Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Konsep perkembangan kanak-kanak

Dalam konsep perkembangan kanak-kanak pula, Santrock (2008), dalam Haliza


Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat.1 Perkembangan merupakan suatu proses berterusan dari peringkat
lahir sehingga mencapai peringkat kematangan. Mengikut kajian ahli psikologi, kajian
manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah
dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering
dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan.
Manakala konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.

Dari aspek jasmani, secara pertumbuhannya dapat diperhati dengan melihat


bertambahnya saiz badan, berat, gigi, organ deria dan lain-lain. Secara perkembangannya
pula boleh dilihat dari kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan,
melihat, mendengar dan sebagainya. Sementara itu dari aspek mental pula, secara
pertumbuhannya dapat dilihat dengan bertambahnya keupayaan berfikir kanak-kanak
tersebut. Perkembangannya pula dapat dilihat dari kemahiran berfikir, mengingat, menaakul
dan sebagainya. Aspek yang ketiga iaitu aspek emosi, secara pertumbuhannya dapat dilihat
dari wujudnya perasaan takut, gembira, sedih dan sebagainya. Perkembangannya pula
dapat dilihat dari kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Aspek yang terakhir
iaitu sosial, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan meluasnya perhubungan
komunikasi dan pergaulan dengan orang-orang lain. Perkembangan aspek emosi pula bagi
kanak-kanak boleh dilihat dengan wujudnya kemahiran mendisiplinkan dan penyesuaian diri
dalam berinteraksi dan bergaul bersama masyarakat luar.

Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir


hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia
terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu
jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa
dilalui oleh kanak-kanak.

Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif


yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah

1
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,Rafidah Kastawi: Perkembangan Kanak-kanak (Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman, 2008), hlm. 9.

1
berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir
hayatnya.

1.1 Prinsip prinsip asas Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak

Terdapat lapan prinsip-prinsip seperti mana yang digariskan oleh Ruffin (2001).2
Prinsip yang pertama perkembangan berlangsung dari kepala ke bawah. Arah kepala ke
kaki yang juga disebut sebagai sefalokandal yang mana perubahan berlaku pada struktur
dan fungsi pada bahagian kepala terlebih dahulu kemudian diikuti bahagian belakang
badan. Kemudianya perkembangan berlaku di bahagian kaki. Dalam fungsi pergerakan,
apabila kanak-kanak ditiarapkan, kanak-kanak itu berupaya mengangkat kepalanya terlebih
dahulu sebelum boleh mengangkat dadanya. Contohnya kanak-kanak mula mengawal diri
mulai dari kepala, kemudian tangan dan seterusnya kaki. Bayi berkembang bermula dengan
kawalan di bahagian kepala, kemudian kawalan di bahagian tangan di mana mereka
mempelajari untuk memegang objek-objek. Kemudian mereka akan membina kekuatan dan
kawalan pada bahagian kaki dan bermula untuk merangkak, berdiri atau berjalan.

Prinsip yang kedua perkembangan berlangsung dari tengah badan ke bahagian luar.
Arah tengah ke tepi yang juga disebut sebagai promiksodistal. Perkembangan berlaku
secara mendatar iaitu dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke
bahagian hujung anggota. Dari segi fungsi, didapati kanak-kanak menggunakan lengan
terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari. Kesimpulannya tahap
perkembangan ini menjelaskan bahawa bahagian lengan kanak-kanak berkembang dahulu
daripada bahagian telapak tangan dan bahagian tangan dan kaki berkembang dahulu
daripada jari-jari.

Prinsip ketiga merujuk kepada perkembangan bergantung pada kematangan dan


pembelajaran. Pada peringkat pertama iaitu selepas lahirnya seorang bayi, mereka hanya
dapat menghasilkan gerak balas dengan cara menyeluruh terhadap sesuatu ransangan
kerana setiap tulang ototnya belum matang. Sebagai contoh, apabila seseorang bayi
hendak mengambil sesuatu objek yang hampir dengannya maka seluruh badannya
bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangan, sedangkan jari-jari kecilnya tidak dapat
digunakannya. Ini menunjukkan bayi tersebut menghasilkan gerak balas terhadap objek
tersebut dengan cara menyeluruh. Apabila bayi itu bertambah besar,maka ia akan dapat
menggunakan jari sahaja untuk mengambil sesuatu tanpa menggerakkan sebahagian besar
anggota badannya yang lain.

2
Ruffin (2001). prinsip-pertumbuhan-dan-perkembangan. Kuala Lumpur .Ms 5.

2
Prinsip yang seterusnya ialah perkembangan berlangsung daripada mudah (konkrit)
kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak hanya boleh memahami contoh-contoh konkrit
semasa awal zaman kanak-kanak. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang abstrak
dan kompleks apabila mencapai zaman keremajaan. Kanak-kanak menggunakan kemahiran
kognitif dan bahasa mudah dalam zaman awal kanak-kanak untuk memberi sebab musabab
dan menyelesaikan masalah. Selepas itu, kuasa penghujahan mereka bertambah baik
kerana ketika itu mereka sudah boleh membezakan dan mengklasifikasikan objek-objek.

Selain itu, prinsip tumbesaran dan perkembangan adalah satu proses berterusan.
Kanak-kanak membina pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru berdasarkan
pengetahuan lalu. Seperti blok binaan, kanak-kanak membina dan mengumpul pengetahuan
beransur-ansur, sedikit demi sedikit. Semua kanak-kanak mengikut pola perkembangan
yang serupa. Satu peringkat mengikut pola perkembangan menjadi asas kepada peringkat
perkembangan seterusnya. Kanak-kanak mesti pandai mengawal pergerakan tangan untuk
memegang pensil atau krayon sebelum mereka dapat melukis atau menulis.

Prinsip perkembangan yang seterusnya ialah tumbesaran dan perkembangan


berlangsung daripada umum ke spesifik. Dalam perkembangan motor, kanak-kanak
mestilah sudah boleh menggengam objek dengan keseluruhan tangan barulah mereka
boleh belajar mengguna ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Tumbesaran berlaku daripada
pergerakan otot kepada pergerakan otot yang lebih seni.

Prinsip yang terakhir iaitu kadar tumbesaran dan perkembangan tersendiri. Setiap
kanak-kanak adalah berbeza dan kadar tumbesaran mereka adalah berbeza-beza.
Walaupun pola dan ukuran tumbesaran dan perkembangan adalah serupa bagi semua
kanak-kanak tetapi kadar pencapaian peringkat tumbesaran bagi setiap kanak-kanak adalah
berbeza. Terdapat satu julat bagi setiap tugas perkembangan untuk berlaku. Walau
bagaimanapun, ianya tidak seragam di dalam diri seseorang individu kanak-kanak.
Contohnya perkembangan intelek seseorang kanak-kanak mungkin maju lebih cepat
daripada perkembangan emosi dan sosialnya.

2.0 Prinsip-prinsip asas dalam Teori sosioemosi Erik-Erikson

a) Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.


b) Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-
keperluan asas.
c) Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu.
d) Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat
berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.

3
e) Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap yang berikut.

2.1 Analisis prinsip-prinsip asas dalam Teori sosioemosi Erik-Erikson yang


mempengaruhi sosioemosi dalam situasi Alia.

Erik Erikson merupakan seorang tokoh Psikologi yang membentuk Teori Psikososial
hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan melalui apa yang yang dipelajarinya melalui
Teori Sigmund Freud. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial.
Terdapat lima prinsip asas dalam Teori Erik-Erikson. Berdasarkan situasi Alia, saya dapat
katakan bahawa Alia tidak memenuhi kelima-lima prinsip asas tersebut.

Berdasarkan prinsip asas Teori Erik- Erikson yang pertama, iaitu manusia
mempunyai keperluan asas yang sama, kita dapat lihat dengan jelas bahawa Alia
mempunyai kekurangan dari segi keperluan asas yang sama seperti rakan-rakan yang lain.
Buktinya, Alia berasal daripada keluarga yang miskin. Hal ini menyebabkan Alia tidak
mampu untuk membeli makanan di kantin seperti rakan-rakan yang lain. Hidupnya seperti
‘kais pagi makan pagi,kais petang makan petang’. Seterusnya, Alia juga memakai pakaian
yang lusuh kerana keadaan keluarganya yang miskin. Tidak seperti rakan-rakan yang lain,
mereka memakai pakaian baru dan bersih ke sekolah setiap hari.

Prinsip asas kedua Teori Erik- Erikson ialah perkembangan individu bergantung
kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Berdasarkan situasi Alia yang
berasal daripada keluarga yang miskin, Alia bertindak balas untuk menjauhkan diri daripada
rakan-rakannya kerana dia sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Alia juga bertindak
balas dengan sering berasa sedih akan keadaan dirinya itu. Hal ini menyebabkan Alia tidak
memenuhi prinsip asas yang kedua ini.

Prinsip asas ketiga Teori Erik-Erikson pula ialah perkembangan manusia mengikut
tahap-tahap tertentu. Hal ini dapat ditentukan mengikut umur. Alia seorang murid yang
berumur 9 tahun. Sepatutnya pada tahap umur ini, Alia bergaul dan bermain dengan rakan-
rakan yang lain tanpa rasa rendah diri. Tetapi pada situasi diatas, Alia melakukan sebaliknya
iaitu dia menyendiri dan tidak mahu bercakap dengan rakan-rakan yang lain.

Prinsip asas yang keempat Teori Erik-Erikson ialah setiap tahap mempunyai konflik
dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap
berikutnya. Berdasarkan situasi Alia, dia tidak memenuhi prinsip yang keempat kerana tidak
berjaya menyelesaikan konflik yang dihadapinya. Pada tahap ini, Alia disisihkan rakan-rakan

4
kerana dia berasal daripada keluarga yang miskin. Alia bertindak untuk mengasingkan diri
dan menjadi pendiam. Hal ini tidak akan menyelesaikan konflik yang sedang dihadapinya.
Sepatutnya, Alia pergi berjumpa dengan guru kaunseling dan menceritakan masalahnya
supaya guru tersbut dapat membantunya menyelesaikan masalah itu.

Prinsip asas kelima Teori Erik-Erikson ialah Kegagalan mengatasi konflik pada suatu
tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikut. Kegagalan Alia menyelesaikan
masalah yang dihadapinya ini boleh menjejaskan akademiknya kerana dia tidak boleh focus
didalam kelas. Selain itu, Alia juga kerap pontang sekolah menyukarkan dia untuk bersaing
di dalam pelajaran dengan rakan-rakan yang lain.

2.2 Lapan peringkat perkembangan Teori Erik-Erikson.

Peringkat Tahap umur Huraian


1. Asas kepercayaan Lahir ke 1 Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat,
lawan asas tahun mendapat kasih sayang dan kepercayaan
ketidakpercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal,
ketidakpercayaan akan timbul.

2. Autonomi lawan 1 – 3 tahun Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini


keraguan tertumpu kepada perkembangan fizikal.
Sekirannya berjaya dan menerima sokongan
menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan
diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu
terhadap keupayaan diri.

3. Inisiatif lawan rasa 4 – 5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif
bersalah untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya
gagal boleh rasa bersalah

4. Industri lawan rasa 6 – 11 tahun Kanak-kanak perlu menguasaikemahiran-


rendah diri kemahiran tertentu di alam persekolahan,
kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan
tiada keupayaan.

5. Identiti lawan 12 – 18 tahun Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam
kekeliruan identiti perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

5
6. Keintiman lawan 18 – 35 tahun Mula membentuk keintiman dalam hubungan,
keasingan menuju ke arah perkhawinan dan membina
kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan
terasing dan tersisih.

7. Generativiti lawan 35 – 65 tahun Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik.


kekakuan Kegagalan membawa kepada perasaan
mementingkan diri sendiri.

8. Integriti lawan 65 ke atas Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya.


kekecewaan Kegagalan membawa kepada kesedihan dan
kekecewaan.

Rajah 1: Lapan peringkat perkembangan Teori Erik-Erikson

2.3 Analisis situasi Alia di peringkat perkembangan Teori Erik-Erikson.

Berdasarkan gambar rajah diatas, peringkat perkembangan Teori Erik-Erikson


terbahagi kepada lapan peringkat. Berdasarkan situasi Alia, dia berada di peringat yang
keempat. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat gambar rajah diatas. Peringkat keempat
adalah tahap umur 6-11 tahun. Jelaslah Alia berada di peringkat keempat kerana dia
berumur 9 tahun.

Peringkat yang keempat ialah tahap ketekunan lawan rasa rendah diri yang berlaku
pada usia 6-11 tahun. Tahap dan daya tenaga kanak-kanak pada usia 6 tahun tinggi dan
mampu menguasai kemahiran fizikal dan sosial. Berdasarkan situasi Alia, dia belum
mencapai tahap mampu menguasai kemahiran sosial dan kemahiran fizikal. Hal ini dapat
dibuktikan dengan sikap Alia yang sering mengasingkan diri dan menjadi pendiam. Dia tidak
berkomunikasi didalam mahupun di luar kelas. Sepatutnya, murid-murid pada umur begini
menjadi peramah dan aktif tidak kira semasa bergaul dengan rakan-rakan mahupun didalam
kelas. Mereka juga kerap bertanyakan soalan kepada guru.

Selain itu, kebolehan berbahasa mereka juga meningkat. Mereka mulai mencapai
tahap operasi konkrit iaitu keupayaan mereka untuk menggambarkan pertalian antara dua
situasi yang berkaitan, memahami proses pembalikan serta berfikiran lojik. Mereka mampu
untuk menyusun idea-idea mengikut urutan dan bersedia untuk menerima pandangan orang
lain. Bahasa mula digunakan dengan jitu dan tepat berdasarkan objek yang konkrit.
Namun, berbeza dengan situasi Alia. Buktinya, dia tidak dapat menyuarakan sebarang

6
pendapat atau idea kerana dia tidak melibatkan diri di dalam kelas. Dia berasa kurang yakin
dengan dirinya kerana keadaan dirinya yang berasal daripada keluarga yang miskin.

Menurut Erikson, pada peringkat ini kanak-kanak perlu menyalurkan tenaga mereka
kepada perkara yang baik.3 Ketekunan mereka mampu dipertingkatkan melalui tugasan
yang bertujuan. Melalui ketekunan, kanak-kanak berkeupayaan untuk melakukan sesuatu.
Peringkat ini merupakan kunci kepada perkembangan sikap yang rajin dan keinginan
melakukan aktiviti yang berfaedah sahaja. Tetapi, berbeza pula dengan situasi Alia. Dia
menjadi seorang murid yang malas belajar. Dia juga kerap ponteng sekolah kerana sering
disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Hal ini menyebabkan dia menjadi rendah diri kerana
kurang diberikan galakan oleh guru kerana sering tidak hadir ke sekolah. Hal ini juga
menjurus kepada kurang keyakinan diri.

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi sosioemosi dan personaliti seorang kanak-


kanak.

3.1 Faktor Pengaruh Persekitaran

Faktor kedua yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak


ialah pengaruh persekitaran. Pengaruh persekitaran termasuk faktor keluarga dan
pengaruh rakan sebaya. Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak
mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian
darah, mereka mempunyai pertalian emosi dan sosial kerana mereka sentiasa mempunyai
hubungan rapat. Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat
dan yakin dan mempunyai ‘self-esteem’ yang tinggi. Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa
juga akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang anak. Kanak-kanak dilahirkan
dalam sebuah keluarga yang mesra dan penuh dengan kasih sayang, mereka akan
mengalami perkembangan emosi yang sihat. Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang
bermasalah seperti keganasan, ibu bapa yang berjudi atau berkaki botol maka ini boleh
mempengaruhi dan menjejaskan pemikiran serta kelakuan seseorang kanak-kanak. Kanak-
kanak tersebut akan berfikiran dan berkelakuan negatif .

3.2 Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-


kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal
ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,
khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak

3
https://www.scribd.com/document/262142760/EDU-3102-Teori-teori-Perkembangan-Sosial-emosi-Kanak-
kanak-Erik-Erikson. Muat turun pada 28 ogos 2016.

7
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek
dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang
bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala
rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak
turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan
oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah
laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

4.0 Analisis faktor yang mempengaruhi sosioemosi dan personaliti Alia

Faktor yang mempengaruhi sosiemosi dan personaliti Alia ialah faktor persekitaran.
Seperti yang dinyatakan diatas, pengaruh persekitaran termasuk faktor keluarga dan
pengaruh rakan sebaya. Hal ini dapat dibuktikan apabila Alia telah disisihkan oleh rakan-
rakan yang lain kerana dia berasal daripada keluarga yang miskin. Perkara ini menyebabkan
emosi Alia menjadi tidak stabil dan dia bertukar menjadi seorang yang pendiam dan mudah
marah. Alia juga tidak lagi bergaul dengan rakan-rakan yang lain dan lebih memilih untuk
menyendiri. Rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari
perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Dalam situasi Alia, perkembangannya
terbantut kerana dia tidak bergaul dengan rakan-rakan yang lain dan sering merendah diri
akan kekurangan dirinya. Hal ini menyebabkan perkembangan intelek,sahsiah, emosi dan
sosialnya tidak mencapai potensi ke tahap optimum. Sewajarnya, pada tahap umur Alia, dia
menjadi seorang yang peramah dan pandai bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Pada
tahap umur begini selalunya kanak-kanak mempunyai ramai rakan kerana mereka hanya
fikirkan keseronokan.

5.0 Analisis faktor yang mempengaruhi personaliti Alia dalam Teori Personaliti
Sigmund Freud

Personaliti manusia mengikut teori psikoanalisis

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2012), personaliti secara ringkasnya adalah
keperibadian atau perwatakan sesorang.4 Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya
personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang.
Psikoanalisis telah membahagikan personaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan
super ego.

5.1 Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)

4
Kamus Dewan Edisi Ketiga . (2012). teori-personaliti-sigmund-freud-erikson. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka

8
Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar.
Id merupakan dorongan fisiologikal yang terletak di peringkat pemikiran bawah sedar.
Melalui id, naluri asas seseorang terbentuk dan ini merupakan tenaga untuk memotivasikan
individu atas prinsip kelazatan atau keseronokkan. Ia dianggap sebagai satu elemen struktur
yang semula jadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri
manusia. Pada situasi Alia, kita dapat lihat bahawa dia seorang yang berfikir di peringkat
bawah sedar. Hal ini dapat dibuktikan apabila dia memilih untuk ponteng sekolah. Dia sering
disisihkan rakan dan hal ini menyebabkan dia tidak dapat motivasikan diri sendiri dengan
mangambil tindakan yang salah.

Id tidak dapat membuat penilaian dan tidak mementingkan logik, nilai, moral atau
etika dan objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan tanpa
mengambil kira akibatnya, undang-undang, dapat sosial atau keperluan orang lain. Id dapat
dilihat dengan jelas melalui kelakuan kanak-kanak kecil yang suka berkelakuan sesuka hati.
Dalam situasi Alia, dia bertindak seperti seorang kanak-kanak kecil. Dia tidak mampu berfikir
dengan logik kesan dan akibat yang akan dihadapinya apabila kerap ponteng sekolah.
Selalunya, pada tahap umur Alia, mereka sudah pandai berfikir dengan logik yangn baik
mahupun yang buruk . merekak juga selalunya sudah boleh buat keputusan sendiri dengan
mengetahui kesan dan akibatnya.

5.2 Ego (Prinsip Realiti)

Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya


mempengaruhi kepada keyakinan dirinya. Ego adalah komponen personaliti yang terbentuk
melalui pengalaman dalam alam realiti. Ego adalah berbeza dengan Id kerana ego
merupakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Selain
itu, Ego tidak wujud semasa kelahiran, tetapi hanya mula terbentuk pada tahun pertama
kehidupan individu di mana kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki oleh id
dapat dipenuhi dengan segera. Jika id tidak dapat memenuhi sesuatu keperluan, ego mula
wujud untuk mencari cara yang rasional untuk mengatasi kekecewaan tetapi secara rasional
dan munasabah. Contohnya: Id memberitahu badan ingin tidur, oleh itu, ego akan mencari
tempat yang sesuai untuk tidur. Hal ini jelas berkaitan dengan situasi Alia kerana id nya tidak
dapat dipenuhi dan ego mula wujud. Buktinya, Alia merasa rendah diri kerana keadaan
keluarganya yang berasal darpada keluarga yang miskin. Alia bertindak menyisihkan diri
daripada rakan-rakan yang lain. Dia berasa malu dan rasa harga dirinya tercalar disebabkan
perkara itu.

5.3 Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)

9
Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita
tentang kebaikan dan keburukan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah
sekiranya kita melakukan kesalahan. Super ego merupakan struktur personaliti yang
beroperasi atas prinsip kesempurnaan dan akan terbentuk serta berkembang sepanjang
hidup kanak-kanak dengan menggabungkan moral dan nilai-nilai masyarakat. Super ego
berfungsi berlandaskan prinsip moral, keagamaan atau prinsip ideal. Super ego akan
mengawal kehendak ego dan memberi penilaian samada tingkah laku yang ditunjuk ego
benar atau salah. Ia juga mengawal segala kehendak id, mempengaruhi ego dalam usaha
mencari jalan memenuhi kehendak id dengan cara yang terbaik bersesuaian dengan cara,
nilai, budaya, kepercayaan, dan agama sesebuah masyarakat. Berdasarkan situasi Alia,
dirinya selalu disisihkan kerana keadaan keluarganya yang miskin. Hal ini menyebabkan dia
menjadi seorang yang pendiam dan mudah marah.

6.0 Analisis faktor yang mempengaruhi personaliti Alia dalam Teori Personaliti
Carl Jung

Menurut Carl Jung (1961), personaliti seseorang individu dapat dikategorikan kepada
tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.5 Ekstrovert merupakan seorang individu yang
lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam. Individu yang mempunyai sifat ini
biasanya terdiri daripada golongan yang agresif atau aktif di mana mereka suka
bersosialisasi dan sering melibatkan diridalam pelbagai aktiviti sosial. Mereka menyokong
kepada perubahan dan bersifatoptimis. Namun mereka ini tidak boleh diharapkan kerana
mereka tidak suka terikat kepada sesuatu keadaan atau peraturan.

Berbeza dengan introvert pula, individu yang mempunyai personaliti ini adalah orang
yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih suka
melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan daripada
orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang
tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang selesa terhadap perubahan tetapi
suka kepada sistem hidup yang teratur atau sistematik. Oleh yang demikian, mereka ini
biasanya selalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Berdasarkan situasi Alia, dia sangat berkaitan dengan personaliti introvert. Hal ini
dapat dibuktikan apabila Alia menjadi seorang yang sensitif dan mudah terasa disebabkan
disisih oleh rakan-rakan yang lain. Alia juga mengambil keputusan untuk menjadi seorang
yang pendiam dan tidak suka bergaul. Di samping itu, Alia juga memilih untuk bersendirian
dan pasif.

5
Hall, Calvin S & Garner Lindzey. Teori-teori Psikodinamik (Klinis), Kanisius. Yogyakarta 1961

10
7.0 Konsep Kendiri

Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep kendiri
ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak.6 Kanak-kanak akan
berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap
perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya
konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif. Konsep kendiri boleh dianggap sudah
menjadi satu perkataan yang biasa diperkatakan oleh orang ramai dalam kehidupan
mereka. Tetapi setakat mana seseorang individu faham dan jelas dengan istilah ini bersama
dengan struktur-strukturnya jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian
dan pendapat oleh ahli-ahli psikologi dan kaunseling berikut.

Konsep kendiri seseorang terdiri daripada 4 struktur utama. Setiap elemen-elemen


ini memainkan peranan yang penting dalam memahami bagaimana konsep kendiri berkait
rapat kepada mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu. Elemen persepsi kendiri
tersebut berkait rapat antara satu sama lain.

7.1 Jenis-Jenis Konsep Kendiri

Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan
konsep kendiri negatif. Berikut akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua
konsep kendiri tersebut.

Konsep Kendiri Positif

Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup
ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai
konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik sama
ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di
persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding
dengan kegagalan. Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai
kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu.

Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi
sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan di terimanya
dengan tenang dan tabah. Selain itu individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya
serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat lebih relak, mudah
berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini sentiasa tenang dan
stabil serta seimbang dari segi emosi.

6
Harter, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons.

11
Konsep Kendiri Negatif

Jika dilihat pula individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam
apa bidang sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di
mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk
serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik
sama ada oleh ibu bapa, guru, rakanrakan dan sesiapa sahaja yang berada di
persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka
biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain.

Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa
dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan
menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat
daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan
yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu
bersosialisasi dengan persekitarannya. Mereka yang tergolong dalam golongan individu
yang mempunyai konsep kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang
mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain
dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang
rendah. Apa yang amat menyedihkan, individu ini amat mudah dipermainkan oleh orang
lain.

7.2 Analisis konsep kendiri dalam situasi Alia

Seperti mana yang kita ketahui seorang individu yang baru dilahirkan masih belum
mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses
berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif. Di sini akan
dibincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif. Konsep
kendiri yang negatif lahir daripada kekurangan hidup seseorang. Dalam situasi Alia, dia
hidup dalam keadaan yang miskin menyebabkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta
kekurangan dalam diri Alia. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang
negatif dalam diri dan akhirnya akan membentuk satu yang di namakan konsep kendiri yang
negatif.

Hubungan rakan yang rendah berbanding dengan rakan lain juga merupakan satu
punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu tersebut
akan berasa rendah diri kerana sering disisihkan. Kekurangan yang dimiliki akan dirasakan
sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti rakan

12
lain. Keadaan ini menyebabkan Alia berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak
berguna kepada orang lain. Alia akhirnya mengambil langkah untuk ponteng sekolah.

8.0 Perkaitan teori sosioemosi dengan teori personaliti terhadap tahap konflik Alia

Perkaitan antara teori sosioemosi dengan teori personaliti terhadap tahap konflik Alia
sangat berkait rapat. Hal ini dapat ditunjukkan melalui teori Erik-Erikson dan juga teori
Sigmund Freud. Teori Identiti Erik Erikson merupakan salah satu teori yang memiliki
pengaruh kuat dalam psikologi. Bersama dengan Sigmund Freud, Erikson mendapat
kedudukan penting dalam psikologi. Hal ini demikian kerana ia menjelaskan tahap
perkembangan manusia mulai dari lahir sehingga lanjut usia. Seperti Sigmund Freud, Erik
Erikson percaya bahawa personaliti yang terbentuk dalam satu siri peringkat.

Aspek pertama yang berkait rapat ialah Sigmund Freud mengatakan bahawa
hubungan segitiga antara anak, ibu dan ayah menjadi landasan yang terpenting dalam
perkembangan keperibadian. Erikson pula menyatakan bahawa hubungan-hubungan yang
penting lebih luas kerana ikut serta peribadi lain yang ada dalam lingkungan hidup yang
langsung pada anak. Hubungan anak dan orang tua melalui pola pengaturan bersama.
Berdasarkan situasi Alia, disebabkan keluarganya yang berasal daripada keluarga yang
miskin menyebabkan perkembangan peribadinya menjadi tidak stabil.Begitu juga
hubungannya dengan rakan-rakan lain. Dia disisihkan daripada rakan-rakan dan mengambil
langkah negatif dengan selalu menyendiri dan menjadi pendiam. Perkaitan ini amat jelas
mementingkan hubungan sesame manusia untuk menjadi landasan terbaik dalam
perkembangan peribadi sesorang.

Aspek kedua yang berkait rapat ialah Sigmund Freud sangat mementingkan id dan
ketidaksedaran. Manakala Erikson pula menonjolkan fungsi ego yang berhubungan dengan
tingkah laku yang nyata. Dalam situasi Alia, konflik yang dihadapinya ialah dia disisihkan
rakan-rakan yang lain. Alia mengambil tindakan bawah sedar iaitu dengan kerap ponteng
sekolah yang berkait rapat dengan id. Dalam teori Erikson pula, Alia mula menjadi pendiam
dan mudah marah. Perkaitan ini menunujukkan Alia berubah sikap negative disebabkan id
dan ego.

13
9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, taraf sosioekonomi keluarga memainkan peranan didalam


pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga
akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anakanaknya.
Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini akan dapat memberikan
pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang
memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan
alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu
yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting di dalam
mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya
mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas
keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh
rakan sebaya mereka. Sama ada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif
ataupun yang negatif.

Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada


perkembangan psikososial ini. Beliau telah memperkenalkan lapan peringkat
perkembangan psikososial dan setiap peringkat adalah saling berkait antara satu sama lain.
Beliau mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan dalam setiap
peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan
atau kegagalan mencapai atau menyelesaikan krisis perkembangan akan menentukan
personaliti individu tersebut pada masa depan.

Menurut Carl Jung (1961), terdapat 3 jenis personaliti iaitu ekstrovert, introvert dan
ambivert.7 Antara ciri-ciri ekstrovert ialah periang, suka berkawan,petah bercakap, peramah,
mudah menyesuaikan diri, bersifat kembara, meminati aktiviti luar dan tahan lasak.
Manakala personaliti introvert pula ialah pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam
aktiviti penulisan, sensitif dan berhati-hati dalam membuat tindakan. Ciri-ciri pelajar ambivert
pula adalah kombinasi ciri-ciri personaliti ekstrovert dan introvert.

Menurut Freud, dalam usaha membentuk personaliti yang diinginkan, didikan dan
layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil perlu diberi perhatian. Oleh itu, ibubapa,
guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu perkembangan kendiri kanak-kanak supaya
mereka dapat mengatasi konflik-konflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.

7
Ibid, ms 17

14
Mereka seharusnya berusaha untuk membantu kanak-kanak untuk mencapai libido yang
berlainan pada peringkat yang berbeza.

Sebagai kesimpulan, personaliti seseorang terbentuk sejak kecil lagi, oleh itu,
ibubapa seharusnya menyediakan persekitaran dan sentiasa bersama dengan kanak-kanak
supaya dapat mengesan keperluan kanak-kanak dengan serta merta. Pengabaian yang
kecil mungkin juga dapat membentuk personaliti yang berlainan walaupun faktor lain dijaga
dengan baik.

10.0 Rujukan

Hall, Calvin S & Garner Lindzey. (1961). Teori-teori Psikodinamik (Klinis), Kanisius.
Yogyakarta .

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,Rafidah Kastawi.(2008) : Perkembangan Kanak-kanak


Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman . hlm. 9.

Harter, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons.

https://www.scribd.com/document/262142760/EDU-3102-Teori-teori-Perkembangan-Sosial-
emosi-Kanak- kanak-Erik-Erikson. Muat turun pada 28 ogos 2016.

Kamus Dewan Edisi Ketiga . (2012). teori-personaliti-sigmund-freud-erikson. Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Ruffin . (2001). prinsip-pertumbuhan-dan-perkembangan. Kuala Lumpur .Ms 5.

15

Anda mungkin juga menyukai