Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JUN 2014

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA


GSB1012

NAMA PELAJAR : TUAN MOHAMAD AMIRUL AZIM BIN TUAN ISMAIL

ANGKA GILIRAN : 2015152320179

NO. KAD PENGENALAN : 960731035783

KUMPULAN/ UNIT : SK/SEJARAH

KOD DAN NAMA KURSUS :CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA (

TAJUK TUGASAN PROJEK :

NAMA PENSYARAH AKADEMIK :

TARIKH HANTAR :

1
1.0 PENDAHULUAN

Perkataan “Alam” bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit
dan di bumi manakala perkataan “Sekitar” pula bermaksud di tempat atau di
sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut
“invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu,
sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar”
adalah merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun,
secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada
biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk
juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002).

Selain itu, definisi alam sekitar juga boleh dilihat melalui kefahaman
“environmentalisme“ yang merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah
yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan
iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997).
Di samping itu, alam sekitar juga merujuk kepada segala komponen hidup (biosis)
seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah ,
bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia . Satu keseimbangan wujud antara
manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik,
iaitu sentiasa berubah.

Secara rumusannya, kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara


umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang
boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang
diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena
fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode
emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004). Alam sekitar memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, Manusia berusaha perlulah
berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup.

Kesungguhan manusia dalam usaha untuk membangunkan alam sekitar demi


kepentingan masing-masing serta keadaan populasi manusia semakin hari semakin
bertambah pada hujung kurun ini telah membawa kepada peningkatan pelbagai
masalah alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian and pembalakan
telah mengancam alam sekitar sehingga membawa kepada pencemaran alam

2
sekitar. Kemajuan sains dan teknologi serta pembangunan ekonomi merupakan
antara punca utama berlakunya pencemaran. Pencemaran ini boleh mengubah
persekitaran sehingga keseimbanga alam boleh terjejas.

Pencemaran pula boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau


bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kesjahteraan kehidupan alam. Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) , pengotoran alam dan perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti


Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya
atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

Pencemaran ini boleh berlaku melalui dua cara iaitu pencemaran yang
disebabkan oleh faktor Semulajadi dan Manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh
faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah
berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa
bumi dan sebagainya . Manakala pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia
pula adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak
disengajakan seperti pencemaran bunyi, udara, air dan tanah.

3
2.0 ISU BANJIR

Di Malaysia, salah satu isu yang berkaitan alam sekitar yang sering berlaku
ialah kejadian banjir. Kejadian ini kerap terjadi sehingga boleh dikatakan saban
tahun berlaku. Kejadian ini disebabkan oleh kombinasi semula jadi dan tindakan
manusia. Selain dari manusia sebagai mangsa,kerugian daripada segi harta benda
individu dan awam juga merupakan impak bencana banjir yang terpaksa ditanggung
oleh masyarakat dan kerajaan akibat daripada bencana ini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, banjir dapat didefinisikan sebagai


keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas. Banjir juga
merupakan satu keadaan dimana air telah naik melebihi paras bahaya dan
diisyhtiharkan banjir oleh pihak berkuasa. Menurut Burton (1968), mengatakan banjir
sebagai air sungai yang melampaui tebingnya, atausatu fenomena yang disebabkan
oleh kenaikan aras air sungai utama dan anak-anak sungai.

Oleh itu, fenomena banjir ini amat berbahaya dan berupaya menyebarkan
penyakit yangberbahaya seperti taun dan sebagainya.Di Malaysia, banjir amat diberi
perhatian kerana ia mengancam nyawa dan dapatmelemahkan sistem ekonomi
penduduk. Secara tradisional, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat sisi
sungai yang memang mudah terdedah kepada bencana banjir.

Di Malaysia banjir dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu:-

2.1 Banjir kilat

Banjir kilat adalah satu keadaan banjir yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak
disangka-sangka.Banjir kilat juga keadaan di mana hujan yang lebat dan
berpanjangan telah mengakibatkan berlakunya kenaikan paras air yang mendadak
di sesuatu kawasan. keadaan banjir kilat ini biasanya terjadi di kawasan bandar
yang mengalami proses pembandaran yang pesat terutamanya bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam dan sebagainya.

Banjir ini biasa hanya berlaku dalam masa yang singkat sahaja akibat daripada
kegagalan sistem peparitan dan banjir kilat lebih kerap berlaku di kawasan pantai
barat. Ia terjadi ekoran daripada ketidakupayaan permukaan untuk menyerap air.
Keadaan ini disebabkan oleh permukaan yang tidak telap ataupun keadaan air yang

4
mengalir dari permukaan terdedah kepada permukaan tak telap air seperti konkrit,
simen, asphalt dan sebagainya. Air larian ini akan membawa bersama kelodak dan
pasir dan akan menyekat aliran sungai atau alur.

Selain itu, banjir kilat ini juga merupakan banjir yang berlaku atau mengalir
dengan cepat melimpah daripada tebing sungai dan tasik lalu menggelami kawasan
tanah yang rendah sehingga mengakibatkan kerugian harta benda dan kemalangan
jiwa yang besar. Di Malaysia ,keterdedahan masyarakat Kuala Lumpur terhadap
banjir kilat ini adalah amat tinggi dan kira-kira lebih dua puluh kawasan terdedah
kepada banjir kilat secara serius. Banyak yang menganggap bahawa proses
pembangunan dan perbandaran yang tidak sesuai di atas dataran banjir itu sendiri
sehingga menyumbang kepada perubahan sistem fizikal semulajadinya menjadi
penyebab utama kepada berlakunya masalah banjir kilat ini.

Kejadian banjir ini berkait rapat dengan system aliran semulajadinya. Contohnya
di Kuala Lumpur terdapat dua batang sungai utama yang semakin pesat
membangun di kawasan sekitarnya iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Sikap
dan aktiviti manusia yang tidak mengambil berat tentang tuntutan alam sekitar akan
menggamatkan lagi keadaan.

2.2 Banjir monsun.

Banjir monsun adalah banjir yang berlaku akibat daripada pengerakan angin
yang membawa hujan berlaku dalam tempoh spesifik iaitu musim Tengkujuh Timur
Laut dari bulan Oktober sehingga Februari dan musim Tengkujuh Barat Daya yang
kebiasaannya bermula pada bulan Mei sehingga Ogos. Antara Negeri-Negeri yang
banjir akibat hujan monsun Tengkujuh Timur Laut adalah Negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah dan Sarawak. Manakala Banjir
yang berlaku di Negeri Perlis dan Kedah adalah diakibatkan oleh hujan monsun
Tengkujuh Barat Daya.

5
3.0 CONTOH BANJIR KILAT YANG BESAR PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA

a. Januari 1971 - Kuala Lumpur ditenggelami oleh banjir kilat.


b. 10 Jun 2003 - Kuala Lumpur
c. 2 Mac 2006 - Shah Alam dilanda banjir.
d. 19 Disember 2006 - Beberapa tempat di negeri Johor termasuk Muar, Johor
Bahru, Skudai dan Segamat telah dilanda banjir kilat.
e. 10 Januari 2007 - Beberapa tempat di Johor dilanda banjir sekali lagi.
f. 10 Jun 2007 - Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, paling teruk sejak 10 Jun
2003.
g. Disember 2007 – Beberapa bahagian di Pantai Timur Semenanjung termasuk
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dilanda banjir kilat.
h. November 2010 - Kedah dan Perlis dilanda banjir akibat hujan lebat selepas
tekanan tropika.
i. Disember 2014 - Negeri-negeri utara dan Pantai Timur Kelantan,
Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis di Semenanjung Tanah Melayu telah
dilanda banjir kilat termasuk beberapa kawasan di Sabah.

Dikatakan bahawa banjir kilat pada tahun 1971 merupakan banjir kilat paling
besar yang direkodkan di Bandar Raya Kuala Lumpur dan Selangor, sila rujuk
keratan akhbar pada lampiran 1 untuk . Manakala dalam tahun alaf baru ini, tahun
2007 merupakan rekod banjir kilat yang paling buruk direkodkan berbanding banjir
kilat yang berlaku pernah berlaku pada tahun 2003 yang melanda .

Banjir kilat pada tahun 1971 dikatakan melibatkan beberapa buah kampung di
Selangor dan Kuala Lumpur seperti Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru,
Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang-Orang Asli Changkat
Bintang di Hulu Selangor.

Pada 3 Jun 2007 pula, berlaku kejadian banjir kilat yang teruk yang melanda 14
kawasan di sekitar ibu negara disebabkan hujan lebat yang luar biasa selama dua
jam dengan kapasiti 453 milimeter. Kesemua 14 kawasan yang mengalami banjir
kilat akibat limpahan air Sungai Klang tersebut ialah di Jalan Melaka, Jalan Tun
Perak, Jalan Melayu, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Kampung
Periok di Kampung Baru. Kawasan lain yang terlibat ialah Jalan Travers, Jalan Tun
Sambanthan, Jalan Pantai Baru, Universiti Malaya, Jalan Duta, Jalan Bangsar/Jalan

6
Maarof, Jalan Chan Sow Lin dan Kampung Indah, Sungai Besi. Kejadian itu
disifatkan sebagai yang terburuk sejak 2003.

Seterusnya, pada 10 Jun 2007, berlaku sekali lagi kejadian banjir kilat berlaku di
sekitar ibu negara yang melibatkan beberapa kawasan seperti Dataran Merdeka,
Jalan Masjid India, Jalan Ipoh, Kampung Baru dan Sentul yang ditenggelami air
sehingga paras pinggang. Dataran Merdeka, yang meliputi kompleks bangunan
Sultan Abdul Samad turut ditenggelami air dan lebih dahsyat, air banjir turut
memasuki sehingga ke ruang sembahyang di Masjid Jamek, Jalan Raja. Masjid itu
terletak kira-kira 10 meter dari paras normal Sungai Gombak-Sungai Klang.
Berikutan itu, ibu negara dikatakan dilanda banjir kilat yang disifatkan sebagai
terburuk sejak 2003 apabila beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air
sehingga satu meter.

Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di beberapa jalan utama dan mangsa-


mangsa yang terperangkap terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba dan
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Akibat bencana Ini menyebabkan penduduk di
kawasan yang terlibat mengalami pelbagai kemusnahan harta benda dan alam
sekitar turut terjejas.

7
4.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA BANJIR KILAT

4.1 Pembinaan sistem perparitan yang tidak efektif dan tidak seimbang dengan
pembangunan

Masalah banjir yang berlaku di Kuala Lumpur disebabkan oleh sistem


perparitan yang tidak efektif. Sistem saliran yang tidak cekap menjadikan kelancaran
aliran air hujan tidak dapat mengalir dengan baik di longkang dan sungai yang
terdapat di Kuala Lumpur. Pembinaan sistem saliran juga tidak seimbang dengan
pembangunan yang berlaku. Pelbagai pembangunan dilakukan namun tiada
perancangan yang sistematik dalam menentukan lokasi dan rekabentuk sistem
perparitan. Hal ini telah menyebabkan pembangunan yang berlaku tidak sejajar
dengan penaiktaraf sistem perparitan.

Keadaan saiz longkang yang kecil juga tidak dapat menampung aliran air
yang datang dari kawasan persekitaran pembangunan yang sedang membangun.
Kedudukan longkang juga hanya terletak pada sebelah sisi jalan sahaja. Hal ini
menyebabkan berlaku kenaikan air ke kawasan jalan sehingga menyebabkan
kesesakan lalu lintas. Air hujan yang menaiki jalan raya berlaku akibat peninggian
aras jalan raya. Longkang menjadi saluran yang penting kepada kawasan bandar
kerana sekiranya ketiadaan longkang air tidak dapat dialirkan kerana tanah yang
berturap tidak dapat menyerap air hujan yang mengalir.

Keadaan ini berbeza dengan kawasan desa kerana air hujan masih boleh
meresap ke dalam tanah dan risiko untuk air memenuhi kawasan permukaan sangat
sedikit. Hanya kawasan tanah yang rendah akan menyebabkan air bertakung. Selain
itu, keadaan ini turut berlaku kerana kecerunan sistem perparitan yang berada
dalam keadaan yang landai. Aliran air yang mengalir tidak dapat ditampung oleh
longkang yang landau dan rendah. Kecerunan sistem perparitan yang landai
menyebabkan air sungai yang berhampiran memecah kawasan dan membolehkn air
bertakung serta mendakan kelodakberkumpul.

Oleh itu pihak pemaju atau perancangan bandar perlu mengambil langkah
yangbijak sebelum membuat perangcangan dalam aspek pembangunan.
Keutamaan perlu diberikankepada sistem perparitan kerana apabila hujan air di

8
kawasan sekitar dapat disalirkan denganbaik. Kecerunan sistem perparitan
merupakan aspek penting dalam penyediaan sistem saliranyang baik.

4.2 Hujan lebat dan berterusan

Hujan lebat dan bertetusan juga merupakan punca berlakunya kejadian banjir kilat di
kawasan bandar terutamanya. Hal ini demikan kerana hujan yang lebat dan
berterusan menyebabkan aras air sungai dan parit meningkat kerana tidak dapat
menampung kemasukan air hujan. Di samping itu, hujan lebat dan berterusan juga
menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air dengan berkesan yang menyebabkan
beralkunya takungan air. Seterusnya mengakibatkan kawasan yang berhampiran
dengan sungai dan kawasan rendah ditengelami kerana air dari sungai melimpah
keluar.

Masa Petaling Jaya Subang KLIA, Sepang


(mm) (mm) (mm)
6.00 petang 0.0 0.0 0.0
7.00 malam 0.0 0.0 1.2
8.00 malam 1.2 0.0 0.2
9.00 malam 28.8 13.4 3.2
10 malam 6.4 6.6 3.8
11.00 malam 0.2 1.2 0.2
Jumlah Hujan (mm) 37.4 24.8 8.6
Jadual 1:  Jumlah Hujan (mm) dalam tempoh 24 jam bagi Stesen Meteorologi
Petaling Jaya, Subang dan KLIA, Sepang pada 10 Jun 2007
 (Sumber ; Jabatan Meterologi Malaysia, 2007)

4.3 Sistem saliran yang tidak berfungsi dengan sempurna

Sistem saliran berfungsi untuk mengalirkan air permukaan dan bahan sisa-


sisa domestikke kawasan seperti kolam, tasik, sungai atau laut. Ia tidak akan
merosakkan laluan atau struktur yang berhampiran. Sistem saliran mempunyai
kaitan rapat dengan sistem perparitan serta mempunyai fungsi yang tersendiri.
Keadaan sistem saliran yang tidak berfungsi dengan sempurna merupakan punca
utama banjir kilat di kawasan bandar. Sistem saliran yang kurang sempurna menjadi
punca utama kenaikan aras air. Terdapat banyak longkang yang dibina di Bandar
besar seperti Kuala Lumpur namun ianya tidak berfungsi dengan sempurna..

9
Pembinaan longkang konkrit juga merupakan antara penyumbang masalah
banjir kerana ia tidak dapat menyerap air. Selain itu, kebanyakkan longkang juga
jarang dibersihkan daripada sampah-sarah yang menyebabkan longkang ini mudah
tersumbat dan air melimpah ke keluar seterusnya berlakulah banjir. Keadaan ini
menjadi lebih teruk pada musim hujan kerana tidak boleh menampung peningkatan
air yang mendadak. Sebagai contoh, kawasan pengairan yang kurang sempurna
terdapat di beberapa sungai utama yang terdapat di Kuala Lumpur seperti Sungai
Klang, Sungai Gombak dan Sungai Kerayong.  

4.4 Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab

Selain itu, masalah banjir kilat juga berpunca daripada sikap masyarakat yang
tidak bertanggungjawab. Hal ini demikian kerana sikap masyarakat yang suka
membuang sampah sarap seperti kertas, barangan plastik, botol-botol,dan kaca ke
dalam sungai dan longkang. Oleh sebab sikap mereka yang tidakbertanggungjawab
menjadikan suasana sungai dan longkang tercemar dengan sampah sarap. Selain
itu, masyarakat juga kurang mengambil perhatian berat mengenai kesejahteraan
sungai.

Keadaan ini menjadi lebih serius apabila berlaku kepadatan penduduk yang
tinggal di kawasan bandar yang menjadikan kawasan tepi sungai sebagai pusat
penempatan. Contohnya penduduk di kawasan setinggan di mana penghuninya
terdiri daripada kumpulan miskin. Oleh kerana tidak mampu untukmemiliki rumah
mereka terpaksa menetap di kawasan itu. Permasalahan yang wujud apabila
penduduk setinggan yang menggunakan sungai dan longkang sebagai tempat
pelupusan sampah. Mereka juga membuang bahan kumbahan ke dalam sungai
yang berhampiran.

4.5 Pembangunan di kawasan sungai

Pembangunan di kawasan pinggir sungai juga merupakan punca berlakunya


banjir kilat. Hal ini demikian kerana pembangunan yang dilakukan di kawasan
pinggir sungai menyebabkan kelebaran sungai semakin berkurangan dan sungai
akan bertambah cetek dari masa ke semasa. Di samping itu, projek-projek
pembangunan untuk kemudahan bandaraya turut memberi kesan kepada kawasan
sungai. Misalnya, projek pembinaan tiang transit ringan dan lebuh raya bertingkat di

10
sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, yang telah menyempitkan aliran sungai. Aliran
sungai yang sempit ini menyebabkan pengaliran air ke laut menjadi perlahan
disamping turut terhalang disebabkan oleh beberapa bangunan yang dibina di
sekitarnya. Aliran sungai yang bergerak perlahan dan tidak mampu menampung
jumlah air yang besar ini akan membawa kepada masalah banjir apabila hujan lebat
melanda.\

Penempatan haram yang dibina tanpa sebarang perancangan menimbulkan


pelbagai masalah antaranya sistem perparitan yang tidak sistematik dan pengurusan
sisa rumah yang tidak terkawal yang terus disalurkan ke sungai. Keadaan ini
memburukan lagi keadaan aliran sungai di bandaraya. Sisa-sisa yang dihanyutkan
ke sungai ini akan mendak ke dasar sungai dan menyebabkan timbulnya gangguan
kepada fungsi semulajadi sungai. Sungai akan menjadi bertambah cetek dan
keupayaan untuk menampung aliran air menjadi semakin terhad. Air yang disalurkan
menerusi sistem perparitan biasanya dalam kuantiti yang besar terutamanya ketika
hujan lebat.

Keadaan ini menyebabkan sungai akan berhadapan dengan jumlah air yang
sangat besar untuk ditampung dalam masa yang sama. Memandangkan keadaan
sungai yang semakin terjejas maka jumlah air yang perlu ditampung oleh sungai
melangkaui kemampuannya. Kesannya, menyebabkan air sungai melimpah tebing
sungai dengan mudah, seterusnya berlakunya banjir di kawasan berhampiran
dengan sungai atau kawasan yang rendah.

4.6 Kekurangan kawasan telap air 

Kepesatan pembangunan yang melanda kawasan bandar mengakibatkan


kebanyakkankawasan tanah didirikan dengan bangunan, diturap sebagai jalan raya
dan sebagainya. Keadaan ini meyebabkan permukaan telap air menjadi semakin
berkurangan dari hari ke hari.Semakin banyak pembangunan yang dilaksanakan
semakin berkurang kawasan telap air yang dimiliki oleh sesebuah bandar
terbabit.Kekurangan kawasan telap air ini menyebabkan air hujan tidak dapat
diserap oleh tanah. Tanah mengambil masa yang lama untuk menyerap air
kekerana lapisan atasnya telah dihalang oleh permukaan yang sukar menyerap air.
Kuantiti air hujan yang turun dengan banyak menyebabkan sesuatu kawasan
dilimpahi dengan air seterusnya menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat.

11
5.0 KESAN-KESAN BANJIR KILAT

5.1 Kemusnahan Tanam-tanaman

Antara kesan banjir kilat adalah menyebabkan kemusnahan tanaman-


tanaman. Ha ini disebabkan oleh air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan
pertanian menyebabkan tanaman mati. Sebagai contoh, antara tanaman utama
yang mudah mati kerana tidak boleh ditengelami air dalam masa yang lama adalah
padi. Selain padi, tamanan seperti koko, kelapa sawit, getah, sayur-sayuran dan
sebagainya akan musnah akibat bencana ini. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan
merugikan para petani malah boleh menjejaskan punca pencarian mereka.
Tegaslah, kemusnahan tanaman-tanaman merupakan kesan daripada kejadian
banjir kilat.

5.2 Kemusnahan Harta Benda

Selain itu, kemusnahan harta benda juga merupakan kesan berlakunya banjir
kilat. Hal ini demikian kerana air banjir melimpah boleh menenggelamkan rumah
kediaman sehingga terdapat rumah yang dihanyutkan terutamanya rumah yang
diperbuat dari kayu seterunya merosakkan barang-barang di dalam rumah seperti
barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan mangsa
banjir mengalami kerugian yang besar sehingga boleh menjejaskan kehidupan
mereka yang akan datang. Kejadian banjir kilat ini yang pernah di rekodkan di Kuala
Lumpur melaporkan anggaran kos kerugian meningkat setiap tahun berlakunya
banjir kilat ini. Sebagai contoh, pada tahun 1971 mangsa banjir yang terlibat adalah
seramai 180,000 orang dan di anggarkan mengalami kerugian lebih RM35 juta.

5.3 Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah menjejaskan kesihatan
manusia. Hal ini demikian kerana banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan
najis keluar bersama-sama limpahan air. Keadaan ini seterusnya menyebabkan
najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis
penyakit seperti cirit-birit, taun, demam kepialu, denggi, hepatitis A, kudis buta dan
sebagainya. Di samping itu, kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir
turut memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit. Sebagai contoh,

12
penyakit Leptospirosis yang mula menyerang dengan dua kes kematian dicatat pada
awal Januari 2007 adalah berpunca daripada bakteria Leptospira yang didapati
daripada air kencing haiwan berdarah panas di mana penyakit ini boleh merosakkan
organ dalaman manusia. Bakteria ini tersebar melalui air banjir yang mengancam
keselamatan kerana penularan yang tidak terkawal dan mudah merebak.

5.4 Kematian

Bukan itu sahaja, banjir kilat juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Hal ini disebabkan mangsa lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan,
putus bekalan air bersih, penyakit, ketiadaan bekalan ubat dan sebagainya. Di
samping itu, semasa banjir melanda penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan
kawasan mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi korban dalam bencana ini.
Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan hendak sentiasa berada
dalam keadaan yang sedia untuk menghadapi kejadian ini.

5.5 Kerugian Kerajaan.

Kerugian kerajaan juga dikenalpasti merupakan kesan berlakunya banjir kilat.


Hal ini demikian kerana banjir kilat sering merosakkan harta awam seperti jalan raya,
bangunan, telefon, elektrik , peralatan sekolah dan mengakibatkan pelbagai jenis
penyakit. Selain itu, kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas
seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan
sementara mangsa banjir. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan untuk
memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan.

Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Keadaan ini


menyebabkan berlakunya kerugian dari segi kewangan kerajaan kerana
perbelanjaan ini boleh digunakan untuk membangunkan negara. Misalnya, Jabatan
Kesihatan Negeri Kelantan telah menggunakan RM27 juta daripada RM75 juta
peruntukan untuk membaik pulih beberapa infrastruktur yang rosak akibat banjir di
negeri ini pada Disember 2014.

13
6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BANJIR KILAT

6.1 Menyediakan Sistem Perparitan yang Sistematik

Pada pendapat saya, langkah untuk mengatasi kejadian banjir kilat adalah
dengan menyediakan sistem perparitan yang sistematik. Hal ini demikian kerana
untuk air dapat mengalir dengan baik supaya tidak berlaku limpahan air dari parit-
parit tersebut. Sebagai contoh, dengan memasang pemerangkap sampah dengan
tujuan untuk menyekat sebarang bentuk kekotoran, sampah sarah dan bahan
pepejal yang lain daripada memasuki sistem perparitan bagi mengelakkan parit itu
tersumbat serta memudahkan kerja-kerja pembersihan parit. Selain itu, parit-parit
yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa
dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Gambar Pemerangkap Sampah

6.2 Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu


sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini
pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan
bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini juga adalah dengan
menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan
kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan
sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah dengan banyak terutama
ketika hujan.

14
6.3 Mengawal Aktiviti Manusia

Selain itu, langkah mengatasi banjir kilat juga adalah dengan mengawal
aktiviti manusia. Saya berpendapat demikian kerana banjir kilat yang berlaku
terutamanya di bandar juga disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa industri
ke sungai dan parit. Oleh itu,bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada
masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti
mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Oleh itu, badan-badan
kerajaan mahupun tertentu juga harus bertanggungjawab mengawal manusia ini
supaya kejadian banjir kilat terutamanya di kawasan bandar dapat dikurangkan.
Sebagai contoh, menguat kuasa undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974
dengan tegas seperti mengenakan denda, kompaun, menarik lesen terhadap pihak
yang membuang sampah ke dalam sungai dan sebagaimya supaya mereka sedar
tentang kesalahan yang mereka lakukan.

6.4 Pemasangan Sistem Amaran Banjir

Sistem ini sesuai digunakan kerana setiap kali aras air naik melepasi paras
bahaya sistem ini akan berbunyi dan penduduk-penduduk setempat akan segera
menyelamatkan barang-barang dan harta benda mereka. Sebagai contoh,melalui
sistem ini penanda aras air dipasang atau dipancangkan dibahagian tepi sungai
bersam-sama sistem amaran ini. Oleh itu, dengan adanya sistem ini setiap kali hujan
turun penduduk tidak lagi perlu risau akan kejadian banjir kilat yang berlaku kerana
mereka sedar serta sempat untuk membuat persiapan (Sila rujuk pada lampiran
untuk melihat alat penanda aras air).

7.0 KESIMPULAN

15
Usaha pemodenan Negara dengan pembinaan banyak bangunan-bangunan
di kawasan banyak telah mengubah banyak persekitaran yang telah memberi kesan
yang besar kepada masyarakat, negara, dan alam sekitar setempat yang
mengakibatkan muncul isu berkaitan kejadian banjir kilat di kawsan bandar. Kejadian
banjir kilat ini telah memberi impak negatif kerana menyebabkan berlaku
kemusnahan harta benda, tanaman dan sebagainya yang telah menyebabkan
berlaku kerugian yang besar malah yang lebih menyedihkan lagi ada yang terkorban
nyawa dalam kejadian ini. Oleh itu, semua pihak perlulah memandang serius isu ini
kerana boleh mengancam keselamatan nyawa terutama. Maka dengan itu, semua
pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing agar isu ini dapat
dikurangkan, oleh itu, usaha yang berterusan dan proaktif mesti mula di gerakkan
dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah yang
pertama.

LAMPIRAN

16
Keratan Akhbar yang menyatakan kejadikan banjir kilat di Kuala Lumpur pada tahun
1971

Keratan Akhbar kejadikan banjir kilat di kawasan Masjid India Kuala Lumpur pada
tahun 2007

17
Gambar Penanda Aras Air

18

Anda mungkin juga menyukai