untuk menarik minat murid-murid terhadap PdP sesuatu mata pelajaran. Sedangkan murid-
murid pada era kini lebih cenderung terhadap penggunaan gajet yang menjalinkan elemen
video, imej, audio dalam satu medium.

Perkembangan terkini menyaksikan TMK menjadi alat pemangkin utama untuk


menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu murid-murid membina
pengetahuan baharu dalam semua bidang (Lechner, F.J. & Boli, J. 2000). Hal ini disokong
oleh kajian yang dijalankan oleh Noor Awanis Muslim, Abidin (2006), menggambarkan PdPc
yang menggunakan multimedia seperti komputer, video, radio, televisyen, camera digital,
pemancar cristal cecair (LCD) dan sebagainya sering dikatakan amat berkesan berbanding
dengan kaedah tradisional. TMK perlu diterapkan ketika sesi PdPc kerana ia menjadi satu
daya tarikan kepada murid-murid generasi kini.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan TMK ialah ketika induksi
set seperti memainkan video yang berkaitan isi pelajaran atau video nyanyian untuk
merangsang minat murid-murid terhadap sesi PdPc. Guru juga boleh menggunakan TMK
ketika sesi pengukuhan seperti menggunakan aplikasi Kahoot, Quizizz, WidgetBook dan
sebagainya untuk menguji tahap kefahaman murid-murid.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Komputer Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Dr Nor Azura Husin menerusi Harian Metro berkata,
kelestarian penggunaan TMK secara terancang, bersesuaian dan berfikrah sangat perlu
bagi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdPc. Ini secara tidak langsung
mengesahkan bahawa penggunaan TMK di dalam PdPc bukan sahaja menarik minat murid,
malah menjadi terapi multisensori kepada murid-murid OKU terutamanya.

Aktiviti Yang Merangsang Minda

Dalam perancangan aktiviti PdPc, guru perlulah memastikan aktiviti tersebut


merangsang minda murid-murid. Libatkan pergerakan supaya murid-murid tidak bosan
berada di dalam kelas. Terapkan elemen penyelesaian masalah ketika sesi PdPc supaya
murid-murid lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu dan dapat menggalakkan mereka
berfikir di luar kotak. Seperti yang sedia maklum, setiap murid mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri. Jadi sebagai guru abad 21 perlu bijak memikat fokus murid-
murid dengan aktiviti PdPc yang menarik.

Contoh aktiviti PdPc yang menarik ialah, belajar sambil bermain, rally robin, window
pane, think-pair-share, gallery tour dan sebagainya memerlukan murid-murid berkomunikasi
antara satu sama lain dan memerlukan pergerakan murid.

Antara contoh lain ialah, guru boleh meminta murid menghasilkan buku skrap
berkaitan cara menolong jiran misalnya, mengadakan aktiviti jualan bagi menyemai amalan
kerjasama, aktiviti nyanyian ketika membentangkan tugasan kumpulan dan sebagainya.
aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup murid-murid dan lebih
praktikal berbanding sekadar menyalin nota di dalam kelas.

Bahan Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru atau pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas.
Guru perlu menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat menjana idea
yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam PdPc (Noordin & Zainal
Abiden, 2010). Menurut Mohd Yasin et al. (2013) penggunaan BBM adalah satu cara untuk
meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses
PdPc akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun.

Musa dan Mohamad (2014) menyatakan bahawa BBM boleh dikategorikan kepada
dua jenis iaitu elektronik dan bukan elektronik. Penggunaan BBM dalam proses PdPc
adalah untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang akan mereka pelajari
dengan menimba pengalaman yang menyeronokkan. Suasana pembelajaran yang
menyeronokkan membantu murid-murid dalam mencapai hasil pembelajaran.

Contohnya guru menggunakan bahan maujud seperti buahan-buahan dalam


menyampaikan nilai adil. Antara contoh lain, guru menggunakan roda impian dalam menguji
kefahaman murid-murid, peta I think yang bertujuan memudahkan murid menulis nota
ringkas dan beberapa prop untuk menerangkan konsep hormat menghormati. BBM yang
dibina membantu murid fokus dan kekal minat sepanjang sesi PdPc.

Token ekonomi
Menurut Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya
sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu. Menurut Hackenberg,
(2009) token ekonomi ini dikenali sebagai sistem ekonomi kerana ia berasaskan
sistem kewangan yang mempunyai nilai jika ditukarkan kepada benda atau aktiviti
yang lain sebagai pengukuhan kepada murid. Hal ini merupakan suatu simbol bagi token
untuk ditukarkan menjadi sesuatu yang bernilai dan disukai pelajar seperti wang, pensil,
buku warna dan sebagainya. selari dengan hasil kajian oleh Ngu Mee Kok, (2009) yang
menyatakan bahawa token ekonomi dan pujian dapat meningkatkan mutu prestasi
akademik murid. Contohnya, apabila murid berjaya menyiapkan tugasan mengikut masa
yang ditetapkan, murid akan diberi sticker untuk ditampal pada jadual ganjaran. Apabila
jadual tersebut lengkap, murid akan diberi ganjaran yang disukainya seperti buku warna.

Penutup
Dalam usaha memperkasakan Pendidikan Moral, kualiti guru, pengamalan pedagogi
dan beberapa perkara lain perlu dititikberatkan. Begitu jua dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang interaktif di mana sangat membantu dalam penyampaian isi pelajaran
kepada murid-murid. Sebagai guru alaf 21, perlu sentiasa meningkatkan kualiti diri agar
mampu bergerak seiring dengan kemajuan dunia pendidikan negara. Pelbagai pendekatan
yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan memastikan Pendidikan Abad Ke 21 berjalan
dengan lancar bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap individu
memainkan peranan dalam membantu melahirkan modal insan yang holistik dari segenap
aspek.

Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP
2006-2010), Kuala Lumpur, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lechner, F. J. & Boli, J. 2000. The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher
Noor Awanis Muslim, Nora Dato' Yahya, & Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi guru guru
terhadap penggunaan teknologi maklumat & komunikasi. Paper presented at
Proceedings at Seminar IT in Malaysia (SITMA), Terengganu, Malaysia. 19–20
August
Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F .(2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Yasin.M.H, Toran,H.,Tahar,M.M.,Bari,S.,Ibrahim,S.N.D & Zaharudin,R. (2013). Bilik
Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini Dan Kekangannya Terhadap Proses
Pengajaran. Asia Pasific Journal Of Educators and Education, Vol.28, 1-9.
Musa,N.E & Mohamad, M.H.,(2014). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu
Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar
Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Prosiding PTBS.
Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.
Rahil Mahyuddin .(2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma
Publications.
Hackenberg T. (2009). Token Reinforcement: A Review and Analysis. Journal of the
Experimental Analysis Of Behaviour91 : 257-286.
Ngu Mee Kok, (2009). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kelas

Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman Untuk Murid Tahun 3. Koleksi Artikel

Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan

Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.132-146

Ruhaiza Rusmin. (2016, August 22). ICT tingkat kemahiran berfikir. Harian Metro. Retrieved

from https://www.hmetro.com.my/node/160856

Isi kandungan

Isi kandungan Muka surat


Pengenalan 1
Borang pemerhatian 2
Ulasan Tentang Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Serta 7

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Pendidikan Moral


Cadangan Penambahbaikan Untuk Meningkatkan Pengajaran Dan 8

Pembelajaran Pendidikan Moral

 Tekonologi Maklumat dan Komunikasi

 Aktiviti yang merangsang minda

 Bahan bantu mengajar

 Token ekonomi
Penutup 10
Rujukan 11
Lampiran 12

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai