Anda di halaman 1dari 10

Set Soalan Temu Bual

Nama: Muhammad En.Rafiz bin Muhammad Ramli

Jawatan: Guru Cemerlang

Gred: DG 42

1. Apakah pandangan beliau terhadap peranan seorang guru ?


2. Adakah peranan seorang guru penting dalam sekolah ?
3. Bagaimanakah menjadi seorang pendidik yang profesional ?
4. Apakah isu yang dihadapi oleh seorang guru di sekolah ?
5. Apakah cabaran semasa yang dihadapi guru dalam pengajaran dan
pembelajaran ?
6. Apakah seorang peranan guru sebagai seorang pemimpin profesional dalam
pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran ?
Transkrip Temu Bual

Shatish Selamat pagi En.Rafiz.


En.Rafiz Selamat pagi Shatish.
Shatish Terima kasih En.Rafiz agar sudi membantu saya dalam melaksanakan
temu bual ini dalam membantu menyiapkan tugasan saya.
Pertama, sudah lama En.Rafiz menjadi seorang guru jadi saya ingin
menanyakan bahawa apakah pandangan En.Rafiz terhadap seorang
guru di sekolah ?
En.Rafiz Pada pendapat saya, dalam sekolah guru bertugas sebagai seorang
pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas.
Shatish Terhadap En.Rafiz, adakah peranan seorang guru sangat penting dalam
sekolah ?
En.Rafiz Sudah pastinya. Guru adalah orang yang paling penting dalam sekolah.
Guru bertanggungjawab dalam maslah disiplin, kedatangan, kelakuan
dan etika murid. Dengan ini, jelasnya menunjuk bahawa guru adalah
orang yang terpenting dalam sekolah.
Shatish Baiklah En.Rafiz. Saya sebagai seorang guru pelatih tetapi saya masih
bingung terhadap bagaimana menjadi seorang pendidik yang
profesional.
En.Rafiz Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat
penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Sebagai seorang pendidik yang profesional, pendidik hendalah berilmu
pengetahuan luas, ketinggian peribadi dan bertanggungjawab. Guru
mengajar di sekolah hendaklah memiliki ilmu yang tepat serta betul.
Guru juga merupakan pemimpin terhadap murid-murid di sekolah. Untuk
menjadi seorang pendidik yang profesional, guru hendaklah berusaha
mencapai kesempurnaan dalam profesion perguruan agar dapat
memartabatkan bidang pendidik sebagai suatu bidang yang unggul dan
disegani ramai.
Shatish Apakah isu yang dihadapi oleh seorang guru di sekolah ?
En.Rafiz Terhadap saya, isu-isu pengawalan emosi guru merupakan isu yang
paling serius dalam sekolah. Kadang-kadang, guru akan menghadapi
tekanan yang sangat besar. Tekanan mungkin datang daripada pelbagai
aspek: keluarga, ibu bapa, murid atapun pihak pentabdiran. Dengan
demikian, guru hendaklah mengawal emosi sendiri dengan baik setiap
masa. Pengawalan emosi yang baik turut dapat membantu guru
melaksanakan tugas dengan lebih baik dan teratur. Pengawalan emosi
yang baik juga dapat memanjangkan tempoh masa pekerjaan serta
kesihatan sendiri.
Shatish Apakah cabaran semasa yang dihadapi guru dalam pengajaran dan
pembelajaran ?
En.Rafiz  Cabaran profesion guru di sekolah merupakan penyampaian dalam
pengajarannya dalam bilik darjah. Kini, guru dikehendaki menggunakan
cara penyampaian yang terbaru untuk membolehkan pelajar dapat
memahami sesuatu idea atau proses yang rumit dengan mudah.
Shatish Bolehkah En.Rafiz terangkan serba sedikit lagi terhadap saya ?
En.Rafiz Baiklah, kini guru mesti menguasai kaedah PAK 21 agar dapat
membantu murid dalam penguasaan kemahiran. Guru terpaksalah
menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik untuk
membantu muird-murid dalam penguasaan kemahiran. Apabila bahan
bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi
terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Alat bantu mengajar yang
digunakan selalunya mahal. Dengan kewangan yang terhad guru-guru
tidak dapat membeli alatbantu mengajar yang berkualiti. Oleh itu, guru
terpaksa membuat atau mencipta alat bantu mengajar dengan bahan
yang lain. Ini telah menurunkan kualiti dalam penyampaian pengajaran.
Shatish Apakah seorang peranan guru sebagai seorang pemimpin profesional
dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran ?
En.Rafiz Berdasarkan SKPMg2 Standard 4, terdapat 5 daripada 6 aspek
merupakan peranan guru yang diperlukan sebagai seorang pemimpin
profesional. Antara peranan guru adalah, guru sebagai perancang, guru
sebagai pengawal, guru sebagai pembimbing, guru sebagai pendorong
dan guru sebagai penilai. Selain itu,keberkesanan komunikasi juga
sangat penting dalam merealisasikan kesetiap yang saya hujahkan tadi.
Dalam komunikasi yang berkesan dapat membawa banyak faedah
kepada guru dan murid. Kegagalan berkomunikasi akan menimbulkan
konflik antara guru dan murid. Oleh itu, kepemimpinan guru wajar
mengetahui, memahami dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang
berkesan semasa berinteraksi dengan bilik darjah. Komunikasi yang
berkesan penting dalam menyampaikan maklumat atau isi pengajaran.
Shatish Apakah unsur yang penting dalam melakukan komunikasi yang berkesan
?
En.Rafiz Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi supaya berlaku interaksi
dua hala dam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
ataupun di sekolah. Komunikasi sebagai proses adalah unsur yang
utama dalam menggerakkan segala aktiviti dalam bilik darjah. Dengan
inilah wujudnya seorang pemimpin yang profesional semasa pengajaran
dan pembelajaran berlaku dalam bilik darjah.
Shatish Rupa-rupanya tidak senang menjadi seorang guru. Baiklah, En.Rafiz ini
sahaja yang saya ingin menanyakan dalam sesi temu bual ini.
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan terhadap En.Rafiz kerana
sudi meluangkan masa terhadap temu bual ini.
En.Rafiz Sama-sama, Shatish
Saya juga berharap temu bual ini dapat membantu dalam profesion
perguruan ini.
Laporan Temu Bual

Temu bual yang berkaitan tentang asas kepimpinan dan pembangunan


profesional guru telah dijalankan antara saya dengan En.Rafiz yang merupakan
seorang guru cemerlang. Beliau merupakan sorang guru sains dan matematik dengan
DG 42. Beliau juga merupakan sorang yang berpengalaman. Dengan demikian, beliau
dapat memberikan pandangannya dengan berkualiti berdasarkan pengalaman yang
dihadapi dalam kejayaan beliau.

Dalam sesi temu bual, beliau berkongsi tentang peranan guru dalam sekolah
merupakan sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Beliau
juga memberikan penegasan bahawa guru merupakan orang yang paling penting dalam
sekolah. Guru bertanggungjawab dalam maslah disiplin, kedatangan, kelakuan dan
etika murid. Dengan ini, jelasnya menunjuk bahawa guru adalah orang yang terpenting
dalam sekolah. Beliau berkongsi dengan saya bahawa profesion perguruan adalah satu
profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia,
masyarakat dan negara. Sebagai seorang pendidik yang profesional, pendidik hendalah
berilmu pengetahuan luas, ketinggian peribadi dan bertanggungjawab. Guru mengajar
di sekolah hendaklah memiliki ilmu yang tepat serta betul. Guru juga merupakan
pemimpin terhadap murid-murid di sekolah. Untuk menjadi seorang pendidik yang
profesional, guru hendaklah berusaha mencapai kesempurnaan dalam profesion
perguruan agar dapat memartabatkan bidang pendidik sebagai suatu bidang yang
unggul dan disegani ramai.

Beliau berkongsi bahawa guru akan mengalami pelbagai isu dalam bidang
profesion keguruan ini. Antara isu-isu yang dihadapi adalah pengawalan emosi guru
merupakan isu yang paling serius dalam sekolah. Kadang-kadang, guru akan
menghadapi tekanan yang sangat besar. Tekanan mungkin datang daripada pelbagai
aspek: keluarga, ibu bapa, murid atapun pihak pentabdiran. Dengan demikian, guru
hendaklah mengawal emosi sendiri dengan baik setiap masa. Pengawalan emosi yang
baik turut dapat membantu guru melaksanakan tugas dengan lebih baik dan teratur.
Pengawalan emosi yang baik juga dapat memanjangkan tempoh masa pekerjaan serta
kesihatan sendiri.

Seterusnya, beliau juga berkongsi dengan saya terhadap cabaran profesion guru
yang dihadapi di sekolah merupakan penyampaian dalam pengajarannya dalam bilik
darjah. Kini, guru dikehendaki menggunakan cara penyampaian yang terbaru untuk
membolehkan pelajar dapat memahami sesuatu idea atau proses yang rumit dengan
mudah. kini guru mesti menguasai kaedah PAK 21 agar dapat membantu murid dalam
penguasaan kemahiran. Guru terpaksalah menggunakan bahan bantuan mengajar
yang sistematik untuk membantu muird-murid dalam penguasaan kemahiran. Apabila
bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini
dengan sumber kewangan yang terhad. Alat bantu mengajar yang digunakan selalunya
mahal. Dengan kewangan yang terhad guru-guru tidak dapat membeli alatbantu
mengajar yang berkualiti. Oleh itu, guru terpaksa membuat atau mencipta alat bantu
mengajar dengan bahan yang lain. Ini telah menurunkan kualiti dalam penyampaian
pengajaran.

Selain itu, beliau juga menerangkan bahawa keberkesanan komunikasi


merupakan peranan guru sebagai seorang pemimpin profesional dalam pelbagai aspek
pengajaran dan pembelajaran. Dalam komunikasi yang berkesan dapat membawa
banyak faedah kepada guru dan murid. Kegagalan berkomunikasi akan menimbulkan
konflik antara guru dan murid. Oleh itu, kepemimpinan guru wajar mengetahui,
memahami dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang berkesan semasa berinteraksi
dengan bilik darjah. Komunikasi yang berkesan penting dalam menyampaikan
maklumat atau isi pengajaran. Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi supaya
berlaku interaksi dua hala dam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
ataupun di sekolah. Komunikasi sebagai proses adalah unsur yang utama dalam
menggerakkan segala aktiviti dalam bilik darjah. Dengan inilah wujudnya seorang
pemimpin yang profesional semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik
darjah.

Tuntasnya melalui temu bual yang dijalankan, saya mendapati bahawa untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti dalam kepimpinan dan pembangunan profesional,
guru tersebut hendaklah berminat dalam profesion perguruan ini. Bukan itu sahaja, guru
hendaklah berusaha untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dalam profesion ini.
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahaya. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Alias Puteh. (2016). Profesion Keguruan : Peranan Etika Kerja Dalam


Mendisiplinkan Pelajar. Universiti Utara Malaysia : Penerbit Universiti
Utara Malaysia.

Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesion Guru. Kuala Lumpur : Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

BERNAMA. (2018, September 02). Ugut potong dan bakar kemaluan pelajar, dua
guru tahfiz ditahan. Astro Awani Online. Diperolehi pada Februari 25, 2019,
daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ugut-potong-dan-bakar-
kemaluan-pelajar- dua-guru-tahfiz-ditahan-184540.

Hashim Osman. (2016). Yang Dinamakan Guru. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan
& Buku Malaysia Berhad.

Iszma. (2008). Kod Etika Keguruan Malaysia. Diperolehi pada Februari 25, 2019,
daripada https://www.scribd.com/doc/2987986/KOD-ETIKA-PROFESION-
PERGURUAN.

Lee L.T. (2016, Mei 19). Guru mencorak masa depan anak-anak. Utusan Online.
Diperolehi pada Februari 25, 2019, daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-mencorak-
masa- depan-anak-anak-1.331828.

Nurazlina Jamaludin. (2018, Ogos 13). Guru besar didakwa pecah amanah
bayaran RMT. Utusan Online. Diperolehi pada Februari 25, 2019, daripada
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/guru-besar-didakwa-pecah-
amanah- bayaran-rmt-1.728115.

Olivia Miwil. (2019, Januari 7). Memandu cuai, guru tuisyen didenda RM4,000.
Berita Harian Online. Diperolehi pada Februari 25, 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/01/517037/memandu-cuai-
guru- tuisyen-didenda-rm4000.

Omardin Ashaari. (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di


Sekolah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Saliawati Salberi. (2019, Februari 12). Guru direman bantu siasatan serangan
seksual.
Berita Harian Online. Diperolehi pada Februari 25, 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/530100/guru-direman-
bantu- siasatan-serangan-seksual.

Sarah Zulkifli. (2018, Mei 15). Tak Mengaku Cabul 10 Orang Murid. Harian Metro
Online.
Diperolehi pada Februari 25, 2019, daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/339870/tak-mengaku-cabul-
10-murid.
Shamsul Naim Sukri. (2013). Modul Pembelajaran IPG EDU3018. Diperolehi pada
Februari 25, 2019, daripada
https://www.researchgate.net/publication/260187046_Modul_Pembelajaran_
IPG_ EDU3108.

Siti Rohani. (2014). Profesioanalisma Guru. Latihan Ilmiah. Universiti


Pendidikan Sultan Idris.

Siti Rohaiza Zainal. (2018, November 3). Tiga guru termasuk guru besar direman tiga
hari.
Utusan Online. Diperolehi pada Februari 25, 2019, daripada
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-guru-termasuk-guru-besar-
direman- tiga-hari-1.780593.
Lampiran

Sesi temu bual bersama En.Rafiz Geok Choon

Anda mungkin juga menyukai