Anda di halaman 1dari 1

Dari sudut ancaman, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Pertamanya, sebelum program ini dijalankan, pihak stor Institiut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam (IPGKPI) dan jurulatih soft tennis tidak dapat menyediakan beberapa
alatan soft tennis dengan lengkap seperti raket soft tennis. Beberapa peserta terpaksa
menggunakan raket tenis semasa program dijalankan. Dengan demikian, peserta tidak
dapat membezakan secara tepat perbezaan pukulan tenis dan soft tennis. Selain itu, sikap
beberapa peserta yang lambat melunaskan pembayaran yuran program sedikit sebanyak
menyukarkan AJK dalam menguruskan program. Hal ini berlalu sehinggalah hari kejadian
masih terdapat peserta yang tidak membayar yuran program.

Seterusnya, terdapat beberapa peserta datang lewat semasa sesi pendaftaran


dijalankan. Hal ini menyebabkan sesi taklimat terpaksa dilewatkan sedikit kerana menunggu
kedatangan peserta. Selain itu, terdapat juga segelintir peserta yang tidak dapat
menghadirkan diri pada sesi pagi menyebabkan pembantu jurulatih terpaksa membuat
latihan khusus pada kumpulan ini pada sesi petang. Di samping itu, bilangan gelanggang
dan ruang latihan yang sangant terhad tidak mampu menanggung jumlah peserta yang
ramai. Oleh itu, peserta terpaksa bergilir-gilir sesama mereka untuk mempraktikkan hasil
latihan.

Kemudian, terdapat alatan jurulatih hilang seperti marker setelah selesai program
soft tennis ini dijalankan. Di samping itu, sikap peserta membuang sampah merata-rata
sangat mengecewakan kami selaku AJK kerana lokasi latihan kotor dengan sampah sarap.
Hal ini sangat memalukan IPGKPI kerana selaku mahasiswa seharusnya tidak bersikap
demikian. Akhir sekali, terdapat segelintir peserta lewat mengambil makanan di astaka
menyebabkan AJK terpaksa tunggu untuk selesaikan urusan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai