Anda di halaman 1dari 14

Talak (penyelesaian terakhir)

Rujuk (penawar kepada talak)

Iddah (jamin sucian nasab)

Fasakh (bendung)
Khuluk (bukti
keadilan)
Apa itu Nusyuz?
Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami
yang sah di sisi syarak iaitu antara lain:

i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan


kemahuan suaminya;

iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau
tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
Istilah nusyuz dipinjam dari Bahasa Arab iaitu al-nasyzu ‫ النشز‬bermaksud tempat
yang tinggi. Perkataan nusyuz bererti berada di tempat yang tinggi. Isteri yang
nusyuz ialah isteri yang ingkar kepada suaminya dan membangkitkan
kemarahannya. Nusyuz suami apabila dia memukul isterinya atau bersikap dingin
dan acuh tak acuh terhadapnya. ( Fairuz al-Abadi: Qamus al-Muhit 678) .

Kesesuaian pengertian ini dengan nusyuz isteri atau suami ialah: isteri atau suami
yang nusyuz meletakkan dirinya di tempat yang tinggi dengan ingkar kepada
perintah Allah yang diwajibkan ke atasnya terhadap suami atau isterinya. Ini akan
dapat dilihat nanti selepas maksud nusyuz isteri atau suami itu dijelaskan.
Hukum Nusyuz

Perbuatan nusyuz oleh isteri adalah haram. Ia adalah satu daripada dosa besar. Ibn Hajar al-
Haitami mengira nusyuz termasuk dosa besar yang telah diputuskan oleh ramai para ulama.
Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ََ ِ‫ْب‬ ْ ‫ لَعَنَتْ َه‬،‫علَ ْي َها‬


ْ ُ ‫اال َمالَئِ ََكُُ ََتَّتت‬ َ َ‫ضبَان‬ َ ‫ات‬
ْ ‫غ‬ ْ َ‫ام َرأَتَهُ ِإلَى فِ َرا ِش ِه فَأَب‬
َ َ‫ فَب‬،‫ت‬ ْ ‫الر ُج ُل‬ َ ‫إ َذا َد‬Maksudnya,“Apabila suami
َّ ‫عا‬
mengajak isteri tidur bersama-sama, isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dengan
perasaan marah,malaikat melaknati isteri itu hingga ke pagi” (Hadis. al-Bukhari. 4897).
Menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap
sesuatu yang telah diperintahkan oleh Allah
K Nusyuz pada
s.w.t. berkaitan tanggungjawab yang perlu
A pihak isteri
T dilaksanakan terhadap suami tanpa alasan
E yang munasabah mengikut hukum syarak.
G
O
R Nusyuz pada Apabila berlakunya pengabaian tanggungjawab
I
pihak suami yang diamanahkan

N
U
S
Y
U
Nusyuz pada
Z kedua-dua pihak
Tindakan suami jika isteri nusyuz.

Jika isteri nusyuz suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut:

a) bersabar menghadapi karenah isteri

b) memberi nasihat

c) pisahkan tempat tidur

d) Memukul tanpa menyakitkan

e) dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian

f) jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah
menceraikan isterinya dengan talak satu. ( al-Nisa’ :34)
Implikasi Pensabitan Isteri Nusyuz
Masih dalam perkahwinan

• Hak nafkah diri


 hilang haknya untuk mendapatkan nafkah dari suaminya

Selepas berlakunya perceraian

• Nafkah ‘iddah
 gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran
• Hadhanah
 digugurkan haknya daripada menjadi hadhinah kepada anak-anaknya
• Harta sepencarian
 aset dan harta tersebut dibahagi di antara mereka
 aset yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan adalah usaha tunggal oleh salah satu pihak
dalam perkahwinan iu, mahkamah hendaklah membahagikan aset itu dengan kadar yang lebih
besar kepada pihak yang memperoleh aset itu
• Mut‘ah
 pemberian mut‘ah adalah wajib pada perceraian setelah berlakunya persetubuhan antara suami
dan isteri
Hikmat pensyariatan Nusyuz

1. Meningkatkan pengetahuan semua pihak, terutama suami dan isteri mengenai isu nusyuz.

2. Membangkitkan kesedaran tentang hak imbalbalik antara suami dan isteri kesan dari
perbuatan nusyuz.

3. Untuk tujuan 1 dan 2 perbincangan di atas hendaklah diperincikan dan diperluaskan daerah
perbincangannya kepada awam.

4. Jika belum ada, undang-undang yang membolehkan suami nusyuz dikenakan hukuman
taazir yang setimpal mestilah digubal.
Kesan Nusyuz
Isteri
• Hilang hak nafkah daripada suami
• Hilang hak giliran bermalam
Suami
• Hilang pertimbangan dan akan bertindak kasar terhadap isteri
Keluarga
• Anak-anak hilang rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa. 3.
Masyarakat
• Hubungan antara keluarga akan terjejas.
Rujukan
Retrieved from http://www.esyariah.gov.my/Misc/htdocs/faqbm/FaqDisplayByGroupBM.jsp?FaqGroupId=175#topfocus

HURAIAN AL-QURAN TENTANG NUSYUZ SUAMI DAN ISTERI: PENGERTIAN DAN PENYELESAIAN. (2009, July 24).
Retrieved from https://helikmedia.wordpress.com/2009/07/25/huraian-al-quran-tentang-nusyuz-suami-dan-isteri-

pengertian-dan-penyelesaian/

Ego, Merendahkan Suami Boleh Jadi Nusyuz. (2012, July 19). Berita Harian.

Mangsa dera isteri failkan tuntutan nusyuz. (2016, January 18). Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/115620

Raja Kamarul Bahrin fail nusyuz terhadap Noryn. (2018, October 11). Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/385465/raja-kamarul-bahrin-fail-nusyuz-terhadap-noryn

NERAKA UNTUK ISTERI OFFICIAL TRAILER [Video file]. (2019, February 10). Retrieved from
http://youtube.com/watch?v=Ap-EpuDvq3Y

Anda mungkin juga menyukai