Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 4

ISU YANG DIFOKUSKAN

Bagi minggu ini, isu yang ingin saya fokuskan adalah berkaitan tingkah laku murid. Saya telah mendapati bahwa murid di kelas 4
Tekun suka untuk bergerak dan berjalan meninggalkan tempat duduknya. Hal ini telah menganggu sesi PdPc yang dijalankan.

ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN(PUNCA DAN KESAN ISU)

Setelah dikenalpasti, punca terhadap masalah ini adalah mereka ingin mendapatkan sesuatu daripada rakannya seperti
meminjam barangan alat tulis. Berikutnya, terdapat juga berlaku perbualan antara mereka di dalam kelas yang menyebabkan salah satu
daripada mereka berjalan menuju ke rakannya untuk mendengar dengan lebih jelas tentang apa yang diperkatakan. Tingkah laku murid ini
telah menyebabkan murid-murid lain hilang tumpuan kerana terganggu dengan kelibat murid ini sewaktu PdPc.

KAJIAN LAMPAU(LITERATURE REVIEW)

Menurut Maskowitz dan Hayman (1976) menyatakan sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, ia sukar untuk dikawal
semula. Oleh yang demikian, guru perlu mencegah sebelum ia tidak dapat dikawal.

CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN

Berdasarkan kepada analisis yang saya lakukan terhadapa isu yang telah saya kenal pasti. Saya mencadangkan beberapa alternatif
penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah :-

1. Menetap peraturan bilik darjah berkaitan tingkah laku yang mana tidak boleh berjalan sewaktu PdPc di jalankan.
2. Memberi masa kepada murid untuk bersedia belajar dalam keadaan kondusif sebelum PdPc bermula.
3. Menjalankan aktiviti menerusi pendekatan kepada murid

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

1 Minggu

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memastikan penyelesaian masalah ini dapat dibuat dengan tegas dan berkesan. Dendaan akan dikenakan sekiranya murid
ingkar terhadap peraturan yang ditetapkan.

TARIKH TINDAKAN SUSULAN

4/7/19

KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Setelah membuat beberapa penyelesaian terhadapa isu ini, Saya mendapati murid mula menunjukkan sikap yang baik. Mereka tidak lagi
berjalan-jalan sewenang-wenangnya sewaktu PdPc dilaksanakan. Peraturan ini akan saya tegaskan dan ingatkan kepada murid agar ia
menjadi budaya dan amalan kepada mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tingkah laku murid perlu dikawal terutamanya sewaktu proses PdPc. Hal ini bagi menjamin kelancaran proses PdPc yang
dilaksanakan. Disamping mengajar, guru juga turut berperanan dalam membentuk sahsiah murid agar menjadi orang yang berguna. Murid
yang ingkar terhadap arahan dan peraturan mesti diberi pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai