Anda di halaman 1dari 1

Kod & Nama Kursus : WAJ 3121 KOKURIKULUM-OLAHRAGA

Tajuk :REFLEKSI KENDIRI (KURSUS TEKNIK KEPEGAWAIAN


KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA)

Kursus Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib bagi
pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5. Subjek ini
merupakan salah satu komponen penting dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP). Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ 3112),kami
PISMP 1614 telah menghadiri kursus kepegawaian selama 8 jam bermula dari pkul 8.00
pagi sehingga 5.00 petang yang sangat berguna pada semesta 5 nanti.

Kursus tersebut bertujuan membantu guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran


asas dan mengenali beberapa acara yang biasa dilakukan dalam sekolah khususnya Hari
Sukan. Banyak ilmu yyang telah saya pelajari pada hari tersebut.

Pada sesi yang pertama yang disampaikan oleh Encik Leong, saya dapat belajar
bagaimana cara untuk merangka jawatankuasa kerja bagi sukantara di samping dapat
mengetahui bidang tugas bagi setiap jawatankuasa yang mana saya tidak pernah tahu
sebelum ini. Saya dapat mengetahui beberapa ahli jawatankuasa yang penting bagi
program tersebut. Misalnya, jawatankuasa teknikal, jawatankuasa pertandingan,
jawatankuasa kepegawaian, jawatankuasa siaraya dan sebagainya. Di samping itu, terdapat
aspek-aspek yang lain juga perlu diperhatikan seperti susunan AJK yang teratur,
pembahagian ahli-ahli Jawatankuasa, penentuan tarikh dan objektifnya yang ingin dicapai.

Pada sesi yang kedua, Encik Vincent Goh telah menyampaikan ceramah tentang
bagaimana mengukur padang,mengira kedudukan bagi acara lompat tinggi,lompat jauh
,lompat kijang ,lempar cakera,rejam lembing dan sebagainya. Selain itu,saya juga belajar
bagaimana untuk mengadakan rentas desa ,cara mengukur jarak perjalanan retas desa dan
sebagainya.

Akhir sekali, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan, pengalaman dan


kemahiran asas yang penting untuk digunakan untuk menganjur Kejohanan Olahraga
Tahunan(KOT) yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai