Anda di halaman 1dari 4

Pengetahuan sains sukan

Matlamat
Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan
melalui amalan teori dan praktis dalam bidangsukan serta
memupuk dan meningkatkan pengayaan nilai
sebagai
persediaan di bidang kerjaya.

Objektif
Membolehkan murid :
i. memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara
saintifik semasa melakukan pergerakan;
ii. menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan
dan kesihatan diri;
iii. mengaplikasi prinsip latihan bagi meningkatkan komponen
kecergasan;
iv. memahami proses fisiologi yang memberi kesan
pencapaian sukan;

terhadap

v. memahami prinsip asas kecederaan sukan dan aplikasinya


dalam aktiviti fizikal; dan
vi. merancang pemakanan yang sesuai berdasarkan keperluan
latihan dan pertandingan

TAJUK DI TINGKATAN EMPAT


1. ( Tunjang 1 ) Pengenalan Sains Sukan.
1. Konsep
2. Sejarah Perkembangan
3. Pengurusan Sukan
4. Psikologi Sukan
2. ( Tunjang 2 ) Anatomi dan Fisiologi
1. Pengenalan Anatomi dan Fisiologi
2. Sistem Rangka
3. Sistem Otot Rangka
4. Sistem Saraf
5. Sistem Tenaga
3. ( Tunjang 3 ) Persediaan Fizikal
1. Pengenalan Kecergasan
2. Prinsip Latihan Fizikal
3. Kaedah Latihan Fizikal
4. Pemakanan Sukan
4. ( Tunjang 4 ) Lakuan Motor dan Biomekanik
1. Asas Kawalan Motor
2. Perkembangan Motor
3. Pembelajaran Kemahiran Motor
4. Asas Biomakanik
Bagi murid-murid yang baru memasuki kelas Tingkatan
Empat dan mengambil subjek ini sebagai mata pelajaran
elektif, diingatkan bahawa bermula daripada tingkatan
empat lagi, anda sepatutnya telah memulakan membuat

nota ringkas untuk setiap tunjang dan juga sub-tunjang yang


anda pelajari.
Kemahiran menulis nota ringkas sangatlah penting untuk
anda kuasai. Terdapat beberapa buku yang diterbitkan di
Malaysia sebagai panduan supaya anda lebih berstrategi
untuk 'study smart' dan belajar dengan terarah.
Kebanyakan murid semada sedar atau tidak sering
melakukan kesilapan untuk cenderung kepada 'last minute'
revision' pada peringkat SPM.
Ini ditambahkan lagi dengan istilah 'pecutan akhir' yang
sangat popular semasa persediaan peperiksaan.
Bayangkan betapa siksanya otak anda untuk menampung
dan bekerja saat terakhir ini dan cuba kira kekerapan ilmu
yang boleh diterima oleh minda anda pada bulan-bulan
terakhir persiapan menghadapi peperiksaan SPM tersebut.

Petuanya: Bersedia awal bermula daripada Tingkatan


Empat.
Ulangkaji nota-nota ringkas yang telah anda buat tersebut beriburibu kali untuk lebih mengingati seumpama anda mengingati
nombor kad pengenalan anda serta perkara-perkara yang anda
boleh ingati sekarang.

Anda mungkin juga menyukai