Anda di halaman 1dari 1

Kemudian, bagi kelemahan pula, terdapat beberapa perkara dari terjadi dari pihak penganjur

yang perlu dilakukan penambahbaikan. Antara kelemahan penganjuran soft tennis ini adalah
kami terpaksa hadapi kepadatan masa sebelum tarikh program ini akan berlangsung. Hal ini
kerana pada akhir bulan satu iaitu 2 minggu sebelum program soft tennis, kami barisan
penganjur menjadi AJK Teknikal bagi Pertandingan Memanah Peringkat Antarabangsa
selama 2 minggu iaitu bermula dari 26 Januari sehingga 2 Februari. Kemudian pada 3 dan 4
Februari, 6 daripada 10 orang AJK terlibat sebagai Ahli Majlis Sekreteriat yang mengelola
proses manifesto. Perkara ini menyebabkan keadaan fizikal dan emosi pihak AJK Soft
Tennis sedikit terganggu lalu berlaku sedikit masalah semasa program berlangsung.

Kemudian, bagi kelemahan semasa program pula, peralatan yang kami bekalkan
kepada para peserta tidak mencukupi. Hal ini disebabkan oleh raket soft tennis adalah
berbeza dengan raket tennis yang disebabkan oleh ketidakcaknaan dari pihak kami dari
sudut penyediaan kelengkapan yang sesuai. Selain itu, berlaku sedikit salah faham bagi
pembayaran yuran kepada jurulatih yang mengajar soft tennis. Salah faham ini adalah
rentetan daripada wang yang kami mohon dari pihak IPG tidak diluluskan san juga peserta
tidak membayar yuran semasa pendaftaran. Namun begitu, kami mengambil inisiatif untuk
menggunakan wang peribadi terlebih dahulu sebelum yuran peserta dikutip bagi
menampung kos yang perlu dibayar kepada jurulatih, Di samping itu, kelemahan yang terjadi
adalah pada majlis penutupan yang mana terpaksa dijalankan lewat dari waktu yang
dirancang. Kelewatan para VIP datang ke majlis menyebabkan majlis penutup tamat sedikit
lewat dari perancangan asal.

Akhir sekali bagi kelemahan selepas program adalah pihak AJK tidak menyediakan
makanan yang cukup kepada para VIP selepas majlis penutup selesai. Hal ini kerana pada
perancangan awal, hanya 3 orang VIP sahaja yang akan makan di tempat yang dsediakan,
namun begitu, berlaku sedikit masalah bilamana kesemua jurulatih ingin makan bersama-
sama VIP menyebabkan makanan yang disediakan tidak mencukupi. Secara keseluruhan,
kelemahan-kelemahan ini terjadi bukanlah suatu masalah yang besar dan memberi impak
yang negatif kerana pada program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai