Anda di halaman 1dari 6

https://www.scribd.

com/document/27424311/Kemahiran-mendengar

http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/kemahiran-mendengar.html

http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/definisi-dan-konsep-kemahiran-
mendengar.html

https://www.slideshare.net/niknoorlyhanikmohamad/seni-dalam-pendidikan-33434288

https://www.slideshare.net/amranaris67/modul-seni-dalam-pendidikan

https://www.academia.edu/25030067/seni_dalam_pendidikan

https://www.slideshare.net/ayashi_chan/topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan

(mengenai teori tokoh seni)

https://www.slideshare.net/ayashi_chan/topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan

https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-seni.html pengertian seni menurut ahli

1. Aristoteles
Menurut Aristoteles, pengertian seni adalah suatu bentuk ungkapan dan penampilan yang tidak pernah
menyimpang dari kenyataan, dan seni itu meniru alam.
2. Plato
Menurut Plato, pengertian seni itu adalah hasil tiruan alam dan segala isinya (ars imitator naturam).
3. Herbert Read
Menurut Herbert Read, pengertian seni adalah ekspresi dari penuangan hasil pengamatan dan
pengalaman yang dikaitkan dengan perasaan, aktivitas fisik dan psikologis ke dalam bentuk karya.
4. Thomas Munro
Menurut Thomas Munor, definisi seni adalah suatu alat buatan manusia untuk menimbulkan efek-efek
psikologis atas manusia lain yang melihatnya.
5. Leo Tolstoy
Menurut Leo Tolstoy, pengertian seni adalah ungkapan perasaan pencipta yang kemudian
diungkapkan pada orang lain dengan harapan mereka dapat merasakan apa yang dirasakan oleh
penciptanya.
6. Sudarmaji
Menurut Sudarmaji, pengertian seni adalah manifestasi batin dan pengalaman estetis manusia dengan
memakai media garis, bidang, warna, tekstur, volume, dan gelap terang.
7. Ki Hajar Dewantara
Menurut Ki Hajar Dewantara, arti seni adalah hasil keindahan sehingga dapat mempengaruhi perasaan
seseorang yang melihatnya, dan seni merupakan perbuatan manusia yang bisa mempengaruhi dan
menimbulkan perasaan indah.
8. Alexander Baum Garton
Menurut Alexander Baum Garton, pengertian seni adalah keindahan dan tujuan yang positif
menjadikan penikmat merasa dalam kebahagiaan.
9. Drs. Popo Iskandar
Menurut Popo Iskandar, pengertian seni adalah hasil ungkapan emosi yang ingin disampaikan
seseorang kepada orang lain dalam kesadaran hidup bermasyarakat/berkelompok.
10. Immanuel Kant
Menurut Immanuel Kant, definisi seni adalah sebuah impian karena rumus-rumus tidak dapat
mengihtiarkan kenyataan.
11. Hilary Bel
Menurut Hilary Bel, pengertian seni adalah istilah yang digunakan untuk semua karya yang dapat
menggugah hati untuk mencari tahu siapa penciptanya.
12. Eric Ariyanto
Menurut Eric Ariyanto, pengertian seni adalah aktivitas rohani atau batin yang direfleksikan dalam
bentuk karya dan dapat membangkitkan perasaan seseorang yang melihat atau mendengarnya.
13. Ensiklopedi Indonesia
Menurut Ensiklopedi Indonesia, pengertian seni adalah ciptaan dari segala hal, karena keindahannya
maka orang senang untuk melihat ataupun mendengarkannya.

http://macfkunismuh.blogspot.com/

Pengertian seni menurut pendapat para ahli: 


--> Aristoteles
seni adalah peniruan terhadap alam tetapi sifatnya harus ideal.
--> Plato dan Rousseau
seni adalah hasil peniruan alam dengan segala seginya.
--> Ki Hajar Dewantara
seni adalah segala perbuatan manusia yang timbul dari perasaan dan sifat indah, sehingga
menggerakan jiwa perasaan manusia

       Dan Pengertian seni dari beberapa teori membagi seni dalam 3 kategori, yaitu:
a. Teori Mimesis yang disampaikan oleh para filsuf Yunani Kuno seperti Plato dan Aristoteles,
menurut teori ini, seni adalah tiruan atau menirukan alam
b. Teori Ekspresi Seni Modern, Seni adalah ungkapan emosi atau ungkapan perasaan seniman
c. Teori Cita Rasa, seni bukanlah keindahan, tetapi merupakan pengalaman atau perasaan
seseorang.

   Kesimpulan yang dapat kita ambil dari beberapa teori pengertian seni itu ialah:
Seni adalah suatu kreativitas yang diciptakan oleh manusia yang berasal  dari ide, gagasan,
perasaan, suara hati, gejolak jiwa, yang diwujudkan atau di expresikan, melalui unsur-unsur
tertentu, yang bersifat indah untuk memenuhi kebutuhan manusiayang sifatnya tak terbatas.

Seni dapat mengharukan, seni dapat menyatukan seluruh kalangan maupun komunitas, seni
dapat menciptakan keakraban dan seni dapat menciptakan hal-hal lain yang tidak dapat kita
bayangkan.

https://leaderonomics.com/bm/artikel/pemimpin-hebat-mendengar
artikel
Mendengar: Sifat Kepimpinan Yang Perlukan Disiplin Dan Latihan
Oleh ROSHAN THIRAN
“ANDA HARUS MENDENGAR DENGAN MATA DAN TELINGA. PENDENGARAN
ADALAH SEMULA JADI TETAPI MENDENGAR MEMERLUKAN KERJA KUAT.”
– KYLE MINOR

Seorang lelaki bernama Kevin bimbang akan pendengaran isterinya dan mahu mendapatkan alat
bantuan pendengaran untuknya. Dia pun berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Doktor
menasihatinya, “Apabila isteri anda berada di dapur, berdiri beberapa meter di belakangnya dan
ajukan soalan kepadanya. Jika dia tidak menjawab, terus bergerak lebih dekat sehingga dia mendengar
anda.”

Pada petang itu, sewaktu isterinya berada di dapur menyediakan makan malam, dia bertanya,
“Sayang, masak apa malam ini?” Isterinya tidak menjawabnya.

Lalu dia berdiri lebih dekat dan mengulangi, “Sayang, masak apa malam ini?” Masih tidak ada
jawapan.
Kemudian dia berdiri di pintu dapur dan bertanya sekali lagi, “Sayang, masak apa malam ini?” Dia
masih tidak mendengar apa-apa jawapan. Kali ini dia terus masuk ke dalam dapur dan bertanya,
“Masak apa malam ini?”

Kerana masih tidak mendapat apa-apa jawapan, dia menjadi geram dan berdiri di belakang isterinya
sambil berkata, “Sayang, masak apa malam ini?” Isterinya berpaling kepadanya dan dengan
senyuman terukir pada wajahnya, dia berkata terus ke telinga suaminya: “Kevin, untuk kali yang
kelima, nasi goreng!”

Mendengar – bahagian komunikasi yang penting


Ramai pemimpin bisnes juga seperti Kevin. Mereka sentiasa berfikir bahawa pekerja mereka
mengalami masalah keupayaan mendengar, justeru itu mereka tidak habis-habis mengulangi pesanan
mereka. Tetapi isu sebenar mungkin bukan pekerja yang bermasalah tetapi mereka sendiri!

Sekiranya anda ditanya “Siapa yang mengajar anda bercakap, membaca dan menulis?”, anda
mungkin boleh menyenaraikan mereka yang telah membantu anda membangunkan kemahiran
berkomunikasi itu. Tetapi bagaimana sekiranya soalan tersebut adalah: “Siapa yang mengajar anda
mendengar?”

Kebanyakan orang akan menjawab “tak ada”. Jawapan ini sangat ironis kerana mendengar adalah
sebahagian daripada kemahiran berkomunikasi (40% mendengar, 35% bercakap, 16% membaca, 9%
menulis). Namun latihan yang kita terima untuk mendengar adalah sangat sedikit; patutlah kita kurang
pandai mendengar.

Dalam buku terbarunya yang bertajuk What Got You Here Won’t Get You There, Marshal
Goldsmith mengatakan bahawa “80% daripada kejayaan kita untuk belajar daripada orang lain
bergantung kepada kebolehan kita untuk mendengar.”

Mendengar adalah kunci untuk menjalin hubungan, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Pemimpin-pemimpin menghabiskan separuh daripada masa mereka berkomunikasi dengan
mendengar, namun sering terbukti dalam banyak kajian bahawa kelemahan untuk mendengar adalah
masalah yang paling lazim di kalangan pemimpin.

Mengapa kita tidak mendengar dengan baik?


Jadi, mengapakah kita selalu tidak memberi perhatian untuk mendengar? Pertama sekali, kita
bersikap sambil lewa kerana kita berfikir pendengaran kita jelas, maka kita mendengar dengan baik.
Kita gagal memahami bahawa pendengaran adalah fungsi mekanikal untuk menerima bunyi,
sementara mendengar adalah fungsi mentafsir makna daripada bunyi yang didengar.

Keduanya,ramai menganggap tindakan mendengar adalah aktiviti yang pasif. Masyarakat hari ini
merendah-rendahkan sifat pasif sebagai kelemahan dan bertanggapan bahawa kerana dunia hari ini
bergerak dengan pantas, maka yang diperlukan adalah aktiviti yang penuh aksi.

Kita gagal memahami bahawa proses mendengar secara efektif memerlukan kemahiran, disiplin
dan kerja keras. Ketaksuban kita terhadap aksi membuat kita mengetepikan kepentingan mendengar.

Mendengar adalah kemahiran mereka yang hebat


Goldsmith percaya bahawa mendengar adalah kemahiran yang memisahkan orang yang hebat
daripada yang lain. Beliau memberikan gambaran sewaktu kita berpacaran, luahan kata-kata si dia
sangat penting. Begitu juga sewaktu kita berbicara dengan bos atau pelanggan. Bezanya ialah, kata
Goldsmith, pemimpin yang baik akan mengekalkan intensiti dan tahap tumpuan untuk mendengar
buat sepanjang masa.
Tidak lama selepas Howard Schultz bersara sebagai ketua pegawai eksekutif, prestasi perniagaan
Starbucks kian menjunam. Schultz kembali untuk memperbaiki keadaan tetapi beliau mendapati
situasi telah bertukar dan beliau kini terpaksa belajar untuk mendengar. Beliau terus memberi
tumpuan untuk mendengar walaupun nalurinya rasa sebaliknya. Starbucks pulih dan Schultz
menggesa semua orang supaya lebih banyak mendengar kerana, “anda tidak semestinya betul setiap
masa”.

Masalahnya adalah tidak seorang pun daripada kita yang mendengar dengan baik. Walaupun
jumlah masa yang banyak dihabiskan untuk mendengar, rata-rata orang hanya memahami dan
mengekalkan separuh sahaja daripada perbualan mereka (Atwater 1992). Dalam masa 48 jam
seterusnya, kita akan lupa separuh lagi daripada itu, hanya mengekalkan cuma 25% daripada perkara
yang kita mula-mula dengar dua hari sebelumnya.

Mendengar memajukan bisnes


Mendengar sangat penting dalam rundingan perniagaan. Bekas perunding tebusan, George
Kohlrieser, percaya mendengar boleh menyelesaikan konflik. Kadang kala seseorang hanya perlu
didengar dan diakui sebelum dia rela bertolak ansur.

Tambahan lagi, jika kita terlebih dahulu memahami dengan tepat pandangan orang lain, rundingan
kita akan menjadi lebih berkesan seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey,

“MEMAHAMI DAHULU, KEMUDIAN UNTUK DIFAHAMI”.

Dalam bisnes, belajar mendengar dengan baik-baik akan menghasilkan keputusan yang berbeza.
Jika anda mendengar dengan teliti, anda akan mendengar apa yang benar-benar dikatakan oleh
pelanggan dan apa yang benar-benar mereka ingin capai. Pemimpin tidak mempunyai semua jawapan
tetapi mereka boleh mendapatkannya dengan mendengar (dan Google!)

Pemimpin kuat mendengar. Mereka mendengar kepada seluruh organisasi . Mendengar membantu
pemimpin-pemimpin untuk:

mengenal pasti masalah, mengesan salah faham dan konflik.


memotivasikan pekerja dan meraih ketaatan daripada mereka. Mendengar dengan teliti
menghasilkan rasa hormat, ikatan baik dan kepercayaan. Tenaga kerja akan bertindak balas dengan
lebih baik kepada penyelia yang mereka percaya mendengar kepada mereka.
mencari penyelesaian yang inovatif. Sekiranya anda tidak mendengar kepada tenaga kerja, ia akan
mengekang suasana inovasi.
mengumpul dan menilai idea-idea, menghasilkan penyelesaian dan keputusan.
mendengar pandangan sebenar pekerja tentang kerja mereka, motif, nilai dan aspirasi diri mereka.
Pemimpin perlu bersifat rendah diri (mengakui diri tidak serba tahu) dan penuh kepastian (pintar
untuk belajar). Mendengar mencungkil yang terbaik daripada semua orang. Ini akan memacu
organisasi ke arah kejayaan.

Contohnya, pada tahun 2007, Bill Gates dan Steve Jobs ditemu ramah mengenai masa hadapan
dunia komputer. Gates meramalkan kemunculan tablet dan menggambarkan iPad yang ada pada hari
ini. Sementara itu, Jobs cuma mendengar dengan penuh minat. Dua tahun kemudian, Jobs
menghasilkan iPad tepat seperti yang digambarkan Gates. Jobs mendengar dan menang.

Pada hari ini, perhatian kita cepat teralih — iPhone, iPad, Twitter, Facebook, Google+, 500 e-mel
sehari — sehinggakan kita tidak mempunyai masa dan fokus untuk mendengar.

Jadilah pendengar yang lebih baik


Apakah yang kita boleh lakukan untuk mendengar dengan lebih baik? Pertama sekali, kita perlu
membezakan antara cuma mendengar kata-kata dengan betul-betul mendengar untuk mesej.
Apabila kita mendengar dengan efektif, kita memahami perasaan dan fikiran dari sudut pandangan
mereka yang bercakap. Kita meletakkan diri di tempat mereka dan melihat melalui mata mereka.

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu kita mendengar dengan lebih baik:

Melawan keinginan untuk mencelah ketika orang lain sedang bercakap.


Melatih diri untuk berfikir “ini adalah sesuatu yang sungguh menarik!” sewaktu kita mendengar.
Gunakan ekspresi muka, anggukan kepala dan postur badan untuk menunjukkan kita sedang
memikirkan apa yang sedang didengar. Guna hubungan mata dan ‘membaca’’ bahasa tubuh. Elakkan
daripada sebarang gangguan. Hadapilah si pembicara dan anggukkan kepala apabila perlu.
Tunggu sehingga mereka selesai bercakap, kemudian mengulas kembali dengan ringkas, “Saya
fikir inilah yang anda katakan”. Kemudian bertanya “betul tak?”
Kawal dorongan untuk memberi jawapan dengan serta-merta. Banyak kali orang bertanya soalan
untuk meluahkan perasaan dan bukan untuk mendapatkan jawapan.
Tanya soalan. Sama seperti hubungan mata membuat mereka berasa penting, soalan membuat
mereka merasa pendapat mereka dipertimbangkan.
Tanya soalan yang akan memajukan perbualan dan sediakan ruang untuk mendengar. Ingat, soalan
menggerakkan fikiran, dan fikiran menggerakan tindakan. Seperti kata Voltaire, “Nilai seseorang
berdasarkan soalannya, bukan jawapannya.”
Jangan sekadar memberi respons kepada maksud kata-kata; tumpukan perhatian kepada perasaan
dan niat di sebaliknya.
Akhir kata
Sejak beberapa tahun yang lalu, saya sudah menemu ramah ratusan pemimpin. Salah satu ciri-ciri
kepimpinan yang sering muncul adalah pemimpin yang hebat adalah pendengar yang hebat.

Pemimpin selalu meminta maklum balas, mendengar pendapat, dan bertindak berdasarkan risikan
tersebut. Malah, pekerja-pekerja Gen X dan Gen Y hari ini mahu didengar dan bukan hanya diarah.

Di dalam filem trilogi Star Wars, kita melihat keruntuhan peradaban dunia. Padmé Amidala, yang
dilakonkan oleh Natalie Portman, menjelaskan sebab kejatuhan Republic. Dia berkata, “Ini…
melambangkan kegagalan untuk mendengar.”

Analisisnya tepat sekali. Walaupun Palpatine boleh disalahkan untuk kejatuhan Republic, namun
semua gerak-gerinya untuk menjadi maharaja terhasil daripada eksploitasi ke atas kecenderungan
manusia untuk tidak mendengar sesama sendiri. Sekiranya sebilangan orang perasan akan bahaya
kecenderungan ini, kehancuran Republic pasti dapat dielakkan. Kegagalan untuk mendengar boleh
menjatuhkan sebuah empayar.

Ada kata pepatah lama yang berbunyi seperti berikut: “Kita telah diberikan sepasang telinga tetapi
hanya sebuah mulut supaya kita banyak mendengar dan kurang bercakap.”

Oleh itu, luangkan masa dua kali lebih banyak untuk belajar mendengar ketika kita belajar untuk
bercakap. Hadiah terbesar yang boleh kita berikan kepada seseorang adalah mendengar dengan penuh
minat. Dalam kembara hidup, kita akan mendapat banyak peluang untuk menutup mulut. Ambil
kesemua kesempatan itu dan dengar dengan baik-baik!

http://aliassidek.blogspot.com/2009/06/kemahiran-mendengar.html
pengenalan

Kemahiran Mendengar Dalam Kaunseling

ISBN: 983-2620-14-7

Penulis: Abdul Malek bin Mat Zin


Tahun: 2003

Bidang: Komunikasi (buku kaunseling)

Anda mungkin juga menyukai