Anda di halaman 1dari 3

SKEMA JAWAPAN AR3 TINGKATAN 2

Bahagian A

1. B
2. A
3. D
4. C
5. C
6. C
7. D
8. C
9. A
10. C
11. B
12. C
13. D
14. B
15. A
16. D
17. B
18. B
19. A
20. A

Bahagian B

Soalan 1

i. Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FSN)


ii. Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
iii. Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

Soalan 2

i. Plan – pelan
ii. Efisyen – efisien

Soalan 3

i. - Berlari untuk mendapatkan pucuk daun dalut.


- Mengunyah daun tersebut sehingga lumat.
- Menampal daun tersebut pada bahagian kepala katak raksasa yang cedera itu.
ii. - Kita hendaklah membantu makhluk yang ditimpa kesusahan.
- Kita hendaklah pandai memanfaatkan tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling
kita
- Kita haruslah berani mempertahankan hak kita walaupun terpaksa
mengorbankan diri
- Kita mestilah menyayangi dan melindungi anggota keluarga supaya mereka
dapat hidup selamat dan selesa.

iii. - Kanak-kanak seperti Talia biasanya memang suka berkhayal dan berangan.
- Ayah Talia tidak pernah melihat dan menjumpai katak raksasa seperti yang
diceritakan oleh Talia.

Soalan 4

- Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam mengerjakan sesuatu


pekerjaan. Contohnya, Zahid dan rakan-rakannya sentiasa berlatih silat dan
bermain senjata untuk menentang Inggeris.
- Kita hendaklah memiliki sifat kepemimpinan yang tinggi untuk menggerakkan
sesuatu perjuangan. Contohnya, Datuk Bahaman mempunyai sifat
kepemimpinan yang tinggi dalam memimpin pengikutnya untuk menentang
Inggeris.
- Kita hendaklah sentiasa menepati janji. Contohnya, Datuk Bahaman menepati
janjinya dengan sultan. Datuk Bahaman telah mengarahkan orang-orangnya
menembak ke udara semasa bertempur dengan askar-askar sultan.
- Kita hendaklah bijak mengatur strategi ketika menentang musuh. Contohnya,
tindakan Datuk Panglima Raja menggunakan bubur gadung bagi menewaskan
mata-mata Inggeris telah berjaya mencapai matlamatnya.
- Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan Negara yang tinggi. Contohnya,
Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban nyawa untuk
membebaskan tanah air daripada penjajahan inggeris.

Bahagian C

1. Ringkasan

Petikan tersebut menerangkan tentang kebaikan vitamin kepada tubuh badan


kita. Pengambilan vitamin dapat menyelesaikan masalah kekurangan vitamin dalam
badan dan menyeimbangkan gizi pemakanan. Selain itu, vitamin dapat membersihkan
sisa toksin dalam badan. Omega 3 dapat mengawal aliran darah dan mengurangkan
kadar kolestrol yang tinggi. Tambahan pula, vitamin dapat membunuh bakteria
berbahaya dalam badan. Bagi kanak-kanak, pengambilan vitamin dapat mengurangkan
masalah kekurangan zat makanan dan menyelesaikan masalah berat badan serta
membantu tumbesaran otak dan tubuh. Di samping itu, vitamin dapat merawat kulit
yang bermasalah serta mengekalkan kejelitaan dan kecantikan. Walaupun pengambilan
vitamin mendatangkan banyak mamfaat, namun pengambilan vitamin tanpa nasihat
doctor akan mendatangkan kemudaratan.

2. Ulasan

Rajah tersebut menunjukkan tentang kepentingan sumber air dalam kehidupan


manusia. Oleh sebab itu, sumber air perlu dipelihara dan dilestarikan agar dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Sumber air juga menjadi tempat tinggal bagi
sesetengah hidupan terutamanya habitat di kawasan hutan belantara. Kemusnahan
habitat ini pasti akan menyebabkan kepupusan hidupan di kawasan tersebut. Selain itu,
air digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi kegunaan manusia dan
pembangunan Negara. Tenaga elektrik juga untuk kegunaan domestic dan
perindustrian. Malah, air adalah bahan mentah yang digunakan dalam industri
makanan. Sektor pertanian juga sangat memerlukan sumber air bagi memastikan
tanaman terus hidup subur. Kesimpulannya, sumber air perlu dipelihara bagi
kelangsungan hidup yang aman dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai