Anda di halaman 1dari 1

PELUANG

Analisis seterusnya pula adalah peluang. Sebelum program dijalankan, kami mendapat
bimbingan penuh daripada dua orang pensyarah iaitu Encik Isharae dan Puan Khaliza bagi
menguruskan perkara – perkara teknikal. Antaranya adalah bilangan peserta yang terlibat,
tempat yang sesuai untuk melaksanakan program, pengurusan makan dan minum peserta,
pendaftaran dan sebagainya. Bantuan yang diberikan memudahkan lagi urusan program agar
berjalan dengan lebih lancar dan efisyen. Selain itu, kami juga dibantu oleh pihak pengurusan
masjid dengan memberi pinjaman alatan dapur seperti sudu, pinggan,teko dan gelas untuk
penyediaan makanan VIP pada waktu rehat dan pada penghujung program.

Semasa program sedang berlangsung, kami mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari
jurulatih kebangsaan tentang cara – cara bermain permainan soft tennis dengan betul. Beliau
menunjukkan cara – cara tersebut dari satu langkah kepada satu langkah dengan sangat teliti.
Bermula dari cara memegang raket,melantun bola sehinggalah pergerakan – pergerakan asas
untuk menyerang atau membalas pukulan lawan. Selain itu, jurulatih juga turut menyediakan
bola dan raket sebenar yang digunakan oleh pemain – pemain soft tennis agar kami dapat
merasai keadaan sebenar ketika bermain permainan tersebut. Akhir sekali, kami juga
berpeluang untuk mendengar beberapa perkongsian dari atlet paralimpik negara berkenaan
dengan permainan soft tennis dengan lebih terperinci. Perkongsian yang diberikan membuka
minda kami bahawa permainan soft tennis sangat menarik, mudah dan memberi banyak
manfaat dari sudut peluang – peluang pada masa akan datang.

Pada akhir program, kami telah mendapat sijil khusus daripada Persatuan Tennis
Malaysia (MSTA) sebagai penghargaan dan penglibatan kami sepanjang program berlangsung.
Tidak dinafikan bahawa sijil ini amat sukar untuk diperoleh dengan mudah dan sepatutnya kami
perlu mengikut beberapa lagi sesi latihan lain pada masa akan datang. Akan tetapi, melalui
program ini, secara tidak langsung penglibatan kami diiktiraf dan mendapat latihan khusus
daripada jurulatih dan atlet paralimpik negara.

Anda mungkin juga menyukai