Anda di halaman 1dari 22

1.7K
NUR

Panduan Solat Jenazah Yang Lengkap Beserta


Doa
By Nazurah Hassan
Posted on October 3, 2016

SHARES

Berbeza dengan solat yang lain, cara Solat Jenazah ada sedikit keunikan di mana ia tidak
perlu ruku’, iktidal, sujud, atau tahiyyat. Tetapi, ia hanya disempurnakan dengan 4 takbir dan
salam (semasa berdiri).

HUKUM SOLAT JENAZAH


Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam
asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah
melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya
kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.

Sabda Rasulullah SAW

Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan
kamu.”(Riwayat Ibn Majah)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa’, katanya:

Ertinya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah,
Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.”(Riwayat Bukhari)

Foto Kredit: new-muslims.info

SYARAT-SYARAT SOLAT JENAZAH


1. Syarat-syarat Solat Jenazah serupa juga dengan syarat-syarat solat yang lain seperti
menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis dan menghadap kiblat.

2. Jenazah itu telah dimandikan dan dikafankan.


3. Jenazah itu hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali Solat
Jenazah ghaib.
Foto Kredit: Jabatan Mufti Johor

CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP BESERTA DOA &


MAKSUDNYA
Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. NIAT
Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di permulaan
takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.

Lafaz niatnya adalah seperti berikut:


2. TAKBIR PERTAMA DIIKUTI BACAAN AL-FATIHAH
Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. TAKBIR KE-2 DIIKUTI SELAWAT


Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.

Selawat itu adalah yang pendek dan ada pula yang panjang.

Selawat yang pendek ialah:

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda”

Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti
berikut:
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah
memberi
rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan
para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan
para
keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

4. TAKBIR KE-3 DIIKUTI DOA


Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.

Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:

Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan
kesalahannya”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.

Bagi jenazah lelaki:


Bagi jenazah perempuan:

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan
kesalahannya,
hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji
dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada
segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan
gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan
peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”

Jika jenazah itu kanak-kanak yang belum baligh, hendaklah ditambah doa tersebut di atas
dengan doa yang di bawah.

Sekurang-kurangnya ialah:
“Ya Allah, jadikanlah kematiannya pahala yang didahulukan, simpanan, dan pahala bagi kami.”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah

“Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai
taruhan
(amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran serta syafaat bagi orang tuanya.
Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua
ibu.”

5. TAKBIR KE-4 DIIKUTI DOA


Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat
pula dan membaca doa.

Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:

Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau
meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan
ampunilah kami dan dia.”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.

Bagi jenazah lelaki:

Bagi jenazah perempuan:

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah
Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi
saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah
gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”

6. MEMBERI SALAM
Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma
dalam keadaan berdiri.

7. MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT JENAZAH


Setelah selesai salam dan berakhirnya Solat Jenazah tadi, afdalnya diikuti dengan membaca
doa pula.

Jika jenazah itu lelaki doanya ialah:


Jika jenazah itu perempuan, doanya ialah:
Jika jenazah itu kanak-kanak doanya ialah:
Maksudnya:

“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para
sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman
daripada taman-taman syurga.

Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang
menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih
mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat
kepada-Mu untuk si mati.

Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati,
limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah
dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad . dan ke atas keluarganya serta para
sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

Ringkasnya, cara solat jenazah boleh digambarkan dalam ilustrasi ini:


Foto Kredit: ustaznoramin.com

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH


Sunat menyembahyangkan jenazah sebagaimana yang berikut:

1. Imam hendaklah berdiri bertentangan dengan kepala jenazah lelaki dan berdiri
bertentangan dengan pinggang jenazah perempuan atau khunsa.

2. Kepala jenazah lelaki hendaklah diletakkan di sebelah kiri imam. Kepala jenazah
perempuan dan khunsa diletakkan di sebelah kanan imam. Menurut kebiasaannya
kepala jenazah lelaki itu juga diletakkan di sebelah kanan imam.

3. Hendaklah jenazah itu disembahyangkan di masjid.


4. Makmum hendaklah berdiri berbaris tiga barisan (tiga saf).

5. Mengangkat kedua belah tangan waktu mengucapkan takbir takbir yang empat dan
meletakkan kedua tangan di atas pusat di bawah dada sebagaimana sembahyang-
sembahyang yang lain.

6. Membaca ِ‫( أ َﻋ ُﻮْذ ُ ﺑ ِﺎﻟﻠﻪ‬A’uzubillah) sebelum membaca Al-Fatihah.


7. Memperlahankan (tidak nyaring) semua bacaan walaupun di waktu malam.

Foto Kredit: civillislamica.it

BANYAK HIKMAH SOLAT JENAZAH


Banyak kelebihan Solat Jenazah antaranya memberi penghormatan terakhir kepada
jenazah, melahirkan rasa keinsafan, mengingatkan kita kepada kematian, dan memohon
rahmat kepada jenazah.

Diharap dengan panduan dan cara solat jenazah ini, kita akan dapat menunaikan Solat
Jenazah dengan sempurna.
Wah! Petua Sembuhkan Batuk Dalam Masa 1 Hari, Boleh Cuba
Di Rumah
"Aduh, batuk ni tak baik lagi dah lama dah. Macam-macam ubat dah makan,
masih sama." Pernah alami situasi di atas? Kadang-kadang sampai penat da…
Sirap Limau

Isolation : Ce n'est pas plus cher de choisir la Référence de


l'isolation à 1 €
Pacte Energie Solidarité - La Référence de l'isolation à 1 €| Sponsored
Si tu aimes jouer, ce jeu de construction de ville est pour toi
Forge Of Empires - Jeu en Ligne Gratuit| Sponsored

Préparez votre retraite avec une assurance vie. Jusqu'à 100€ offerts
(voir conditions)
EasyBourse, filiale de La Banque Postale | Sponsored
Isolation des combles à 1€ quels que soient vos revenus
Les ECO-Isolateurs | Sponsored

Ini Sebenarnya Maksud Garis Hitam Pada Perut Ibu Mengandung


Sirap Limau
Construis une ville, commerce avec tes voisins, joue avec tes
amis
Elvenar - Jeu en Ligne Gratuit| Sponsored

. by Taboola
10 Cara Untuk Hilangkan Cicak Dalam Rumah Dengan Berkesan

Bayi 2 Tahun Meninggal Akibat ‘Dicili Mulut’, Pengasuh Dari Seremban Dipenjara 18
Bulan

16 Comments Sort by Top


Add a comment...

Kdjah Omar
Sgt bermanfaat
Like · Reply · 5 · 1y

Misha Kdn
Jelas dan byk membantu
Like · Reply · 13w

Yinda W
Terima kasih atas post nya sangat membantu ,semuanya jelas dibaca saya selaku pelajar
lagi ujian UKK
Like · Reply · 1 · 1y

Nor'Azlan Abd Wahab


Perkongsian yang bermanfaat..semoga kita semua mendapat rahmat dan petunjuk dari
Allah S.W.T
Like · Reply · 1 · 1y

Fitrie Aciek
Shabbat membantu..
Like · Reply · 1 · 1y

Husin Tok Dano


terima kasih..semoga yang post dirahmati Allah
Like · Reply · 1 · 1y

Nazrul Dalimunthe
Sangat bermanfaat sekali
Terima kasih
Like · Reply · 1 · 1y

Zolkifli Muda
tq
Like · Reply · 1 · 1y

Laila Nurr
Terima kasih
Sangat membantu
Like · Reply · 1y

Hariz Hasni
Maaf bertanya..dibahagian bacaan selawat ketika takbir yang kedua seperti ada kesalahan
sedikit..mohon yang lebih arif pastikan..
Like · Reply · 27w

Mohd Fitri Md Said


Perkataan ‫ ال‬untuk ayat akhir selawat Ibrahim kn?....
Like · Reply · 25w

Load 6 more comments

Facebook Comments Plugin

RELATED ITEMS: BACAAN DALAM SOLAT JENAZAH, CARA SOLAT JENAZAH, CARA SOLAT JENAZAH
BERJEMAAH, CARA SOLAT JENAZAH DI MASJID, CARA SOLAT JENAZAH IMAM, CARA SOLAT
JENAZAH KANAK KANAK, CARA SOLAT JENAZAH LELAKI, CARA SOLAT JENAZAH MAKMUM, CARA
SOLAT JENAZAH PEREMPUAN, CARA SOLAT JENAZAH RINGKAS, CARA SOLAT JENAZAH TAKBIR,
DOA SOLAT JENAZAH, PANDUAN SOLAT JENAZAH, TATA CARA SOLAT JENAZAH

RECOMMENDED FOR YOU

Ini Suasana Sebelum Solat Jenazah Masjidil Haram

HANGAT!
ADVERTORIAL
 100.1K
Ini 5 Kerenah Yang Anda Boleh Relate Dalam Bulan
Ramadan…

MOST POPULAR
ADVERTORIAL

Jawapan Rakyat Malaysia Tentang Hidangan Luar Biasa Yang


Ingin Dinikmati Ketika Raya!
DIDIK

“Alami Ketagihan Seks Melampau”- Ini Padah Apabila Ibu


Bapa Tak Asingkan Tempat Tidur Anak

FAMILI

Bila Berkahwin, Banyak Perkara Yang Kena Kongsi. Kena


Bincang Awal-Awal Ok!

FAMILI

HUAWEI EMUI 9.1 Dikemas Kini & Ini 6 Perkara Menarik Yang
Menanti Pengguna HUAWEI!

ADVERTORIAL

Anda Suka Dunia Fotografi? Jom Ambil Gambar & Menangi


Smartphone Huawei Terbaharu!

ADVERTORIAL

Fasha Sandha Kongsi Gambar Gaun Pengantin Hasil


Sentuhan Pereka Rizman Ruzaini, Cantiknya!

ADVERTORIAL

Bakal Bergelar Raja Sehari? Siti Saleha Kongsi Tips Kekal


Berseri Menjelang Hari Bahagia

ADVERTORIAL

[VIDEO] Jadikan Sajian Sebagai Alat Muzik, KFC Cipta Lagu


“Raya Selamba”. Unik Habis!

ADVERTORIAL

5 Perkara Ini Nampak Remeh, Tapi Mampu Buat Semua


Orang Senang Hati!

ADVERTORIAL

Cuba 5 Cadangan Makanan Ini Jika Anda Seorang Ibu Hamil


Yang Cepat Terasa Lapar
Dimiliki oleh Rev Asia, sebahagian daripada Kumpulan Media Prima

   

TRENDING MINGGU INI


Rezeki Tunai Haji Di Usia Muda, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

10 Alatan Harian Yang ‘Dibenci’ Orang Kidal. Serius Struggle Nak Guna!

Hukum Buat Korban Di Luar Negara, Ini Penjelasan Dr Zaharuddin

PENGIKLANAN TENTANG KAMI TERMA DAN SYARAT

1.7K
Hakcipta Terpelihara © 2018 SirapLimau.com
S H A R E S

Anda mungkin juga menyukai