Anda di halaman 1dari 8
GARIS PANDUAN LANGKAH-LANGKAH PENGENDALIAN STRES, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENULARAN WABAK COVID-19 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 4.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk menerangkan langkah-langkah dalam Pengendalian stres, kebimbangan dan kemurungan semasa perintah kawalan pergerakan dan penularan wabak Covid-19. Garis panduan ini terpakai kepada semua warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan di bawahnya dalam menguruskan isu stres, kebimbangan dan kemurungan semasa perintah kawalan pergerakan dan penularan wabak Covid-19, 2.0 DEFINISI Dalam garis panduan ini, kecuali konteksnya menghendaki maksud yang lain: “Pegawai Psikologi’ bermaksud Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi di KDN dan Jabatan di bawahnya ‘AKRAB’ bermaksud pegawai dan kakitangan yang telah ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan berkhidmat di KDN dan Jabatan di bawahnya. ‘Ketua Jabatan’ bermaksud individu yang mengetuai sesebuah Unit, Bahagian, Jabatan atau Kementerian. ‘pihak berkepentingan’ bermaksud individu atau pihak yang berautoriti dalam Mmenguruskan perintah kawalan pergerakan dan penularan wabak Covid-19. ‘stres’ bermaksud suatu tindak balas psikologikal yang merangkumi mental, emosi dan fizikal ke atas situasi yang menganggu kestabilan individu ‘kebimbangan’ bermaksud perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar yang dialami oleh individu yang disebabkan oleh perubahan, cabaran atau ancaman dalam kehidupan. ‘kemurungan’ bermaksud perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun seperti kesedihan, kepiluan, kecewa, putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira 3.0 34 32 33 34 LATAR BELAKANG Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 25 Mac 2020 berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, seluruh rakyat khususnya Penjawat ‘Awam diminta mematuhi peraturan bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat dihentikan dan memeriukan meraka untuk kekal berada di rumah. PKP dan penularan wabak Covid-19 bukan sahaja telah memberi kesan kepada aspek kesihatan dan ekonomi namun turut menjejaskan tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam. Melalui pelaksanaan langkah-langkah dalam —mengendalian _stres, kebimbangan dan kemurungan maka diharap tahap kesejahteraan psikologi dan daya tahan warga dapat ditingkatkan bagi menghadapi PKP dan penularan wabak Covid-19 ini Kebolehcapaian untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara bersemuka adalah agak terhad kerana semua tertakiuk kepada perlaksanaan PKP. 4.0 44 LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGENDALIAN STRES, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN Langkah-langkah pengendalian ini dibahagikan kepada tiga peringkat Pengurusan jaitu peringkat individu, keluarga dan organisasi. Ketiga-tiga Peringkat pengurusan ini saling melengkapi antara satu sama lain, Pengurusan diperingkat individu, keluarga dan organisasi yang konstruktif akan membolehkan individu menangani isu stres, kebimbangan dan kemurungan yang akhimya akan memberi kesan positif terhadap tahap kesejahteraan psikologi, Pengurusan Peringkat Individu Fasa Pertama : ‘Semakin lama masa terkesan dengan PKP dan penularan wabak Covid-19 maka semakin berisiko untuk mendapat stres, kebimbangan dan kemurungan, Sehubungan itu, penilaian kendiri (self assesment) periu dilakukan dari semasa ke semasa untuk menilai tahap kebolehgunaan dan kebolehfungsian kita sebagai individu. Antara perkara yang perlu diberikan Penekanan merangkumi perubahan terhadap pemikiran, emosi dan tingkah laku seperti perasaan putus harapan, rasa tidak bermaya, peningkatan rasa marah, kesukaran untuk tidur, tiada selera untuk makan dan perubahan rutin yang sangat ketara sehingga membawa kepada rasa untuk mencederakan dir, membunuh diri dan tingkah laku untuk mencederakan orang lain. Jika keadaan telah menjadi tidak terkawal dan menjejaskan kefungsian serta kebolehgunaan kita sebagai individu maka rujukan ke hospital (psikiatris) adalah sesuatu yang wajar dilakukan Fasa Kedua: Setiap individu peru menguruskan aspek pemikiran, emosi dan tingkah laku agar yang lebih rasional, positif dan konstruktif. Perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku kepada yang lebih rasional, positif dan konstruktif akan memberi kesan terhadap motivasi, daya tahan dan penghargaan kendiri individu. Berikut merupakan beberapa contoh untuk dipraktikkan Pengurusan pemikiran, emosi dan tingkah laku yang tidak rasional, _positif dan konstruktif 1. Keadaan akan bertambah teruk x Saya akan kena virus Covid-19 3. Jika ahii keluarga saya kena virus ini, Keadaan akan menjadi lebih teruk. 4. Perlu beli barangan keperiuan kerana risau tidak mencukupi 5. Saya merupakan ayah atau ibu yang tidak berguna jika tidak dapat memenuhi —_kehendak material anak-anak 6. Periu sentiasa melinat di media sosial dan membaca komen netizen tentang PKP dan penularan wabak Covid-19. Pengurusan pemikiran, emosi dan tingkah laku yang lebih rasional, positif dan konstruktif 1. Sentiasa bersangka baik dan memohon doa agar segala urusan dipermudahkan 2. Saya telah melakukan segala tatacaraperlindungan yang sebaiknya bagi menghalang virus ini 3. Tiada keperluan untuk memikirkan sesuatu. secara_berlebin-lebinan (belum terjadi) fokus pada masa sekarang sahaja 4, Saya mempunyai stok yang cukup untuk seminggu dan sentiasa boleh dibeli dari semasa ke semasa 5. Tidak dapat memenuhi kehendak material anak-anak bukan satu- satunya syarat untuk menjadi ayah dan ibu yang baik Tiada keperluan untuk meneliti semua komen netizen hanya perlu kepada maklumat yang sahih dan secara umum sahaja 2 Setiap individu periu membuat analisis apabila berhadapan dengan sesuatu situasi atau krisis (PKP dan penularan wabak Covid-19) dan bagaimana tindakan dirinya akan mempengaruhi dan memberikan kesan kepada ahli keluarga, rakan sekerja dan orang lain. Fasa Ketiga: Penumpuan kepada mengurangkan risiko menghadapi stres, kebimbangan dan kemurungan melalui amalan hidup yang sihat dan mengubahsuai rutin harian semasa PKP dan penularan wabak Covid-19. Amalan hidup yang sihat Beberapa tindakan perlu dilaksanakan bagi memastikan amalan hidup sihat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi kesan kepada Penurunan stres, kebimbangan dan kemurungan. Antara perkara yang periu diberikan perhatian ialah: a. Sentiasa berada di rumah, elakkan berada di tempat awam dan minimakan pergerakan serta menjaga jarak ketika berhubung dengan orang lain. b. Memastikan segala aspek keselamatan diberi keutamaan seperti memakai topeng muka (mask) dan sentiasa membasuh tangan menggunakan ‘sanitizer’. ©. Mengikuti segala perintah, arahan dan saranan daripada_pihak berkepentingan seperti Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa. d. Mempraktikkan proses 3R (Recall, Review, Revise), ‘Recall’ untuk memahami situasi yang berlaku. ‘Review’ untuk menganalisis impak yang terhasil daripada tindakan yang telah diambil. ‘Revise! untuk membuat refleksi semula tindakan yang telah diambil agar penambahbaikan boleh dilaksanakan . Memperoleh kesihatan mental yang baik dengan sentiasa mengamalkan pemikiran dan emosi yang positif serta sentiasa tenang f Meningkatkan elemen kerohanian untuk mendapat ketenteraman jiwa dengan melakukan ibadah seperti zikir, solat dan sebagainya g. Mengurus semula kewangan terutama aspek simpanan dan perbelanjaan diri agar disesuaikan dengan keperluan semasa h. Meningkatkan jaringan komunikasi melalui telefon atau secara atas talian, elakkan bersendirian dan memencilkan diri 42 Mengubahsuai rutin harian la bertujuan untuk memenuhi masa lapang yang wujud kesan dari PKP berkenaan. Ini boleh dilakukan dengan membuat perubahan yang konstruktif kepada rutin harian individu. Antara perkara yang perlu diberi tumpuan; a. Menyusun semula komponen aktiviti di rumah seperti mempertingkatkan ilmu, ibadah, tugasan pejabat, aktiviti fizikal (senaman dan permainan), urusan rumah tangga, hiburan dan sebagainya. Komponen aktiviti berkenaan perlu dilakukan dengan kaedah yang berbeza-beza bagi mengelakkan kebosanan. Jumiah masa dan sasaran baharu perlu ditetapkan. b. Meneruskan aktiviti rutin biasa seperti waktu bangun tidur, jumlah pengambilan pemakanan dan lain-lain perkara yang boleh menyumbang kepada amalan gaya hidup sihat selagi ia tidak bercanggah dengan pelaksanaan PKP. Pengurusan Peringkat Keluarga Bagi memastikan komponen persekitaran dan hubungan kekeluargaan tidak terjejas kesan dari PKP dan penularan wabak Covid-19, beberapa perkara perlu diberikan tumpuan seperti berikut: Komponen Perhubungan a. Keperluan untuk berkongsi isu bersama ahli keluarga berkaitan perkara yang boleh mencetuskan stres, kebimbangan dan kemurungan serta cara untuk menanganinya b. Saling memotivasikan ahli keluarga untuk bersama-sama menghadapi situasi yang mencabar, PKP dan penularan wabak Covid-19. c. Menggunakan kaedah “dengar, lihat, fikir dan bertindak’ dalam memahami dan mengenal pasti emosi ahli keluarga yang lain d. Memastikan emosi ahli keluarga dalam keadaan terkawal melalui tutur kata dan tata kelakuan yang posit

Anda mungkin juga menyukai