Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) MING TEE

KAMPUNG TIRAM BURUK LUAR


45500 TANJONG KARANG, SELANGOR.

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI KOKURIKULUM
2015

MINI AIR-COND

Kertas Cadangan Projek Inovasi Mini Air-Cond

1.1

Tajuk projek

Tajuk projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Tee
ialah Mini Air-Cond. Projek ini adalah hasil inovasi dalam cara penggunaannya. Projek
ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan enam orang murid bersama guru
penasihat, guru penolong kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.

1.2

Pengenalan

Sebagaimana yang kita ketahui, lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk
di atmosfera kira-kira 20 hingga 25km dari permukaan bumi. Ia sangat penting kerana
ia menyerap radiasi ultra violet (UV) dari matahari untuk melindungi radiasi yang tinggi
sampai ke permukaan bumi. Namun, pembebasan klorofluorokarbon atau juga dikenali
sebagai CFC melalui penyaman udara akan mengakibatkan penipisan lapisan ozon.
Kesan-kesan penipisan lapisan ozon adalah seperti berikut:

menyebabkan penyakit kanser kulit, sakit mata dan melemahkan sistem imunisasi

badan manusia
memusnahkan sel dan mikro organisma dalam tumbuhan dan juga haiwan
peningkatan suhu

Justeru, adalah diharapkan Mini Air-Cond ini dapat membantu mengurangkan


pembebasan CFC dalam penyaman udara.

1.3

Rasional projek

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu mengurangkan


pembebasan CFC dan seterusnya dapat memupuk sikap mencintai bumi dalam
kalangan murid. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat murid-murid
terhadap subjek sains. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan dan meningkatkan
daya kreativiti dalam proses mereka-cipta projek inovasi ini.

1.4

Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus
belajar. Namun, keadaan cuaca Malaysia yang panas ini menyebabkan murid-murid
tidak dapat menumpukan perhatian semasa PdP dijalankan di dalam kelas. Ini
mengakibatkan objektif pembelajaran tidak dapat tercapai dengan sepenuhnya.

1.5

Objektif projek

Antara objektif projek ini ialah:

1.6

Dapat memupuk serta meningkatkan tahap kerjasama di antara murid-murid


Dapat mencungkil bakat murid
Dapat menghasilkan daya kreativiti dan inovasi murid

Skop dan limitasi projek

Skop projek Mini Air-Cond ini adalah untuk kegunaan di dalam bilik darjah dan boleh
dijadikan sebagai alat untuk menyamankan kelas pada waktu tengah hari.
Limitasi yang membataskan projek Mini Air-Cond ini ialah semasa penyediaan ais
batu. Bagi menyediakan ketulan ais batu, murid-murid memerlukan masa untuk
membekukan semula ais batu yang sudah cair.

1.7

Kepentingan dan impak projek

Projek Mini Air-Cond merupakan satu alat gantian penyaman udara yang boleh
membantu mengurangkan pembebasan CFC dan mampu menyediakan suasana bilik

darjah yang nyaman serta kondusif supaya PdP berjalan lancar seterusnya dapat
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid sekolah.

1.8

1.9

Anggaran kos projek

BARANG
Kipas 2
Motor 2
Kiub Ais
Kotak Ais 1
Gunting 3
Paip Plastik 3
Uhu Gam 2
Garam
Pembalut hadiah 5
Selefon Tape 2
Pisau Kecil 4
Kertas A4
Bahan Hiasan
Kertas Warna

HARGA SEUNIT (RM)


45.00
68.00
10.00
25.00
4.00
10.00
17.00
1.50
3.00
4.00
4.50
10.00

Jumlah

JUMLAH HARGA (RM)


90.00
136.00
10.00
25.00
12.00
30.00
34.00
1.50
15.00
8.00
18.00
10.00
45.00
15.00
449.50

Keseluruhan (RM)
Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

KAEDAH

PEMERHATIAN
Hasil pemerhatian saya di sekolah ialah mendapati
bahawa murid-murid merasa tidak selesa dan kurang
menumpukan perhatian semasa PdP dijalankan pada
waktu tengah hari disebabkan oleh cuaca yang panas.

GAMBARAN

LAKARAN KONSEP
Konsep untuk alat ini diadaptasi daripada reka bentuk
alat penyaman udara yang ada di pasaran.

PROSES PELAKSANAAN
Minggu 1 Proses perbincangan dan lakaran
Minggu 2 Membeli peralatan yang diperlukan
Minggu 2 Menghasilkan Mini Air-Cond

1.10

Pelan perancangan projek


MULA
PENUBUHAN KUMPULAN
PEMILIHAN PROJEK
CADANGAN/PENYELIDIKAN

PERINGKAT UJIKAJI
ANALISIS
KELEMAHAN

TIDAK

PENAMBAHBAIKAN

DITERIMA

YA

PELAKSANAAN
PENILAIAAN/ TINDAKAN SUSULAN
ANALISA KAJI SELIDIK
PENYERAGAMAN

TAMAT

1.11

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek inovasi Mini Air-Cond ini memerlukan kerjasama


berpasukan dalam kalangan murid. Murid-murid dapat berbincang dan mengemukakan
idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru
penasihat memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada
semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya.

Anda mungkin juga menyukai