Anda di halaman 1dari 7

FINAL DRAFT

Teks Ucapan Pengerusi Majlis

Forum Pengurusan Kewangan anjuran bersama


Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
(27 Sept 2016, Bilik Santubong, Pejabat Wilayah Kuching, BNM)

8.50am  Di minta kerjasama Datin, tuan2 dan puan2 untuk mengambil


tempat masing2 kerana majlis akan bermula sebentar lagi
 Majlis kita pada pagi ini akan dimulakan dengan nyayian lagu
Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Dijemput Datin, tuan2 &
puan2 untuk berdiri.
 Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku
 Bismillah….
 YBhg Datin Arlina Ariff, Pengarah Jabatan LINK & Pejabat
Wilayah, Bank Negara Malaysia…
 Yang Dihormati, Puan Rosnani Mahamad Zain, Ketua Pejabat
Wilayah Kuching, Bank Negara Malaysia…
 (Tunggu cue dari Tn Jeff) Tuan2 Ketua2 Jabatan PDRM
Kontinjen Sarawak, Ketua Polis Daerah, Pegawai Pemerintah
dan pegawai kanan...
 Seterusnya tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian.
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Majlis mengalu-alukan
kehadiran Datin, tuan2 dan puan2 ke Forum Pengurusan
Kewangan Zon Sarawak anjuran bersama Bank Negara
Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia, setelah sesi yang sama
telah dijayakan pada 8 Sept yang lalu di Lanai Kijang, Bank
Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Anak helang mencari makan,


Anak merbah menyanyi menari;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga hadirin selesa di sini.

1
FINAL DRAFT

 Baiklah, sebelum majlis diteruskan, marilah kita bersama-sama


menadah tangan memanjatkan doa yang akan dipimpin oleh
Ustaz Mohd Zamri bin Husin, Ketua Cawangan Agama, JIPS IPK
Sarawak. Dipersilakan al Fadhil Ustaz…
 Amin, ya rabbal a’lamin….semoga majlis kita dirahmati dan
9.00am diberkati oleh Nya sehingga ke penghujung…pause 2 sec.
 Memulakan majlis, dijemput YBhg Datin Arlina Ariff, Pengarah
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah, Bank Negara Malaysia
menyampaikan kata-kata aluan, “Context Setting” dan
seterusnya membentangkan topik yang bertajuk “Peranan Bank
Negara Malaysia Dalam Perlindungan Pengguna”.

10.30am  Terima kasih YBhg Datin Arlina Ariff, di atas mukaddimah dan
pembentangan tadi, yang telah menyentuh peranan jabatan
LINK dan Pejabat Wilayah, mekanisma perlindungan pengguna
kewangan, program2 yang telah dan sedang dijayakan bersama
PDRM dan cabaran, yang saya kira telah menjuruskan konteks
dan perspektif forum kita pada hari ini.

 Datin, Tuan2 dan Puan2 sekalian, dijemput semua untuk


menikmati juadah yang telah disediakan di luar dewan ini sambil
bersuai-kenal, maklumlah bukan selalu berjumpa.. Kita akan
kembali ke dewan ini pada jam 11.00 pagi.
 Dipersilakan.

11.00am Pantun
DI sana tuan di sini tuan
Tuan segak berseragam biru
Di sana hutang di sini hutang
Tolonglah puan, saya dah buntu

2
FINAL DRAFT

 Datin, Tuan2 dan puan2 sekalian, majlis akan diteruskan untuk


topik pembentangan yang seterusnya dengan tajuk Power!
Famili- Pengurusan Kewangan Berhemat bersama Puan
Margaret Nichol, Pengurus Cawangan Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK), Sarawak. Dipersilakan Pn Margaret.

 Terima kasih Pn Margaret, Pengurus Cawangan AKPK Sarawak

12.00pm
di atas pembentangan tadi. Dapatlah saya kutip beberapa
mutiara daripada pembentangan beliau antaranya pengurusan
kewangan merangkumi setiap kitaran hidup & “wang bukanlah
segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang”, kata2
yang saya pinjam dari salah seorang OCPD di sini beberapa
bulan yg lepas.

 Sesi seterusnya adalah pembentangan yang bertajuk Proses


Perlaksanaan MY2S oleh Puan LAW TYNG TYNG, Pegawai
Psikologi, JIPS IPK Sarawak.

 Terima kasih Pn Law Tyng Tyng di atas pembentangan tadi.


1.00pm  Majlis akan berhenti rehat untuk makan tengahari. Sebelum itu,
ada beberapa makluman yang saya ingin sampaikan…
 Surau terletak di tingkat 2, di sebelah kiri lif utama.
 Pihak kami juga ada menyediakan kaunter perkhidmatan CCRIS
di luar dewan untuk mengambil laporan yang telah dicetak dan
membuat permohonan baru kepada yang belum sempat
berurusan pada sesi pendaftaran pagi tadi.
 Dijemput Datin, tuan2 dan puan2 ke meja makan yang telah
disediakan untuk menikmati hidangan tengahari… Kita akan
kembali untuk sesi2 yang seterusnya pada pukul 2.30 ptg.

2.30pm  Datin, Tuan2 dan puan2 sekalian dijemput mengambil tempat


masing-masing.
3
FINAL DRAFT

 Mengumumkan ketibaan YDH Datuk Abd Rahim Jaafar,


Timbalan Pengarah JIPS (Integriti) Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard, PDRM.

Kelopak biru dalam jambangan,


Delima merekah menambah seri;
Para tetamu hadirin budiman,
Majlis nan indah diteruskan lagi.

 Majlis mengucapkan selamat datang kepada YDH DCP Datuk


Abd Rahim Jaafar ke Forum Pengurusan Kewangan anjuran
bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) di Pejabat Wilayah Bank Negara Msia,
Kuching.

 Segmen seterusnya adalah perbincangan ahli-ahli panel yang


terdiri daripada YDH DCP Datuk Abd Rahim Jaafar, YBhg Datin
Arlina Ariff dan YDH SAC Dr Zainal Abidin bin Sabtu. (Pastikan
semua ahli panel telah mengambil tempat)

 Forum ini merangkumi isu-isu berbangkit dari pembentangan


yang telah berlangsung di sebelah pagi tadi dan kita membuka
peluang kepada tuan2 dan puan2 untuk mengemukakan soalan
terus kepada ahli-ahli panel. Dengan itu, majlis mempersilakan
YBhg Datin Arlina untuk memulakan acara dan memimpin
segmen ini.

3.30pm
 Berakhirlah sudah segmen perbincangan daripada ahli-ahli
panel. Diharapkan agar tuan2 dan puan2 sekalian telah
mendapat pencerahan dan panduan berhubung dengan
pengurusan kewangan berhemah dan program-program yang

4
FINAL DRAFT

telah dirangka bersama. Kami juga mengharapkan tuan2 dan


puan2 sekalian semakin jelas dalam usaha menangani masalah
kadar hutang isirumah yang semakin tinggi di kalangan penjawat
awam mutaakhir ini dan seterusnya dapat memberi bimbingan
dan panduan kepada semua pegawai dan anggota PDRM.

 Datuk, Datin, Tuan2 dan Puan2 sekalian, kehangatan


perbincangan panel masih terasa, untuk itu kita perlu tenang-
tenang emosi seketika… dijemput semua untuk menikmati
kudapan petang yang telah disediakan di luar dewan ini sambil
menyambung penyudah cerita… Kita akan kembali ke dewan ini
pada jam 4.00 petang.

4.00pm  Diminta, Datuk, Datin, Tuan2 dan puan2 sekalian dijemput


mengambil tempat masing-masing. (pastikan Syiera dah ready
dgn teks Datuk)…

 Datuk, Datin, tuan2 dan puan2 sekalian, majlis kita sudah hampir
ke penghujungnya. Acara seterusnya adalah ucapan Perasmian
Penutup Forum Pengurusan Kewangan anjuran bersama BNM
dan PDRM. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput
YDH DCP Datuk Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah JIPS
(Intergriti) PDRM untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.
 Terima kasih YDH DCP Datuk Abd Rahim Jaafar di atas ucapan
tadi.

Kayuh basikal ke Kampung Budaya


Singgah berehat di Kampung Patingan
Sungguh besar apa dikata
Kata azimat penutup kalam

5
FINAL DRAFT

 Kini, sampailah kita ke upacara penyampaian cenderhati. Majlis


dengan ini menjemput Pn Rosnani Mahamad Zain untuk
mengiringi YBhg Datin Arlina Ariff untuk menyampaikan
cenderahati kepada ahli-ahli panel dan para penceramah.
 Kita mulakan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli
panel. Dijemput YDH DCP Datuk Abd Rahim Jaafar untuk
menerima cenderahati daripada YBhg Datin Arlina Ariff. Pause…
Seterusnya, dijemput YDH SAC Dr Zainal Abidin bin Sabtu.
 Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada para
penceramah.. dijemput Puan Margaret, Pengurus AKPK
Cawangan Sarawak untuk menerima cenderahati daripada YBhg
Datin Arlina Ariff . Pause…Seterusnya, Pn Law Tyng Tyng
daripada JIPS IPK Sarawak untuk menerima cenderahati.
Pause…
 Acara seterusnya ialah penyampaian cenderahati daripada
PDRM kepada BNM. Dijemput YDH DCP Datuk Abdul Rahim
Jaafar untuk menyampaikan cenderahati kepada YBhg Datin
Arlina Ariff.

 Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada YDH DCP Datuk Abd
Rahim Jaafar, YBhg Datin Arlina Ariff dan YDH SAC Dr Zainal
Abidin bin Sabtu dan para penceramah.

6
FINAL DRAFT

4.30pm  Sebelum mengakhiri majlis pada petang ini, marilah kita


bersama2 menyanyikan lagu “Polis Sedia Berkhidmat”. Mohon
semua hadirin berdiri.
 Pause until ready.
 Dengan itu Datuk, Datin, tuan2 dan puan2 sekalian, berakhirlah
sudah Forum Pengurusan Kewangan anjuran bersama BNM dan
PDRM. Sekalung penghargaan buat YDH DCP Datuk Abd
Rahim Jaafar, YBhg Datin Arlina Ariff, YDH SAC Dr Zainal Abidin
bin Sabtu, tuan2 dan puan2 sekalian yang telah bersama-sama
menghadirkan diri ke Forum ini.

Bunga kertas di atas para


Anak bidayuh pasang pelita
Andai khilaf tutur bicara
Jemari disusun, maaf dipinta

 Kita akhiri majlis ini dengan sesi bergambar kenang-kenangan.


Untuk itu Datuk2, Datin, tuan2 dan puan2 sekalian, dipersilakan
turun ke ruang legar BNMLINK untuk sesi bergambar...
 Pengumuman akhir, untuk laporan CCRIS yang belum dituntut,
sila berbuat demikian selepas sesi bergambar.
 Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu a’laikum
warahmatullah.

[Majlis bersurai]

Anda mungkin juga menyukai