Anda di halaman 1dari 42

TUGASAN 2: PENULISAN KEMAHIRAN ASAS SUKAN

1.0 PENGENALAN
Bidang sukan adalah sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal
individu bagi memastikan tubuh yang sihat. Dalam dunia pendidikan, bidang
sukan merupakan komponen penting yang berperanan dalam melahirkan murid
yang sihat, cergas dan produktif. Justeru, pelbagai jenis sukan diperkenalkan di
sekolah-sekolah bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat
dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan Dasar
1Murid 1Sukan agar setiap murid dapat mengambil bahagian dan memanfaat
sukan dengan harapan dapat membentuk murid yang membudayakan sukan
seiring dengan pencapaian akademik. Antara sukan-sukan yang diperkenalkan
ialah bola jaring, bola sepak, bola tampar, hoki dan badminton.
Permainan bola jaring bukanlah sukan yang asing di Malaysia bahkan telah
menjadi salah satu sukan yang mesti ada di setiap sekolah. Permainan ini
dimanipulasikan oleh kaum wanita menjadikannya begitu popular bagi murid-
murid perempuan di sekolah. Ia merupakan permainan yang melibatkan
kemahiran asas seperti menghantar dan menerima bola, pergerakan, mengelak,
menghadang dan menjaring. Sukan bola jaring ini diperkenalkan oleh Dr. James
Naismith sebagai sukan dalaman di Amerika Syarikat dalam tahun 1891 dan
dipercayai diinspirasikan dari permainan bola keranjang (Wilma & Margaret,
2009). Beliau menggunakan bola besar supaya mudah untuk menghantar dan
menerima serta tidakboleh berlari dengan bola (Bahagian Sukan KPM). Bermula
dengan kemahiran bagi pelajar-pelajar perempuan di sekolah, bola jaring dalam
tahun 1990an berusaha mencari tempat di arena sukan kebangsaan dan
antarabangsa. Menurut Wilma dan Margaret (2009), seperti bola keranjang, bola
jaring merupakan permainan yang laju dan banyak jaringan dilakukan.
Di Malaysia, sukan ini pada awalnya diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh
Kristian dari England kepada murid-murid sekolah rendah Inggeris di negeri-
negeri Selat pada zaman pemerintahan British. Menurut Teng Boon Tong (2001),
Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978 yang merupakan
majlis yang mengawal dan mengawasi kegiatan bola jaring di seluruh Negara.
Malah, pada lewat 1960an, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)
ditubuhkan. Di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik, Puan Teh Gin Sooi bola
jaring mula berkembang dengan meluas dan mula dimainkan di kalangan wanita
di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.
2.0 UNDANG-UNDANG, KEMUDAHAN DAN ALATAN
2.1 Undang-Undang Permainan Bola Jarig

Pada tahun 1901, sebuah buku buku rasmi tentang peraturan permainan bola jaring
telah diterbitkan di England bertujuan untuk membezakan bola jaring dengan bola
keranjang. Gol ditukar kepada jaring dan saiz bola dikecilkan menjadi sebesar bola
sepak. Persatuan Bola Jaring Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1960,
seiring dengan itu, undang-undang dan peraturan bola jaring dibuat dengan lebih
terperinci.

Objektif permainan bola jaring ialah menjaring sebanyak mungkin gol di tiang
pasukan lawan. Permainan bola jaring dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri
daripada tujuh pemain dan 5 pemain simpanan dalam setiap pasukan. Permainan ini
menumpukan kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Hanya
Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaring dalam
Bulatan Gol. Terdapat beberapa peraturan-peraturan asas bola jaring. Antaranya
ialah tempoh permainan, bilangan pengadil, cara mulakan permainan, kecederaan,
disiplin, hantaran ke dalam, sentuhan, gerak kaki, lebih kawasan, off side, halangan,
menjaring gol, dan lambungan

2.1.1 Tempoh Permainan

Tempoh permainan bagi sukan bola jaring terdapat dua


bahagian dimana selama 20 minit setiap separuh masa dan pemain
diberi masa rehat 5 minit. Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada
separuh akhir permainan.

2.1.2 Bilangan Pengadil

Terdapat dua orang pengadil bagi permainan bola jaring.


Pengadil bertanggungjawab memastikan permainan berjalan lancer
dan emua pemain bermain dengan baik dan mengikut peraturan yang
ditetapkan. Pengadil merupakan orang paling berkuasa dalam
gelanggang. Lazimnya pengadil terdiri daripada wanita tetapi terdapat
juga pengadil lelaki. Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya
berada di luar gelanggang melainkan dalam keadaan atau tugas
seperti membuat lambungan, menunjukkan tempat penalty diambil,
dan melihat pemain cedera. Wisel adalah perlu bagi pengadil
sepanjang masa permainan.
2.1.3 Cara Mulakan Permainan

Untuk memulakan permainan, pemain tengah yang akan


melakukan hantaran tengah dengan memegang bola dalam bulatan
tengah. Pemain tengah pasukan lawan bebas bergerak dalam
sepertiga tengah gelanggang. Pemain-pemain lain berada dalam
bahagian sepertiga masing-masing dan pengadil akan membunyikan
wisel menandakan permulaan permainan. Hantaran tengah mesti
ditangkap atau disentuh oleh mana-mana pemain yang berdiri atau
mendarat dalam bahagian sepertiga tengah.Hantaran tengah diambil
secara bergilir-gilir selepas setiap jaringan dilakukan dan setiap masa
rehat.

2.1.4 Kecederaan

Sekiranya salah seorang pemain mengalami kecederaan,


permainan perlu dihentikan disebabkan oleh kecederaan yang dialami
yang mana memerlukan rawatan. Oleh itu, pengadil akan memainkan
semula permainan di mana bola dihentikan. Pasukan yang memiliki
bola sebelum permainan dihentikan akan membuat hantaran
sebagaimana yang disuruh oleh pengadil.

2.1.5 Disiplin

Pengadil mempunyai kuasa untuk mendenda kesalahan yang


tidak termaktub dalam undang-undang permainan bagi memastikan
permainan berjalan lancer dan adil. Dalam keadaan perlakukan yang
keterlaluan atau salah laku yang berterusan selepas diberi peringatan,
pengadil boleh mengarahkan pemain keluar gelanggang dan tidak lagi
mengambil bahagian dalam permainan.

2.1.6 Hantaran Ke Dalam

Hantaran ke dalam diambil oleh pasukan lawan apabila bola


keluar dari gelanggang. Hal ini kerana pemain terakhir menyentuh
bola tersebut atau pemain yang menerima hantaran tetapi ahli
pasukannya menyentuh kawasan luar gelanggang. Untuk membuat
hantaran kedalam, berdiri di luar gelanggang dan letakkan kaki paling
dekat di tempat di mana bola melintasi garisan. Pemain perlu
menghantar bola dalam masa tiga saat selepas mengambil
kedudukan dan bola mesti lepas dari tangan sebelum pemain masuk
semula ke gelanggang.

2.1.7 Sentuhan

Sentuhan yang mengganggu permainan akan didenda, sama


ada ia dilakukan oleh pemain atau menggunakan bola. Ini bermakna
pemain tidak boleh menolak, menyadung atau melanggar pihak
terutamanya sewaktu menghalang. Hantaran Penalti atau Jaringan
Penalti akan diberikan bagi kesalahan sentuhan. Mana-mana pemain
yang bermain di kawasan tersebut boleh melakukan hantaran penalti.
Sekiranya sentuhan berlaku dalam bulatan gol, penalti yang diberikan
ialah Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti. Mana-mana penjaring
boleh melakukan penalti tersebut.

2.1.8 Gerak Kaki

Peraturan Gerak Kaki menyatakan bahawa pemain tidak boleh


mendaratkan semula kaki mendarat selagi masih memegang bola.
Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggunakan kaki
mendarat. Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan
membuat satu langkah. Jika semasa menangkap bola kaki kanan
berada di atas tanah, satu langkahan boleh dibuat dengan kaki kiri.
Jika kedua-dua belah kaki berada ditanah, satu langkahan boleh
dibuat dengan mana-mana kaki yang dipilih.

2.1.9 Lebih Kawasan

Bola tidak boleh dihantar melebihi keseluruhan satu kawasan


tanpa disentuh atau diterima oleh mana-mana pemain yang berada
keseluruhannya dalam kawasan tersebut. Pemain yang mendarat
sebelah kaki dalam satu kawasan dianggap telah menerima bola
dalam kawasan kaki mendaratnya. Hantaran seterusnya dikira dari
kawasan dimana pemain tersebut mendarat. Apabila bola dihantar
melebihi kawasan tanpa disentuh oleh pemain lain, hantaran percuma
diberikan kepada pasukan lawan yang diambil di belakang garisan
kedua di mana bola melintasi garisan.

2.1.10 Off Side


Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu
sahaja. Pemain tidak dibenarkan melampaui kawasan yang telah
ditetapkan sama ada dengan bola ataupun tanpa bola. Walau
bagaimanapun, pemain dibenarkan untuk menjangkau dan
mengambil bola dari kawasan off side dengan syarat pemain tidak
menyentuh luar kawasan.

2.1.11 Halangan

Sebarang usaha untuk mmenghalang pemain yang memiliki


bola kurang dari jarak yang dibenarkan (0.9 m/ 3 kaki) disebut sebagai
halangan dekat. Pemain hanya dibenarkan menghalang dalam jarak
berdiri 0.9 meter sahaja dari pemain yang memegang bola. Namun,
sekiranya pemain menggunakan tangan untuk menjangkau atau
menghalang pemain yang tidak memiliki bola dan menggunakan
pergerakan yang mengugut pihak lawan, juga dianggap kesalahan
halangan.

2.1.12 Menjaring Gol

Penjaring pasukan mempunyai 6 saat dari masa menerima


bola dalam bulatan gol untuk melepaskan bola bagi membuat
jaringan. Gol dijaringlan apabila bola dihantar atau ditampar masuk
dengan sepenuhnya melalui gegelang oleh penjaring gol atau
penyerang gol. Setiap jaringan dikira sebagai satu mata. Jika pemain
pertahanan menepis percubaan jaringan dan bola masuk sepenuhnya
melalui gegelang, maka jaringan itu dikira gol. Namun, sekiranya
percubaan jaringan gagal dan bola melantun balik kedalam
gelanggang, permainan diteruskan. Sekiranya bola melantun keluar,
hantaran ke dalam diambil di mana bola melintasi garisan.

2.1.13 Lambungan

Lambungan dilakukan apabila pemain dari pasukan berlainan


melakukan kesalahan serentak, menerima bola serentak, atau apabila
pengadil tidak boleh menentukan pemain yang terakhir menyentuh
bola sebelum bola keluar gelanggang. Lambungan dibuat ditempat
kesalahan dilakukan. Kedua-dua pemain yang mengambil lambungan
hendaklah berdiri menghadap antara satu sama lain kea rah gol
masing-masing dengan tangan lurus disisi tetapi kaki dalam sebarang
kedudukan. Jarak antara kaki terdekat kedua-dua pemain hendaklah
0.9 meter. Bola boleh ditangkap atau ditampar ke mana-mana arah
kecuali tepat kearah pemain lawan.

2.2 Kemudahan dan Alatan

Menurut Aminah Mohd. Salleh (1993), sukan permainan bola jaring tidak
memerlukan kelengkapan yang banyak dan mahal. Cukuplah dengan sebiji bola,
gelanggang, tiang gol dan 7 orang pemain satu kumpulan. Manakala bagi pakaian
pula pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai dan dikehendaki
memakai bibs atau kain yang melambangkan kedudukan. Bibs berfungsi untuk
menunjukkan posisi pemain.

2.2.1 Bola

Bola merupakan alatan paling penting. Ia mestilah yang khas


disediakan. Biasanya, bola saiz lima seperti bola keranjang
digunakan. Diameternya 99-102 cm, dan berat 6.35-7.26 gram. Ia
diperbuat daripada kulit. Namun, bola getah dan bahan-bahan lain
juga sering digunakan. Bola hendaklah disimpan ditempat yang
selamat setelah digunakan.
2.2.2 Gelanggang

Permukaan gelanggang mestila keras dan rata. Ia boleh juga


gelanggang berumput dikawasan terbuka atau dibuat khas dengan
menggunakan simen atau parkey yang tertutup. Ukuran gelanggang
bola jaring dibahagikan kepada tiga kawasan.

2.2.3 Tiang Gol

Di kedua-dua belah gelanggang dipasang tiang gol yang


tingginya 2.44 m (8 kaki) untuk ukuran sekolah rendah. Biasanya tiang
gol diperbuat daripada besi. Satu gegelang logam dengan bahagian
dalamnya bediameter 380 mm (15 inci) hendaklah dipasang terkeluar
150 mm (6 inci) dari hujung tiang.

2.2.4 Pemain

Setiap Pasukan terdiri daripada 7 orang pemain. Setiap pemain ada


fungsi atau tugasnya. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti
berikut:

1. Penjaga Gol (GK)


Tugas penjaga gol adalah menjaga penjaring gol (GS) pasukan
lawan baik di dalam kawasan mahupun di luar kawasan
jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Tugas
pentingnya ialah menjaga kawasan jaringan, menghalang
penyerang di kawasan jaringan dan merebut bola dalam
kawasan serta menghalang GS atau penyerang gol (GA) dari
memasuki kawasan jaringan. Selain itu, penjaga gol juga
membuat hantaran ke tengah atau ke dalam gelanggang dari
kawasan jaringan, setelah bola dikeluarkan atau terkeluar dari
gelanggang.
2. Penahan Gol (GD)
Penahan gol (GD) menjaga dan mengawal gerakan penyerang
gol (GA) pasukan lawan sama ada di dalam kawasan tengah,
kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana-mana pemain
dalam kawasan tengah atau kawasan gol. Tetapi tugas utaman
GD ialah menghalang penyerang gol (GA) daripada membuat
jaringan.
3. Penahan Sayap (WD)
Penahan sayap (WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya
ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan
kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan.
4. Pemain Tengah (C)
Pemain tengah (C) bertindak sebagai penyerang dan juga
penghalang. Pemain ini dianggap penghubung di antara
kawasan pertahanan dengan kawasan gol. Pemain tengah (C)
juga menjadi penggerak pasukan apabila melakukan hantaran
tengah atau hantaran mula. Pemain tengah boleh bergerak ke
semua kawasan gelanggang kecuali dalam bulatan jaringan gol
kawasan sendiri atau pihak lawan.
5. Penyerang Sayap (WA)
Penyerang sayap (WA) juga merupakan penyerang. Tugas
utamanya ialah menghantar bola dari kawasan tengah ke
kawasan jaringan. Penyerang sayap ini selalunya mengumpan
bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama
pemain tengah (C). WA juga digunakan untuk menerima bola
hantaran tengah.
6. Penyerang Gol (GA)
Penyerang gol (GA) ditugaskan untuk membuat jaringan. GA
selalunya bekerja rapat dengan pemain tengah (C) penyerang
sayap (WA) dan penjaring gol (GS). GA sering menerima
hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang untuk
mendapatkan gol.
7. Penjaring Gol (GS)
Tugas utama penjaring gol (GS) ialah menjaringkan gol. GS
mestilah mahir dalam membuat jaringan. GS selalunya berdiri
dalam kawasan jaringan untuk menerima hantaran.

3.0 PENGETAHUAN DAN PERSONALITI JURULATIH – (REGANGAN KHUSUS)


3.1 Pengetahuan dan personality jurulatih
Menurut Kevin (2005), jurulatih adalah peranan yang dimainkan seseorang
fasilitator dalam membantu melatih pelatih untuk mempelajari dan memahami
sesuatu, menerangkan tindakbalas susulan dari pembelajaran. Jurulatih sukan
merupakan individu yang berperanan sebagai pelatih, pengajar, pembimbing dan
menjalankan tugas yang berkaitan dengan sukan.
Antara ciri-ciri jurulatih yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat yang
jelas tentang apa yang dilatihnya. Selain itu, jurulatih yang baik mesti
berorientasikan kejayaan bagi anak pelatih, berpengetahuan luas tentang bidang
sukan yang ditugaskan, beretika serta dapat memberi komitmen yang tinggi.
Kualiti seseorang jurulatih adalah penting dalam memastikan kejayaan atlet.
Jurulatih berperanan sebagai pendidik, pembimbing cara, pendisiplin, pekerja
social dan pengawal. Jurulatih bertanggungjawab dalam menyediakan program
latihan sukan kepada atlet secara sistematik dan berkala. Oleh itu, pengetahuan
jurulatih dalam sukan yang dilatih adalah penting. Jurulatih juga
bertanggungjawab memilih pemain dan mencari bakat bagi menjadikan pasukan
atau individu yang dilatih layak dan boleh memberi komitmen terhadap latihan
yang bakal ditempuhi.
Antara pengetahuan dan kemahiran asas dalam kejurulatihan ialah pengetahuan
tentang kemahiran komunikasi iaitu lisan dan bukan lisan. Hal ini kerana
komunikasi merupakan proses pemindahan maklumat daripada seseorang
kepada seseorang yang lain. Selain itu, pengetahuan tentang kemahiran fizikal
bagi merangka latihan yang efektif dan terancang bagi sesuatu sukan. Jurulatih
perlu mempunyai pengetahuan tentang fizikal iaitu persediaan am fizikal, fasa
spesifik persediaan fizikal dan tahap keupayaan motor tertinggi atlet.
Pengetahuan fizikal adalah penting dalam latihan yang melibatkan sukan fizikal
yang memerlukan pencapaian prestasi tinggi. Akhir sekali, jurulatih juga perlu
mempunyai pengetahuan tentang psikologi dalam memastikan semangat dan
keazaman atlet sentiasa kuat untuk berjuang dan bertanding. Ia juga bagi
membantu atlet mencapai tahap penumpuan dan focus semasa bermain.
Jurulatih perlu merancang dan merangka strategi latihan bagi pemain dengan
baik merangkumi semua aspek aktiviti dan latihan yang berkaitan dengan sukan
yang dimainkan. Dalam sukan bola jaring, regangan merupakan aspek penting
bagi sesuatulatihan atau permainan. Sebagai jurulatih, regangan perlu disusun
dan dipilih dengan baik bagi meningkatkan daya tahan otot pemain dan
memastikan tidak berlaku kecederaan semasa bermain. Oleh itu, beberapa
regangan yang melibatkan aktiviti dalam sukan bola jaring boleh dilakukan
sebelum dan selepas bermain.

3.2 Regangan
Aktiviti regangan merupakan komponen yang amat penting sebelum memulakan
permainan. Oleh itu, aktiviti regangan perlu dilakukan mengikut prosedur-
prosedur yang betul dan tersusun agar ianya tidak mendatangkan kecederaan
kepada tulang, otot, tendon, ligamen dan sendi. Regangan perlu dilakukan
sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal. Terdapat perlbagai jenis
regangan. Antaranya ialah regangan statik dan regangan dinamik. Dalam sukan
permainan bola jaring, terdapat beberapa jenis regangan statik dan regangan
dinamik yang perlu dilakukan oleh pemain.
3.2.1 Regangan Statik
Regangan static merujuk kepada regangan yang dilakukan untuk meregangkan
otot sehingga had pergerakannya dan kedudukan itu dikekalkan untuk tempoh
masa yang tertentu tanpa sebarang gerakan.

1. Regangan dada
Pemain perlu berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit
membengkok. Tangan didepa selari dengan lantai dan tapak tangan menghala
kehadapan. Kemudian, bawa kedua belah tangan yang kekal diluruskan sejauh
mungkin ke belakang. Pemain sepatutnya dapat merasakan regangan pada
bahagian dada.

2. Regangan bisep

Pemain perlu berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit
membengkok. Tangan didepa selari dengan lantai dan tapak tangan menghala
kebelakang. Kemudian, bawa kedua belah tangan yang kekal diluruskan sejauh
mungkin ke belakang. Pemain sepatutnya dapat merasakan regangan pada
bahagian dada dan bisep.

3. Regangan bahagian atas belakang badan.


Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit membengkok. Dengan
jari-jari berkeadaan saling mengunci, luruskan kedua belah tangan ke hadapan
dan benarkan bahagian atas belakang badan untuk relaks. Pemain akan
merasakan regangan pada bahagian antara kedua scapula.

4. Regangan bahu
Pemain berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut membengkok sedikit.
Tangan kanan diluruskan dada. Kemudian gunakan lengan bawah tangan kiri
untuk membawa tangan kanan lebih rapat ke dada. Pemain akan merasakan
regangan pada bahu. Ulang dengan tangan sebelah lagi.

5. Rengan bahu dan trisep


Pemain berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut membengkok sedikit.
Bawa kedua belah tangan ke belakang badan dan sentuh bahagian tengah
belakang badan. Pemain akan merasakan regangan pada bahu dan trisep.
6. Bengkuk sisi
Pemain berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut membengkok sedikit.
Kedua belah tangan berada disisi tubuh. Kemudian bengkokkan secara
perlahan-lahan ke sisi kanan dan selepas itu kembali ke posisi asal. Ulang pada
sisi bertentangan. Jangan membengkokkan badan ke hadapan atau ke
belakang.

7. Regangan hamstring
Pemain perlu duduk melunjur, kemudian bengkokkan kaki kiri dan letak tapak
kaki di sebelah lutut kaki kanan. Bongkokkan badan kehadapan. Ulang pada kaki
kiri. Pemain akan merasa regangan pada hamstring.
8. Regangan pinggul dan peha
Pemain berdiri tegak dengan kedua belah tangan di sisi badan. Kaki kanan
melangkah sejauh mungkin ke hadapan. Bengkokkan lutut kanan sehingga peha
kanan selari dengan lantai. Kaki belakang kekal lurus dan badan berkeadaan
tegak. Pemain akan merasa regangan pada bahagian atas peha kiri dan pada
sepanjang hamstring kaki kanan. Ulang semula dengan kaki kiri.
10. Regangan adduktor
Berdiri tegak dengan kaki di kangkang melebihi bahu. Bengkokkan lutut kanan
untuk merendahkan badan. Kemudian pastikan belakang badan lurus semasa
melakukan. Pemain akan merasa regangan pada otot adduktor kaki kiri. Ulang
dengan kaki kiri.

3.2.2 Regangan Dinamik


Regangan dinamik menggunakan kelajuan pergerakan, momentum dan
pergerakan otot yang aktif yang membawa kepada rengan. Ianya berkesan jika
dilakukan sebelum permainan kerana ia dapat mengurangkan ketegangan otot.
Tujuan regangan dinamik ialah untuk pemanasan ligament, otot dan tendon yang
sebahagian besar digunakan ketika permainan atau latihan bola jaring.

1. Ankle double touch


Pemain berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu dan tangan di atas kepala.
Kemudian, bengkokkan badan kebawah dan tangan menyentuh kaki yang
bertentangan. Balik ke kedudukan asal dan ulanginya sebanyak 8 kali.
Pemain akan merasakan regangan pada bahagian pinggul, dada, bahu dan
hamstring.
2. Large body circle
Pemain berdiri dengan kaki terbuka seluas bahu dan tangan diatas kepala.
Buat pusingan besar dengan tangan dan badan turun dari kiri ke lantai dan
naik ke kanan sehingga atas kepala. Ulangi 4 ulangan bagi setiap arah yang
bertentangan. Pemain akan merasa regangan pada bahagian pinggang,
pinggul dan hamstring.

3. Trunk dan hip flexion


Pemain berdiri tegak dengan kaki seluas bahu. Kedua tangan diangkat
keatas dalam keadaan bersentuhan. Kemudian, gerakkan pinggang dan
pinggul kekiri dan ke kananseperti separa bulatan. Semaa membuat
regangan ini, pemain seharusnya merasakan regangan pada bahagian
pinggang dan tangan.

4. Jumping jack
Pemain berdiri tegak dengan bahu direhatkan ke bawah tulang belakang dan
tangan berada disisi badan. Lompat dengan lengan berada di atas kepala
dan kaki dibuka seluas bahu.lakukan gerakan secara berulang. Regangan ini
merangsang tubuh pemain untuk melakukan reaksi dan dirasakan pada
seluruh bahagian badan.

5. Trunk twister
Pemain berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu. Kedua dangan
didepakan ke sisi. Kemudian, menggunakan pinggang untuk berpusing
dengan kaki dalam keadaan statik. Pemain akan merasakan regangan otot
bahu dan belakang.
4.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN SPESIFIK YANG TERLIBAT DALAM SUKAN
BOLA JARING

Dalam permainan bola jaring, pergerakan perlu dilakukan dengan cepat dan pantas..
Ini disebabkan undang-undang permainan membenarkan pemain memgang bola
tidak melebihi daripada tiga saat. Olehitu, perlunya kepada pelajar untuk menguasai
kemahiran-kemahiran yang ada dalam bola jaring dengan sebaiknya. Oleh itu
terdapat enam kemahiran spesifik yang perlu dikuasai sepenuhnya oleh pemain bola
jaring sebelum bermain di padang. Antaranya ialah :

i. Menangkap
Menangkap adalah langkah pertama dalam memgang bola jaring. Apabila
murid tidak kukuh pada asas kemahiran yang pertama, sukar untuk murid
melepasi kemahiran yang lain. Hal ini kerana menangkap bola adalah yang
palinig utama dalam bermain bola jaring. Mana mungkin seseorang boleh
bermain sekiranya tidak dapat menangkap bola dengan sebaiknya. Pemain
bola jaring handalan kebanyakannya menggunkan jari untuk menangkap
bola. Jari-jari inilah yang akan menerima bola, menangkapnya dan menarik
bola ke dada dengan pantas sebelum menghantarnya kepada pemain lain.
Dalam menangkap bola terbahagi kepada dua jenis iaitu menangkap bola
dua tangan dan menangkap menggunakan satu tangan. Secara logiknya
menangkap bola menggunakan dua tangan adalah yang paling selamat
kerana bola yang dipegang berada dalam keadaan kukuh dan stabil serta
membolehkan seseorang mengawal dengan baik.
Dalam sebuah perlawanan, pilihan cara menangkap bola adalah sangat
penting. Apabila pemain berebut bola dengan pihak lawan, maka sebaiknya
menggunakan kedua-dua tangan untuk menangkapnya kerana daya
kekuatan pada dua tangan lebih baik. Sekiranya pemain melompat tinggi dan
tiada lawan merebut bola, pemain boleh menggunakan satu tangan untuk
menangkap bola. Pilihan menangkap bola ini penting kerana setiap pemain
mempunyai satu peluang sahaja untuk menangkap bola dan menghantarnya.
Sekiranya pemain tersebut menangkap bola kemudian terlepas dari
pegangan, maka pemain tersebut dilarang untuk memegang bola tersebut.
Hal ini akan memberikan keuntungan kepada pihak lawan yang dapat
melakukan hantaran percuma disebabkan kesalahan pemain semasa
menangkap bola. Oleh itu, pentingnya menangkap bola secara “grip” dan
kukuh supaya peluang sebegini tidak terlepas.
Kesilapan yang selalu berlaku semasa melakukan tangkapan bola ialah
pemain menangkap dengan tapak tangan. Lakuan ini yang menyebabkan
bola selalu terlepas apabila seseorang cuba menangkap. Sebaliknya,
pemain seharusnya meluruskan jari-jari kerana jari-jari merupakan yang
pertama bertemu dengan bola. Kedua, pemain hilang penglihatan pada bola.
Perkara ini selalu berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor yang
menghalang pemain daripada melihat bola secara jelas. Salah satunya,
faktor matahari, ketika bermain pada waktu tengahari, sangat sukar untuk
pemain menangkap bola disebabkan sinaran matahari yang cerah dan terang
yang menghalang pandangan mata terhadap bola. Pemain perlu sentiasa
memerhatikan pergerakn bola dengan sebaiknya sehingga pemain dapat
menangkap bola tersebut. Ketiga, pemain tiak melindungi bola dengan
sebaiknya. Apabila pemain dapat menangkap bola sebaiknya tarik bola kea
rah badan apabila pemain menerimanya sebelum menghantar kepada rakan
yang lain. Sekiranya perkara ini tidak dilakukan pemain berisiko tinggi untuk
bolanya dirampas oleh pihak lawan. Kesilapan terakhir yang biasa berlaku
ialah pemain tidak dapat mengawal bola sekiranya menangkap dengan
sebelah tangan sahaja. Hal ini berlaku kerana pemain belum menguasai
sepenuhnya kemahiran menangkap bola menggunakan satu tangan sahaja.
Oleh itu, pemain seharusnya menggunakan kedua-dua belah tangan untuk
menangkap bola sebelum betul-betul mahir dalam menangkap bola
menggunakan satu tangan.

ii. Hantaran
Selepas kemahiran menangkap, kemahiran hantaran juga merupakan
kemahiran yang perlu dikuasai dengan sebaiknya. Kejayaan sesebuah
pasukan bergantung kepada cara pemainnya melakukan hantaran bola.
Hantaran bola terdapat banyak jenisnya berdasarkan negara-negara yang
maju dengan sukan bola jaring. Hal ini kerana cara hantaran boleh
dimodifikasi dan membentuk corak permainan sesuatu pasukan. Terdapat
tiga bahagian penting dalam kemahiran hantaran yang perlu digilap oleh
pemain bola jaring. Pertamanya, teknik pelbagai hantaran yang perlu
dikuasai yang boleh membaca pergerakan lawan. Kedua, bagaimana
pemain melakukan hantaran kepada rakan sekumpulan secara tepat. Dan
yang ketiga, kebolehan seseorang pemain untuk memilih hantaran yang
paling sesuai bergantung kepada situasi permainan. Ketiga-tiga ini akan
membantu menggilapkan teknik-teknik yang perlu dimiliki oleh pemain untuk
berjaya dan memberi beberapa cara yang mudah untuk meningkatkan
ketepatan hantaran.
Hantaran tergolong kepada dua kategori iaitu hantaran satu tangan dan
hantaran dua tangan. Dalam kedua-dua kategori ini terdapat pula hantaran
bola tinggi dan hantaran bola rendah. Hantaran bola tinggi merupakan
hantaran atas kepala termasuk hantaran lob, hantaran aras bahu dan
hantaran sisi. Manakala hantaran bola rendah seperti hantaran peluru, yang
mana garisan hantarannya lebih lurus dan terus kepada pemain Hantaran
dua tangan termasuklah hantaran dada, hantaran lantunan, hantaran atas
kepala dan hantaran sisi. Manakala hantaran satu tangan terdiri daripada
hantaran aras bahu, hantaran lob, hantaran peluru, hantaran bawah bahu,
dan hantaran lantunan.
Kesilapan yang sering berlaku semasa melakukan hantaran ialah hantaran
pemain tidak kena pada sasaran. Hal ini mungkin disebabkan rakan pemain
dihadang menyukarkan pemain untuk menghantar bola. Oleh itu, pemain
perlu memastikan cara lepasan bola sama ada pemain menggunakan jari-jari
atau tidak serta menggunakan sedikit taktik supaya hantaran tepat kepada
rakan. Kedua, hantaran pemain tidak sampai pada sasaran. Lakuan ini
disebabkan daya tolakan pemain terhadap bola tidak terlalukuat sehingga
menyukarkan bola untuk sampai kepada sasaran. Pemain seharusnya
membuka bahu atau gunakan berat badan utnuk menjana tenaga semasa
melakukan hantaran. Seterusnya, yang ketiga, hantaran dua tangan pemain
tersasar kiri atau kanan. Pemain perlu memastikan bahawa pegangan bola
tersebut dalam keadaan kemas menggunakan kedua-dua tangan. Sekiranya
salah satu tangan lebih kuat memegang bola akan menyebabkan bola
tersasar disebabkan daya tolakan pada kedua-dua tangan berlainan.
Kesilapan keempat berlaku apabila hantaran pemain tidak dapat ditangkap
dengan kemas oleh rakan. Pemain sepatutnya memastikan jarak antara diri
pemain dengan rakan yang akan menerima hantaran. Sekiranya tenaga
terlalu kuat pada hantaran menyebabkan rakan pemain tidak dapat menerima
hantaran tersebut dengan sebaiknya disebabkan pemain merejam terlalu
kuat. Terakhir ialah pemain lawan berjaya pintas sekat hantaran pemain.
Oleh itu, pemain perlu menyemak lepasan dan gerakan kaki, kerana pemain
mungkin membawa bola terlalu rapat dengan pihak lawan atau pemain
melangkah ke hadapan menyebabkan jarak antara pemain dengan pihak
lawan berkurangan.

iii. Gerak Kaki


Kedua-dua kemahiran yang diterangkan di atas melibatkan pergerakan
tangan sahaja. Dalam permainan bola jaring, anggota utama yang terlibat
bukan sahaja tangan tetapi kaki juga turut memainkan peranan yang penting.
Kerana gerakan kaki yang sering dilakukan oleh pemain semasa bermain
bola jaring. Undang-undang gerak kaki sangat unik dan khusus sehingga
apabila pemain melakukan hantaran dengan sempurna tetapi berlaku
pergerakan kaki, maka ia tidak berjaya sama sekali. Permainan bola jaring
amat diperhatikan pada pergerakan kaki, jika pemain menangkap bola, kaki
yang mendarat dahulu tidak boleh menapak selagi hantaran tidak dilakukan.
Sekiranya pemain melanggar undang-undang ini akan memberi peluang
kepada pihak lawan untuk membuat hantaran percuma. Berdasarkan
undang-undang tersebut, dapat dipastikan bahawa kejayaan di atas
gelanggang terletak pada pergerakan kaki. Kunci untuk kawalan badan yang
mantap ialah gerak kaki yang baik. Sekiranya gerakan kaki pemain boleh
dikawal, maka tiada masalah untuk pemain menyeimbangkan badan,
pergerakan terkawal dan pertukaran kelajuan dan arah boleh dilakukan
secara berkesan.
Kesilapan yang biasa dilakukan dalam gerakan kaki ialah langkah pertama
lonjakan ialah ke belakang. Apabila pemain melonjak ke belakang
kemungkinan untuk menggerakkan kaki adalah tinggi. Sebaiknya, pemain
menggunakan tangan untuk mengarahkan badan ke hadapan supaya badan
berada dalam keadaan stabil. Kedua, ketinggian lompatan tidak mencukupi.
Pemain yang tidak lompat dengan sebaiknya menyebabkan semasa
mendarat boleh berlaku pergarakan kaki. Sebolehnya asingkan gerakan
larian dengan berhenti seketika sebelum membuat lonjakan. Kemudian
lebihkan bengkok lutut sewaktu membuat lonjakan untuk mendapatkan
lonjakan yang tinggi. Di samping itu, pemain hilang imbangan apabila
mengelak. Apabila pemain cuba untuk menangkap bola dalam masa yang
sama mengelak daripada terkena pihaklawan boleh menyebabkan badan
tidak seimbang sehingga apabila dapat menangkap bola, pendaratan tidak
begitu sempurna dan gerak kaki berlaku. Oleh itu, pemain perlu
mengekalkan pergerakan badan atas sokongan kaki. Apabila kaki
melangkah ke sisi untuk membesarkan tapak sokongan, pemain boleh
membetulkan kedudukan badan.

iv. Menjaring
Menjaring merupakan kemahiran yang dimiliki oleh orang-orang tertentu
sahaja seperti orang yang mempunyai badan yang tinggi kerana ia
memudahkan pemain untuk menjaringkan mata. Namun, ini tidak bermaksud
hanya pemain-pemain tertentu sahaja yang perlu menguasai kemahiran
menjaring ini, sebaliknya semua pemain bola jaring perlu menguasai
kemahiran menjaring sebagai pemain simpanan sekiranya berlaku masalah
kepada goal shooter (GS) ataupun goal attack (GA). Terdapat dua teknik
dalam membuat jaringan yang diperkenalkan. Pertama oleh intang dari
Australia, Margaret Caldow yang menggunakan aksi pergelangan tangan
yang kuat dengan sedikit sahaja pergerakan tangan ke bawah, bola dipegang
tinggi di atas kepala dan bergerak dalam lengkung yang tinggi ke arah
gegelung jaringan. Keuda, pemain dari England, Judith Heath yang
menggunakan teknik kuisan bola dengan jari-jari dan kuasa dari kaki untuk
membantu menjaring. Teknik jaringan ini boleh diubahsuai mengikut
keselesaan pemain
Swaktu melakukan jaringan, terdapat beberapa kesilapan yang perlu
diperbaiki oleh pemain. Pertama, pemain hilang imbangan sewaktu
menjaring. Ketika ini pemain mungkin mengahadappi masalah jarak yang
jauh antara pemain dengan penjaring yang menyebabkan pemain perlu
melangkah setapak ke hadapan sehingga pemain hanya boleh menjaring
dengan satu kaki sahaj, dan dalam masa yang sama pemain bertembung
dengan pihak lawan yang menyebabkan pemain hilang imbangan serta tidak
dapat menjaring dengan sempurna. Oleh itu, pemain boleh menggunakan
pemain yang berada di belakang untuk menghantar bola kepada pemain
supaya boleh membuat jaringan dekat dengan penjaring tersebut. Kedua,
jaringan terlau jauh menyebabkan pemain tidak dapat membuat jaringan.
Semasa pemain mensasarkan jaringan, pemain seharusnya menumpukan
kepada bibir gegelung serta mengurangkan daya dari kaki untuk melepaskan
bola. Selain itu, jaringan terlalu mendatar menyebabkan pemain tidak dapat
menjaringkan bola dengan betul. Pemain sepatutnya menggunakan tiga jari
tengah sewaktu melepaskan bola dan lakukan pusingan belakang untuk
mendapatkan sasaran yang tepat.

v. Menyerang
Permainan bola jaring merupakan permainan yang memerlukan pemain
berfikir dengan pantas dan bergerak dengan pantas. Hal ini disebabkan
setiap pemain hanya ada tiga saat untuk memgang bola dan pemain terhad
dikawasan mereka sendiri. Oleh itu, pergerakan dan fikiran yang pantas
diperlukan dalam permainan ini. Oleh itu, untuk menyerang pihak lawan,
pemain perlu membuat beberapa teknik atau langkah sebagai satu elemen
kejutan kepada pihak lawan untuk meneka pergerakan pemain. Teknik ini
penting untuk mengelakkan diri pemain daripada dibaca oleh pihak lawan.
Permainan menjadi menyeronokkan apabila pihak lawan keliru dalam
membaca pergerakan pemain. Dalam kemahiran menyerang ia dibahagikan
kepada pecutan, gerak keliru, elakkan, tahan, dan pusingan. Untuk
menyerang dengan jayanya, pemain perlu menggabungkan semua
kemahiran untuk membuat pihak lawan keliru dengan pergerakan pemain.
Oleh itu, kemahiran individu adalah penting untuk pemain menyerang dengan
berjaya.
Namun kesilapan semasa dalam permainan tidak dapat dielakkan, tetapi
kesilapan itu yang boleh mengajarkan pemain untuk menambah mutu
permainan seseorang. Pentingnya bagi seseorang pemain untuk meneliti
setiap kesilapan pergerakan yang dilakukan semasa bermain. Pertamanya,
pemain seringkali tewas sewaktu mendapatkan bola. Maka, pemain perlu
meningkatkan kuasa pergerakan, merendahkan berat badan untuk
memulakan pergerakan. Kedua, pihak lawan sentiasa bersama dengan
pemain. Perkara ini memang tidak dapat dielakkan kerana pada pandangan
pihak lawan salah satu cara untuk menghalang pemain daripada
mendapatkan bola adalah untuk sentiasa dekat dengan pemain, supaya
mudah untuk pihak lawan mengawal keadaan. Disini pemain perlu bijak,
berfikiran pantas dan bergerak dengan pantas dengan menggabungkan
pergerakan. Pemain perlu mempelbagaikan pergerakan dan taktik untuk
mengelak daripada pihak lawan dan cuba untuk menggunakan gerak tahan
untuk mengawal ruang anda. Kesilapan terakhir semasa menyerang ialah
pemain hilang arah apabila melakukan pusingan. Perkara yang sepatutnya
dilakukan oleh pemain ialah pemain harus memusingkan kepala pada saat
akhir setelah badan telah melakukan pusingan.

vi. Pertahanan
Dalam apa jua pertandingan atau permainan semestinya terdapat pemain
yang bertugas sebagai pertahanan dalam sesebuah pasukan. Bukan sahaja
penyerang yang perlu dikuatkan teetapi pertahanan juga perlu berada dalam
keadaan stabil supaya sesuatu pasukan dapat menguasai gelanggang
permainan. Untuk menjadi pertahanan yang baik beberapa perkara perlu
diambil berat oleh pemain. Pertamanya, sentuhan, dalam permainan bola
jaring sentuhan adalah peraturan yang sangat sensitif dan menyebabkan
pihak pemain boleh kehilangan bola disebabkan sentuhan. Sekiranya
berlaku sentuhan pihak lawan akan mendapat hantaran percuma, lebih
malang lagi apabila berlaku dalam bulatan gol. Pihak lawan boleh mendapat
peluang daripada kesalahan pemain dengan membuat Hantaran Penalti atau
Jaringan Penalti yang memberikan peluang besar kepada pihak lawan untuk
menambah mata. Lagi satu peraturan yang perlu pemain cakna ialah
halangan. Pemain perlu sentiasa ingat bahawa pemain perlu berada dalam
jarak 0.09 meter (3 kaki) daripada pihak lawan semasa pihak lawan memiliki
bola. Pengadil boleh meniup wisel sekiranya mendapati pemain kurang
daripada 0.09 meter yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan semasa melakukan
pertahanan, iaitu pemain tidak nampak bola apabila cuba bertahan. Semasa
pihak pemainseang melakukan pertahanan, pemain boleh terlepas pandang
dengan pergerakan bola sehingga ia membuka peluang kepada pihak lawan
untuk menangkap bola. Perkara yang harus dilakukan oleh pemain ialah
kepala perlu didongakkan untuk melihat pergerakan bola, seterusnya buka
kedudukan permulaan dengan berdiri satu langkah jauh dari lawan. Ini akan
memberi ruang yang lebih kepada pemain untuk memerhatikan gelanggang.
Kedua, pemain boleh dihukum kerana sentuhan yang berlaku semasa
bertahan. Perkara ini seringkali berlaku semasa permainan sama ada secara
sengaja atau tidak sengaja. Pentingnya bagi pemain untuk mencipta ruang
antara pemain dan juga pihak lawan untuk mengelakkan berlaku sentuhan.
Ketiga, pemain dihukum kerana sentuhan apabila pihak lawan mengambil
bola. Oleh itu, pemain perlu pantas untuk menghalang dan merebut bola
tersebut sebelum pihak lawan menangkap bola tersebut. Sekiranya pemain
mendapat bola tersebut terlebih dahulu dan berlaku sentuhan antara pemain
dan pihak lawan, pemain mempunyai peluang untuk meneruskan permainan
dengan bola pada pihak pemain kerana yang bersentuhan adalah daripada
pihak lawan. Akhir sekali, pemian boleh dihukum kerana melakukan
halangan dekat. Justeru, pemain perlu menggunakan langkah pulihan untuk
mendapatkan jarak yang dibenarkan. Pemain juga perlu mendarat terlebih
dahulu sebelum mengangkat tangan untuk menghalang kerana bukan
menjadi kesalahan pemain sekiranya mendarat terlebih dahulu dan
menghalang sebelum sempat pihak lawan mendapat bola.

Berdasarkan daripada kemahiran-kemahiran spesifik tersebut, pemain perlu


menguasai keseluruhan kemahiran tersebut untuk bermain dengan sempurna.
Penting untuk pemain mempelajari kesilapan yang selalunya berlaku dalam setiap
kemahiran untuk membuatkan diri lebih peka terhadap setiap pergerakan.
Pergerakan pantas itu perlu tetapi mesti dalam keadaan terkawal. Oleh itu, pemain
perlu mempelajari pergerakan yang sebetulnya bagi setiap kemahiran tersebut.

5.0 KEMAHIRAN SERTA TEKNIK PERLAKUAN YANG DIGUNAKAN DALAM


PERMAINAN BOLA JARING

Pada asasnya, permainan bola jaring hanya melibatkan pergerakan tangan dan kaki.
Oleh itu, kemahiran-kemahiran spesifik yang terlibat dalam permainan bola jaring
juga melibatkan hanya pergerakan tangan dan kaki. Antaranya, kemahiran
hantaran, kemahiran gerak kaki, kemahiran kawalan, kemahiran menjaring,
kemahiran lompatan dan kemahiran lontaran. Keenam-enam kemahiran ini perlu
dikuasai dan diajarkan kepada pemain sebelum bermain bola jaring. Kemahiran-
kemahiran ini membantu murid dalam membaca pergerakan pihak lawan dan
menyusun taktikal sesebuah permainan.

Secara khususnya, keenam-enam kemahiran berikut perlu dikuasai dengan


sebaiknya. Dan setiap kemahiran tersebut dipecah-pecahkan lagi menjadi lebih
spesifik. Berikut merupakan kemahiran-kemahiran yang akan dipelajari dalam
permainan bola jaring.

A. Kemahiran Hantaran
Kemahiran hantaran dalam bola jaring terbahagi kepada dua kategori, iaitu
hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Daripada kedua hantaran
tersebut dikecilkan lagi menjadi dua jenis, iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran
rendah. Cara melakukan hantaran bergantung  kepada kedudukan rakan yang
akan menerima bola.
Hantaran dua tangan dibahagikan kepada empat jenis hantaran iaitu
hantaran dada, hantaran lantunan, hantaran atas kepala dan hantaran sisi.
Manakala hantaran satu tangan dibahagikan kepada lima jenis hantaran iaitu,
hantaran aras bahu, hantaran lob, hantaran peluru, hantaran bawah bahu dan
hantaran lantun. Berikut merupakan jenis-jenis hantaran :
1. Hantaran Dada
Hantaran dada dilakukan bertujuan untuk penghantaran yang pantas
dan segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak
dihalang oleh lawannya. Hantaran ini dilakukan dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan.
Cara melaksanakan hantaran dada ini ialah dengan memastikan badan
dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri ke hadapan. Kemudian
bola dipegang dengan menggunakan kedua-dua tangan dalam keadaan
jari-jari tangan melingkungi bola dan dibawa ke dada. Tolak bola
dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-
jari. Perlu dipastikan untuk meluruskan tangan serentak dengan
hantaran. Semasa membuat hantaran aras dada pastikan sebelah kaki
ke arah lontaran.

Kedudukan bola dan Kedudukan badan Pandangan hadapan


badan semasa posisi semasa melakukan semasa bola dilepaskan
bersedia hantaran (ikut kaki)
Bagi mengukuhkan lagi kemahiran hantaran aras dada, guru boleh
melaksanakan aktiviti “partnership”. Aktiviti ini dilaksanakan secara
berpasangan jika bilangan murid genap dan setiap pasangan akan
mendapat sebiji bola jaring. Cara melaksanakan aktiviti ini ialah pemain
A1, A2 dan A3 akan menghantar bola aras dada kepada B1, B2 dan B3.
Selepas itu, B1, B2 dan B3 akan menghantar semula bola tersebut
kepada A1, A2 dan A3. Perlakuan ini akan berterusan sehingga
hantaran dibuat sebanyak lima kali oleh setiap murid. Bilangan hantaran
ini tertakluk kepada jumlah bola dan masa yang diperuntukkan.

Murid A1 Murid B1

Murid A2 Murid B2

Murid A3 Murid B3

Bola

Cara melaksanakan aktiviti “partnership”


Aktiviti seterusnya yang dapat dilaksanakan untuk hantaran dada ialah
aktiviti “dinding berpasangan”. Organisasinya sama seperti “partnership”
satu bola dua orang murid, dinding yang bertanda dengan garisan
memanjangsebagai sasaran bola serta kon yang berjarak 2 meter/3
meter sebagai penanda kedudukan murid. Langkah melaksanakan
aktiviti “dinding berpasangan ialah A1 akan menghantar bola aras dada
menuju garisan pada dinding yang berjarak 2 meter kepada B1 dan
sebaliknya. Setiap hantaran mestilah tepat pada garisan. Sekiranya
bola tidak mengenai garisan maka ia tidak dikira. Untuk jarak, guru
boleh modifikasi sekiranya murid dapat membuat peningkatan hantaran.
Sebagai contoh sekiranya murid dapat melaksanakan enam hantaran
yang tepat pada garisan, jarak akan ditambah kepada 3 meter. Bilangan
hantaran juga boleh diubah mengikut bilangan murid dan bola.

Murid A1

Murid B1

Bola

Cara melaksanakan aktiviti “dinding berpasangan”


Sekiranya, bilangan murid ganjil. Maka, guru bolwh melaksanakan
aktiviti “bola bertiga”. Organisasi bagi aktiviti ini ialah tiga orang murid
satu bola. Langkah melaksanakan aktiviti ini ialah pemain A1
menganhantar bola aras dada kepada B1 dan B1 menghantar semula,
kemudian A1 menghantar bola kepada C1 dan C1 menghantar semula
kepada A1. Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lima ulangan bagi
setiap orang. Selepas lima ulangan, pemain yang membuat hantaran
bola pertama (A1) akan bertukar giliran dengan pemain lain (B1 dan C1)
sehingga semua pemain dapat melaksanakan aktiviti hantaran.

Murid B1

Murid A1

Murid C1

Bola

Cara melaksanakan aktiviti “bola bertiga”

2. Hantaran Aras Bahu


Hantaran aras bahu bertujuan supaya hantaran bola adalah jauh dan
tinggi. Hantaran ini dilakukan dengan menggunakan satu tangan
sahaja. Pemain memegang bola di atas tapak tangan yang dominan.
Hal ini untuk memberi tekanan semasa melakukan penghantaran bola.
Sekiranya pemain dominan menggunakan tangan kanan, maka bola
dipegang di atas tapak tangan kanan, begitu juga sebaliknya.
Kemudian, kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan yang bertindak
sebagai paksi kepada pergerakan kaki kanan. Pergerakan kaki juga
mengikut kepada dominan tangan yang memegang bola. Pada ketika
ini, berat badan berada di atas kaki kanan. Bola dibawa ke belakang
kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan. Seterusnya, bola ditolak
dengan kuat dan terus ke hadapan atau “flick”. Dalam masa yang sama,
pindahkan berat badan dari kanan ke kaki kiri semasa membuat
hantaran tersebut. Bagi hantaram jauh, gunakan pergerakan “whip”
pergelangan tangan dan jari.
Kedudukan bola dan Pergerakan awal Kedudukan bola selepas
badan semasa posisi sebelum melakukan melakukan hantaran
bersedia hantaran
Aktiviti kemahiran yang dapat dilaksanakan untuk mengukuhkan
kemahiran hantaran aras bahu ialah aktiviti “bola ding-dong”. Aktiviti ini
dilaksanakan dengan memebahagikan murid kepada kumpulan. Satu
bola seramai lima orang murid atau lebih. Bilangan murid akan berubah
mengikut bilangan bola yang ada. Cara melaksanakan aktiviti ini ialah,
pemain diminta untuk berdiri sebaris. Jarak antara pemain dan dinding
ditentukan oleh guru, dan akan meningkat sekiranya lakuan ini dapat
dikuasai dengan baik oleh murid. Pemain A1 akan menghantar bola
aras bahu ke dinding, kemudian pemain A2 akan menyambut bola
tersebut, manakala pemain A1 tadi akan berlari ke belakang A5.
Seterusnya, A2 akan enghantar bola ke dinding dan pemain A3 akan
menerima bola tersebut. Perlakuan diteruskan sehingga setiap pemain
membuat lima hantaran. Bilangan hantaran tertakluk kepada arahan
guru dan masa yang diperuntukkan.

A5 A4 A3 A2 A1 Bola

Cara melaksanakan aktiviti “bola ding-dong”


Aktiviti seterusnya ialah aktiviti “menuju sasaran”, aktiviti ini memerlukan
empat hingga enam orang satu kumpulan dengan sebiji bola. Dinding
akan diberi tanda sebagai sasaran yang harus dicapai oleh murid. Kon
penanda juga diletakkan dengan jarak tiga atau empat meter mengikut
keperluan oleh guru. Pemain A1 akan menghantar bola aras bahu
menuju sasaran satu hingga lima pada jarak 3 meter. Aktiviti ini
berterusan hingga kepada pemain A6 dengan bilangan ulangan setiap
pemain lima ulangan. Setelah semua pemain telah melakukan sehingga
enam ulangan, jarak akan ditukar kepada 4 meter.

1
5 2
A6 A5 A4 A3 A2 A1 Bola 4 3

Cara melaksanakan aktiviti “menuju sasaran”

3. Hantaran Lantun
Hantaran lantunan dilakukan untuk membuat hantaran secara mengejut
bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan sebelum bola
dilantunkan kepada penerimanya. Hantaran ini menggunakan satu
tangan atau kedua-dua belah tangan. Apabila membuat hantaran
sebelah tangan sahaja, pemain perlu melakukan hantaran lantunan ini
seperti hantaran aras bahu tetapi pemain hendaklah merendahkan
badan dengan cara membongkokkan sedikit lutut. Lakuan ini bertujuan
untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan. Apabila
menggunakan kedua-dua belah tangan pula, hantaran dilakukan dengan
meletakkan bola pada aras dada dan menolak bola ke bawah. Sambil
menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk
mengimbangi badannya. Perlu diingat oleh pemain, apabila membuat
hantaran lantunan, lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan
pergelangan tangan dan ketika melantunkan bola tersebut, badan
dicondongkan sedikit ke depan.

Cara memegang bola dan kedudukan badan semasa posisi


bersedia

Kedudukan badan selepas hantaran lantunan

Selepas murid diajarkan bagaimana untuk melakukan lantunan, guru


boleh menggunakan beberapa aktiviti untuk mengukuhkan lagi
kemahiran hantaran lantunan tersebut. Antara aktiviti tersebut ialah
“lantunan berpasangan”. Aktiviti ini dilaksanakan oleh dua orang pemain
dengan menggunakan sebuah bola. Pemain A akan melantunkan bola
kepada pemain B, pemain B akan menerima bola dan melantunkan bola
kepada pemain A semula dengan menggunakan tangan kanan. Lakuan
ini diulang sebanyak lima ulangan bergantung kepada guru. Selepas
habis ulangan tersebut, murid akan membuat hantaran lantunan
menggnakan tangan kiri. Dilaksanakan sebanyak lima lakuan juga
bergantung kepada guru. Kemudian, murid menggunakan kedua-dua
belah tangan untuk membuat lantunan.

Murid B Murid A
Bola
Cara melaksanakan aktiviti “lantunan berpasangan”
Aktiviti kedua yang boleh dilaksanakan ialah aktiviti “lantunan dinding”.
Aktiviti ini dilaksanakan oleh dua orang murid dengan satu bola.
Perubahan pemain bergantung kepada bilangan bola dan bilangan
murid yang ditentukan oleh guru. Pemain A akan melantunkan bola ke
dinding dengan menggunakan tangan kanan. Kemudian, pemain B
akan bergerak untuk menerima bola sebelum bola sentuh lantai, pivot
dan lantun bola kepada pemain A semula. Aktiviti ini diteruskan
sehingga pemain A membuat lima lantunan bola ke dinding. Kemudian,
pemain A dan pemain B akan bertukar tempat, giliran pemain B pula
yang akan melantunkan bola ke dinding dan pemain A menerima bola.
Lakuan diteruskan dengan pemain B membuat lima lantunan bola ke
dinding. Setelah kedua-duanya selesai melakukan lantunan, hantaran
lantunan dilaksanakan dengan menggunakan tangan kiri pula seperti
yang dinyatakan di atas. Ulangan set ditentukan oleh guru.

3 Meter
Pemain A 1 Meter
Bola

Pemain B

Cara melaksanakan aktiviti “lantunan dinding”


4. Hantaran Atas Kepala atau Lob
Hantaran atas kepala atau lob digunakan untuk tujuan mengatasi
kawalan pemain yang menghadang penerima. Hantaran ini
menggunakan kedua-dua belah tangan. Gerak pemain ialah bola
diangkat tinggi ke atas kepala sambil siku dibengkokkan supaya bola
boleh dibawa ke belakang sehingga aras bahu. Pemain akan menolak
bola ke atas dengan mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku
diluruskan. Manakala kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan
selari atau salah satu daripadanya berada di hadapan mengikut
keselesaan pemain. Pemain perlu peka dengan pergerakan penerima
sebelum melakukan hantaran atas kepala atau lob ini.

Cara memegang bola Pergerakan awal Kedudukan tangan


sebelum melakukan selepas bola dilepaskan
hantaran

Selepas murid diajarkan kemahiran yang betul tentang hantaran atas


kepala atau lob, guru boleh melakukan aktiviti untuk mengukuhkan lagi
kemahiran murid. Antaranya, aktiviti “Lob Curl”, aktiviti ini dimainkan
oleh tiga orang murid dengan menggunakan sebiji bola, manakala
antara mereka bertiga seorang akan mennjadi pengadang. Pemain A
akan lob bola menggunakan dua belah tangannya kepada pemain B dan
sebaliknya. Pemain C akan berdiri di tengah dan mencuba untuk
mendapatkan bola lob yang dimainkan oleh dua pemain tadi. Sekiranya
pemain C mendapatkan bola lob tersebut maka tempatnya sebagai
pengadang akan digantikan oleh pemain yang tidak Berjaya mengambil
bola lob tersebut iaitu antara pemain A dan pemain B. Lakuan ini
diteruskan sehingga masa yang ditetapkan oleh guru tamat.

Pemain A Pemain C Pemain B


Cara melaksanakan aktiviti “Lob Curl”
Aktiviti seterusnya yang boleh dilaksanakan ialah aktiviti “Lob Lumba-
lumba”. Aktiviti ini diorganisasikan oleh lima orang pemain dengan
menggunakan sebiji bola. Jark antara pemain dipisahkan berjarak lima
meter. Prosedur aktiviti ini ialah pemain A1 akan lob bola kepada
pemain A2, pemain A2 kepada A3, pemain A3 kepada A4, pemain A4
kepada pemain A5. Pemain A5 kemudian akan berlari membawa bola
ke hadapan iaitu pemain A5 perlu berdiri di hadapan pemain A1.
Lakuan ini diteruskan dan akan tamat apabila pemain A1 berada di
hadapan semula. Ulangan set bergantung kepada kesesuaian masa.

5m 5m 5m 5m
A5 A4 A3 A2 A1

Cara melaksanakan aktiviti “Lob Lumba-lumba”


5. Hantaran Sisi/Rendah/Bawah Tangan
Hantaran ini boleh dibuat rendah dan ke bawah jika penghalang
meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang. Hantaran ini
juga boleh dibuat dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah
tangan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing
dalam softball. Pemian perlu membawa bola ke sisi badan pada aras
pinggang, dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola
digerakkan (ditolak ke arah pemain). Manakala apabila menggunakan
sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang. Perlu
diingatkan sambil menghantar bola, pemain perlu memindahkan berat
badan ke kaki depan serta menggunakan pergerakan pergelangan
tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran. Bagaimanapun hantaran
ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadang-kadang sukar
menerimanya,

Cara memegang bola hantaran bawah tangan dan kedudukan badan


Apabila guru telah mengajarkan pergerakan yang betul, murid akan
diberikan latihan pengukuhan untuk mengukuhkan kemahiran yang
diajarkan. Antara aktiviti tersebut ialah aktiviti “berdua”. Aktiviti ini
dimainkan oleh dua orang murid secara berpasangan dengan
menggunakan sebiji bola. Pemain A akan membuat hantaran bawah
kepada pemain B dalam jarak tiga kaki. Selepas lima ulangan, jarak
ditambah kepada empat kaki dan seterusnya. Lakuan ini dilakukan
berulang-ulang dan pertambahan jarak ditentukan oleh guru.

3 kaki

4 kaki
Cara melaksanakan aktiviti “berdua”
Aktiviti seterusnya pula ialah aktiviti “bola matahari. Aktiviti ini
dilaksanakan dalam bentuk kumpulan terdiri daripada lapan orang murid
dengan menggunakan sebiji bola. Bola dihantar pada aras bawah
secara silang dalam bulatan dengan giliran A1-A5, A5-A8, A8-A4, A4-
A7, A7-A3, A3-A6, A6-A2, A2-A5. Lakuan ini dilakukan sehingga setiap
pemain telah melakukan hantaran aras bawah lengkap satu pusingan.
Setu kedua akan dimulakan dengan cara yang sama di atas atau
guru/pemain boleh mengubah giliran mengikut kesesuaian. Aktiviti ini
selesai apabila telah lengkap lima set ulangan.

A2

A3
A1

A8 A4

A7

A5
A6
Cara melaksanakan aktiviti “Bola Matahari”

B. Kemahiran Gerakan Kaki


Permainan bola jaring amat mementingkan dua perkara ketika main iaitu
pergerakan tangan dn juga pergerakan kaki. Seorang pemain bola jaring harus
tahu bila untuk menggerakkan kaki dan bila untuk berhenti keetika mendapatkan
bola. Gerakan kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain telah menerima
bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaringnya.
Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola
sama ada daripada hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pemain
lawan. Pertama, mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan kedua,
mendarat menggunakan kedua belah kaki.
Apabila pemain mendarat atas sebelah kaki, pemain boleh mendarat
dengan kaki kanan manakala kaki kiri dibawa ke tanah. Untuk mengimbangkan
badan, pemain hendaklah membalingkan bola sebelum kaki yang mula
mendarat tadi memijak semula. Selepas menangkap bola, pemain akan
mendarat pada sebelah kaki, dan melompat dari kaki yang sama ke kaki yang
satu lagi, dan melompat semula (ini akan memberi peluang kepada pemain
untuk bergerak jauh). Selepas menangkap bola, pemain hendaklah mendarat
atas sebelah kaki, dan memijak serta melompat sebelum melepaskan bola.
Sekiranya pemain mendarat atas dua belah kaki, pemain boleh mendarat
atas dua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki yang disukai serta
membaling bola. Atau mendarat atas dua belah kaki serentak, dan terus
melompat dengan dua belah kaki tetapi mestilah membaling bola sebelum
mendarat semula. Ataupun pilihan terakhir menggunakan sebelah kaki sebagai
paksi dan berputar beberapa kali, tetapi jika kaki itu ditangkap, maka pemain
mestilah membaling bola sebelum memijak kaki itu semula.

Posisi bersedia Menerima bola dan Pivot selepas mendarat


Selepas mempelajari pergerakan kaki dengan cara yang betul, murid akan
mendarat dengan
membuat latihan pengukuhan untuk mengukuhkan lagi pembelajaran
sebelah kaki
pergerakan kaki. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti “tarian gerak
kaki”. Satu kumpulan terdiri daripada lima orang ahli yang akan berdiri dalam
bulatan. Guru akan memberikan isyarat “mula” dan “berhenti” dalam aktiviti ini.
Sekumpulan pemain bersedia dalam bentuk bulatan menghadap ke dalam.
Kemudian, pemain akan melakukan gerakan dengan dua belah kaki seperti
berikut, ke kanan (dua kali), ke kiri (dua kali), ke hadapan (dua kali), ke belakang
(dua kali). Seterusnya, murid akan lonjak ke atas dengan kedua-dua tangan
lurus ke atas. Lakuan ini akan dilakukan dengan sebutan irama “kanan;kanan,
kiri;kiri, depan;depan, belakang;belakang, up”. Aktiviti ini diteruskan selama dua
minit dan ulangan beberapa kali mengikut masa yang ditetapkan oleh guru.

A2

A1 A3

A5 A4

Cara melaksanakan aktiviti “tarian gerak kaki”


Aktiviti seterusnya ialah aktiviti “berlari dan mendarat”. Aktiviti ini dijalankan
dengan pembahagian murid kepada kumpulan yang terdiri daripada enam orang
ahli dalam satu barisan. Guru yang akan memberi isyarat “mula” dan “berhenti”
semasa aktiviti dijalankan. Pemain A1- pemain A6 akan berlari ke arah guru
mengikut arah dalam rajah. Pemain akan berlari tiga langkah ke hadapan,
melompat dan mendarat dengan kedua belah kaki seperti sekuen berikut,
“kanan-kiri-kanan, lonjak, mendarat”. Aktiviti akan diulang semula dengan
“kanan-kiri-kanan, lonjak, mendarat”. Lakuan diteruskan sehingga semua murid
telah bertukar gerakan dengan kaki kanan dan kiri. Ulangan bergantung kepada
kesesuaian aktiviti.

A1 A2 A3 A4 A5 A6
Guru

Cara melaksanakan aktiviti “berlari dan mendarat”

Adapun, guru juga boleh melakukan aktiviti “Step-Cross-Step”. Aktiviti ini


diorganisasi oleh empat orang murid di dalam satu kumpulan. Bergantung kepada
guru untuk menentukan jumlah ahli. Murid diberikan sebiji bola bagi setiap kumpulan
dan Pemain A1 akan dijadikan sebagai pelontar. Pemain A1 akan menghantar bola
aras bahu kepada pemain A2. Pemain A2 akan bergerak ke hadapan bermula
dengan kaki kanan-kiri melepasi garisan sambil menerima bola. Kemudian Pemain
A2 akan menghantar bola kepada pemain A1 semula dan berlari ke belakang
pemain A4. Aktiviti yang sama diteruskan oleh pemain A3 dan pemain A4.
Perlakuan diteruskan sehingga pemain A4 menjadi pembaling.

Bola dihantar aras bahu

Kiri

A4 A3 A2 Bola dihantar semula A1

Kanan Kanan

Cara melaksanakan aktiviti “Step-Cross-Step”

C. Kemahiran Kawalan
Pertahanan dalam permainan bola jaring merupakan satu cabaran. Adat untuk
permainan bola jaring yang laju menyebabkan kemahiran menyerang lebih
mendapat perhatian. Pasukan yang Berjaya adalah pasukan yang menjaga
kekuatan dengan seimbang pada barisan pertahanan dan serangan. Sekiranya
kedua ini dijaga dengan baik, maka permainan itu dapat dimanipulasi dengan
berjaya. Pertahanan yang baik juga akan memberi peluang menjaring yang
lebih bagi pasukan dengan mengehadkan permainan pihak lawan. Sekiranya
pasukan yang bertahan boleh bergerak dan menghantar bola dengan tepat,
kesilapan kurang berlaku.
Cara mengawal pertama ialah pemain yang mengawal hendaklah berada
secara berhadapan dengan pemain yang menyerang. Jarak kedua-dua pemain
ialah 1.3 meter dari kaki hadapan penyerang. Tangan pemain hendaklah dekat
dengan badan untuk mengelakkan sentuhan berlaku terhadap pihak lawan.
(Lihat rajah i).
Kedua, pemain penyerang kedua akan berdiri di belakang penghalang.
Manakala penghalang berdiri berjarak 1.3 meter di hadapan penyerang pertama.
Pemain penghalang akan membengkokkan sedikit kakinya sambil tangan
dibawa ke sisi. Pemain juga perlu untuk menoleh ke belakang untuk
memerhatikan pergerakan pihak lawan dan mengelakkan sentuhan berlaku.
Juga perlu diingatkan kepada pemain untuk peka pergerakan bola.
Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang
menggunakan sebelah atau dua belah tangannya yang dihulurkan kea rah
tangan pembaling lawan supaya ia berada di antara jarak balingan dan jarak
arah jarak balingan itu. Undang-undang gerak kaki mesti dipatuhi dalam cara
kawalan ini. (Lihat rajah ii).

Kedudukan sedia Pergerakan awal Kedudukan badan


sebelum melakukan selepas melakukan
hadangan hantaran hadangan

Selepas mempelajari pergerakan kawalan yang betul, murid akan melakukan


beberapa aktiviti kemahiran untuk mengukuhkan pergerakan kawalan.
Antaranya, aktiviti “mengadang bertiga”. Satu kumpulan terdiri daripada tiga
orang ahli dengan menggunakan sebiji bola. Pemain A akan memegang bola,
manakala pemain B akan berdiri di hadapan dengan jarak tiga kaki daripada
pemain A. Pemain A cuba untuk membuat hantaran bola kepada pemain C.
Pemain B akan mengadang dan mendapatkan bola. Lakuan diteruskan
sehingga pemain B membuat 10 kali percubaan dan diganti oleh pemain C
sebagai pengadang. Aktiviti selesai apabila pemain A menjadi pengadang.

3 meter

Pemain A Pemain B Pemain C


Cara melaksanakan aktiviti “mengadang bertiga”

Seterusnya, aktiviti “Intercept”, aktiviti ini dimainkan oleh tiga orang pemain
dalam satu kumpulan dengan menggunakan sebiji bola. Pemain A dan pemain
B membuat hantaran aras bahu antara satu sama lain. Pemain C akan menjadi
sebagai pemain pertahanan cuba memintas atau menyentuh bola sebanyak lima
kali. Aktiviti diteruskan sehingga semua pemain dapat menjadi penghalang.

Pemain A

Pemain C

Pemain B
Cara melaksanakan aktiviti “Intercept”

D. Kemahiran Menjaring
Kemahiran menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan
lontaran bola ke sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi
pasukannya. Walaupun hanya pemain goal shooter (GS) dan goal attack (GA)
yang berpeluang menjaringkan gol, pemain-pemain kedudukan lain perlu juga
menjalani latihan meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana
kadangkala mereka juga perlu menggantikan pemain GS atau GA. Faktor-faktor
yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan oleh pengawal
(pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi penjaring
terhadap apa yang ingin dilakukannya.
Menjaring boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua
belah tangan. Apabila menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan
membuat perkara berikut, iaitu menjaring dari kedudukan static, melangkah
setapakke depan dan menjaring, melangkah setapak ke belakang dan
menjaring, melangkah ke sisi dan menjaring, melompat dan menjaring serta
berlari, menerima bola dan menjaring.
Apabila melakukan jaringan static, teknik asasnya adalah dengan
menggunakan sebelah tangan sahaja. Terkadang boleh juga menggunakan
kedua belah tangan. Mengikut kepada keselesaan pemain dan kesesuaian
keadaan Pemain akan berdiri secara seimbang. Kaki dijarakkan dan bola
terletak di atas jari-jari dan bebola tangan (tidak atas tapak tangan). Pemain
melihat sasaran, badan direndahkan dengan membengkokkan sedikit lutut dan
bola dibawa ke atas kepala. Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang
memegang bola diluruskan untuk menolak bola ke sasarannya.
Tindakan flick dengan pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam
mengarahkan bola ke bulatan. Berat badan akan dipindahkan ke kaki depan
apabila menolak bola.

Cara memgang bola Cara memegang Melambung bola


pandangan sisi pandangan hadapan
Aktiviti yang dapat dilakukan untuk melakukan kemahiran menjaring ialah
aktiviti secara berpasangan. Setiap murid dibahagikan kepada dua orang satu
kumpulan dengan sebiji bola. Satu tiang gol disediakan. Pemain B akan
bertindak sebagai penghadang, pemain tersebut tidak boleh bergerak, hanya
berdiri dan mengangkat kedua-dua tangan ke atas menghadap tiang gol.
Pemain A akan melambung bola dan flick ke arah gelung yang berjarak 3 meter.
Pemain A dan Pemain B akan bertukar posisi selepas setiap lima ulangan
dibuat. Jarak dan kedudukan menjaring boleh dipelbagaikan mengikut arahan
guru.

Pemain B menghadang

Pemain A menjaring
Cara melaksanakan aktiviti secara berpasangan
Aktiviti yang lain pula ialah aktiviti “jaringan bulatan” yang dimainkan oleh enam
orang sekumpulan dengan menggunakan sebiji bola dan sebuah gelung.
Manakala salah seorang pemain akan menjadi tiang gol. Setiap murid akan
diberi nombor satu hingga enam. Murid berada dalam bulatan dengan pemain
A1 akan menjadi tiang gol. Pemain A1 akan lob bola kepada pemain A2,
pemain A2 akan lompat dan menerima bola dan seterusnya membuat jaringan
kea rah A1. Perlakuan yang sama diteruskan kepada pemain A3 hingga pemain
A6. Selepas pemain A6 membuat jaringan, tempat pemain A1 akan diganti oleh
A2. Aktiviti ini akan selesai apabila pemain A6 menjadi tiang gol.

A2

A6
A3

A1
A5 A4

Anda mungkin juga menyukai