Anda di halaman 1dari 1

JURNAL MINGGU 6

ISU YANG DIFOKUSKAN

Bagi minggu ini, saya ingin memfokuskan isu berkaitan komunikasi. Saya mendapati keseluruhan murid yang saya mengajar
menggunakan dialek Kelantan dalam komunikasi termasuk dalam PdPc. Masalah ini juga turut terbawa kepada saya yang mana saya turut
menggunakan dialek Kelantan kerana terdapat beberapa istilah dalam pembelajaran yang mereka kurang faham apabila berkomunikasi
dalam bahasa Malaysia standard

ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN(PUNCA DAN KESAN ISU)

Setelah dikenalpasti, terdapat pelbagai punca kepada masalah komunikasi yang menggunakan dialek Kelantan dalam semua
urusan ini. Antaranya adalah keseluruhan murid disini merupakan anak jati Kelantan. Kawasan tempat tinggal mereka juga adalah di
perkampungan. Oleh itu, mereka telah terbiasa menggunakan dialek Kelantan dalam pertuturan seharian mereka. Disamping itu, mereka
juga jarang terdedah dengan bahasa Malaysia standard, jika ada pun hanya di sekolah sahaja. Berikutnya, isu ini juga terjadi disebabkan
guru-guru disini turut menggunakan dialek Kelantan dalam pengajaran mereka..

KAJIAN LAMPAU(LITERATURE REVIEW)

Menurut Farid. M. Onn dan Ajib Che Kob(1981), pengaruh dialek dalam pembelajaran yang dijalankan terhadap 828 orang Melayu
mendapati bahawa 99.15% menggunakan dialek di luar sekolah apabila berkomunikasi dengan kawan-kawan atau jiran setempat. Hal ini
menunjukkan murid-murid cenderung menggunakan dialek mereka daripada menggunakan bahasa Melayu standard.

CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN

Berdasarkan kepada analisis yang saya lakukan terhadapa isu yang telah saya kenal pasti. Saya mencadangkan beberapa alternatif
penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah :-

1. Saya harus perbanyakkan aktiviti berbentuk komunikasi seperti perbentangan agar murid terbiasa berkomunikasi dalam bahasa
Malaysia standard.
2. Saya akan berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia standard dalam apa jua interaksi bersama murid.
3. Saya menetapkan peratuaran semasa di dalam kelas iaitu dendaan sekiranya berkomunikasi dalam dialek Kelantan.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

1 Minggu

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memastikan penyelesaian masalah ini dapat dibuat dengan tegas dan berkesan. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk
memastikan murid berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia standard semasa waktu PdPc.

TARIKH TINDAKAN SUSULAN

18/7/19

KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Setelah beberapa penyelesaian yang dicadangkan dibuat. Saya melihat murid mula menggunakan bahasa Malaysia standard walaupun
masih lagi berbunyi dialek Kelantan. Dalam hal ini mereka mula sedar akan pentingnya bahasa Malaysia standard.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bahasa Malaysia standard perlu diketengahkan kepada murid walaupun mereka lebih selesa berkomunikasi dalam dialek
setempat. Hal ini bagi memberi kemahiran kepada mereka untuk mahir dan fasih berbahasa Malaysia agar ia tidak kekok apabila
berkomunikasi dengan orang luar daripada dialeknya.

RUJUKAN

Suez Zulkifly. ( 29 Januari 2016 ). Pengaruh dialek. Diakses daripada https://www/scribd.com:


https://scribd.com/doc/2007097772/pengaruh-dialek

Anda mungkin juga menyukai