Anda di halaman 1dari 3

1

1. Cara-cara menjadi murid cemerlang


2. Kepentingan komputer kepada murid

***************************************************************************************

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara
menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan diri sendiri supaya kita hidup dalam keadaan yang sihat
sejahtera. Ada beberapa cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang utama ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Contoh menjaga kebersihan diri
ialah seperti mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, memakai pakaian yang bersih serta memastikan
kawasan sekeliling rumah bersih
.Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Kita mestilah
makan makanan yang mempunyai vitamin dan mineral yang tinggi. Kita tidak perlu mengambil makanan
ringan atau makanan segera kerana makanan ini tidak menjamin kesihatan yang sempurna.
Malah, aktiviti bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang baik. Senaman boleh mengeluarkan
peluh. Oleh itu toksik di dalam badan dapat dikluarkan.Ini dapat mengelakkan jangkitan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal. Segala nasihat
doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan
penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menjimatkan kos perubatan seseorang itu tetapi
memberikan satu kehidupan yang sejahtera kepada diri dan keluarga.

***************************************************************************************

Cara-cara Mengisi Masa Lapang

Setiap orang ada masa lapang atau masa senggang masing-masing. Masa lapang yang diisi dengan
baik pasti mendatangkan faedah kepada kita. Oleh itu , kita perlu merancang aktiviti dengan bijak.

Antara cara mengisi masa lapang adalah dengan membaca buku.  Membaca buku akan
menambahkan ilmu pengetahuan dan kita pastinya  tidak  dianggap seperti katak di bawah tempurung.
Selain itu dengan membaca pelbagai bahan bacaan yang lain, kita dapat menambahkan perbendaharaan kita.

Seterusnya, kita juga boleh  menggunakan masa lapang dengan beriadah. Beriadah dapat
menyihatkan badan. Apabila badan kita sihat , otak kita akan menjadi cerdas.

Berkebun sayur juga merupakan aktiviti yang amat berfaedah.  Selain dapat mengeluarkan peluh,
kita juga mendapat kebaikan daripada tanaman yang ditanam.  Kita dapat menjimatkan perbelanjaan kerana
tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar.

Mengumpul setem juga merupakan aktiviti yang berfaedah dilakukan pada masa lapang. Kita akan
mengetahui adat budaya masyarakat di negara lain serta menambahkan kenalan daripada pelbagai bangsa.

Oleh itu , kita haruslah menghargai masa lapang kerana masa itu emas.Karangan Fakta : Faedah
Bergotong-Royong
2

Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan bergotong-
royong.

                Antara faedah bergotong-royong ialah kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih
cepat.

                Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa
bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga
dapat menambah kenalan.

                Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita melakukan
aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan dewan orang ramai, sudah tentu kita mengeluarkan peluh.
Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada dihidapi penyakit.

                Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan ini, kita
dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah contohnya bergaul dengan budak
nakal.

Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Oleh itu, semangat bergotong-royong
ini harus dipupuk sejak kecil lagi kerana amalan ini mendatangkan banyak faedah kepada kita.

***************************************************************************************

Kelebihan Belajar Secara Berkumpulan

      Belajar secara berkumpulan bermaksud belajar dalam kumpulan yang terdiri daripada dua hingga lima
orang. Kita boleh belajar secara kumpulan di dalam dan luar kelas. Aktiviti belajar secara berkumpulan
boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

        Terdapat banyak kelebihan belajar secara berkumpulan. Antaranya adalah kita boleh mendapat banyak
ilmu pengetahuan. Ramai orang dapat memberi banyak idea. Contohnya sekiranya terdapat lima orang
murid belajar dalam satu kumpulan ini bermakna kita akan dapat lima idea yang berbeza. Oleh itu, idea yang
kita peroleh boleh digunakan untuk membantu kita dalam pelajaran.

           Selain itu, belajar secara berkumpulan juga dapat menghilangkan rasa bosan. Ini kerana semasa
belajar dengan rakan-rakan, kita akan lebih berkomunikasi. Secara tidak langsung kita dapat belajar cara
berkomunikasi dengan betul.

            Seterusnya, belajar secara berkumpulan, kita dapat mengisi masa lapang dan mengelakkan diri dari
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan ini kita dapat berbincang soalan-soalan berbentuk
peperiksaan.
3

              Di samping itu juga, kita dapat melatih diri bertolak ansur dengan rakan-rakan. Ini kerana kita perlu
belajar menghormati pendapat rakan-rakan. Secara tidak langsung kita dapat mengeratkan hubungan dengan
rakan.

              Sebagai kesimpulannya belajar berkumpulan mendatangkan banyak faedah. Oleh itu, semua murid
seharusnya belajar bersama-sama rakan sebaya.

***************************************************************************************

Faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar

Kebanyakan sekolah sering mengadakan lawatan sambil belajar melalui persatuan, kelab dan
sebagainya. Lawatan ini biasanya dianjurkan ke tempat-tempat (1)________________, pusat-pusat pameran
dan juga tempat-tempat yang menarik. Kebiasaannya murid-murid dibawa ke tempat lawatan dengan
menaiki bas yang (2)_______________khas.

Antara faedah mengikuti lawatan sambil belajar ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Sebagai
contoh, jika kita melawat ke Pusat Sains Negara, kita akan memperoleh banyak (3)__________________
tentang ilmu sains dan teknologi. Secara tidak langsung, kita dapat menggunakan pengetahuan tersebut
dalam mata pelajaran Sains ketika (4)___________________ di dalam kelas.

Selain itu, kita akan dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti (5)________________
sekiranya kita tidak mengikuti lawatan, kita mungkin akan membuang (6)___________________ dengan
menonton televisyen sahaja atau menghabiskan masa bermain permainan video. Hal ini sudah pasti akan
menyebabkan masa kita akan terbuang dengan (7) _________________.

Seterusnya kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan rakan-rakan. Melalui
sesebuah lawatan, kita akan (8) __________________ dan bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini sudah
pasti akan mewujudkan (9) __________________ yang lebih mesra dalam kalangan rakan yang berlainan
kelas dan (10) _____________________.

Mengikuti lawatan sambil belajar juga dapat menenangkan fikiran. Contohnya jika kita melawat ke
tempat-tempat peranginan. Suasana yang mendamaikan ini dapat (11) __________________ otak kita
setelah penat belajar. Keindahan alam semula jadi tentu membantu menghilangkan stress.

Kesimpulannya, mengikuti lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang banyak membawa faedah
kepada diri kita. Oleh itu, jika ada (12)_________________ janganlah melepaskan peluang untuk mengikuti
lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

kesempatan merehatkan bersejarah disewa berfaedah berkomunikasi


hubungan aliran pengetahuan pembelajaran sia-sia masa

Anda mungkin juga menyukai