Anda di halaman 1dari 30

1

2
3

APAKAH
BELANJAWANKU?
Panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum
bulanan atas setiap kategori barangan dan
perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah di Malaysia.

Belanjawanku boleh digunakan untuk merancang


perbelanjaan peribadi dan keluarga bagi mencapai
taraf hidup yang baik.

Ia berdasarkan pola perbelanjaan sebenar barangan


dan perkhidmatan oleh isi rumah di Lembah Klang.

TARAF HIDUP YANG BAIK


adalah...
Mempunyai wang yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan asas
Melibatkan diri dalam aktiviti komuniti
serta meluangkan masa bersama keluarga
dan rakan
Menjalani kehidupan yang bermakna dan
bermatlamat
4

Bagaimanakah Menggunakan
BELANJAWANKU?
Pilih kategori isi rumah anda.

Semak anggaran perbelanjaan untuk kategori


isi rumah anda.

Gunakan anggaran perbelanjaan sebagai


panduan untuk perbelanjaan bulanan dan
peribadi.

Rujuk anggaran perbelanjaan bagi


kategori isi rumah yang lain untuk
perancangan kewangan masa depan.

“Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk


membiayai bukan hanya keperluan asas malah boleh
melibatkan diri dalam masyarakat untuk kehidupan
“ 
yang lebih baik dan bermartabat
Sumber : Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial, 2018
5

BUJANG
(PENGGUNA KENDERAAN AWAM)

PASANGAN BUJANG
WARGA EMAS (PEMILIK KERETA)

SAYA
ADALAH...

PASANGAN BERKAHWIN PASANGAN BERKAHWIN


(DUA ORANG ANAK) (TIADA ANAK)

PASANGAN BERKAHWIN
(SEORANG ANAK)
6

BUJANG
(PENGGUNA KENDERAAN AWAM)

RM1,870

PASANGAN BUJANG
WARGA EMAS (PEMILIK KERETA)

RM3,090 RM2,490
SETIAP
BULAN SAYA
MEMERLUKAN
SEBANYAK...

PASANGAN BERKAHWIN PASANGAN BERKAHWIN


(DUA ORANG ANAK) (TIADA ANAK)

RM6,620 RM4,420

PASANGAN BERKAHWIN
(SEORANG ANAK)

RM5,730
7

PENGLIBATAN MAKANAN
SOSIAL

PERBELANJAAN TEMPAT
PILIHAN TINGGAL
SAYA
SELALU
BERBELANJA
PENJAGAAN
BASKET UNTUK...
PENGANGKUTAN
ANAK

PERBELANJAAN KESIHATAN
KHUSUS

UTILITI PENJAGAAN DIRI


8

Berapakah
Anggaran
Perbelanjaan
Saya?
9

BELANJAWANKU untuk

BUJANG
(PENGGUNA KENDERAAN AWAM)
Anggaran Perbelanjaan/bulan

RM1,870

Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti

RM550 RM300 RM30 RM200 RM100

Penjagaan Perbelanjaan Penglibatan Perbelanjaan


Simpanan Diri Khusus Sosial Pilihan

RM250 RM70 RM90 RM150 RM130


10

BELANJAWANKU untuk

BUJANG
(PEMILIK KERETA)
Anggaran Perbelanjaan/bulan

RM2,490

Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti

RM550 RM300 RM30 RM770 RM100

Penjagaan Perbelanjaan Penglibatan Perbelanjaan


Simpanan Diri Khusus Sosial Pilihan

RM250 RM70 RM140 RM150 RM130


11

BELANJAWANKU untuk

PASANGAN
BERKAHWIN
(TIADA ANAK)
Anggaran Perbelanjaan/bulan

RM4,420
Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti

RM870 RM870 RM70 RM1,020 RM290

Penjagaan Perbelanjaan Penglibatan Perbelanjaan


Simpanan Diri Khusus Sosial Pilihan

RM400 RM100 RM300 RM200 RM300


12

BELANJAWANKU untuk

PASANGAN
BERKAHWIN
(SEORANG ANAK)
Anggaran Perbelanjaan/bulan

RM5,730
Penjagaan
Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti Anak

RM1,300 RM870 RM100 RM1,030 RM300 RM650

Penjagaan Perbelanjaan Penglibatan Perbelanjaan


Simpanan Diri Khusus Sosial Pilihan

RM400 RM120 RM340 RM240 RM380


13

BELANJAWANKU untuk

PASANGAN
BERKAHWIN
(DUA ORANG ANAK)
Anggaran Perbelanjaan/bulan

RM6,620
Penjagaan
Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti Anak
RM1,550 RM870 RM120 RM1,040 RM310 RM1,150

Penjagaan Perbelanjaan Penglibatan Perbelanjaan


Simpanan Diri Khusus Sosial Pilihan
RM400 RM140 RM400 RM250 RM390
14

BELANJAWANKU untuk

PASANGAN
WARGA EMAS
Anggaran Perbelanjaan/bulan

RM3,090

Makanan Tempat Tinggal Kesihatan Pengangkutan Utiliti

RM850 RM700 RM130 RM500 RM290

Penjagaan Perbelanjaan Penglibatan Perbelanjaan


Diri Khusus Sosial Pilihan

RM90 RM230 RM170 RM130


15
Apakah Kegunaan Belanjawanku?

MEMAHAMI MERANCANG
Keperluan Anggaran
kewangan saya perbelanjaan saya
Tabiat Peruntukan wang
perbelanjaan saya untuk simpanan dan
Kemampuan kecemasan
perbelanjaan saya
Matlamat kewangan
jangka pendek dan

BAS-
panjang

SUPAYA SAYA BOLEH...

Menguruskan perbelanjaan
dengan cermat
Membuat keputusan yang bijak
bersesuaian dengan keperluan
Mengukuhkan kedudukan
kewangan saya
16

Ingin Tahu
Lebih Lanjut
Tentang
Belanjawanku?
17
BELANJAWANKU
Belanjawan Rujukan Untuk Rakyat Malaysia

Pengenalan
Belanjawan rujukan ialah anggaran perbelanjaan ke atas kumpulan barangan dan
perkhidmatan yang dianggap perlu untuk mencapai taraf hidup yang baik. Belanjawan
rujukan biasanya dianggarkan untuk keperluan pelbagai kategori individu dan keluarga.
Tidak seperti pengiraan pendapatan garis kemiskinan, belanjawan rujukan tidak menentukan
taraf kemiskinan individu atau keluarga. Selain daripada perbelanjaan keperluan asas,
pengiraan belanjawan rujukan juga merangkumi perbelanjaan yang membolehkan
individu atau keluarga menjalani kehidupan yang bermartabat dan bergiat aktif dalam
masyarakat. Ianya merupakan perbelanjaan minimum yang diperlukan bukan sahaja untuk
kelangsungan hidup, malah menyumbang kepada masyarakat.

Memandangkan perbelanjaan rujukan ini merupakan panduan yang berguna untuk


pelbagai pihak, Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), Universiti Malaya telah
memulakan satu program penyelidikan yang bertujuan untuk mengumpul “Belanjawan
Rujukan untuk Rakyat Malaysia”, atau Belanjawanku. Penerbitan ini merupakan hasil
pertama kajian tersebut. Belanjawanku adalah kompilasi terperinci perbelanjaan minimum
bulanan bagi pelbagai kumpulan barangan dan perkhidmatan oleh isi rumah yang berbeza,
untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik. Kajian ini adalah berdasarkan pola perbelanjaan
sebenar individu dan keluarga di Lembah Klang. Ianya boleh dijadikan panduan untuk
perbelanjaan dan perancangan kewangan bulanan.

Apakah Yang Terkandung Dalam Belanjawanku


Bagi menghasilkan Belanjawanku, SWRC telah mengenalpasti keperluan perbelanjaan asas
iaitu makanan, tempat tinggal, utiliti, pengangkutan, penjagaan anak, penjagaan diri, dan
kesihatan untuk kategori isi rumah yang berbeza. Anggaran perbelanjaan ini juga termasuk
purata bulanan perbelanjaan untuk penglibatan sosial, perayaan atau menghadiri majlis
18
perkahwinan dan pengebumian; perbelanjaan khusus untuk penyelenggaraan kenderaan,
pakaian atau bayaran ansuran perabot atau perkakasan; perbelanjaan pilihan seperti
insuran, percutian atau pemberian kepada ibubapa; dan simpanan.

Bagi menganggarkan jumlah perbelanjaan ke atas setiap kategori, SWRC telah menjalankan
kaji selidik perbelanjaan isi rumah dan tinjauan harga barangan dan perkhidmatan melalui
katalog, internet, dan di premis perniagaan, dari bulan Julai 2017 sehingga Julai 2018. Purata
harga diambilkira daripada sumber yang berbeza, dan jika terdapat perbezaan harga yang
ketara, titik harga pada paras 25 peratus lebih tinggi daripada harga terendah digunakan.

SWRC juga mengadakan perbincangan kumpulan sasaran bersama ahli akademik, wakil
KWSP, AKPK, EPU, Majlis Perundingan Gaji Negara, BNM, serta NGO, pakar industri, pakar
daripada institusi kewangan, dan individu rujukan daripada isi rumah yang berbeza.
Perbincangan tersebut juga mengambilkira data yang diperolehi daripada Kaji Selidik
Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, Jabatan Perangkaan Malaysia dan BNM.
Memandangkan terdapat kepelbagaian sumber dan pertambahan perbelanjaan asas
oleh isi rumah, Belanjawanku memberikan rujukan alternatif kepada Pendapatan Garis
Kemiskinan, dan ianya lebih bersesuaian dengan taraf hidup yang diimpikan oleh rakyat
Malaysia.

Rumusan Hasil Kajian


Individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam, menyewa sebuah bilik di
Lembah Klang, dan tiada simpanan, memerlukan sebanyak RM1,620 sebulan. Anggaran
ini termasuk perbelanjaan keperluan asas, penglibatan sosial, dan perbelanjaan pilihan.
Bagi individu bujang yang memiliki sebuah kereta pula, perbelanjaan yang diperlukan
meningkat sebanyak 38 peratus kepada RM2,240 sebulan. Mengambilkira keperluan untuk
menyimpan, jumlah perbelanjaan meningkat sebanyak RM250 kepada RM2,490. Jumlah
tersebut adalah mencukupi untuk mereka menjalani hidup yang baik, menyumbang kepada
masyarakat, dan mempunyai simpanan untuk masa kecemasan.

Untuk mengekalkan taraf hidup yang baik, pasangan berkahwin memerlukan perbelanjaan
minimum sebanyak RM4,420, dengan beranggapan pasangan tersebut menyewa atau
memiliki sebuah rumah. Dengan kehadiran seorang anak, perbelanjaan yang diperlukan
meningkat hampir 30 peratus atau RM1,310 kepada RM5,730. Manakala perbelanjaan yang
diperlukan untuk pasangan yang mempunyai dua orang anak adalah sebanyak RM6,620,
peningkatan RM2,200 atau hampir 50 peratus lebih tinggi daripada pasangan tanpa anak.
Belanjawanku mengambilkira perbelanjaan untuk pusat penjagaan anak, lampin pakai
19
buang, susu dan makanan bayi, yuran tuisyen, dan duit poket. Di samping perbelanjaan
penjagaan anak, perbelanjaan sedia ada yang lain terutamanya makanan, akan meningkat
dengan ketara apabila pasangan mempunyai anak.

Belanjawanku juga menganggarkan perbelanjaan bulanan untuk pasangan warga emas


adalah sebanyak RM3,090. Perbelanjaan pasangan warga emas bagi kebanyakan kategori
perbelanjaan adalah lebih rendah berbanding isi rumah yang lain, kecuali untuk perbelanjaan
kesihatan. Mereka juga mempunyai kurang keperluan untuk menyimpan.

Perbandingan Belanjawanku Dengan Pendapatan


Sebenar
Belanjawanku bukan sahaja menunjukkan jumlah minimum penggunaan yang diperlukan
individu untuk hidup dengan selesa, ia juga menggambarkan tahap minimum pendapatan
yang diperlukan oleh pelbagai isi rumah. Pada jumlah perbelanjaan RM1,620, pendapatan
minimum yang diperlukan oleh individu bujang yang tinggal di Lembah Klang adalah lebih
tinggi berbanding kadar gaji minimum iaitu RM1,100. Walau bagaimanapun, ia adalah lebih
rendah berbanding gaji median iaitu RM2,580 di Selangor dan RM2,650 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, anggaran perbelanjaan Belanjawanku untuk keluarga yang mempunyai
anak kekal lebih rendah berbanding pendapatan purata isi rumah yang dilaporkan pada
tahun 2016, di mana pendapatan median isi rumah Selangor (bandar) dilaporkan sebanyak
RM7,443 dan di Kuala Lumpur adalah sebanyak RM7,620. Walaupun Belanjawanku berfungsi
sebagai panduan untuk perbelanjaan minimum yang diperlukan, adalah penting untuk
mempunyai lebihan pendapatan bagi menikmati kehidupan yang lebih baik seperti memiliki
rumah yang lebih selesa apabila keluarga berkembang atau melabur dalam pendidikan
anak-anak mereka.

Walau bagaimanapun, perbelanjaan minimum yang diperlukan oleh pasangan warga emas
adalah sebanyak RM3,090 atau purata sebanyak RM1,545 untuk seorang, adalah jauh
lebih tinggi daripada andaian RM1,000 sebulan yang digunakan oleh KWSP untuk mengira
simpanan asas bagi setiap pesara. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak perhatian dan
tumpuan perlu diberikan agar setiap isi rumah mempunyai simpanan yang cukup untuk
persaraan. Ini adalah benar kerana dengan andaian kurang daripada RM1,000 sebulan,
lebih daripada separuh ahli KWSP yang menghampiri umur pengeluaran tidak mencapai
tahap minimum ini.
20
Salah satu rumusan utama daripada penyelidikan terperinci Belanjawanku adalah selain
daripada perbelanjaan makanan, sebahagian besar perbelanjaan isi rumah di Malaysia
adalah tertumpu kepada pengangkutan peribadi. Bagi individu bujang dan berkahwin (tiada
anak), perbelanjaan bagi sebuah kereta atau motosikal sebenarnya melebihi perbelanjaan
untuk makanan. Ini menunjukkan bahawa peningkatan penggunaan dan penyediaan
pengangkutan awam akan dapat meringankan kos hidup, dan memberi peluang kepada isi
rumah memenuhi aspirasi mereka.

Masa Depan Belanjawanku


Belanjawanku boleh digunapakai oleh pelbagai pihak. Bagi penggubal dasar dan penyelidik
misalnya, Belanjawanku boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengukur keberkesanan
perubahan dasar (seperti gaji minimum dan faedah sosial), dan menilai kesan atau pengaruh
luaran ke atas taraf hidup. Bagi orang awam, Belanjawanku dapat
digunakan sebagai panduan untuk perancangan
kewangan dan perbelanjaan, dan bagi perusahaan, ia
dapat digunakan sebagai tanda aras penentuan gaji.
Dengan pelbagai penggunaan ini, Belanjawanku
adalah alat yang sangat berguna kepada penggubal 50

dasar, NGO, syarikat, dan rakyat Malaysia secara 40

keseluruhan, dalam membuat keputusan berkaitan 30

dasar dan kewangan.


20

Atas dasar ini, di bawah program Belanjawanku, 10

SWRC dari semasa ke semasa akan menerbitkan


anggaran perbelanjaan yang disemak semula
dengan perubahan harga dan pilihan perbelanjaan 03 04

isi rumah. Seiring dengan arus pembangunan di


Malaysia, diharap Belanjawanku dapat menjadi
panduan dalam mencapai impian dan aspirasi
rakyat untuk masa depan yang lebih baik.

05
5
08
21
KAEDAH KAJI SELIDIK & PENGUMPULAN DATA
Tempoh Kajian : Julai 2017 – Julai 2018
Lokasi Kajian : Lembah Klang

DATA PRIMER

PERBINCANGAN KAJI
Soalan
KAJI
SELIDIK
Kumpulan Sasaran
SELIDIK Individu rujukan dari isi
rumah yang berlainan Harga
Soalan
berstruktur Wakil agensi - KWSP, AKPK,
Dari katalog,
EPU, Majlis Perundingan
internet,
Gaji Negara, BNM, NGO
dan premis
Pakar industri dari institusi perniagaan
kewangan sebenar
Ahli akademik
22

Perkhidmatan Pasangan memiliki


KESIHATAN AWAM sebuah KERETA DAN
MOTOSIKAL

PENDIDIKAN Purata jarak


sekolah rendah dan perjalanan ke
menengah AWAM tempat kerja
adalah 30KM

Andaian Asas
BELANJAWANKU

Tempat tinggal Secara amnya,


individu bujang setiap individu
berdasarkan adalah SIHAT
SEWA BILIK

Tempat tinggal untuk Setiap individu


pasangan berdasarkan MAMPU untuk
PINJAMAN PERUMAHAN membuat keputusan
atau KADAR SEWA (yang yang waras
mana lebih rendah)
23
DATA SEKUNDER

DOKUMEN
Yang Diterbitkan
Data daripada DOSM dan BNM
PUBLISHED Kaji selidik Perbelanjaan dan Pendapatan
(HES & HIS)
Data harga daripada KPDNHEP, LKIM, FAMA,
dan agensi berkaitan

PENGHASILAN BELANJAWANKU

KRITERIA
Harga
Purata harga
Titik harga pada paras 25% lebih tinggi
daripada harga terendah, yang mana
berkenaan
Harga tawaran/diskaun tidak diambil kira
Harga terpakai semasa tempoh kaji selidik
24 KLANG VALLEY • 2019

Pesanan daripada

Naib Canselor UM
Celik kewangan merupakan faktor
penentu untuk kesejahteraan rakyat, yang
menyumbang kepada kestabilan kewangan
negara dan peningkatan mobiliti ekonomi.
Dengan kerjasama aktif bersama KWSP,
Universiti Malaya akan terus mempromosikan
pendidikan kewangan untuk meningkatkan
keupayaan rakyat dalam aspek
pengendalian kewangan.

Belanjawanku boleh digunakan


sebagai petunjuk kos sara hidup
rakyat Malaysia serta sebagai
panduan dalam menguruskan
kewangan peribadi mereka ke arah
menjalani kehidupan yang bahagia
dan bermakna.
Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hj. Hashim
Naib Canselor
Universiti Malaya
KLANG VALLEY • 2019 25
Pesanan daripada

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP


Walaupun wang bukanlah segalanya (ia pasti tidak dapat membeli
kebahagiaan dan kesihatan yang berkekalan), namun ia adalah
komponen penting dalam menentukan kualiti hidup seseorang.
Wang hendaklah digunakan dengan cara dan tujuan yang betul,
dan ini boleh dicapai melalui pemahaman dan pengetahuan
yang jelas dalam hal kewangan.
Belanjawanku adalah hasil daripada kajian dan
tinjauan terperinci yang dijalankan oleh KWSP dan
SWRC, dan ia merupakan panduan yang sangat
berguna dalam membantu anda membuat
pilihan perbelanjaan yang betul.
Belanjawanku menyediakan garis panduan yang
komprehensif mengenai peruntukan pendapatan ke
atas pelbagai perbelanjaan seperti keperluan asas
(tempat tinggal, pengangkutan, makanan dan
utiliti) dan hiburan serta perbelanjaan unik rakyat
Malaysia seperti balik kampung dan pemberian
ang pow. Di samping itu, Belanjawanku juga
memberi cadangan mengenai jumlah yang perlu
anda sediakan untuk simpanan dan bayaran balik
pinjaman serta perbelanjaan kecemasan.
Kami berharap maklumat yang diberikan
dalam Belanjawanku boleh digunapakai dan
realistik dalam membantu anda menguruskan
perbelanjaan. Kami percaya perbelanjaan yang
terancang akan membantu anda dan keluarga
ke arah kesejahteraan kewangan. Nantikan
pelbagai panduan dan perkhidmatan yang akan
diperkenalkan oleh KWSP untuk membantu anda
mencapai kehidupan yang lebih bermakna dan
bermatlamat.

Tunku Alizakri Alias


Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
26

Glosari
27
AKPK Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

Anggaran Perbelanjaan Anggaran amaun berdasarkan perbincangan kumpulan


sasaran dan kaji selidik harga

BNM Bank Negara Malaysia

Belanjawanku Anggaran perbelanjaan bulanan bagi keperluan asas, aktiviti


sosial, dan item pilihan yang membolehkan seseorang individu
atau sebuah keluarga berada dalam taraf kehidupan selesa
dan bermakna

DOSM Jabatan Perangkaan Malaysia

EPU Unit Perancangan Ekonomi

FAMA Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

Keperluan Asas Termasuk makanan, tempat tinggal, pengangkutan, utiliti,


kesihatan, penjagaan diri, penjagaan anak dan perbelanjaan
tahunan

Kesihatan Termasuk rawatan penyakit biasa dan kecederaan kecil,


pencegahan kehamilan, penjagaan mulut/gigi, dan kit
pertolongan cemas

KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KPDNHEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal


Pengguna

LKIM Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia


28
Makanan Perbelanjaan untuk makanan adalah berdasarkan
pengambilan nutrisi yang disyorkan oleh Malaysian Dietary
Guideline (2010), yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia

NGO Organisasi bukan kerajaan

Pasangan Warga Emas Pasangan berumur 60 tahun atau lebih

Penjagaan Anak Termasuk pakaian, kasut, pengasuh bayi, lampin, susu dan
makanan bayi, duit poket dan yuran tuisyen (kelas tambahan
atau kelas agama)

Penjagaan Diri Termasuk kebersihan tangan, mulut dan badan, tuala wanita,
peralatan mencukur, penjagaan rambut dan kulit dan
peralatan bilik mandi

Perbelanjaan Pilihan Termasuk insuran hayat, kesihatan, kemalangan dan hartanah,


sukan dan permainan, percutian, yuran keahlian, dan derma
kepada institusi keagamaan atau kebajikan

Pengangkutan Awam Termasuk tambang bas, LRT, MRT dan Komuter

Pengangkutan Peribadi Pemilikan kereta 1000cc dan motosikal 110cc serta minyak, tol
dan bayaran tempat letak kereta

Penglibatan Sosial Termasuk sambutan perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan Krismas), menghadiri majlis perkahwinan, doa
selamat, pengebumian, atau majlis/upacara keagamaan lain,
sambutan kelahiran, ulang tahun perkahwinan dan hari jadi

Perbelanjaan Khusus Perbelanjaan untuk pakaian dan kasut, perabot dan


peralatan rumah, yuran pendaftaran sekolah/tadika, dan
29
penyelenggaraan kenderaan, cukai jalan dan insuran. Item ini
diperuntukkan dalam purata bulanan.

PRS Skim Persaraan Swasta

Simpanan Amaun purata seperti yang dilaporkan oleh peserta


Perbincangan Kumpulan Sasaran sebagai tambahan kepada
caruman KWSP/PRS

SWRC Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial

Tempat Tinggal Kadar sewa bagi individu bujang diperolehi daripada


beberapa daerah dan berdasarkan harga daripada www.
mudah.my, www.ibilik.com, dan Laporan Rancangan Struktur
Negeri Selangor 2023 (2010). Harga hartanah milik individu
berpasangan dan keluarga adalah merujuk kepada hartanah
kos rendah dan sederhana P1RMA dan RUMAW1P kurang
daripada RM200,000

Utiliti Termasuk telefon bimbit, saluran televisyen berbayar, internet,


air dan elektrik
30

Anda mungkin juga menyukai