Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RENGGAM

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT


SEKOLAH

SK BANDAR

RENGGAM 2019

16 JANUARI 2020
(KHAMIS)

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................ ..........................

(Mohammad Taufiq Bin Abd Shukor) Pn Roslinda Binti Mohd Nor


Setiausaha 1M1S Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Bandar Renggam SK Bandar Renggam
1. PENDAHULUAN
Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang
dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut kalendar
MSSJyang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Kejohanan ini
memupuk semangat juang pada setiap atlit yang bertanding dan untuk
mengumpul markah rumah sukan yang dimasukkan sekali semasa Kejohanan
Olahraga SK Bandar Renggam pada bulan februari nanti.

2. MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan

berikut :- Tarikh : 16 Januari 2020

Masa: 9.30 – 12.30 Tengahari

Tempat : Laluan sekitar Pekan Bandar Renggam. (4km)

3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

Semua warga SK Bandar Renggam telah bekerjasama untuk memastikan


perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid dari tahun 3 hingga
tahun 6 telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para
guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka
dengan begitu cemerlang dan dibantu oleh beberapa orang anggota polis dari
Balai Polis Bandar Renggam. Guru Penolong Kanan 1 sendiri telah turun padang
untuk melepaskan para peserta.

4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Terdapat sepuluh kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang


telah ditetapkan iaitu :-

1. Kategori Lelaki dan Perempuan Tahun 6

2. Kategori Lelaki dan Perempuan Tahun 5

3. Kategori Lelaki dan Perempuan Tahun 4

4. Kategori Lelaki dan Perempuan Tahun 3


5. KEKUATAN

Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan
kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran
sekolah telah bersetuju untuk memberi dana yang diperlukan untuk perbelanjaan
pengurusan. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-
masing. Para pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah
ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.

6. KELEMAHAN

Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak
mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung seperti pamakaian baju peserta
yang tidak seragam walaupun telah dimaklumkan kepada mereka lebih awal.

7. KEWANGAN

Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM560.00


untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk
membeli barang-barang serta bahan yang diperlukan.

8. PENUTUP

Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada
sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan
agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa
akan datang.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

..............................
(Mohammad Taufiq Bin Abd Shukor) ..............................
Setiausaha 1M1S, (Roslinda Binti Mohd Nor)
SK Bandar Renggam Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Bandar Renggam
LAMPIRAN

 Gambar

 Senarai Pemenang

Anda mungkin juga menyukai