Anda di halaman 1dari 6

KRM3023

ASAS UKURAN
GROUP : UPSI08

PENSYARAH :

PROF. DR. MARZITA BT PUTEH


DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH

TAJUK TUGASAN :

TUGASAN 3
BINCANGKAN LIMA KESUKARAN YANG BERPUNCA
DARIPADA MISKONSEPSI YANG BIASA DIHADAPI OLEH
MURID-MURID DALAM MEMPELAJARI TAJUK-TAJUK
TERTENTU BAGI BIDANG ASAS UKURAN

NAMA :

HAPSAH BT MUNJIAT

NO. MATRIK :

D20102042640
PENDAHULUAN

Matematik sering dikatakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh
para pelajar. Ini kerana mereka kurang memahami sesuatu konsep dalam sesuatu
tajuk. Dalam sesi pembelajaran matematik seringkali berlaku miskonsepsi di
kalangan pelajar. Ia menjadi penghalang kepada mereka untuk menyelesaikan
sesuatu soalan atau permasalahan matematik yang berkaitan dengan konsep yang
mereka salah ertikan.

Miskonsepsi berlaku disebabkan oleh beberapa sebab atau faktor seperti


kosentrasi, minat, kefahaman, pengajaran guru yang kurang jelas dan juga cuai.
Sebagai guru, kita haruslah peka dengan kesilapan yang pelajar kita lakukan.
Bertanya kepada mereka apakah yang tidak mereka fahami dan bantu mereka
memperbetulkan kesalahan-kesalahannya.

LIMA KESUKARAN

1. Topik Masa dan Waktu

Seringkali murid-murid melakukan kesalahan dalam menukar pecahan jam


kepada minit. Kesalahan dan kesilapan menukar pecahan jam kepada minit akan
menyukarkan murid dalam mengira operasi tambah dan tolak yang melibatkan jam
dan minit.

Sebagai contoh, ada murid yang menyamakan penukaran pecahan jam kepada
minit seperti penukaran peratus, unit ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu
cecair.

Contoh :-
jam = x 100 = 50 minit

Selain dari itu, kesilapan yang paling ketara adalah menjadikan nombor-nombor
yang ada di dalam pecahan menjadi jawapannya.
Contoh :-
jam = 12 minit

Apabila murid sudah melakukan kesilapan dalam penukaran unit jam kepada minit,
maka apabila melibatkan operasi kesilapan itu terus bertambah.

Contoh :-
45 minit + jam = 45 minit + 34 minit

Sebagai mengatasi masalah ini, secara konseptualnya saya akan mendarabkan


pecahan berikut dengan 60. Ini kerana 1 jam = 60 minit.

Contoh :-
jam = x 60 minit = 30 minit

Manakala secara prosedur pula, saya akan menggunakan gambar pecahan yang
sama seperti permukaan jam. Dengan cara itu murid mudah mengingati minit
apabila diberi jam dalam pecahan.

Contoh :-

11 12 1
10 2
/ 9 3
8 4
7 6 5

2. Ukuran Panjang

Dalam topik ukuran panjang, miskonsepsi yang kerap berlaku adalah yang
melibatkan penukaran unit kilometer ( km ) kepada meter ( m ), meter ( m ) kepada
sentimeter ( cm ) dan sentimeter ( cm ) kepada milimeter ( mm ).Ini kerana dalam
topik ini terlalu banyak . Murid tidak mengingati formula penukaran unit.
Contoh :-
Jika 2.3 km = 2 300 m
Maka 2.3 m juga menjadi 2 300 cm

Kesalahan seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m


kepada km dan sebagainya. Pada pendapat saya kesalahan ini sering terjadi kerana
murid tidak meneliti dan menghiraukan unit yang diberikan.

Bagi mengatasi masalah guru perlu mempelbagaikan kaedah cara penukaran


unit. Secara konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm
merujuk kepada pembaris murid. Unit m kepada cm pula terdapat pada pembaris
yang sering dibekalkan bagi setiap kelas. Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh
lagi bahawa unit cm kepada mm lebih pendek maka ianya 1 cm = 10 mm.

Dalam hal ini, kaedah yang sering saya gunakan adalah menerangkan
makna kilo kepada murid iaitu ribu. Maka hanya unit yang mempunyai perkataan kilo
sahaja yang didarabkan dengan 1 000 atau dibahagikan dengan 1 000. Penggunaan
‘table AKKU’ juga boleh membantu murid secara prosedurnya.

3. Timbangan berat

Kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk ini
adalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis
senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2.

Contoh :- Senggatan 10
Secara konseptualnya, aktiviti menimbang objek menggunakan pelbagai jenis
penimbang akan membantu murid memahami konsep kg dan g. Sebagai contoh
arahkan murid menimbang beg sekolah menggunakan penimbang senggatan 10 dan
merekod bacaannya. Kemudian timbang pula menggunakan penimbang senggatan 5
dan diteruskan dengan sesi bersoal jawab.

Manakala secara praktikalnya, dalam pengajaran topik ukuran panjang,


timbangan berat dan isipadu cecair, saya akan mengarahkan murid untuk menghafal
pasangan nombor yang memberikan jawapan 1 000. Ini kerana 1 km/kg/l = 1 000
m/g/ml. Pasangan tersebut ialah 2 x 500, 4 x 250, 5 x 200, 10 x 100. Bagi soalan di
atas, senggatan bagi alat penimbang ialah 10. Pasangan 10 adalah 100. Jarum
menunjukkan pada senggatan ke-4. Maka 4 x 100 = 400. Oleh itu ia memberi
jawapan 1 kg 400 g.

4. Isipadu Cecair

Miskonsepsi bagi tajuk isipadu cacair juga sering terjadi dalam topik ukuran
yang lain iaitu penukaran unit dalam pecahan. Murid sering mengambil jalan mudah
dengan menulis semula digit-digit yang ada pada pecahan.

Contoh :-
2 l = 234 ml

Penerangan secara konsep dahulu iaitu dengan menukarkan pecahan


bercampur menjadi pecahan tak wajar dan darabkan dengan 1 000 kerana
1 l = 1 000 ml.

Contoh :-
2 l = x 1 000 ml = 2750 ml

Selain itu, bagi mengatasi masalah ini juga pasangan nombor adalah cara
yang paling mudah bagi murid untuk menyelesaikannya.
Contoh :-
2 l = 2 = 2 750 ml

5. Operasi bagi Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isipadu Cecair

Murid-murid sering melakukan kesalahan pada soalan operasi ( tambah,


tolak, darab dan bahagi ). Kurang pemerhatian terhadap unit-unit yang terlibat sering
menjadi punca kepada kesukaran murid dalam menjawab soalan dengan betul.

Contoh ;-
Aina minum susu sebanyak 500 ml sehari. Berapa banyakkah kuantiti susu
yang diminumnya dalam seminggu, dalam l?

A 3 500 C 35
B 350 D 3.5

Dalam kes ini murid sering menjawab A kerana itulah jawapan yang
diperolehi oleh mereka semasa mengira tanpa merujuk kepada unit yang diberikan.
Bagi mengelakkan situasi ini berulang, maka mengarahkan murid menggariskan isi-
isi penting dalam soalan itu adalah yang paling mustahak.

Contoh ;-
Aina minum susu sebanyak 500 ml sehari. Berapa banyakkah kuantiti susu
yang diminumnya dalam seminggu, dalam l ?

A 3 500 C 35
B 350 D 3.5

Minta pelajar menukar 500 ml kepada l dahulu kerana diakhir soalan unit
yang diminta adalah l. Kemudian darabkan dengan 7, kerana dalam seminggu ada 7
hari. Maka jawapan yang diperolehi adalah 0.500 l x 7 = 3.500 l atau 3.5 l iaitu
D.

Anda mungkin juga menyukai