Anda di halaman 1dari 7

KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Membawa dulang beralas sutera


Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan


Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama


Kemenangan diidam menjelma lagi 
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Terbang helang di hujung salang,


Hinggap berdua di dahan sena
Guru cemerlang negara terbilang
Menjunjung setia seiring tema

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Adat nan baharu berubah-ubah


Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Rotan melilit tepian pokok


Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Rotan melilit tepian pokok


Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan pengetua selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Nasi beriyani menu utama


Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati
Satu Malaysia Satu Bangsa
Perpaduan disemai demi pertiwi

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai


Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam

Terbang helang di hujung salang,


Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Batu feringgi pantainya indah


Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA..DAN SALAM SEHATI SEJIWA.

Selamat datang kami ucapkan


Kepada rombongan sekalian
DI SK Seremban 2A kita dipertemukan
Semoga sillahturahim dapat dijalankan

Pergi ke Pahang ke pantai Peramu


Membawa bekal kuih cara
Hari ini kita bertemu
Moga kekal menjalin mesra.

YANG BERUSAHA PN FUZIAH BT ABDUL MALEK GURU BESAR CEMERLANG SEKOLAH


KEBANGSAAN 2A, ______________________________________________,KETUA
ROMBONGAN ___________________________________________________
YANG DIHORMATI PEGAWAI _______________________________________
__________________________________________________________________
____, BARISAN GURU PENOLONG KANAN SK KEBANGSAAN 2A, AHLI-AHLI
ROMBONGAN YANG DIRAIKAN SERTA GURU-GURU YANG DIKASIHI SEKALIAN...

ALHAMDULILLAH ,SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH


IZINNYA JUA ,KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL DI PAGI INI. SELAMAT
DATANG DIUCAPKAN DAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI
ROMBONGAN IAITU GURU DAN PELAJAR
_____________________________SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN

Semenanjung Malaysia aman sentosa


Orang seberang pun sama
Dengan tiada melengahkan masa
kita mulakan aturcara pertama

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN
LIMPAH KURNIANYA,MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH
MEMOHON RESTU AGAR PERKONGSIAN ILMU ANTARA KITA DI BERKATI.
UNTUK ITU MAJLIS MENJEMPUT USTAZ MOHD AKRAMIN BIN ISHAK UNTUK
MEMBACAKAN DOA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ATAS BACAAN DOA SEBENTAR
TADI.SEMOGA MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN ROBBUL IZZATI.

UNTUK MENERUSKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI,MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PN FUZIAH BT ABDUL MALEK
GURU BESAR CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN TAKLIMAT
BERKENAAN DENGAN SK SEREMBAN 2A
.MAJLIS MEMPERSILAKAN...

Bersarang terkukur di daun palas


burung kelicap di daun selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN GURU BESAR ATAS UCAPAN ALU-ALUAN DAN
TAKLIMAT YANG TELAH DISAMPAIKAN..

Anak dara duduk dibendang 


Tidak lupa  padi ditampi
Ilmu yang baik jadikan teladan
Segala yang buruk letak ke tepi.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT


__________________________________________________________ UNTUK
MENYAMPAIKAN SEDIKIT UCAPAN. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA


____________________________________ATAS UCAPAN ITU TADI.

HADIRIN DIHORMATI SEKALIAN..

Jangan kita bersikap malas


Buangkan juga sifat berangan
Kami memberi tidak minta di balas
Hanya umtuk kenang-kenangan..

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PN FUZIAH BT ABDUL MALEK GURU BESAR


CEMERLANG SK SEREMBAN 2A UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA
_____________________________________________________________
DENGAN HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN GURU BESAR ATAS PENYAMPAIAN


CEDERAMATA ITU TADI.

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian cenderamata selesai sudah
Persembahan murid menyusul pula
HADIRIN sekalian, persembahan hari ini dimulakan dengan

DENGAN PERSEMBAHAN ITUTADI,MAKA SELESAI SUDAH TAKLIMAT RINGKAS


DARIPADA KAMI SK SEREMBAN 2A .SEKALI LAGI, PIHAK SK SEREMBAN 2A
MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH
KERANA MEMILIH SEKOLAH KAMI ANTARA DESTINASI LAWATAN.

Nasi lemak buah bidara


Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
Apa yang kurang di caci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan

DIJEMPUT SEMUA HADIRIN UNTUK SESI LAWATAN DAN AKTIVITI SETERUSNYA.

SEKIAN.TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai