Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Program : PISMP Ambilan Jun 2020/2024

Pengkhususan : Bahasa Melayu / Pendidikan Kesihatan

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Rual

Minggu Praktikum : Tiga (3)

Tarikh : 18 Januari 2024

Tajuk : Penggunaan Dialek semasa Interaksi

Kategori : Komunikasi

Pensyarah Penyelia : Dr Ruhaiza binti Padzil / Encik Ros’haimi bin Mohd Yusoff

Guru Pembimbing : Pn Noranizah binti Zainudin / Pn Azliza binti Che Hashim

1. Isu yang Difokuskan :

Murid sering berinteraksi dengan rakan-rakan dan para guru menggunakan dialek Kelantan
serta dialek dari suku kaum Jahai sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran
mahupun di luar bilik darjah. Tambahan lagi, murid mengujarkan perkataan menggunakan
dialek dengan laju dan bersahaja terhadap saya sebagai individu yang tidak menguasai dan
tidak menggunakan dialek berkenaan dalam kehidupan harian sehingga saya tidak dapat
memahami setiap butiran perkataan yang diujarkan dengan baik.

2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Isu yang berlaku menyebabkan murid perlu mengulang semula dialek yang digunakan atau
diminta untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu supaya saya memahami maklumat
yang disampaikan sekali gus mewujudkan komunikasi secara dua hala yang berkesan.
Terdapat beberapa punca yang menjadikan murid-murid SKSR sering berinteraksi
menggunakan dialek berbanding bahasa Melayu. Antaranya adalah memudahkan untuk
berinteraksi kerana murid berada di negeri asal dialek iaitu majoriti kelompok yang
menggunakan dialek sebagai bahasa pengantar, serta murid lemah dalam penguasaan ilmu
pengetahuan berkenaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, interaksi menggunakan
dialek antara masyarakat setempat terutama murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya mempengaruhi penulisan murid
sekali gus mengakibatkan mutu dan nilai penguasaan bahasa Melayu semakin merosot.
3. Kajian Lampau Terhadap Isu :

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (2016), majoriti murid yang berasal
dari Pantai Timur iaitu negeri Terengganu dan Kelantan sangat terkenal dengan jati diri
yang tinggi sehingga lebih mengutamakan penggunaan dialek dalam komunikasi harian
mereka termasuk di peringkat sekolah. Perkara ini turut melibatkan masyarakat orang Asli
yang berutur menggunakan dialek suku kaum masing-masing. Lantaran itu, murid terdedah
kepada masalah untuk membezakan antara bahasa Melayu dengan dialek tempatan (Siti
Rahimah Mustaffa et.al, 2014). Tambahan lagi, murid yang menggunakan dialek yang
pekat dalam proses komunikasi harian bakal menempuhi banyak cabaran dan halangan
pada masa akan datang berbanding murid yang menggunakan bahasa Melayu dalam
semua urusan (Pramela Krish et.al, 2014).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan analisis terhadap isu dan masalah yang telah dinyatakan, saya mencadangkan
beberapa usaha yang boleh dilaksanakan. Antaranya adalah;
i. tegur dan membetulkan cara sebutan murid semasa bertutur
ii. memilih penggunaan perkataan yang mudah difahami dan dituturkan
iii. mempraktikkan bertutur menggunakan bahasa Melayu kepada murid

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

9 minggu.

6. Tindakan Susulan :

Antara inisiatif yang dilaksanakan berkenaan isu ini adalah menegur dan membetulkan
kesalahan sebutan murid-murid yang telah didengar dan dikenal pasti apabila bertutur dan
berinteraksi menggunakan bahasa Melayu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Tambahan lagi, murid-murid telah diarahkan supaya bertutur menggunakan
bahasa Melayu terutama semasa berinteraksi dengan guru semasa pengajaran dan
pembelajaran sebagai usaha bagi melatih kelancaran sebutan murid apabila menggunakan
bahasa Melayu dalam pertuturan. Oleh hal yang demikian, saya mestilah menapis atau
memilih perkataan yang hendak digunakan semasa bertutur dengan murid atau memberi
arahan kepada murid agar lebih mudah untuk difahami sekali gus bersesuaian dengan
tahap kefahaman dan penguasaan bahasa Melayu murid-murid di sini.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

23 Januari 2024

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan :

Tindakan susulan yang dilaksanakan mengikut cadangan dan idea penyelesaian masalah
telah memberi maklum balas yang sangat memberangsangkan. Perkara ini dikatakan
kerana penggunaan dialek dalam kalangan murid apabila berinteraksi dengan guru terutama
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat dikurangkan dari
semasa ke semasa. Sebagai contohnya, murid meminta izin daripada guru untuk keluar
pergi ke tandas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung menggunakan
ayat bahasa Melayu yang betul dan lengkap. Jelaslah bahawa,

9. Kesimpulan/Refleksi (Kesan Cadangan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara ringkasnya, guru di sekolah mestilah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu


terutama apabila berkomunikasi secara lisan sama ada situasi formal mahupun tidak
formal. Namun begitu, kelonggaran diberikan untuk guru menggunakan dialek dalam
komunikasi lisan sebagai alat bantuan setelah menggunakan bahasa Melayu demi
memastikan murid lebih mudah memahami sesuatu perkara atau maklumat yang
disampaikan. Perkara ini bertujuan memberi peluang serta memupuk keyakinan diri murid
untuk berkomunikasi tanpa menggunakan dialek walaupun berada di dalam masyarakat
yang memahami dialek berkenaan.

Rujukan

Aznan Che Ahmad


Mohd Zuri Ghani
Salizawati Omar
Zainuddin Md Isa
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur. (2016). Dialek dalam Situasi Formal. Sinar
Harian.
Pramela Krish, Kamisah Osman, Subahan T. & Zanaton Iksan. (2014). Persepsi Pelajar
Prasiswazah Program Pengajian Bahasa Inggeris Mengenai Kecekapan Kendiri dalam
Kemahiran Kebolehgajian dalam Sektor Pekerjaan. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian
Studies, 32(2), 93-112.
Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin & Normahdiah Sheikh Said (2014).
Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk. Jurnal Bahasa, 14(1), 134-158.

Anda mungkin juga menyukai