Anda di halaman 1dari 2

BILANGAN JURNAL KE - 8

Bilangan Jurnal : Ke - 8

Minggu Praktikum : Minggu 8

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 Ogos 25 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Masalah Komunikasi murid

1. Masalah / Peristiwa

Masalah yang jelas saya hadapi pada minggu ini adalah dari aspek masalah
komunikasi murid. Hal ini terjadi apabila, di dalam prasekolah itu ada dua orang
murid prasekolah yang tidak mahir berbahasa Melayu, seorang mampu bertutur
dalam bahasa Inggeris sahaja, manakala seorang lagi sukar difahami apabila dia
bercakap menggunakan bahasa Melayu kerana dia terbiasa dengan bahasa pelat di
rumah.

2. Analisis

Permasalahan ini berlaku berpunca daripada aspek ibu bapa yang kurang
memainkan peranan dalam membantu anak-anak mereka menguasai bahasa
kebangsaan. Mereka tidak tahu bahawa bahasa Melayu itu penting bagi murid-murid
untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan serta guru mereka di sekolah. Malahan itu,
murid-murid itu juga tidak mencuba sedaya upaya untuk mempelajari bahasa Melayu
dengan rakan-rakan mereka yang fasih.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Guru perlu memperbanyakkan berkomunikasi dengan murid tersebut dengan


menggunakan bahasa Melayu yang betul.
Guru memberi mereka peluang untuk menjalankan aktiviti kumpulan bersama
murid-murid yang tidak mempunyai masalah komunikasi agar pergaulan
dalam kumpulan itu dapat meningkatkan penguasaaan bahasa Melayu di
kalangan murid yang lemah.
Guru pelatih perlu, memberi mereka latihan pengukuhan yang mampu
meningkatkan kefahaman bahasa Melayu seperti, membaca buku cerita
bahasa Melayu di hadapan kelas dan latihan menulis perkataan bahasa
Melayu.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Tindakan susulan ini akan dilaksanakan sehingga, dua orang murid yang
lemah berkomunikasi dalam bahasa Melayu dapat berkomunikasi dengan baik
bersama rakan-rakan dan guru prasekolah.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disahkan Oleh Pensyarah


Penyelia

Tandatangan :__________________ Tandatangan :_______________

Nama :_________________ Nama :_______________

Tarikh :_________________ Tarikh:_______________

Anda mungkin juga menyukai