Anda di halaman 1dari 3

PERJANJIAN SEWA RUMAH

Perjanjian ini dibuat pada ….(tarikh).... di antara tuan punya kediaman, Encik/Cik
……….. (No K/P : ……. ) dan penyewa, Encik/Cik ……. (No K/P : ……. )

Perjanjian ini dilakukan sebagai persetujuan di atas perkara-perkara berikut :

1. Perjanjian ini adalah untuk kediaman yang beralamat seperti berikut :

………………………………………………

………………………………………………

………………………………………………

2. Kadar sewa bagi kediaman ini adalah sebanyak RM ……. (Ringgit Malaysia :
………… Sahaja) dan hendaklah dibayar sebelum 5hb setiap bulan. Sebarang
kelewatan selepas tempoh tersebut akan mengakibatkan tuan punya
kediaman berhak untuk meminta pihak penyewa meninggalkan kediaman
tersebut.

3. Perjanjian ini berkuatkuasa selama dua (2) tahun dari tarikh di atas. Setelah
tamat tempoh perjanjian, perjanjian tersebut bolehlah dilanjutkan
bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.
4. Deposit sebelum memasuki kediaman ini adalah sebanyak dua (2) bulan
kadar sewa. Deposit ini akan dikembalikan setelah sebulan notis keluar
diberikan oleh pihak penyewa atau setelah tamat tempoh perjanjian ini
(yang mana dahulu) setelah tuan punya kediaman berpuas hati dengan
keadaan kediaman tersebut sebelum pihak penyewa keluar. Sekiranya
terdapat bil-bil yang tertunggak sebelum pihak penyewa keluar (sekiranya
kurang dari jumlah deposit), maka deposit tersebut akan digunakan untuk
menjelaskan bil tersebut dan bakinya akan dikembalikan. Sekiranya bil yang
tertunggak melebihi jumlah deposit, maka deposit tersebut tidak akan
dikembalikan.

5. Pihak penyewa hendaklah menjelaskan segala bayaran bagi bil elektrik, air
dan penyelenggaraan yang telah digunakan.

6. Segala kerosakan yang kurang dari RM …….. adalah di bawah tanggungjawab


pihak penyewa.

7. Pihak penyewa hendaklah memastikan kediaman tersebut berada di dalam


keadaan baik dan bersih.

8. Segala kegiatan yang menyalahi Undang-Undang Negara adalah dilarang


dilakukan di dalam kediaman ini.
9. Tuan punya kediaman berhak untuk melakukan pemeriksaan mengejut
terhadap kediaman tersebut sekiranya perlu.

10. Sebarang perkara yang tidak terkandung di dalam perjanjian ini perlulah
dirujuk, dibincang dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sehubungan itu, kedua-dua belah pihak dengan ini bersetuju di atas terma-
terma perjanjian ini.

Ditandatangani oleh Disaksikan oleh

………………………………. …………………………………

(Tuan Punya Kediaman) (Saksi)

……………………………………

(Pihak Penyewa)

Anda mungkin juga menyukai